Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 9 of 9
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [16/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    FIFA denda, gantung Maradona 2 bulan
    16/11/2009 2:45am

    ZURICH – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung jurulatih Argentina, Diego Marado na daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak selama dua bulan.

    Hukuman itu dikenakan ke atas Maradona kerana mengeluarkan ka ta-kata kesat selepas berakhir perla wanan genting kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay bulan lalu.

    Selain digantung, Maradona turut didenda AS$24,000 (RM84,000) ga ra-gara mulut celuparnya itu yang telah dirakam menerusi televisyen dan disiarkan ke seluruh dunia.

    Tindakan ke atas Maradona itu di putuskan oleh jawatankuasa disiplin FIFA yang bermesyuarat di sini, se malam.

    “Jawatankuasa ini juga telah me ngambil kira permohonan maaf dan kekesalan yang ditunjukkan Mara dona sebelum menjatuhkan huku man ini,” kata badan induk bola sepak dunia menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

    Hukuman diterima Maradona ini berlaku sehari selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Sepa nyol dalam satu perlawanan persa habatan antarabangsa di Madrid.

    Beliau diterbangkan khas ke Zu rich selepas perlawanan itu untuk menghadapi tribunal secara berse muka.

    Argentina bagaimanapun sudah pun layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menewaskan Uruguay 1-0 dan hukuman ini tidak langsung menjejaskan peluangnya untuk ke Afrika Selatan tahun depan. – Reuters
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lebih 40,000 calon dilantik sertai perkhidmatan awam

    16/11/2009 6:06pm

    KUANTAN 16 Nov. — Seramai 40,719 calon telah dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam sehingga 9 Nov. lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.
    Beliau berkata, SPA menerima lebih 1.2 juta permohonan yang dibuat secara dalam talian bagi tempoh berkenaan.
    Katanya, SPA memerlukan kira-kira 50,000 anggota setiap tahun bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan khususnya tiga jawatan kritikal iaitu pegawai perubatan, pegawai farmasi dan pegawai pergigian.
    "Bagi statistik pelantikan bukan Melayu sehingga 31 Ogos tahun ini, seramai 7,938 calon telah dilantik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat temuduga SPA cawangan Kuantan di Mahkota Square di sini, hari ini. - Bernama

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kes batal saman malu Ahmad Zahid disebut semula 25 Jan.

    16/11/2009 6:20pm

    SHAH ALAM 16 Nov. — Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Jan. depan untuk sebutan semula kes permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau.
    Timbalan Pendaftar Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.
    Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007.
    Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Jan. 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.
    Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif.
    Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim sementara Amir Bazli diwakili peguam Sangeet Kaur Deo. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kertas kajian perbelanjaan wakil rakyat dibentang Selasa depan

    16/11/2009 6:32pm

    PUTRAJAYA 16 Nov. — Kertas kajian berhubung peraturan sistem prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan Ahli Parlimen dan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada sebuah panel khas pada 24 Nov. ini.
    Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, kertas kajian itu akan dibentangkan kepada Panel Perundingan dan Pencegahan SPRM yang dijadual bermesyuarat pada tarikh berkenaan.
    "Setelah ia dibentangkan, maka atas cadangan dan penambahbaikan oleh mereka, jika ada, barulah kita akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak-pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Muslimat mahu Pas tambah kerusi DUN dan Parlimen wanita

    16/11/2009 6:39pm

    KOTA BHARU 16 Nov. — Dewan Muslimat Pas mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula desakan memperuntukkan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen diwakili wanita pada pilihan raya akan datang.
    Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, langkah itu perlu memandangkan ramai wanita berpendidikan tinggi dan layak wajar diberi tempat dalam pentadbiran mengikut kesesuaian masing-masing.
    Beliau berkata, kebolehan anggota Dewan Muslimat dalam bidang pentadbiran ketika ini tidak kurang hebat berbanding dengan lelaki dan ia berbeza dengan sebelum ini.
    "Dewan Muslimat Pas Pusat akan meneruskan desakan itu supaya pucuk pimpinan dapat memenuhi kehendak dan kemahuan anggota dewan itu sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita pada Seminar Penggubalan Dasar Wanita Mawaddah Kelantan, di Pantai Cahaya Bulan, dekat sini, hari ini. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerusi DUN Kota Siputeh kini kosong

    16/11/2009 6:51pm

    KUALA LUMPUR 16 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah ekoran kegagalan wakil rakyatnya menghadiri dua persidangan dewan itu berturut-turut.
    ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah. – Utusan.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 1,621 orang

    16/11/2009 7:02pm

    ALOR SETAR 16 Nov. — Keadaan di beberapa tempat yang dilanda banjir di Kedah bertambah baik apabila 172 orang penduduk yang dipindahkan telah dibenarkan pulang kerana air mulai surut di kawasan rumah mereka.
    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir memberiahu Bernama di sini hari ini, jumlah mereka yang masih ditempatkan di pusat-pusat penempatan banjir setakat ini ialah 1,621 orang berbanding 1,793 orang pada tengah hari tadi.
    Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 723 orang daripada 209 keluarga, diikuti Kubang Pasu 474 orang (119 keluarga),Bandar Baharu 280 orang (61 keluarga), Pokok Sena 124 orang (25 keluarga) dan Baling 20 orang (lapan keluarga).
    "Semua mangsa banjir ditempatkan di 17 pusat pemindahan yang dibuka di seluruh negeri,” kata jurucakap itu. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tertuduh kes campak bayi diarah jalani pemeriksaan mental

    16/11/2009 7:15pm

    KUALA TERENGGANU 16 Nov.— Seorang suri rumah yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan cuba membunuh anaknya, diperintah menjalani pemeriksaan mental sebelum kesnya disebut semula pada 27 Disember depan.
    Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusof memerintahkan demikian selepas pertuduhan terhadap Maznah Raimuddin @ Mustaffa, 26, dibacakan.
    Maznah dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mencampakkan bayi perempuannya yang berusia dua bulan ke dalam perigi berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam dekat sini, pada kira-kira 10 pagi Selasa minggu lepas.
    Jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu, Maznah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.
    Tertuduh yang memakai baju lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan bertudung warna merah yang kelihatan tidak sihat dan murung, hanya tunduk ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
    Tiada pengakuan dicatatkan. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    P.Pinang patut tunggu keputusan Majlis Tanah Negara

    16/11/2009 7:18pm

    PULAU PINANG 16 Nov. — Kerajaan Pulau Pinang seharusnya menunggu sehingga Majlis Tanah Negara selesai bermesyuarat sebelum meluluskan sebarang permohonan untuk pertukaran status tanah daripada pajakan kepada pegangan kekal di negeri itu.
    Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, sebagai sebuah kerajaan negeri yang mendakwa mengamalkan prinsip cekap, amanah dan telus (CAT), ia tidak sepatutnya membuat keputusan mendahului majlis itu.
    Katanya, mengikut jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos lalu, dasar untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah dan pertukaran status hanya akan dibuat sekiranya perkara itu dibawa dan dipersetujui oleh Majlis Tanah Negara.
    "Sebaliknya, apa yang berlaku ialah tanah komersil yang akan dibangunkan oleh PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) telah diberikan status pegangan kekal sebelum ia dibentangkan kepada majlis itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak itu di sini hari ini. - Bernama


  10. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts