Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 40
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [14/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    'KL, Jakarta mampu jadi contoh'
    Oleh Saufi Hamzah dan Nazura Ngah
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia selaku negara serumpun mampu membuktikan kepada dunia bahawa Islam dan demokrasi mampu bergerak seiring, sekali gus menidakkan dakwaan wujud konflik antara kedua-duanya.

    Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berkata republik itu juga berhasrat untuk membangunkan satu model yang dapat membuktikan kepada dunia bahawa Islam dan demokrasi mampu digerakkan seiring dalam keadaan aman dan harmoni.

    "Seperti Malaysia, Indonesia juga ingin membuktikan bahawa tiada konflik antara demokrasi dan Islam. Ketika bercakap di Universiti Harvard, saya nyatakan bahawa tidak benar jika Islam dan demokrasi itu tidak seiring.

    "Mari kita buktikan bahawa Islam juga mempunyai nilai yang tinggi dimiliki peradaban lain," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari anjuran Majlis Promosi Hubungan Antara Malaysia-Indonesia (CPMIR) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

    Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi CPMIR, Tun Musa Hitam.

    Susilo berkata, beliau menghormati Malaysia dalam pelbagai perkara dan banyak belajar daripada negara ini.

    "Saya berterima kasih atas penerimaan (sambutan) seperti ini, saya datang dengan niat tulus, membawa persahabatan daripada rakyat Indonesia untuk rakyat Malaysia.

    "Marilah kita cipta masa depan dengan lebih optimis, niat yang baik dan berfikiran positif bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia lebih kukuh dan mampu bekerjasama dengan lebih baik lagi.

    "Bahkan kita akan menjadi bahagian penting daripada perkembangan dunia yang makin aman, adil, demokratik dan sejahtera," katanya.

    Di PUTRAJAYA, Presiden Indonesia itu meminta Malaysia bersama-sama menangani sebarang isu membabitkan tenaga kerja republik itu, termasuk pembantu rumah supaya tiada pihak mengambil kesempatan dengan memberi tafsiran salah sehingga menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

    Susilo berkata, langkah segera dan proaktif daripada kedua-dua negara boleh mengelak isu tertentu berkaitan pembantu rumah daripada terus disalah erti oleh orang lain, seolah-olah tiada tindakan diambil yang akhirnya merugikan mereka.

    "Walaupun saya berpuas hati dengan apa dicapai sekarang, termasuk apa dilakukan Malaysia (hal pekerja asing Indonesia), kita tidak tak harus mengambil mudah," katanya pada sidang media bersama Najib di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.

    Sementara itu, Indonesia yakin mampu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi lebih tujuh peratus menjelang 2014 menerusi pelan tindakan lima tahun dengan sasaran mampu menarik pelaburan, terutama pelaburan asing bernilai antara RM500 bilion hingga RM680 bilion setahun.
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    RM31 juta dipulang

    Oleh Ahmad Fiesal Othman
    [email protected]

    Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang

    KUALA LUMPUR: Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang mereka berikutan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan penipuan yang membabitkan RM31 juta itu.

    Mereka yang layak mendapat ganti rugi perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk mempunyai bukti kukuh sebagai pelabur prinsipal dan tidak terbabit merekrut pelabur lain.

    Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar, berkata setakat ini kira-kira 3,000 pelabur membuat laporan mendakwa mereka kerugian akibat menyertai skim pelaburan internet itu.

    "Kira-kira 80 peratus daripada mangsa adalah golongan profesional lelaki. Pembayaran ganti rugi akan berdasarkan kaedah peng-agihan yang ditentukan oleh mahkamah dan pelabur perlu mengemukakan dokumen serta bukti berkaitan bagi pelaburan mereka. Bayaran dijadual bermula seawal tahun depan," katanya di sini semalam.

    Beliau berkata, ia adalah kejayaan terbesar SC dalam sejarah menyelesaikan kes penipuan pelaburan berikutan selesainya kes penghakiman terhadap dua tertuduh kes berkenaan, Albert Lee Kee Sien dan Amir Hassan pada 6 November lalu.

    Beliau berkata, pembayaran dibuat hasil persetujuan penghakiman dengan dua tertuduh untuk membayar kepada SC kira-kira RM31 juta dan digunakan sebagai ganti rugi kepada pelabur.

    Skim pelaburan internet Swisscash diharamkan oleh kerajaan dan laman webnya ditutup pada 2007.

    Zarinah menjelaskan jumlah RM31 juta yang dipersetujui dibayar oleh Lee dan Amir adalah hasil daripada saman berjumlah AS$83 juta (RM280.3 juta) yang dikemukakan SC terhadap kedua-dua tertuduh dan seorang lagi rakan mereka, Kevin Choo Mun Hoe.

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    KBS puas hati persiapan Melaka sebagai tuan rumah Sukma ke-13

    MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh Melaka sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung pada pertengahan tahun depan.

    Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan Melaka menunjukkan kesungguhan dalam membuat persiapaan termasuk pembinaan gelanggang baru dan penyediaan pegawai kejohanan.

    "Melaka juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan secara terbuka menerima apa juga jenis sukan yang diminta oleh persatuan sukan atau negeri-negeri untuk dipertandingkan pada Sukma ini," katanya selepas melawat

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    2 mati selepas diberikan vaksin selesema babi

    BEIJING: Kementerian Kesihatan China berkata dua pesakit yang menerima vaksin untuk virus Influenza A (H1N1) mati, walaupun kematian seorang daripadanya dilihat tidak mempunyai kaitan.

    Dalam kenyataan yang dipaparkan di laman web kementerian itu, lewat semalam berkata, autopsi menunjukkan seorang daripada mereka mengalami serangan jantung manakala bedah siasat seorang lagi mangsa sdang dijalankan ketika ini.

    Berikutan itu, pakar berkata kemungkinan mangsa serangan jantung mati akibat alahan terhadap vaksin selesema itu diketepikan.

    Bagaimanapun, pakar masih menunggu keputusan makmal.

    Kementerian itu berkata, lebih 13 juta rakyat China menerima vaksin selesema babi ketika ini. - AP

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keputusan suku akhir tennis ATP Paris Masters

    PARIS: Keputusan suku akhir kejohanan ATP Paris Masters yang memasuki hari keenam adalah:

    Novak Djokovic (SRB) tewaskan Robin Soderling (SWE) 6-4, 1-6, 6-3

    Rafael Nadal (SEP) tundukkan Jo-Wilfried Tsonga (PER) 7-5, 7-5

    Gael Monfils (PER) tewaskan Marin Cilic (CRO) 3-6, 6-4, 6-4

    Radek Stepanek (CZE) tundukkan Juan Martin Del Potro (ARG) 4-0 - tarik diri - AFP

  6. #6
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Nasa temui air di bulan

    WASHINGTON: Sejumlah kandungan air beku ditemui di bulan, kata agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), semalam, di mana ia adalah penemuan terbesar ke arah penerokaan angkasa lepas dan meningkatkan harapan bagi pangkalan lunar secara tetap.

    Data awal daripada eksperimen di bulan menunjukkan misi itu berjaya menemui air yang dibayangi kawah lunar," kata Nasa dalam satu kenyataan.

    "Penemuan ini membuka harapan baru dalam memahami bulan," tambahnya, yang meraikan penemuan bermakna itu.

    "Ya, kami menemui air dan kami tidak menemuinya dalam kandungan sedikit tetapi pada kandungan yang banyak," kata saintis projek dan penyiasat utama misi LCROSS bernilai AS$79 juta. - AFP

  7. #7
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Thaksin tinggalkan Kemboja selepas lawatannya berakhir

    SIEM REAP (Kemboja): Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam pelarian, Thaksin Shinawatra, meninggalkan negara itu hari ini, kata pegawai rasmi kerajaan.

    Ia menamatkan lawatan ke Kemboja di mana memarakkan krisis diplomatik antara kedua-dua negara. - AFP

  8. #8
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kemalangan kereta api di India ragut 5 nyawa

    NEW DELHI: Kereta api yang tergelincir di barat India, hari ini, meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan mencederakan 25 lain, kata pegawai kereta api.

    Kesemua 15 gerabak berkelajuan tinggi Ekspress Mandore, menghubungkan bandar Jodhpur dan ibu kota Delhi tergelincir berhampiran Jaipur, 277 kilometer daripada Delhi.

    "Kami dapat mengesahkan lima terbunuh," kata bilik kawalan kereta api barat.

    Ramai penumpang terperangkap di bawah gerabak yang terbalik dan pekerja penyelamat menggunakan pemotong gas bagi menyelamatkan mereka, katanya lagi.

    Penumpang yang tercedera dibawa ke hospital kerajaan di Jaipur. - AFP

  9. #9
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mayat pelajar hilang ditemui selepas 15 jam

    KANGAR: Pelajar tahun enam yang dilaporkan hilang dihanyut arus di Sungai Santan, petang kelmarin, ditemui mati dekat sungai sama di Padang Jejawi, di sini.

    Mayat pelajar terbabit ditemui kira-kira 10 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

    Mangsa ditemui terapung oleh seorang penduduk kampung kira-kira jam 9.30 pagi, iaitu 15 jam selepas dilaporkan hilang.

  10. #10
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tee Keat, Soi Lek menunggu esok dengan penuh debaran

    KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mendapat jawapan sama ada Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh yang mereka usahakan, diterima atau sebaliknya, esok apabila pemimpin di peringkat akar umbi akan menghadiri majlis taklimat sulung mengenainya.

    Kesemua 191 bahagian MCA akan menghantar sekurang-kurangnya lima pemimpin peringkat akar umbi masing-masing iaitu pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha bahagian serta ketua pemuda dan wanita bahagian, ke majlis berkenaan di ibu pejabat parti itu.

    "Jika ramai yang hadir, ia menunjukkan pelan perpaduan mereka disambut baik dan jika tak ramai yang hadir, ini menunjukkan sebaliknya," kata seorang ketua bahagian dari Selangor yang enggan dikenali.

    Taklimat itu, yang dijangka menyentuh lima isu utama, amat penting bagi kedua-dua pemimpin berkenaan memandangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden parti itu, dan 16 ahli jawatankuasa pusat (CC) lain, sudah mengadakan sesi taklimat mereka bagi ahli peringkat akar umbi beberapa hari lalu.

    Antara agenda pertama majlis taklimat esok ialah perbincangan tentang bagaimana dana parti patut digunakan bagi membiayai kegiatan di peringkat bahagian.

    Kedua, pemimpin peringkat akar umbi akan diberi penjelasan daripada segi undang-undang berkaitan permohonan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) baru oleh 16 ahli CC, terutama selepas empat daripada pemohon asalnya, yang memihak kepada Liow, dipecat oleh Ong.

    EGM kedua itu, yang dijadualkan pada 28 November, adalah percubaan untuk mengadakan pemilihan baru parti.

    Agenda ketiga dan paling penting ialah Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh, yang bertujuan memastikan ketiga-tiga kumpulan sedia ada, yang masing-masing diketuai Ong, Dr Chua dan Liow boleh bekerjasama.


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts