Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Jemaah meninggal tersungkur dalam tandas pesawat


    Mohamad Nordin

    KUALA LUMPUR: Seorang jemaah Malaysia, Mohamad Nordin Mohamad Ali, 54, meninggal dunia kira-kira dua jam selepas tersungkur dalam tandas pesawat Saudi Air yang dalam penerbangan ke Makkah, semalam.

    Dalam kejadian jam 9.30 pagi, krew pesawat itu terpaksa memecahkan pintu tandas berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan sesak nafas, dipercayai diserang asma.

    Berikutan kejadian itu, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.45 pagi, berpatah balik untuk membolehkan mangsa mendapat rawatan lanjut.

    Isteri Allahyarham, Jumaah Abu Bakar, 48, yang turut bersama dalam pesawat itu berkata, sebaik mendarat semula di KLIA, kira-kira jam 11.15 pagi, suaminya terus dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia tidak lama selepas dimasukkan ke wad.

    Beliau berkata, Allahyarham yang juga Pengurus Besar Azam Urus Sdn Bhd - sebuah syarikat pembersihan di Gombak, beria-ia hendak menunaikan haji tahun ini selepas sembilan tahun mengumpul wang.

    "Saya sedih kerana hajatnya tidak kesampaian, tetapi reda dengan pemergian Allahyarham, lebih-lebih lagi ketika kami nak menunaikan haji," katanya yang juga Ketua Guru Tadika Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    Jumaah berkata, beliau terpaksa menangguhkan pemergiannya ke Makkah kerana dalam edah dan berharap dapat menunaikan ibadah itu tahun depan.

    Allahyarham dari Bandar Tun Hussein Onn, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana pada jam 4.20 petang.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Iran dipenjara di Israel

    TEHRAN: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Iran yang hilang sejak hampir tiga tahun lalu, diculik ejen Israel dan kini ditahan di negara itu, lapor beberapa laman web berita Iran.

    Ali Reza Asgari, jeneral bersara yang berkhidmat dalam Pengawal Revolusi Iran, hilang semasa dalam perjalanan ke Turki pada Disember 2006.

    Pada Mac tahun ini, bekas pegawai Kemneteria Pertahanan Jerman berkata Asgari berpaling tadah dan mendedahkan banyak maklumat kepada Barat mengenai program nuklear Iran.

    Laporan laman web yang digelar Alef menyatakan ejen Jerman dan British membantu ejen Israel menculik Asgari dan membawa beliau ke Israel.

    Laman itu, www.alef.ir, rapat dengan seorang pengubal undang-undang Iran yang konservatif.

    “Berdasarkan siasatan selama dua tahun yang dijalankan pihak berkenaan, Asgari diculik perkhidmatan perisikan asing dan ditahan di penjara Zionis.

    “Asgari diculik dengan kerjasama Mossad serta perkhidmatan perisikan Jerman dan British dan akhirnya dibawa ke Israel," lapor laman web itu yang jelas merujuk siasatan perisikan Iran.

    Kementerian Luar Israel enggan mengulas perkara itu. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mohd Zin dilantik Pengerusi KTMB



    KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantikan Tan Sri Lim Ah Lek berkuatkuasa 1 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB hari ini, pelantikan itu dibuat Kementerian Kewangan untuk tempoh dua tahun.

    Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang, Selangor, pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam syarikat terkemuka di negara ini termasuk anggota Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia Berhad.

    Beliau memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam peringkat sarjana dari Universiti Bradley, Peoria, Amerika Syarikat, dan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia selain Ahli Persatuan Jurutera Awam Amerika Syarikat.

    Pembabitan politik beliau bermula pada 1986 dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk penggal kedua dan Ketua Umno Bahagian Sepang sejak 2004 selain pernah menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

    Mohd Zin adalah Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2004 hingga 2008.
    "KTMB mengucapkan tahniah di atas pelantikan Mohd Zin dan berharap beliau dapat menjalankan tugas baru sebagai Pengerusi KTMB dengan cemerlang," menurut kenyataan itu. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    MCA tubuh khidmat prihatin rakyat bergerak



    BESUT: MCA akan menubuhkan pasukan khidmat prihatin rakyat bergerak awal tahun depan, dalam usaha parti itu mendapatkan semula keyakinan rakyat.

    Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata penubuhan pasukan itu diputuskan pada sesi dialog yang dihadiri pemimpin akar umbi MCA di ibu negara semalam.

    "Walaupun mengharungi krisis, tetapi kerja dan khidmat kepada rakyat tidak pernah kita tolak ke tepi, tetapi kerja-kerja itu orang tak nampak... mereka hanya nampak krisis sahaja.

    "Jadi dengan penubuhan pasukan ini, ia diharap menjadi satu titik tolak kepada MCA untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Perpaduan Kebudayaan Masyarakat Cina di Kota Putera, di sini malam tadi.

    Beliau berkata, pusat khidmat itu bakal menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan, khidmat kaunseling dan yang berkaitan dengan urusan kerajaan, guaman, serta mengenal pasti golongan miskin bandar.

    Ong berkata, pada masa ini usaha untuk menubuhkan pasukan itu telah dilakukan di peringkat akar umbi termasuk dengan mengumpul petugas sukarela di kalangan doktor dan peguam.
    Beliau berkata, telah tiba masanya semua pemimpin MCA menumpukan usaha untuk merapatkan kembali parti itu dengan rakyat tanpa mengira kaum selaras dengan seruan 1Malaysia.

    "Saya ingatkan ahli MCA, mereka patut usahakan sesuatu untuk memantapkan keyakinan rakyat pada MCA mulai sekarang dan bukannya menjelang pilihan raya umum 13 baru nak buat, jangan lupa komitmen terhadap kemahuan rakyat," katanya. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    3 maut dalam serangan bom di balai polis Pakistan




    PESHAWAR: Sebutir bom meletup di balai polis di pinggiran bandaraya Peshawar hari ini, menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan dan membunuh tiga orang.

    Ia adalah bom kelima dalam tempoh lebih seminggu di bandaraya dengan 2.3 juta penduduk itu.

    “Tiga orang terbunuh dan lebih 20 yang lain cedera," kata Sahib Zada Anis, ketua pentadbir bandaraya itu. - AFP

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mangsa banjir di Perak terus bertambah



    IPOH: Bilangan mangsa banjir di dua daerah di Perak meningkat kepada 630 orang sejak pagi ini berbanding 522 orang semalam.

    Jurucakap Bilik Gerakan Polis Daerah Kerian berkata, seramai 558 mangsa adalah dari daerah Kerian manakala 72 lagi dari daerah Larut Matang dan Selama.

    "Seramai 108 orang dari Kampung Sungai Sama Gagah dari daerah Kerian dipindahkan sejak malam tadi hingga awal hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata, kampung yang terbabit dalam banjir sejak lima hari lepas ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Parit Simpang Empat dan Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah.

    "Semua mangsa banjir dipindahkan berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah akibat hujan lebat berterusan sejak lima hari lepas," katanya.

    Jalan Alor Pongsu-Selama di KM13 hingga KM17 masih ditutup kepada semua kenderan. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki bunuh ibu ditemui mati tergantung




    JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang juga tertuduh dalam kes bunuh ibu di Kampung MIC, Ulu Tiram, awal bulan lalu, J Saravanan, 22, ditemui mati di Penjara Reman Air Molek, di sini, tengah malam tadi.

    Beliau dipercayai membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan cadar dan tuala yang diikat pada jeriji sel.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tanah: Guan Eng arah minit mesyuarat Exco didedah

    Oleh Norakmah Mat Youb


    GEORGETOWN: Selepas lebih dua minggu membisu berhubung isu pertukaran status tanah kepada PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH), kerajaan negeri akan menukar klasifikasi rahsia minit mesyuarat Exco dan jawatankuasa tanah berkaitan perkara itu.

    Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Jumaat ini akan diminta untuk berbuat demikian bagi menjelaskan latar belakang isu serta tujuan kerajaan memulihkan projek di Tapak Warisan Dunia yang sudah lama terbengkalai.

    "Pendedahan minit mesyuarat berkaitan keputusan itu akan memberi gambaran jelas mengenai tujuan sebenar penukaran hak milik PHH kepada hak milik kekal dan juga sikap berani kerana benar kerajaan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Kenyataan media lima perenggan itu diedarkan selepas Guan Eng menerima kunjungan Amway India Enterprises Private Limited yang diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangannya, Anshu Budiraja di pejabatnya.

    Puluhan pemberita yang dijemput menghadiri sidang media Ketua Menteri kecewa kerana Guan Eng terus beredar selepas sesi bergambar dengan delegasi Amway tanpa memberi sebarang komen mengenai isu berkenaan.

    Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, mendakwa Ketua Menteri memberi maklumat salah kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memaklumkan tiada pertukaran status pegangan tanah dari April hingga Jun lalu.
    Guan Eng, dalam jawapan kepada soalan bertulis Muhammad Farid pada sidang DUN Ogos lalu menyatakan kerajaan negeri belum meluluskan sebarang permohonan untuk menukar tanah pegangan pajakan kepada kekal.

    Pertanyaan itu berikutan kerajaan negeri memperkenalkan dasar baru berkaitan pegangan tanah iaitu membenarkan tanah berstatus pajakan dipanjangkan tempoh pegangan kepada 99 tahun bagi tanah industri, tanah komersial (99 tahun) dan tanah kediaman (pegangan kekal).

    Ketua Menteri juga memaklumkan kepada DUN bahawa kerajaan negeri masih menunggu untuk membawa dasar baru kepada mesyuarat Majlis Tanah Negara akhir tahun ini.

    Bagaimanapun, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut mendapati pihak berkuasa negeri pada mesyuarat 27 Mei lalu dan disahkan 3 Jun lalu, meluluskan permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah mengikut Seksyen 197 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 daripada PPH.
    Berikutan itu, pelbagai pihak membidas Guan Eng kerana didakwa berbohong kepada DUN dan rakyat serta tidak seiring dengan pentadbirannya yang mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) serta mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.

    Tanah milik PPH seluas 1.4 hektar yang terletak berhampiran Hotel E&O di sini, akan dibangunkan dengan kondominium mewah. Sebelum ini, tanah itu adalah tapak kuarters jabatan kerajaan.

    PHH adalah syarikat usahasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan YTL Hotels & Properties Sdn Bhd, masing-masing memiliki ekuiti 49 peratus dan 51 peratus. Kedudukan ekuiti syarikat itu kini sudah berubah.


  9. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts