Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    kingnorth
    Guest

    [17/11/2009] :Harian Metro | Berita2 Semasa

    Bapa dipenjara 140 tahun dan 40 sebatan kerana rogol anak



    KUALA LUMPUR: Seorang bapa dihukum penjara 140 tahun dan 40 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan merogol dan mencabul dua anak perempuannya berusia

    13 tahun dan 15 tahun.

    Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu sambil menyifatkan perbuatan

    tertuduh berusia 43 tahun itu sangat menjijikkan dan keji.
    penjara 25 tahun dan 15 kali sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua turut dikenakan hukuman yang sama.

    Bagi pertuduhan ketiga iaitu merogol mangsa, tertuduh dikenakan penjara 20

    tahun dan 10 kali sebatan, dan bagi pertuduhan keempat dan kelima tertuduh

    dikenakan masing-masing 10 tahun penjara kerana mencabul mangsa dengan

    menggunakan jari, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi dan 2 petang pada

    Januari 2006 hingga Jun 2008.

    Tertuduh turut dikenakan penjara 50 tahun selepas mengaku bersalah terhadap

    empat pertuduhan melakukan kesalahan mencabul anak keduanya mengikut Seksyen 377CA dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

    Bagaimanapun Fathiyah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berjalan

    serentak iaitu hanya penjara 25 tahun dan 40 kali sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Jun 2008.

    Fathiyah turut mengarahkan tertuduh diawasi oleh polis selama dua tahun dan

    menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh penjara.

    Tertuduh seorang bekas tentera yang diwakili peguam bela P Gunalan, tidak

    menunjukkan sebarang reaksi dan hanya tenang sepanjang hukuman dibacakan

    terhadapnya.

    Fathiyah berkata, anak-anak tertuduh masih mentah dan memerlukan bimbingan

    dan perlindungan daripada seorang bapa tetapi berlaku sebaliknya dan mahkamah juga percaya jika mangsa tidak melaporkan kepada guru kaunseling sekolah, tertuduh masih melakukan perbuatan yang sama.-Bernama
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kotak berisi tuala wanita disangka bom


    SHAH ALAM: Sebuah pejabat pengurusan dan stor pasar raya besar di Seksyen 13 di sini kecoh apabila sebuah kotak berisi sampel tuala wanita disangka mengandungi bom.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Suresh kira-kira jam 1.30 tengah hari mendakwa terdapat sebuah bom di kawasan pasar raya berkenaan.

    Beliau berkata, sebaik menerima panggilan daripada lelaki itu, kereta peronda polis (MPV) dan unit pemusnah bom dihantar ke pasar raya besar terbabit bagi melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar.

    "Pemeriksaan membawa kepada penemuan sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan berhampiran tangga menuju ke pejabat pentadbiran pasar raya itu.

    "Kotak berkenaan dihantar ke alamat pejabat pentadbiran pasar raya terbabit

    daripada sebuah syarikat di Hong Kong," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Noor Azam berkata, polis kemudian memusnahkan kotak berkenaan menggunakan air jet pada kira-kira jam 4.30 petang dan mendapati ia mengandungi sampel tuala wanita yang dihantar ke pasar raya besar berkenaan.

    Beliau berkata, selain unit pemusnah bom, polis turut menggunakan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 5.30 petang itu.

    Sehubungan itu, beliau berkata polis mengesahkan panggilan yang dibuat oleh

    lelaki terbabit adalah panggilan palsu kerana tiada sebarang bom ditemui dan kawasan pasar raya itu disahkan selamat.

    "Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Suresh ini memang sering menghubungi

    polis dan menggunakan telefon awam di mana kita percaya dia adalah orang

    awam," katanya.

    Noor Azam dalam pada itu mengingatkan orang awam agar tidak membuat

    panggilan palsu kerana ia hanya menimbulkan suasana panik dan mengganggu tugasan serta operasi pelbagai pihak.

    Sementara itu, tinjauan di sekitar pasar raya besar berkenaan mendapati

    pengunjung membeli belah seperti biasa dan hanya kawasan di pejabat pentabiran, stor dan belakang pasar raya sahaja dikosongkan dan ditutup dengan garisan polis.-Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki didakwa bunuh ibu ditemui mati dalam penjara


    JOHOR BAHARU: Seorang lelaki yang didakwa minggu lalu atas pertuduhan membunuh ibunya, ditemui mati di Penjara Air Molek malam tadi, dalam apa yang didakwa oleh keluarganya sebagai "keadaan yang mencurigakan".

    J Saravanan, 22, dijumpai tergantung dari sebuah kekisi, menggunakan sarung bantal dan tuala yang diikat bersama, kira-kira jam 9 malam.

    Seorang warder yang memulakan tugasnya pada 9 malam, menemui tertuduh kes bunuh itu tergantung dalam penjara berkenaan dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa penjara. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

    Di luar bilik mayat hospital, bapa saudara simati, K Chandran, memberitahu media bahawa pihak berkuasa hospital memberitahu keluarganya bahawa anak saudaranya itu sudah meninggal dunia selepas tiba di hospital.

    Beliau mendakwa keluarga berkenaan dimaklumkan mengenai insiden itu, hanya kira-kira dua jam selepas kematian Saravanan.

    Chandran, 42, berkata dia berhasrat membuat laporan polis berhubung kematian Saravanan memandangkan terdapat lebam-lebam pada tubuhnya, menimbulkan kesangsian terhadap peristiwa yang membawa kepada kematian anak saudaranya itu.

    Katanya, dia berasa curiga berhubung kematian Saravanan.

    Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengklasifikan kes itu sebagai kematian mengejut.

    Pada 11 November lalu, Saravanan didakwa membunuh ibunya, Malliha Kathirvel, 47, di rumah mereka di Kampung MIC, Ulu Tiram antara 9.30 pagi dan 10.30 pagi pada 5 Oktober lalu.

    Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

    Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan.

    Mayat Malliha yang disumbat dalam sebuah beg kembara ditemui disembunyika di bawah sinki dapur rumah berkenaan pada 6 Oktober lalu.-Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mahkamah arah ibu campak bayi jalani pemeriksaan mental


    KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini ini atas dakwaan cubaan membunuh anaknya berusia dua bulan dengan mencampakkan bayi perempuan itu ke dalam perigi berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam dekat sini, minggu lalu.

    Maznah Raimuddin @ Mustaffa, 26 dituduh melakukan perbuatan itu pada kira-kira 10 pagi, Selasa lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

    Tertuduh yang memakai baju lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan bertudung warna merah yang kelihatan tidak sihat dan murung, hanya tunduk ketika kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

    Tiada pengakuan dicatatkan. Hakim Che Mohamad kemudian mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental dan menetapkan 27 Disember bagi sebutan semula kes.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Mohammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Dalam kejadian pada 10 November lalu, bayi perempuan itu berjaya diselamatkan oleh datuknya Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang bertindak nekad dengan terjun ke dalam perigi untuk menyelamatkan cucunya itu.

    Siasatan awal polis sebelum ini mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiganya itu.-Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Permaisuri Agong dibenar keluar hospital


    KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Prince Court di sini hari ini, menurut kenyataan Istana Negara malam ini.

    "Buat masa ini ini, Seri Paduka Baginda sedang beristirehat di Istana Terengganu, di sini. "Bagaimanapun, Tuanku Nur Zahirah masih tidak dapat berangkat untuk menghadiri semua majlis rasmi dalam jangka waktu yang terdekat ini, menurut kenyataan itu.

    Seri Paduka Baginda dimasukkan ke hospital itu sejak 9 November lalu atas sebab-sebab kesihatan. Tuanku Nur Zahirah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat di atas doa dan ingatan tulus ikhlas mereka terhadap Seri Paduka Baginda.

    -Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts