Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [13/11/2009] : Metro | Berita2 Semasa

    continue..

    DiGi belanja RM1j hargai pelanggan


    Oleh Husain Jahit
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: Sebagai usaha menghargai pelanggan, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) memperuntukan RM1 juta dalam bentuk gajet berkaitan Internet yang boleh dibeli dengan harga berdiskaun serta rebat untuk capaian Internet.

    Berlangsung hari ini hingga Ahad (15 November) di pusat membeli belah 1Utama, DiGi menawarkan modem jalur lebar pada harga serendah RM1 seunit dan komputer netbook RM399.

    Antara barangan lain turut ditawarkan termasuk telefon bimbit pintar Blackberry Curve dan Blacberry Bold yang masing-masing dijual pada harga RM99 dan RM199, sementara Nokia N97 Mini berharga RM499.

    Menurut Ketua Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, pihaknya ingin menghargai pelanggan dengan pelbagai kejutan berkaitan, selain menjadikan Internet sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka dalam situasi yang mudah dicapai dan mampu dimiliki.
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pasar Borong Selangor perlu digempur
    Oleh Hayati Ibrahim
    [email protected]

    PUTRAJAYA: Tindakan `menggempur' Pasar Borong Selangor, di Seri Kembangan, dekat sini, perlu dilakukan segera oleh Jabatan Imigresen dan polis bagi `melenyapkan' penguasaan warga asing yang dikesan menguasai kebanyakan gerai di kawasan terbabit.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata tindakan itu perlu kerana majoriti peniaga di pasar borong berkenaan adalah warga asing yang menyewa tapak gerai daripada peniaga tempatan.

    "Kita dapati banyak warga asing yang berniaga di pasar itu dan tidak mengetahui status mereka (pekerja warga asing) sama ada memasuki negara ini secara sah atau sebaliknya.

    "Saya sudah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Imigresen dan polis supaya mengadakan operasi di pasar itu supaya jumlah pekerja asing dapat dikurangkan terutama pekerja warga asing haram," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam (BPA), di sini, hari ini.

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Saksi 'belot' punca kalah kes: SPRM

    Oleh Hayati Ibrahim
    [email protected]

    PUTRAJAYA: Saksi 'belot' atau keengganan saksi bekerjasama antara punca kebanyakan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), gagal disabitkan di mahkamah atau kalah dalam perbicaraan.

    Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata kebanyakan kes yang disiasat berakhir tanpa pertuduhan kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada saksi.

    "Ada di antara saksi yang enggan menyatakan perkara sebenar atau sengaja melindungi orang yang melakukan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

    "Malah, ada saksi yang gagal dikesan untuk memberi keterangan di mahkamah, atau saksi memberi keterangan yang bercanggah dan ada saksi yang sengaja menyatakan 'tidak ingat' apabila ditanya soalan berkaitan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

  4. #4
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    2 tahun bersekudukan

    MELAKA: Dua tahun menjalin hubungan dan bersekediaman dengan wanita bukan muhrim hingga teman wanitanya itu melahirkan anak lelaki serta kini mengandungkan anak kedua hasil hubungan haram mereka, seorang atendan sebuah hospital swasta akhirnya ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), tengah malam semalam.

    Dia kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam iaitu dalam tempoh 24 jam atas dua pertuduhan iaitu bersekediaman dengan bukan muhrim mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan bersuhabat melakukan persetubuhan haram (Seksyen 55 akta sama).

    Tertuduh, Md Zazali Zakaria, 23, dari Felda Taib Andak, Johor yang mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu, kemudiannya didenda RM5,000 atau 18 bulan penjara oleh Hakim Syarie Datuk Mahamad Ibrahim.

  5. #5
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Suami isteri urus judi ekor ditahan

    Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
    [email protected]

    GEORGETOWN: Taktik licik sepasang suami isteri yang menjadikan rumah mereka sebagai pusat mengurus pertaruhan nombor ekor hingga mampu meraih kutipan sehingga RM200,000 sebulan, akhirnya terbongkar dalam serbuan di Majestic Height, Lintang Paya Terubong 5, Air Itam, semalam.

    Dalam serbuan jam 6 petang oleh sepasukan polis Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu diketuai Cif Inspektor Mohd Rozi Aziz, hasil maklumat awam dan intipan sejak dua minggu lalu.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata ketika serbuan dilakukan, pasangan berusia 40-an serta tiga pekerja masing-masing berusia antara 20 hingga 30-an sedang sibuk menerima pertaruhan nombor ekor daripada pelanggan menerusi telefon dan faksimili.

    Beliau berkata, polis turut merampas empat mesin faksimili, satu komputer riba, satu mesin fotostat, 119 keping kertas tertera nombor pertaruhan, tujuh telefon bimbit, enam kalkulator, meja, kerusi dan alat tulis.

    "Berdasarkan modus operandi dilakukan, kegiatan pertaruhan nombor ekor empat digit ini diterima melalui kiriman faksimili dan telefon oleh kaki judi di mana setiap panggilan diterima akan diberikan beberapa catatan nombor pertaruhan mengikut jumlah pertaruhan dibuat sebelum segala urusan


  6. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts