Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 22
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [15/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi satu gimik


    KUALA KLAWANG — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan pelantikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor sebagai satu gimik semata-mata.

    Katanya, negeri Selangor mempunyai ekonomi yang teguh, dan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh ”survive” dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru.

    "Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama,” katanya dan menambah gimik ini kadangkala boleh dijual, tapi kebanyakan masa ia ”tidak laku”.

    Beliau yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata demikian semasa mengulas langkah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.

    Rais ditemui pemberita selepas perasmian penutup hari terbuka sekolah dan asrama Sekolah Kebangsaan Putra (SKP) dan kempen kesedaran pendidikan Orang Asli Daerah Jelebu di SKP, Simpang Durian dekat sini, hari ini. - Bernama
    Add to Google
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Puting beliung landa timur London

    15/11/2009 3:27am

    LONDON 15 Nov. – Hujan lebat dan angin kencang sehingga 100 kilometer sejam menyebabkan banjir, jalan ditutup dan mengganggu laluan melintasi selatan Britain, semalam.
    Ribut yang dikatakan terburuk tahun ini mengakibatkan banjir kilat berlaku. Ramai pemandu telah diselamatkan daripada kenderaan mereka dan pokok turut tumbang menghempap kereta serta bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan .
    Angin selaju 100 kilometer direkodkan semalam di Needles, Isle of Wight dan 60 kediaman musnah akibat puting beliung di pekan Benfleet, timur London.
    Feri ke England dan Perancis turut dibatalkan disebabkan angin kencang dan tiga pekerja pelantar minyak diselamatkan oleh bot penyelamat selepas bot yang mereka naiki terkandas di Ness Point, wilayah paling timur di Britain.
    Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan dan pusat kaji cuaca memberitahu keadaan akan semakin tenang menjelang esok. – AP

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hawaii tuan rumah sidang kemuncak APEC 2011
    15/11/2009 12:04pm

    SINGAPURA 15 Nov. - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, negeri kelahirannya, Hawaii akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tahun 2011.

    "Hari ini saya mengumumkan bahawa kami akan membawa forum ini ke negeri saya, Hawaii tahun 2011," katanya kepada 21 ahli kumpulan yang mengadakan sidang kemuncak tahunan di Singapura. - AFP

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Uruguay cerahkan harapan ke Piala Dunia 2010
    15/11/2009 12:22pm

    SAN JOSE 15 Nov. - Harapan Uruguay untuk mara ke Afrika Selatan cerah apabila berjaya menundukkan Costa Rica di tempat lawan pada perlawanan playoff kelayakan Piala Dunia 2010, semalam (pagi ini waktu Malaysia).

    Gol tunggal hasil jaringan pemain pertahanan Diego Lugano pada minit ke-22 telah membawa kemenangan kepada Uruguay yang menduduki tangga kelima kelayakan Amerika Selatan sehingga memaksa bermain secara playoff dengan Costa Rica dari zon CONCACAF.

    Tugas Costa Rica semakin berat apabila Randall Azofeifa diperintah keluar padang pada pada minit ke-53 selepas dilayangkan kad kuning kedua.

    Keputusan itu memberikan kelebihan kepada juara Piala Dunia dua kali itu apabila kedua-dua pasukan bertemu lagi pada perlawanan kedua di Montevideo Rabu ini. - Reuters

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keputusan playoff kelayakan Piala Dunia zon Eropah

    15/11/2009 12:32pm

    PARIS 15 Nov. - Berikut keputusan playoff kelayakan Piala Dunia 2010 zon Eropah yang berlangsung hari ini.

    Di Moscow: Rusia tewaskan Slovenia 2-1

    Di Athens: Greece seri tanpa jaringan dengan Ukraine

    Di Dublin: Ireland tewas kepada Perancis 0-1

    Di Lisbon: Portugal tewaskan Bosnia Herzegovina 1-0

  6. #6
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hoki: Malaysia gagal ke Piala Dunia
    15/11/2009 12:41pm

    INVERCARGILL, New Zealand 15 Nov. - Skuad hoki kebangsaan gagal melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia 2010 apabila tewas 2-1 kepada New Zealand pada perlawanan akhir pusingan kelayakan di sini, hari ini.

    New Zealand yang tidak pernah kalah di sepanjang perlawanan pusingan kelayakan, bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Malaysia pada saat-saat akhir perlawanan. - AP

  7. #7
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mangsa banjir di Kedah semakin meningkat
    15/11/2009 12:45pm

    ALOR SETAR 15 Nov. — Keadaan banjir di Kedah semakin buruk hari ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,062 orang membabitkan 255 keluarga berbanding 679 orang malam tadi.

    Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, sebanyak 13 pusat pemindahan telah dibuka di tiga daerah iaitu masing-masing enam di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu manakala satu di Padang Terap.

    "Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi apabila seramai 711 orang membabitkan 158 keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah sebanyak 314 orang dari 89 buah keluarga manakala di Padang Terap jumlah mangsa berkurangan kepada 37 mangsa dari lapan keluarga.

    "Setakat pukul 11 pagi tadi, hanya Sungai Pantai Johor sahaja yang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 2.30 meter (paras bahaya 2 meter),” katanya.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Manohara tidak pernah didera - Saksi

    15/11/2009 1:18pm

    KOTA BAHARU 15 Nov. — Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini diberitahu wanita itu tidak pernah didera suaminya itu.
    Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar berkata, adalah tidak benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera suaminya.
    "Tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara. Kalau ada mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya,” kata Tengku Azwani, 26, yang juga sepupu Tengku Muhammad Fakhry.
    Beliau rapat dengan sepupunya dan Manohara serta beliau melihat hubungan kedua-dua pasangan itu adalah baik dan mesra, katanya sambil menjelaskan rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari rumah sepupunya itu.
    Tengku Azwani berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yusof Awang pada perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara kembali taat kepada suaminya, semasa menjawab soalan peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, sama ada benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera oleh suaminya.
    Bagaimanapun, Manohara yang telah kembali ke Indonesia tidak hadir di mahkamah hari ini dan begitu juga tiada peguam syarie yang mewakilinya.
    Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar afidavit keterangan bertulis Tengku Muhammad Fakhry bagi perbicaraan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.
    Hakim Syarie Mohd Yusof menetapkan 13 Disember bagi keputusan tuntutan kes taat kembali kepada suami dan tuntutan hutang itu.
    Pada Jumaat lepas, Tengku Muhammad Fakhry, 31, menyerahkan afidavit keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur bagi dua kes saman terhadap isterinya, Manohara yang mengandungi soalan dan jawapan bagi menggantikan soalan utama terhadap plaintif pada perbicaraan hari ini.
    Pada 3 Nov, peguam syarie kepada Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya dalam kedua-dua kes tersebut.
    Dua hari selepas penarikan diri peguam syarie terbabit, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina dikenakan penghakiman ingkar setelah gagal melantik peguam baru dalam kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
    — BERNAMA

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keadaan banjir di Perak juga semakin buruk

    15/11/2009 1:53pm

    IPOH 15 Nov. - Keadaan banjir di Perak bertambah buruk dengan Kerian menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan seramai 450 orang dipindahkan ke tiga buah pusat permindahan.
    Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang dipindahkan terdiri 116 buah keluarga dari Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Parit Simpang Empat dan Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah.
    Mereka dipindahkan sejak pukul 8 pagi ini berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah berikutan hujan lebat sejak empat hari lepas menyebabkan kampung berkenaan ditenggelami air sedalam lebih satu meter, katanya ketika dihubungi hari ini.
    Katanya Jalan Alor Pongsu-Selama di Km13 hingga Km17 ditutup kepada semua kenderaan.
    Sementara itu, sebanyak 72 mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama masih berada di pusat pemindahan.
    — BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    KWSP lancar kempen kemaskini penamaan simpanan

    15/11/2009 3:43pm

    KUALA LUMPUR 15 Nov. — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengadakan kempen kesedaran bagi mengingatkan anggotanya supaya membuat penamaan simpanan ekoran hanya 23 peratus daripada 12.4 juta anggotanya yang sudah berbuat demikian ketika ini.
    Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kempen kesedaran yang bermula esok itu bertujuan melindungi kebajikan keluarga sekiranya seseorang anggota meninggal dunia.
    Beliau berkata, dengan adanya penamaan, proses urusan bayaran pengeluaran kepada waris anggota dapat dipercepatkan, sekaligus dapat mengelak orang yang tersayang daripada menderita.
    "Sejajar dengan kempen ini, KWSP akan menyiarkan iklan radio dan akhbar mulai 16 November hingga 21 Disember bagi mengingatkan anggota supaya membuat dan mengemaskini penamaan KWSP mereka.
    "Penamaan yang dikemaskini dapat memastikan simpanan anggota dibayar kepada waris yang dinamakan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
    - BERNAMA


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts