Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [14/11/2009] : Metro | Berita2 Semasa

    Nik Aziz batal tunai haji


    KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

    Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

    Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

    "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    2 penjual udang ke tali gantung

    SHAH ALAM: Dua penjual udang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar kanabis seberat 36,220 gram di sebuah bengkel kereta di Pandan Indah, Ampang, lapan tahun lalu.

    Hakim Mohd Zaki Md Yasin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Halim Nor, 45, seorang warga tempatan dan Sabri Alias, 38, dari Aceh, Indonesia, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    "Sukar bagi mahkamah untuk mempercayai keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak tahu mengenai kewujudan ketulan mampat dadah terbabit," katanya.

    Seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan manakala pihak pembelaan mengemukakan dua orang saksi.

    Halim dan Sabri didakwa melakukan kesalahan itu di DOHC Power Auto Services, No 14, Jalan Pandan Indah 4/38, pada 4.15 petang 20 Okt 2001.

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    2 peserta Malaysia ke Tomoi dunia

    LANGKAWI: Kejohanan Tomoi TM Z1 Dunia peringkat separuh akhir yang sedang berlangsung di Dewan pameran Mahsuri Antarabangsa Langkawi, di Padang Matsirat di sini, akan memilih empat peninju untuk ke pusingan akhir pada 12 Disember ini.

    Setiausaha Persatuan Tomoi Kedah, Mohd Sanusi Othman hari ini berkata dua peserta Malaysia, Alif Zulkifli dan Wesley Wayne Jaya merupakan antara lapan peserta dari enam negara yang sedang berentap pada perlawanan separuh akhir itu yang berlangsung selama dua hari yang berakhir esok.

    Katanya, antara negara yang menghantar peserta bagi menyertai kejohanan itu ialah Thailand, Ireland, Brazil, Jerman dan Iran.

    Beliau berkata, pemenang kejohanan siri kedua di Langkawi itu, akan layak ke peringkat akhir yang akan diadakan di Dewan Badminton Cheras Kuala Lumpur pada 12 Disember ini.

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lekai serang teman wanita

    KUALA LUMPUR: Sebuah salon rambut gempar apabila seorang lelaki bergaduh dengan pemilik salon itu yang juga kekasihnya sehingga lelaki itu melepaskan tiga tembakan amaran ke dinding dan siling salon di Taman Kosas, Ampang di sini, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, seorang lelaki berumur 23 tahun memasuki salon teman wanitanya yang berusia 35 tahun dan mula bergaduh di hadapan tiga pekerja salon dan kemudian menghalau keluar pekerja terbabit dari salon itu.

    Bagaimanapun, polis yang tiba di tempat kejadian pada 12.54 tengah hari berjaya mengarahkan suspek menyerah diri selepas memujuknya selama lima minit.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu disebabkan cemburu.

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    SPRM lantik pakar forensik UK

    SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik seorang pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.

    Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.

    Abdul Razak berkata Dr Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan sudah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

    Mayat Teoh akan digali semula pada November 21 atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

  6. #6
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jentera Lotus F1 Racing lulus ujian kemalangan dalaman

    KUALA LUMPUR: Pasukan Lotus F1 Racing Malaysia mencatat satu lagi kejayaan memberangsangkan dalam persediaan pasukan itu menjelang penampilan pertama pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Dunia (F1) 2010 apabila lulus ujian pertama bagi impak kemalangan dalaman.

    Menurut pasukan itu menerusi satu kenyataan hari ini, ujian itu dilakukan ke atas bahagian tepi dan kotak muncung hadapan kereta yang dilakukan bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

    Dalam ujian kesan impak kotak muncung hadapan kereta itu, sebahagian besar muncung hadapan itu mengalami kerosakan namun bahagian garisan putih menegak pada kotak itu yang sememangnya perlu kukuh masih kekal bertahan tanpa terjejas selepas ujian.

    Ujian kemalangan rasmi dan mandatori FIA biasanya dilakukan selepas chasis akhir sesebuah kereta F1 itu sudah lengkap dipasang.

  7. #7
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wanita Malaysia ditahan di Australia

    MELBOURNE: Seorang wanita Malaysia berusia 29 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Australia selasa lalu kerana dipercayai cuba menyeludup masuk dadah ke negara itu.

    Pergerakan wanita berwatakkan lemah lembut itu bagaimanapun dapat dihidu oleh anggota keselamatan lapangan terbang terbabit.

    Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas beg wanita berkenaan, pegawai kastam dan perlindungan sempadan mendapati 28 helai pakaian yang dibawa memiliki 574 butir butang.

    Menurut jurucakap jabatan kastam Australia, salah satu daripada butang itu menimbulkan syak dan apabila dipecahkan, ia mengandungi serbuk putih dipercayai heroin.

  8. #8
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki disyaki ketua kumpulan Diva mati ditembak

    PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan Diva mati ditembak dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Gat Lebuh Nordin di sini hari ini.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditembak selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang.

    Katanya pasukan polis yang menjalankan intipan sejak sebulan lalu mengesan lelaki itu di Bukit Jambul sebelum mengekorinya hingga ke tempat kejadian.

    Ketika sampai di tempat kejadian, polis memintas kereta yang dipandu lelaki itu dan mengarahkannya keluar dari kenderaan yang dipandunya.

  9. #9
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Larian Media NPC 22 November ini


    KUALA LUMPUR: Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) dengan kerjasama Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) akan menganjur Larian Media NPC 2009 buat julung kalinya pada Ahad, 22 November ini.

    Acara larian 5 kilometer bermula dari Jalan Tangsi itu terbuka kepada anggota NPC, Pertama dan juga media, dan ia bertujuan mengukuhkan kesetiakawanan di samping memupuk gaya hidup yang sihat.

    NPC dalam satu kenyataan berkata, acara itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran lelaki (berumur 40 tahun dan ke atas) dan veteran wanita.

    Hadiah wang tunai bagi setiap kategori sebanyak RM300, RM200 dan RM100 masing-masing bagi tempat pertama kedua dan ketiga, dan setiap peserta akan diberikan sehelai T-shirt serta pingat cenderahati, di samping layak menyertai acara cabutan bertuah.

    Bayaran penyertaan RM10 tiap seorang dan borang boleh didapati dari rumah kelab NPC yang beralamat di no 84, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, atau mereka yang berminat boleh menghubungi Aftar Singh dengan menelefon 016-2453839, Muharyani Othman (012- 2859647) atau Stephen Francis (017-8814479). - Bernama

  10. #10
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anwar penasihat ekonomi Selangor

    SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi kepada kerajaan Selangor berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.

    Berucap menggulung perbahasan Bajet 2010 Kerajaan Selangor semalam, Khalid berkata pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, dengan bayaran elaun tetap RM1 sebulan, akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan di Selangor.

    “Pelantikan ini dibuat atas kapasiti Datuk Seri (Anwar), yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan. Saya percaya beliau akan dapat membantu saya dan kerajaan negeri menguruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat di Selangor dan kelayakan beliau tidak boleh dipersoalkan,” katanya. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts