Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 47
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [17/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Tegah terima tajaan haji

    Oleh NIZAM YATIM
    [email protected]

    MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

    * Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah dengan menggunakan wang sendiri.

    * Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.

    * Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak.

    Individu berjawatan tidak boleh menerima tajaan daripada mana-mana pihak untuk menunaikan haji jika langkah berkenaan akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

    Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, individu terbabit juga perlu memastikan tajaan itu tidak dibuat semata-mata kerana mereka ada kuasa disebabkan memegang jawatan dalam kerajaan atau mana-mana organisasi.

    “Komen saya ini bukan berniat menyentuh mana-mana pihak, tetapi mengikut hukum syarak seseorang itu boleh ditaja untuk mengerjakan haji dengan syarat pihak yang menaja tiada kepentingan dan langkah ini tidak membawa fitnah, syak wasangka atau keraguan.

    “Walaupun perkara ini dibolehkan, saya berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah menggunakan wang sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.

    Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.

    Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada Rabu ini.

    Menurut Nooh, sebaik-baiknya, individu yang ingin ditaja untuk menunaikan haji adalah daripada kalangan orang miskin yang tidak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja bagi mengerjakan ibadat itu.

    “Tajaan ini sepatutnya bagi menolong orang miskin. Ia tidak boleh dilakukan bagi membantu golongan berada kerana ia tidak berfaedah, sama seperti mencurah garam ke dalam laut,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.

    “Tak apa dari segi syarak untuk mana-mana pihak menaja kita bagi menunaikan haji.

    “Tetapi kita harus memastikan tiada unsur rasuah dan pihak yang melakukan ini tidak mempunyai niat lain,” ujarnya.

    Mengulas isu sama, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak.

    “Kita mesti mengetahui niat orang yang menerima tajaan dan juga pihak yang menaja.

    “Apakah tujuan penajaan ini? Jika ia bermaksud tidak baik dengan niat mencapai keuntungan keduniaan, ini sudah tentu tidak dibolehkan kerana ia bertentangan dengan tujuan sebenar ibadat haji,” katanya.
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    12 terbunuh dalam serangan roket di Tagab
    17/11/2009 2:45am


    LEMBAH TAGAB, Afghanistan 17 Nov. - Tentera Perancis berkata, 12 orang terbunuh apabila sebuah roket meledak di sebuah pasar yang padat dengan orang ramai di utara Kabul, di mana ketua tentera Perancis di negara bergolak itu sedang bermesyuarat dengan para pemimpin tua puak.

    Leftenan Kolonel Lionel berkata, serangan roket ke atas pasar di banar Tagab dalam wilayah Kapisa itu telah membunuh 12 orang awam dan mencederakan 38 yang lain.

    Lionel yang menyaksikan serangan itu berkata, sasaran roket itu ialah ke tempat di mana Brigeder Jeneral Marcel Druart bersama para pemimpin tua puak mengenai sedang mengadakan perbincangan mengenai serangan penting terakhir tentera Perancis di Lembah Tagab. - AP

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ronaldo turun berlatih, dijangka beraksi menentang Zurich

    17/11/2009 2:50am


    MADRID, 17 Nov - Pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo kembali menjalani latihan semalam, selepas beberapa minggu berehat kerana mengalami kecederaan buku lali,

    Dia dijangka cergas untuk turun beraksi menentang FC Zurich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu depan.

    Pemain paling mahal di dunia itu berkata, dia berharap dapat bermain menentang Racing Santander dalam perlawanan hujung minggu ini. - AFP

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Scotland pecat Burley

    17/11/2009 2:55am


    LONDON, 17 Nov - Scotland memecat pengurus mereka, George Burley awal pagi tadi selepas meneruskan aksi kurang meyakinkan termasuk tewas 3-0 ke atas Wales hujung minggu lalu.

    Persatuan Bolasepak Scotland (SFA) berkata, dalam satu kenyataan, Burley yang gagal membawa pasukan mara ke saingan Piala Dunia di Afrika Selatan, akan meninggalkan pasukan bersama pembantunya, Terry Butcher dan Paul Hegarty. - Reuters

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Terowong SMART ditutup esok dan Khamis

    17/11/2009 11:08am

    KUALA LUMPUR 17 Nov.— Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan menutup terowong SMART kepada lalu lintas pada Rabu dan Khamis ini untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.
    Menurut kenyataan SMART hari ini Lebuhraya SMART akan ditutup bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi pada hari berkenaan.
    "Penutupan ini adalah untuk membolehkan penyelenggaran sistem terowong lebuh raya dijalankan,” katanya.
    Untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan ini, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    1,166 mangsa banjir dipindahkan di daerah Kerian

    17/11/2009 11:45am

    IPOH 17 Nov. — Keadaan banjir di Perak tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 1,166 orang pagi ini berbanding 545 orang semalam.
    Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kesemua mangsa baru itu dipindahkan sejak tengah malam tadi hingga 8 pagi ini dan ditempatkan di enam buah sekolah dan sebuah surau yang dijadikan pusat pemindahan.
    "Mangsa terbabit dipindahkan dari 11 kampung iaitu Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Simpang Lima, Kampung Matang Tengah, Kampung Sungai Semambu, Kampung Matang Pasir, Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian dan Kampung Yau Shin,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.
    Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak enam hari lalu serta limpahan dari empangan Bukit Merah menyebabkan kawasan terbabit terus ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.
    Katanya, Jalan Bagan Serai ke Selama di Km 10 hingga 17 masih ditutup kepada semua lalu lintas.
    Sementara itu, di Selama kesemua 72 mangsa dari dua buah kampung yang dipindahkan ke pusat pemindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam.
    — BERNAMA

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tahap pematuhan aspek keselamatan pekerja agensi pertanian rendah

    17/11/2009 12:25pm

    KOTA BAHARU 17 Nov. — Tahap pematuhan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi agensi-agensi di sektor pertanian di negara ini masih rendah dan tidak memuaskan, kata Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir. Amir Yahya.
    Sehubungan itu, katanya, JKKP sedang meningkatkan kefahaman dan maklumat menerusi gerakan penerangan atau “road-show” yang diadakan di seluruh negara membabitkan semua pegawai dan kakitangan berkaitan dalam agensi berkenaan.
    "Fenomena ini dilihat mungkin disebabkan JKKP baru memberi tumpuan kepada sektor ini, sejak ianya ditukar nama daripada Jabatan Jentera dan Kilang pada 1994,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sektor pertanian di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lundang, hari ini.
    Amir berkata, sejak 2007 hingga Oktober lepas, JKKP telah membuat pemeriksaan ke atas 156 tempat daripada 198 tempat kerja berdaftar di seluruh negara untuk menentukan tahap piawaian keselamatan pekerja di sektor pertanian yang membabitkan tanaman dan perladangan di seluruh negara.
    Menurutnya, pada tahun lepas, sebanyak 59 kemalangan dilaporkan berlaku di Kelantan termasuk lima kes kemalangan maut dan 51 kes kecederaan. Katanya pada masa ini terdapat 174 tempat bekerja berdaftar di bawah Jabatan Veterinar dan 67 Jabatan Perikanan di Kelantan yang dikategorikan tahap pemeriksaan Gred A hingga E.
    Amir berkata, gerakan pemantauan yang dibuat oleh jabatannya di sektor pertanian penting bagi memastikan sektor itu benar-benar menjadi sektor yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi seiring dengan produktiviti mereka. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anuar Saari buat laporan polis isu saham Azmin

    17/11/2009 12:52pm

    KUALA LUMPUR 17 Nov. – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bernilai RM8.5 juta.
    Anuar Saari hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Bukit Perdana di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.
    Ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen-dokumen penting termasuk baucer pembelian saham yang mencecah RM2 juta.
    Beliau juga akan menamakan beberapa orang berkaitan pembelian saham itu termasuk Anwar kerana perkara itu berlaku pada 1992 hingga 1994 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.
    “Ingin ditegaskan, saya membuat laporan ini secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya. - Utusan

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ramalan hujan lebat di kebanyakan negeri

    17/11/2009 1:13pm

    KUALA LUMPUR 17 Nov. — Jabatan Metereologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kemungkinan banjir akan berlaku di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai di Kelantan, Terengganu dan Pahang berikutan hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat sejak semalam yang dijangka berlarutan sehingga Khamis ini.
    Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata, hujan lebat peringkat Kuning iaitu kemungkinan berlaku hujan monsun itu dijangka akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam ini.
    Keadaan itu dijangka berlaku di Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; serta Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang.
    Keadaan sama turut diramalkan di Perak Utara iaitu di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian serta Kedah mulai malam ini sehingga Khamis.
    Hujan lebat peringkat Kuning juga dijangka melanda kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kudat, Kota Merudu dan Pitas di Sabah mulai hari ini hingga esok. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pekerja asing monopoli sektor pembinaan, perladangan

    17/11/2009 1:16pm

    KOTA KINABALU 17 Nov. — Beberapa sektor di negeri ini dimonopoli pekerja asing kerana keengganan warga tempatan khususnya belia untuk bekerja di sektor berkenaan, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
    Menteri Pembangunan Sumber dan kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr. Yee Moh Chai berkata, inilah cabaran yang ingin diatasi kerajaan kerana masih ramai rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja di sesetengah bidang seperti pembinaan dan perladangan.
    "Sebab itulah kita masih banyak bergantung kepada tenaga pekerja asing, jadi kita kena ubah cara berfikir dan sikap rakyat tempatan, kerajaan sedang berusaha mengubah keadaan itu,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris (Gum Gum-BN).
    Terdahulu, Pembantu Menterinya Datuk Jainab Ahmad semasa menjawab soalan asal Zakaria berkata kerajaan menganjurkan pelbagai latihan sambil bekerja dalam sektor perladangan dan perhotelan.
    "Program latihan sambil bekerja di dalam industri perladangan mula dijalankan pada tahun 1996 dan sehingga 30 September, 2009, seramai 3,944 orang belia tempatan telah berjaya menamatkan latihan dan mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang perladangan. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts