Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [13/11/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    Tiada kes H1N1 di kalangan jemaah Malaysia

    MEKAH - Tiada kes jangkitan Influenza A (H1N1) yang dikesan di kalangan jemaah haji Malaysia di tanah suci, kata Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Ahmad Faudzi Yusoff hari ini.

    Beliau berkata, sehingga kini kira-kira 70 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia telah berada di tanah suci dan secara keseluruhannya mereka dalam keadaan sihat.

    Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris Arab News hari ini mengenai dua kes jangkitan Influenza A (H1N1) yang dikesan di kalangan jemaah haji yang tiba di terminal Haji Lapangan Terbang Antarbangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah semalam. - Bernama
    bitcoin 160x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Perubahan 45 laluan baru beri keselesaan optimum pada pengguna RapidKL

    KUALA LUMPUR - Penyusunan semula 45 laluan bas RapidKL bermula 16 November ini dijangka dapat memberi keselesaan optimum kepada penumpang khususnya di Lembah Klang.

    Ketua Pegawai Operasi (Bas) RapidKL DatukMohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, perubahan laluan itu termasuk 32 laluan yang dipanjangkan ke pusat Bandar raya, 11 laluan bas diubah, dua laluan bas baru dan sembilan laluan bas yang ditutup.

    Menurutnya, dengan perubahan tersebut penumpang dapat menuju terus ke bandar raya tanpa perlu menukar bas sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga dan tambang tambahan juga tidak akan dikenakan ke atas penumpang.

    "Sejak pelaksanaan sistem tambang mengikut zon yang di kuatkuasakan September lalu, penumpang yang ingin ke pusat bandar raya terpaksa menukar bas dan membayar tambang lebih.

    " Dengan pelaksanaan perubahan laluan ini juga, RapidKL telah membuat penambahan 157 bas berbanding 184 buah bas sebelum ini,”katanya pada sidang akhbar, di sini.

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jumlah wang kertas palsu di negara ini masih kecil

    KUALA LUMPUR - Jumlah wang palsu khususnya membabitkan not RM50 di negara ini masih kecil dan terkawal iaitu 13 keping bagi setiap sejuta Ringgit, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu, jumlah wang palsu yang dikesan dan dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) ialah sebanyak 48,555 keping.

    "Berdasarkan tanda aras yang menjadi panduan di peringkat antarabangsa, jika pemalsuan wang itu mencapai 20 keping bagi setiap juta wang yang dikeluarkan, baru ia serius. Jika keadaan itu berlaku, baru dianggap bahawa situasi perlu dibaiki dengan tindakan keselamatan secara serta merta.

    "Setakat ini, kita memang berada di bawah paras itu dan BNM dengan kerjasama pihak keselamatan akan berterusan memantau," katanya menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang). - Bernama

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Empat sekeluarga termasuk bakal pengantin maut pada hari perkahwinan

    KUANTAN - Empat sekeluarga termasuk seorang bakal pengantin wanita maut ketika dalam perjalanan ke kuil bagi melangsungkan upacara perkahwinan dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku di Kilometer 17 Jalan Kuantan-Gambang di sini, pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki tujuh sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang.

    "Kenderaan terbabit kemudian dipercayai terbabas sebelum melanggar lori yang parkir di bahu kiri jalan," katanya.

    Katanya, mereka yang maut di tempat kejadian ialah bakal pengantin wanita K. Kanmany, 19; serta anaknya, Sankaran yang berumur satu tahun hasil daripada perkahwinan terdahulu, abangnya, K. Balamurlikrishnan, 29; dan seorang anak abangnya, Hariharan berusia empat tahun.

    Isteri Balamurlikrishnan, B. Saratha, 25, dilaporkan mengalami kecederaan parah sementara seorang lagi anak mereka Kartik, tiga, dan saudara mereka S. Kogilan, 18, pula hanya mengalami kecederaan ringan.

  5. #5
    kingnorth
    Guest

    2 tahun bersekudukan

    2 tahun bersekudukan



    MELAKA: Dua tahun menjalin hubungan dan bersekediaman dengan wanita bukan muhrim hingga teman wanitanya itu melahirkan anak lelaki serta kini mengandungkan anak kedua hasil hubungan haram mereka, seorang atendan sebuah hospital swasta akhirnya ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), tengah malam semalam.

    Dia kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam iaitu dalam tempoh 24 jam atas dua pertuduhan iaitu bersekediaman dengan bukan muhrim mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan bersuhabat melakukan persetubuhan haram (Seksyen 55 akta sama).

    Tertuduh, Md Zazali Zakaria, 23, dari Felda Taib Andak, Johor yang mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu, kemudiannya didenda RM5,000 atau 18 bulan penjara oleh Hakim Syarie Datuk Mahamad Ibrahim.




    ____________


    org kampung mawi nie

  6. #6
    kingnorth
    Guest
    Belenggu saiz


    MUNGKIN ramai menyedari isu saiz zakar sudah banyak kali diketengahkan, namun soalan mengenainya masih banyak saya terima. Berikutan itu, untuk tidak menghampakan pihak yang bertanya minggu ini sekali lagi saya akan akan mengupas permasalahan mengenai saiz zakar terutama isu membesarkan zakar.

    Saya percaya mungkin pada waktu ini ada di kalangan pembaca yang mencuba dalam diam untuk membesarkan alat kelamin sendiri sebelum akhirnya kecewa kerana usaha itu tidak mendatangkan hasil diharapkan biarpun sudah membelanjakan banyak wang.

    Hasil pengamatan saya, ramai lelaki begitu mengambil berat mengenai saiz zakar atau mengidamkan untuk memiliki zakar bersaiz besar disebabkan mereka terpengaruh dengan tayangan lucah.

    Nasihat saya, jangan mudah terpengaruh. Saiz yang dilihat dalam filem lucah itu luar biasa kerana ia membabitkan perlakuan seks melampau oleh ahli seks profesional.

    Hakikatnya, seks untuk keseronokan bersama dan bukan suatu penderaan. Jika anda masih ragu-ragu mengenai keadaan anggota kelamin anda, segera dapatkan pemeriksaan profesional dari doktor.

    Untuk makluman pembaca, sebilangan besar lelaki Asia mempunyai zakar berukuran 12 hingga 13 sentimeter secara purata dan ukur lilit yang berukuran sama. Saiz ukuran panjang ketika tegang untuk lelaki Melayu pula ialah antara 10 hingga 16 sentimeter dan ada juga yang lebih atau kurang daripada itu.

    Namun, yang lebih mustahak ialah anggota kelamin itu dapat menjalankan tugas iaitu dapat disalurkan ke faraj dan dapat kekal dalam corong faraj dan menyalurkan air mani ketika pancutan berlaku.

    Jika menegang hanya dapat masuk tetapi tidak dapat digerakkan tanpa terlucut, itu bermakna zakar itu berukuran kecil.

    Kini, masalah zakar kecil atau micropenis bukan lagi suatu masalah rumit. Ia boleh dipulihkan secara selamat dan tanpa pembedahan.

    Yang mustahak ialah jumpa doktor yang pakar dalam masalah berkenaan. Malangnya, ramai lelaki suka berjumpa bomoh dan tukang urut. Ada juga yang dapatkan rawatan dari pengamal perubatan tidak bertauliah dan lepas itu sesal tidak terhingga.

    Bayangkan telatah seorang tabib rawatan tradisional memanjangkan zakar dengan menarik zakar secara kuat dan menyentap sehingga terkulai!

    Bayangkan seorang tabib tidak bertauliah menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak bunga atau minyak kayu cendana.

    Memang, kulit zakar akan menebal dan zakar akan kelihatan besar tapi ia besar kerana kulit dan isi bawah kulit tebal dan radang.

    Masalah bukan saja lepas disuntik, malah sepanjang hayatnya. Cara memulihkannya pula ialah melalui pembedahan yang mungkin akan memakan belanja ribuan ringgit dan hasilnya zakar tetap pendek!

    Ramai juga menjadi mangsa tabib yang menggunakan pam vakum tanpa memberi maklumat teknikal mengenainya kepada pelanggan.

    Jika tersalah pakai, kulit akan menggelembung atau lebam akibat takungan darah beku dan kesudahannya kulit panjang dan kelihatan gelap dan hilang keanjalannya.

    Selain itu, kerap juga dihebahkan dalam laman web mengenai pendekatan yang kononnya moden untuk membesarkan zakar.

    Hakikatnya, selepas makan ubat dan sapu minyak serta krim mendapati kesemua itu tak berhasil, hanya tipu helah saja.

    Paling utama, setiap lelaki perlu sedar dan yakin yang anda mempunyai anggota kelamin yang padan dan sesuai mengikut baka dan keturunan anda.

    Anda perlu tahu yang pembukaan faraj perempuan dalam kawalannya, iaitu wanita boleh melegakan faraj seluas yang mereka kehendaki dan boleh mengemutkan mengikut kehendaknya.




    --------------


    harian metro


  7. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts