Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    hjali11
    Guest

    camner batalkan sumpah??? tolonggg

    dulu aku pernah kerja. kedian ader barang hilang semua staf kena sumpah laknat dpn quran. masa tu aku pun bersumpah jgk dan mmg aku tak amik. tapi aku ada tersebut takder niat nak jatuhkan syarikat masa sumpah tu. tapi hati tu ader jgak terdetik 'kalau syarikat bankrup baru padan muka'sebab syarikat tak jaga kebajikan.

    so camner nak betulkan keadaan ni?takut makan sumpah beb.
    kalau sumpah yang biasa biasa nie plak macam time marah sebut "demi allah tak pergi dah tempat tu" camner nak tebus balik?
    tolong yer buntu gak aku
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    NG Newbies
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    planet pluto... on the way to the earth....
    Posts
    99
    MKO is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    sekadar utk rujukan dari Laman Mufti Melaka http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=86
    lebih baik tanya ustaz yg berhampiran...

    Soalan : Tiga hari yang lepas, saya disuruh bersumpah AlQuran oleh seorang kenalan lama kerana katanya apa yang sedang dia usahakan dan tunggu sejak 4 tahun lalu akan mula berjalan. Dalam usaha ini saya dan juga beberapa rakan yang lain disenaraikan sebagai yang akan menikmati hasil dari usaha ini. Dalam sumpah itu saya disuruh berjanji tidak akan memberitahu kepada orang lain selain dari yang tersenarai dan juga hanya pada ibu dan ayah dan isteri saya. Apa yang memuskilkan pemikiran saya, orang yang mengetuai beberapa orang ini terdiri dari seorang yang beragama Budha yang pernah menyuruh kami mewujudkan satu candi didalam hutan diatas sebuah bukit disini. Candi ini diwujudkan dengan cara Budha dan disudahi dengan bacaan doa oleh kami orang Islam. Persoalan saya ialah apakah sumpah AlQuran yang telah saya lakukan (dengan cara tidak ingin menyinggung perasaan orang berkenaan) itu akan dikira sebagai sumpah AlQuran yang sebenarnya? Kerana saya selama ini tidak yakin langsung dengan apa yang diusahakan oleh kumpulan ini
    . Banyak perkara-perkara lain yang melanggar aqidah yang telah dilakukan oleh kami. Saya juga takut dengan mengadunya saya ini, sumpah tadi akan memakan diri saya nanti. Siapa nak jaga keluarga saya nanti? Terima kasih, Wassalam.


    Jawapan
    :

    ASSALAMUALAIKUM WRH.

    Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah SAW.
    1. Maksud sumpah di sisi syarak ialah menetapkan sesuatu perkara dengan menyebut nama Allah atau satu sifat daripada sifat-sifatNya termasuk bersumpah dengan mashaf al-Quran atau ayatnya. Menurut Imam Syafi'e sumpah hanya sah jika disertai dengan niat oleh orang yang bersumpah. Melanggar sumpah yang dibenarkan oleh syarak dengan sengaja atau tidak wajib membayar kifarah iaitu samada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan makanan asasi atau beri pakaian atau merdekakan hamba. Jika tidak mampu mampu juga maka hendaklah berpuasa 3 hari (Rujuk al-Ma'idah :89).Setelah membayar kifarah maka terlepaslah dari tuntutan sumpah tadi. Istilah 'dimakan sumpah' hanyalah kepercayaan orang Melayu.
    2. Mendirikan tempat sembahyang orang kafir atau tempat-tempat pemujaan adalah haram dan membawa kepada syirik. orang Islam haram bersubahat dalam perkara bergini. Mereka yang terlibat wajib segera meninggalkan perkara itu sama sekali dan segera bertaubat. Semoga diampuni Allah.

    Sekian, wassalam.

    Tarikh kemaskini
    07-03-2000

  3. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts