Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 25
  1. #1
    ariss
    Guest

    Mas Kahwin yg Hilang...

    Suatu hari, anda keluar bersiar-siar dengan kekasih anda di pasaraya. Kekasih anda membawa anda pergi dari satu kedai ke kedai yang lain bersama-samanya. Mula-mula dia mengajak anda pergi ke kedai pakaian, setelah melihat-lihat serta membelek-belek beberapa pakaian, dia mengajak anda keluar kerana tiada baju yang menarik baginya. Kemudian dia membawa anda ke kedai kasut & beg tangan pula, di sini kekasih anda mula berkelakuan pelik
    “Wahh!! Ada potongan harga lah!! Cantiknya kasut nie.. yang ini pun cantik..! Eh! Yang hitam nie lagi cantik. Alaa.. mana satu nak pilih ni?.” Kekasih anda sudah mula bertindak liar..
    “Abang.. marilah sini, tolonglah pilihkan, yang mana satu lagi cantik?” Dia menarik anda yang sudah berdiri agak jauh sedikit darinya.
    “Hmm… eh?! bukan ke minggu lepas dah beli kasut?” kata anda pula.
    “Alaa.. kasut yang beli minggu lepas tu kasut untuk buat pergi kerja, yang ini saya nak beli untuk buat jalan-jalan.” balas dia pula
    “Aik?! Yang awak pakai sekarang ini kan dah ada?” tanya anda lagi..
    “Yang sekarang ini tak selesa la pakai..lagipun dah lama..” rungut dia..
    “Ala.. bolehlah abang, abang bayarkan heh?” tambah dia lagi…
    Anda tidak membalas, hanya berdiam diri sambil mula berpikir…
    “Bolehlah abang!…. Sayang sayang abang…..” ujar kekasih anda dengan nada manja sedikit..
    “Yela.. yela….” kata anda tanpa mahu berpikir panjang lagi….
    Semasa menuju ke kaunter, anda mula berfikir, nampaknya, minggu ini terpaksalah anda membasuh baju anda sendiri menggunakan tangan.. tak dapatlah anda nak menghantar pakaian anda ke kedai dobi.
    Keluar daripada kedai kasut tadi, anda berdua ternampak pula poster filem-filem yang sedang ditayangkan di pawagam. Apa lagi.. kekasih anda mula bersuara lagi..
    “Abang.. tengok wayang jom!”
    “Nak tengok cerita apa?” ujar anda..
    “Nie hah.. cerita omputih nie” ujar dia pula
    “Ala… cerita drama nie abang tak minat la.. tak best!?” anda memberi alasan..
    “Kalau macam tu. Kita tengok cerita yang tu” ajak kekasih anda lagi..
    “Hmm.. tak minatlah cerita kartun…” elak anda lagi..
    “Abistu.. abang nak tengok cerita apa?” tanya kekasih anda..
    “Kita tak payah tengok wayang la…. Lagipun dah petang nie.. tak sempat nanti…. Jom lah kita gi tasik..” Anda mula mengajak kekasih anda untuk keluar meninggalkan pasaraya yang anda anggap sebagai lubuk pemusnah poket anda itu.
    “Hmm.. ye la..” ujar kekasih anda… “fuuuhh”.. anda mula lega
    Tiba di tasik, anda mula berjalan-jalan dan mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Setelah menjumpai tempat duduk yang sesuai anda berhenti berjalan dan mula duduk sambil memerhatikan keindahan tasik.

    hehe.. nanti aku sambung lagi...
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    ariss
    Guest

    sambungan..

    Tiba di tasik, anda mula berjalan-jalan dan mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Setelah menjumpai tempat duduk yang sesuai anda berhenti berjalan dan mula duduk sambil memerhatikan keindahan tasik.

    Beberapa ketika kemudian… kekasih anda mula bersuara..
    “Abang.. berapa lama kita dah kenal yer?” ujar kekasih anda…
    “Hmm…. Hampir 3 tahun rasanya…” balas anda..
    “Hmmm…. Bila abang nak masuk meminang?” ujar kekasih anda…..
    GRRRR!!!! Tiba-tiba anda terasa seperti petir dan kilat saling sambung menyambung…langit yang cerah.. tiba-tiba bertukar menjadi gelap…tiba-tiba ada suatu suara bergema berkata.. “Selamat datang ke dunia raksasa syaitan!...” Hah? Wah?! Ini sudah macam cerita Gaban…

    Mungkin anda pernah mengalami situasi yang hampir serupa seperti situasi di atas. Setelah berkenalan lama dengan kekasih anda, kini kekasih anda mula mengajak anda untuk mendirikan rumahtangga. Anda bukan tidak mahu, tetapi masalah kewangan yang melanda diri anda menyebabkan anda agak sukar untuk memenuhi impian anda berdua.

    Anda baru sahaja tamat belajar dan baru sahaja mendapat pekerjaan. Itu pun bukanlah pekerjaan tetap, hanya kontrak sahaja. Hutang pula sudah bertimbun-timbun, hutang pinjaman yang anda gunakan sewaktu belajar dulu, sudah mula dituntut oleh pihak pemberi pinjaman. Duit simpanan langsung tidak ada, apatah lagi rumah yang anda rasa anda perlu sediakan untuk kehidupan berumahtangga anda nanti. Duit belanja sara hidup anda sendiri pun kadang-kadang tidak mencukupi, apatah lagi untuk berkahwin dan menyara isteri dan anak-anak anda nanti.

    Sepanjang masa anda berfikir, dimanalah aku nak mencari duit? Duit untuk dibuat kahwin. Maklumlah, apabila hendak berkahwin, duit yang diperlukan bukanlah sedikit, paling kurang pun RM10,000. Duit hantaran sahaja sudah mencecah RM5,000, itu belum masuk barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah hangus. Itu baru majlis biasa-biasa di kampung, belum lagi jika majlis perkahwinan anda perlu dilakukan di dewan, taman atau hotel. Kosnya mungkin bertambah sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit.

    bersambung lg...

  3. #3
    Bowling for Soup..
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    BuKiT JaLiL KeYHeLL
    Posts
    176
    deale30 has a spectacular aura about deale30 has a spectacular aura about deale30 has a spectacular aura about
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    cepat la sambungannye...

  4. #4
    Kasi Sembat..!
    Join Date
    Mar 2006
    Posts
    6,322
    mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of mattop has much to be proud of
    Post Thanks / Like
    nak aku tolong sambong ker? hahhaha...hahhah...

    bole hantar kat surat khabar buat cerpen nie.....

  5. #5
    niemasaniku
    Guest
    waiseh, pandai bercerita ya.. pernah menang piala emas peringkat kampung batu molek ka? suspend dah nih.. jangan tetiba jer cara menyelesaikan masalah masuk MLM cm XKL ka, CNI ka.. potong hangus nanti... sambung bebaik yer

  6. #6
    WangMaya
    Guest
    alaaa... leceh ler citer sambung² ni... bohsan aku!!!

  7. #7
    argen_9206
    Guest

    kekekeke

    jgn kering idea plak oii.,., kena sambung nih,.,.,. byk kwn2 kita senasib dgn cerita ni.., huhuhuhuhu.,.,,.

  8. #8
    ariss
    Guest

    sambungan.. part 3

    ...Pendek kata, berbelas ribu jugalah hangus. Itu baru majlis biasa-biasa di kampung, belum lagi jika majlis perkahwinan anda perlu dilakukan di dewan, taman atau hotel. Kosnya mungkin bertambah sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit.

    itu baru contoh situasi bersama kekasih anda.. blom lagi jika ada permintaan dr emak anda pula..

    andaikan emak anda pula yg menyuruh anda berkahwin, tak mustahil pelbagai permintaan atau syarat yg dikenakan..
    "Nanti anak mak kawin mesti la buat grand2 sket yer.. sewa khemah besar2.. jemput penyanyi sorang 2 dtg buat performance, tak dpt mawi, zahid pon jadilah. lauk pauk suma kita cater, alaa rm10 je satu kepala..
    baju kawin lak buat 3-4 pasang yg cantik2 n mahal sket..jemputan dlm seribu orang cukup laa..kan?"

    apabila mendengar permintaan sebegitu semakin senaklah perut anda memikirkan kos kawin anda..
    catering RM10 X 1000 orang dah cecah RM10,000 beb..
    nak jemput penyanyi selain mawi paling rendah pon mau RM5,000...
    perghh sekejap je dah abis RM15,000!!!!
    blom lagi baju pengantin, khemah2.. beli brg hantaran.. cincin.. wahhhhh

    Anda pon menjawab,"Eh, tak payah lah mak semua2 tu.. buat biase2 dah la.. membazir je.."
    Kemudian mak anda membalas," Isshh... kau ni kawin skali je.. bukannye slalu.. kene la buat betul2.."
    Anda cuba lg untuk berdalih," Ye laaa.. tapii.."
    Mak anda tiba2 mencelah,"Mane mak nk letak muka kalo tak buat grand2 camtu..Cik Bedah jiran sebelah rumah kita tu siap buat kat hotel lg kenduri kawin anak dia.. Dato, Datin lagi semua ade datang tuuu.." panjang sungguh muncung mulut mak anda..
    Ohh.. beginikahh dugaann hiduppkuu..

    Walaupun di dalam Islam kewajipan untuk berkahwin itu hanyalah dengan memberi maskahwin, tetapi masyarakat kita hari ini, tidak begitu meyambut riang jika anda datang bernikah dengan anak perempuan mereka dengan hanya membawa sebentuk cincin besi sebagai maskahwin anda seperti ketika zaman-zaman nabi dahulu.

    Malah, anda mungkin di “hempuk” dengan kerusi serta dihalau keluar dari daerah rumah perempuan tersebut. Jadi, mahu tidak mahu, anda terpaksa juga menyediakan sejumlah wang untuk perkahwinan anda.

    So.. cara penyelesaian mencari duit untuk kahwin?
    Penyelesaian????
    Mengumpul duit untuk kawin??

    Jom kita tengokk apa langkah2/tips2 yg bole diikuti..:-
    • 18 tips yang praktikal bagaimana berjimat dan mengumpulkan wang sehingga RM10,000. dengan mudah.
    • 6 cara bagaimana dapat mengurangkan serta mengawal hutang kita.
    • Kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila mengalami masalah kewangan
    • 5 cara/suggestion utk meningkatkan pendapatan anda
    • Contoh bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa 3 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai. (Bukan meminta sedekah)
    • Serta bagaimana memperolehi rezeki yang melimpah ruah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah khusus untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.

    Dapatkan buku “Maskahwin Yang Hilang” untuk mendapatkan tips2/panduan2 mengumpul dan mengawal kewangan terutama utk yg nk berkahwin..

    hehe..
    mencari mas kahwin ... Tengok sinihh -->> maskahwin.com

    -->>mas kahwin.com

    Tamatlah cerpen kali ini. mas kahwin yang hilang... OK tak?
    Last edited by ariss; 01 Apr 2006 at 01:32 AM.

  9. #9
    soberr_8
    Guest
    KaHkAhkAhahahAHhgagAghghhh

    :LoL: n still laughing!!



    nak promote product rupenye...HuHu...
    neway, mmg bagus gak arr cerita ni, dgn cadangan2 bernas di akhir cerita..
    CaYaLaH Bro..!!!!

  10. #10
    Bowling for Soup..
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    BuKiT JaLiL KeYHeLL
    Posts
    176
    deale30 has a spectacular aura about deale30 has a spectacular aura about deale30 has a spectacular aura about
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    nasib baik aku turn aku dah lepas.....
    & nasib baik gak cik Bedah tak duk kat2 area umah aku
    & nasib baik skali mak aku tak macam makcik di atas tuh...



  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts