Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 47
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [17/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Permaisuri Agong dibenar keluar hospital

    KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Prince Court di sini hari ini, menurut kenyataan Istana Negara malam ini.

    "Buat masa ini ini, Seri Paduka Baginda sedang beristirehat di Istana Terengganu, di sini.

    "Bagaimanapun, Tuanku Nur Zahirah masih tidak dapat berangkat untuk menghadiri semua majlis rasmi dalam jangka waktu yang terdekat ini," menurut kenyataan itu.

    Seri Paduka Baginda telah dimasukkan ke hospital itu sejak 9 November lalu atas sebab-sebab kesihatan.

    Tuanku Nur Zahirah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat di atas doa dan ingatan tulus ikhlas mereka terhadap Seri Paduka Baginda. - Bernama
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Israel beri amaran tawan kawasan Tebing Barat



    BAITULMAQDIS: Israel memberi amaran kepada rakyat Palestin bahawa dengan mengisytihar sebuah negara tanpa memeterai perjanjan damai akan menjurus Israel bertindak balas, termasuk menawan lebih banyak kawasan Tebing Barat.

    "Jika rakyat Palestin mengambil tindaan secara bersendirian, Israel patut menimbang...meluluskan undang-undang untuk menawan beberapa penempatan," Menteri Alam Sekitar, Gilad Erdan, sekutu rapat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, memberitahu Radio Israel.

    Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, enggan menyatakan tindakan yang akan diambil Israel.

    Bagaimanapun, beliau berkata: "Sudah jelas sebarang langkah sedemikian oleh Palestin tidak akan berlalu tanpa tindak balas Israel."

    Tanpa menetap jangka waktu, pegawai Palestin berkata mereka bercadang ke Majlis Keselamatan PBB dalam usaha mendapatkan sokongan antarabangsa untuk negara merdeka di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. - Reuters

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tanah runtuh di utara China ragut 23 nyawa



    ZHONGYANG (China): Semua 23 mangsa yang tertanam di bawah timbunan tanah runtuh besar di wilayah Shanxi di utara China disahkan mati, menurut laporan agensi berita Xinhua.

    Penyelamat menemui 12 mayat semalam dan 11 lagi mayat awal pagi ini. Hanya dua mangsa dapat diselamatkan.

    Kejadian tanah runtuh pada jam 10.40 pagi semalam yang membabitkan kawasan seluas 20,000 meter persegi itu memusnahkan lima rumah di sebuah kampung di bandar Zhangzishan dalam daerah Zhongyang.

    Mangsa adalah pekerja asing di kawasan lombong arang batu dan keluarga mereka.

    Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kejadian tanah runtuh itu. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    70 peratus rakyat AS sifatkan China ancaman ekonomi




    WASHINGTON: Majoriti rakyat Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kebangkitan China adalah satu ancaman ekonomi, angka yang ditunjukkan dalam satu undian semalam, dan ketika Barack Obama mengambil pendekatan untuk meningkatkan hubungan antara dua negara dalam lawatan pertamanya ke Beijing dan Shanghai sebagai presiden.

    Lebih 70 peratus soalan dalam undian CNN berkata, mereka (rakyat AS) memberi pertimbangan gergasi Asia itu sebagai ancaman ekonomi, manakala hanya 28 peratus tidak bersetuju dengan soalan itu.

    Dua pertiga daripada peserta berkata, mereka berpendapat China adalah sumber daripada pertandingan yang tidak adil terhadap syarikat AS, manakala hanya suku melihat China secara positif dengan menawarkan potensi pasaran yang besar kepada barangan AS. - AFP

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Terowong SMART ditutup esok, Khamis



    KUALA LUMPUR: Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan menutup terowong SMART kepada lalu lintas pada Rabu dan Khamis ini untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.

    Menurut kenyataan SMART hari ini, Lebuhraya SMART akan ditutup bermula jam 11 malam hingga 6 pagi pada hari berkenaan.

    "Penutupan ini adalah untuk membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan," katanya.


    Untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan ini, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    BN sedia bertanding DUN Kota Siputeh




    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) sedia bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, namun perlu menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

    Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan menghormati keputusan mahkamah dan menghadapinya mengikut peraturan.

    "Jika kita boleh merayu, kita akan rayu. Apa saja mahkamah putuskan, kita akan terima semula," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Bio Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    GLC digesa guna bahasa Melayu dalam urusan rasmi




    KUALA LUMPUR: Agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya termasuk dalam mesyuarat lembaga pengarahnya.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata arahan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi sudah dikeluarkan tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    1,166 mangsa banjir dipindahkan di daerah Kerian




    IPOH: Keadaan banjir di Perak tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 1,166 orang, pagi ini berbanding 545 orang, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kesemua mangsa baru itu dipindahkan sejak tengah malam tadi hingga 8 pagi ini dan ditempatkan di enam sekolah dan satu surau yang dijadikan pusat pemindahan.

    "Mangsa terbabit dipindahkan dari 11 kampung iaitu Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Simpang Lima, Kampung Matang Tengah, Kampung Sungai Semambu, Kampung Matang Pasir, Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian dan Kampung Yau Shin," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.


    Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak enam hari lalu serta limpahan dari empangan Bukit Merah menyebabkan kawasan terbabit terus ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

    Katanya, Jalan Bagan Serai ke Selama di Km 10 hingga 17 masih ditutup kepada semua lalu lintas.

    Sementara itu, di Selama kesemua 72 mangsa dari dua kampung yang dipindahkan ke pusat pemindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, petang semalam. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sultan Kedah titah pembayar cukai laksana tanggungjawab




    ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, bertitah seluruh rakyat di negeri ini perlu menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai kepada kerajaan kerana pendapatan itu akan digunakan sebagai sumber untuk membangunkan negeri.

    Baginda bertitah, sudah tiba masanya kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja enggan membayar cukai.

    "Beta sedar Kedah mempunyai sumber hasil terhad. Namun, melalui pengurusan rapi, kerajaan akan dapat mengutip hasil yang optimum.


    "Oleh itu, beta menyarankan jabatan yang terbabit dengan kutipan hasil negeri menambah kakitangan, peralatan dan sistem pengurusan supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan serta meningkatkan kutipan hasil negeri," titah baginda merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

    Hadir sama, Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun.

    Baginda bertitah, kerajaan negeri akan terus menyediakan pelbagai peluang menambah pendapatan untuk faedah seluruh rakyat dan setiap individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengambil bahagian dalam pembangunan yang dilaksanakan.
    "Ini tidak bermakna kerajaan beta tidak akan memberi bantuan kepada golongan memerlukan. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang diberikan kepada golongan keluarga miskin, kurang upaya dan warga emas.

    "Malah, tahun lalu, Jabatan Zakat Negeri turut memberi bantuan berjumlah RM1.3 juta kepada 1,382 asnaf yang memerlukan bantuan," titah baginda.

    Sementara itu, baginda bertitah, kerajaan negeri melaksanakan usaha strategik memperkukuhkan perkhidmatan bekalan air menerusi pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Kedah mulai 1 Januari 2010.

    "Beta yakin perkhidmatan bekalan air akan lebih baik melalui pengkorporatan yang akan dilaksanakan pada Januari ini. Sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dikenali Syarikat Air Darul Aman (Sada) sudah ditubuhkan untuk menjadi pengendali perkhidmatan air.
    "Beta berharap pengkorporatan ini berjaya meningkatkan tahap liputan dan kualaiti air bersih kepada rakyat di seluruh negeri," titah baginda.

    Baginda bertitah, oleh kerana sumber air mentah berpotensi untuk memberi pendapatan, kerajaan negeri juga akan menubuhkan satu jabatan yang akan bertanggungjawab menguruskan sumber air dari aspek kawal selia dan penjualan.

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hukuman penjara untuk 3 lelaki sebab kematian buruh




    SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman 13 dan 15 tahun terhadap tiga tertuduh selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan, menyebabkan kematian seorang buruh, tiga tahun lalu.

    Hakim Datuk Su Geok Yiam, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada buruh pasar borong, Padali Sitia, 25, dan masing-masing 15 tahun kepada penjual besi buruk, N Veloo, 50, dan pemandu lori, B Kaliyappan, 31, selepas mereka mengaku salah menyebabkan kematian V Baskaran, 43, pada 26 November 2006.


  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts