Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 26
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [14/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Verdasco lengkapkan lapan pemain ke Jelajah Dunia
    14/11/2009 2:45am

    PARIS 14 Nov. - Pemain Sepanyol, Fernando Verdasco merebut tempat terakhir kejohanan tenis pusingan akhir Jelajah Dunia di London tanpa perlu bermain, semalam.

    Robin Soderling dari Sweden dan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga tewas di peringkat separuh akhir Paris Master yang membolehkan Verdasco menjadi pemain kelapan layak ke kejohanan yang berlangsung dari 22 hingga 29 November.

    Kejohanan Jejalah Dunia akhir hanya melibatkan lapan pemain terbaik dunia.

    Verdasco yang tewas di pusingan ketiga kejohanan di Paris, menyertai Roger Federer, Rafael Nadal, Novak Djokovic, Andy Murray, Juan Martin del Potro, Andy Roddick dan Nikolay Davydenko ke London. - Reuters
    bitcoin 160x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wanita Turki dipercayai manusia tertua di dunia
    14/11/2009 3:05am

    DIYARBAKIR 14 Nov. – Seorang wanita berumur 125 tahun yang boleh dikategorikan sebagai manusia tertua yang pernah direkodkan ditemui di kawasan pedalaman Kurdish, Turki, semalam.

    Halime Solmaz dilahirkan pada 1 Julai 1884 dan tinggal di perkampungan Besiri, kata pengarah pejabat pendaftaran, Irfan Ertas kepada akhbar Turki.

    Menurut Kumpulan Penyelidik Gerontologi yang beribu pejabat di Los Angeles – diiktiraf oleh Guinness Book of World Record – manusia tertua ketika ini ialah seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang meninggal pada 1997 ketika berusia 122 tahun 164 hari. – AFP

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lima terlibat serangan 11 September dihadap ke mahkamah
    14/11/2009 3:21am

    WASHINGTON 14 Nov. – Lima lelaki yang dituduh bertanggungjawab dalam serangan 11 September akan dibicarakan di mahkamah sivil New York.

    Peguam negara, Eric Holder berkata, mereka akan berusaha mengenakan hukuman paling berat termasuk hukuman mati.

    Lima lagi banduan lain pula akan ditahan di penjara Guantanamo Bay dan dihadapkan ke suruhanjaya ketenteraan, kata Holder merujuk kepada sistem tribunal yang ditubuhkan oleh pentadbiran sebelum ini.

    “Hari ini saya mengumumkan Jabatan Kehakiman akan meneruskan pendakwaan di mahkamah persekutuan terhadap lima orang individu yang dituduh kerana berkomplot melakukan serangan 9/11. – AFP

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    KBS puas hati persiapan Melaka tuan rumah Sukma Ke-13

    14/11/2009 9:56am


    MELAKA 14 Nov. — Kementerian Belia dan Sukan berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh Melaka sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung pada pertengahan tahun depan.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Melaka menunjukkan kesungguhan dalam membuat persiapaan termasuk pembinaan gelanggang baru dan penyediaan para pegawai kejohanan.

    "Melaka juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan secara terbuka menerima apa juga jenis sukan yang diminta oleh persatuan sukan atau negeri-negeri untuk dipertandingkan pada Sukma ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Melaka International Bowling Centre (MIBC) di Ayer Keroh di sini, malam tadi.

    MIBC, yang merupakan gelanggang boling terbesar di Asia Tenggara dengan 52 lorong, kini menjadi tempat Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF dari 13 hingga 20 November ini.

    Sukma ke-13 mempertandingkan sembilan acara baru iaitu perlumbaan formula future, kanu, golf, ragbi 7-sebelah, bola tampar (pantai dan dewan), kabaddi, judo, lawan pedang dan akuatik (renang berirama dan polo air), yang disenaraikan bersama-sama 18 acara sukan wajib dan tujuh acara pilihan. - Bernama

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Banjir di Kedah kembali buruk
    14/11/2009 12:46pm

    ALOR SETAR 14 Nov. — Seramai 352 orang daripada 82 keluarga di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap terpaksa berpindah semula ke pusat pemindahan banjir apabila kawasan kediaman mereka kembali dinaiki air ekoran hujan lebat melanda dua daerah itu petang semalam.

    Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi Bernama hari ini berkata 54 orang (12 keluarga) di daerah Padang Terap dan 298 orang (70 keluarga) di daerah Kubang Pasu diarah berpindah kira-kira 7 petang apabila air sungai di kawasan itu melebihi paras amaran.

    Setakat pukul 11 pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah ialah 461 orang melibatkan 110 keluarga, termasuk 109 orang daripada 28 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Kota Setar.

    "Bagi daerah Padang Terap, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang ialah 16.94 meter (paras amaran 16.15 meter) dan Sungai Kampung Kubu 12.7 meter (paras amaran 12.2 meter) manakala di daerah Kubang Pasu pula, bacaan air Sungai Kongluang 13.65 meter (paras amaran 13.20 meter) dan Sungai Temin 14.9 meter (paras amaran 14.68 meter),” katanya.

    Jurucakap itu berkata dua pusat pemindahan di Padang Terap dibuka iaitu di Dewan Kampung Kubu dan Dewan Orang Ramai Kuala Pai manakala bagi daerah Kubang Pasu, empat pusat pemindahan dibuka semula iaitu di Dewan Kampung Lahar, Dewan Kampung Kubang Betung, Dewan Orang Ramai Mak Pap dan Kuartes Loji Pelubang.

    Di daerah Kota Setar, mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

    "Dua sungai di daerah itu masih lagi berada di atas paras amaran iaitu Sungai Kepala Batas 3.70 meter (paras amaran 3.50 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.17 meter (paras amaran 1.7 meter),” katanya. - Bernama

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Murid Tahun Enam ditemui lemas
    14/11/2009 1:34pm

    Padang Besar 14 Nov. - Seorang murid Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Beseri, Wan Nordiana Selamat, 12, yang hilang dihanyut arus semasa bermain banjir di empangan Sungai Kampung Darat di sini semalam ditemui 9.30 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md Deros berkata, mayatnya ditemui di Sungai Santan, Kangar kira-kira 15 kilometer dari tempat dia hilang. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Azmin perlu beri penjelasan dakwaan pembelian saham RM8 juta - Khairy
    14/11/2009 2:41pm

    SEREMBAN 14 Nov. — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali perlu menjawab dan memberi penjelasan mengenai dakwaan pembelian saham bernilai RM8 juta yang dibangkitkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

    "Pembelian saham tak salah, cuma perlu diberi penjelasan bagaimana membiayai pembelian saham tersebut. Dia mesti ada jawapannya dan penjelasannya dan kita menunggu penjelasannya,” katanya.

    Khairy ditemui pemberita selepas melancarkan kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sempena Kempen Konsumer Kebangsaan di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Ja”afar, Sungai Gadut dekat sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Vickneswaran berkaitan pembelian saham mencecah RM8 juta melibatkan tiga invividu, termasuk Azmin pada awal 1990-an yang disiarkan beberapa akhbar hari ini.

    Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau berkata Vickneswaran telah membangkitkan beberapa soalan yang mungkin Azmin perlu memberi jawapan terutamanya jika pembelian itu dibuat sewaktu beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai kerajaan. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemuda amuk mati ditembak polis
    14/11/2009 2:53pm

    Kangar 14 Nov. - Polis menembak mati seorang pemuda yang mengamuk mahu membunuh rakannya di Guar Sanji, Arau di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

    Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa berkata, Mohd. Taufiq Norzan, 21, ditembak ketika cuba menyerang polis yang memujuknya agar tidak ke rumah rakan yang mahu dibunuhnya. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ali Rustam dianugerah personaliti pelancongan Negeri Melaka
    14/11/2009 3:37pm

    MELAKA 14 Nov. — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dinobatkan sebagai Personaliti Pelancongan Melaka pada Majlis Anugerah Pelancongan Melaka 2008/2009 di sini.

    Anugerah itu diberikan berdasarkan kepada sumbangan besar beliau terhadap kemajuan industri pelancongan di negeri ini.

    Anugerah khas “Celebrity Chef” pula diberikan kepada Florance Tan, tukang masak kelahiran Melaka yang dikenali ramai dengan masakan makanan peranakan di kalangan masyarakat Malaysia dan Singapura.

    Pengusaha restoran Melaka di New York, Michael Bong pula dianugerahkan “Melaka Master chef”. Sebanyak 26 kategori anugerah disediakan pada majlis berkenaan. Anugerah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

    Pada majlis itu, Mohd Khalil melancarkan buku panduan pelancongan berjudul “Malacca-A world heritage site-a tourism guide publication” yang ditulis oleh Bonny Wee.

    Anugerah Pelancongan Melaka adalah acara dwi-tahunan anjuran kerajaan negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Melaka yang dianjurkan sejak 2005. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bekas lombong, setinggan jadi taman tasik
    14/11/2009 3:49pm

    KUALA LUMPUR 14 Nov.— Bekas lombong bijih timah dan kawasan setinggan di Taman Ampang Hilir kini berubah wajah menjadi taman tasik yang indah dan bersih bagi membolehkan warga kota setempat beriadah.

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, rekabentuk taman tersebut dibuat dengan penuh teliti agar sumber asli sedia ada seperti tasik tidak dicemari atau dilenyapkan.

    "Saya yakin, taman ini akan menjadi antara tempat menarik yang bakal dikunjungi orang ramai.

    "Keadaan ini sekali gus akan mengukuhkan institusi kekeluargaan di kalangan rakyat selain mengeratkan perpaduan dan hubungan semua golongan masyarakat di Kuala Lumpur,” katanya semasa merasmikan pembukaan taman tasik itu di sini hari ini.

    Beliau juga menyeru warga kota supaya menyayangi taman-taman rekreasi yang dibina di sekitar ibu kota termasuk Taman Tasik Ampang Hilir dan bersama-sama menjaga kemudahan awam yang disediakan. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts