Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 33
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [13/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    continue from last news updated by ajak yesterday .

    Saksi kedua kes Norza didakwa beri keterangan palsu

    TEMERLOH: Saksi kedua perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria, dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, dihadap ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memberi keterangan palsu.

    Mohd Taupik Hussain, 39, dari Kuala Lumpur didakwa memberi keterangan palsu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azuar Che Yusof ketika perbicaraan kes tersebut berlangsung pada kelmarin dan semalam.

    Tiga pertuduhan memberi keterangan palsu itu ialah tidak pernah berjumpa Mohamad Norza pada malam 19 Januari lalu, tidak menerima sebarang sampul surat putih daripada Mohamad Norza pada tarikh dan tempat yang sama dan tidak pernah menyerah sampul surat berwarna putih semasa majlis jamuan di rumah Muhammad Anuar Mohd Yunus di sini pada 20 Januari lalu.
    bitcoin 160x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tidak adil heret wanita dalam politik suami: Rosmah

    KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata adalah tidak adil mengheret isteri dan anak-anak dalam politik suami.

    "Janganlah dibuat wanita sekecil itu, buat seolah-olah kita bahan pertaruhan dalam kancah politik. Kalau nak berpolitik, politik sahaja jangan sangkut-paut dengan wanita," kata Rosmah ketika rakaman rancangan "Apa Kata Wanita Bersama Bersama Zamzarina" di Angkasapuri di sini hari ini.

    Rosmah diminta mengulas isu baiah Pas yang mana wakil rakyat mengikrar sumpah taat setia kepada parti dan sekiranya mereka melompat parti, jatuhlah talak talak tiga ke atas isteri mereka.

    Rosmah berkata, politik dan rumahtangga tidak harus dicampuradukkan kerana jika isteri tertekan ia akan membawa kepada keburukan personaliti isteri dan akhirnya rumah tangga tidak bahagia.

    "Kalau suami tak gembira, nak keluar pun takut (lompat parti), tak keluar pun tertekan," katanya.

    Sementara itu, Rosmah berkata tidak mustahil Malaysia pada masa akan datang dipimpin oleh Perdana Menteri wanita berdasarkan kegigihan dan komitmen wanita yang tinggi terhadap kerjaya dan keluarga pada masa kini.

    Katanya, pada masa ini lebih 70 peratus daripada pelajar institusi pengajian tinggi terdiri daripada wanita dan ramai wanita menerajui pentadbiran tertinggi jabatan kerajaan dan syarikat swasta. - Bernama

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Status kerusi DUN Kota Seputeh diketahui Isnin ini

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin ini untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

    Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar peguam Sulaiman Abdullah yagn mewakili Speaker DUN Kedah, Abdul Isa Ismail, yang memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun.

    Abdul Isa mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang Adun berikutan kegagalannya untuk menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini dan kerusi berkenaan adalah kosong.

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Filem Michael Jackson raih kutipan AS$200 juta



    LOS ANGELES: Filem Michael Jackson, "This Is It" kini dilaporkan membolot kutipan AS$200 juta (RM680 juta) sejak tayangannya di seluruh dunia, dua minggu lalu.

    Sony Pictures melaporkan, filem yang memaparkan persiapan Michael menjelang konsert kemunculan semulanya, mencatat perolehan lebih AS$61 juta (RM207.4 juta) di Amerika Utara saja dan AS$140 juta (RM476 juta)lagi di negara lain di dunia.

    "Peminat filem dan pengkritik di seluruh dunia nyata menyumbang kepada filem serta muzik Michel Jackson," kata Pengerusi Pemasaran dan Pengedaran Sony Pictures Worldwide, Jeff Blake dalam satu kenyataan, semalam.

    Selain di Utara Amerika, filem ini mendapat tempat di Jepun dengan jumlah kutipan mencecah AS$27.2 juta, diikuti Britain (AS$14.3 juta), Jerman (AS$12.1 juta), Perancis (AS$12.1 juta) dan Australia (AS$7.2 juta). - AFP

    Michael, 50, mati di Los Angeles pada 25 Jun lalu selepas dikatakan mengambil dadah berlebihan. - AFP
    rcw/ksh Entertainment-US-film-music-Jackson AFP

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    13 maut bas terhumban ke laut di China



    BEIJING: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh apabila sebuah bas persiaran merempuh jambatan sebelum terhumban ke dalam laut di Bandar Weihai, Wilayah Shandong, di timur China, semalam.

    Agensi berita Xinhua melaporkan, ketika nahas jam 2.15 petang waktu tempatan (0615 GMT), seramai 22 orang di dalam bas, termasuk pemandu.

    Mayat mangsa bagaimanapun sudah ditemui dan laporan itu menyebut semua penumpang dari Wilayah Selatan Guangdong.

    Sembilan yang terselamat kini dirawat di hospital manakala dua lagi yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Nahas berlaku dipercayai akibat jalan yang licin.

    Seramai 200 orang, termasuk polis dan nelayan dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa. - AFP

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sulkarnain, Noorman dihukum gantung bunuh Bakarudin



    KUALA LUMPUR: Eksekutif Jualan, Sulkarnain Alias, 32, dan pemandu fork-lift, Noorman Ab Wahab, 31, dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bekas pensyarah UiTM, Bakarudin Busu pada 12 Februari 2002.

    - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Reja Petra lepas sekali lagi



    KUALA LUMPUR: Kegagalan polis mengesan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin sekali lagi mendorong mahkamah melepaskan tanpa membebaskannya daripada satu tuduhan memfitnah.

    Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat hari ini telah melepas tanpa membebaskan Raja Petra daripada tuduhan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain kerana penyerahan waran tangkap terhadapnya tidak disempurnakan.

    Keputusan itu juga dibuat disebabkan notis tunjuk sebab kepada penjamin iaitu isteri Raja Petra, Marina Lee, juga tidak dapat dilakukan.

    Berdasarkan rekod lalu, waran tangkap terhadap Raja Petra dikeluarkan pada 26 Mei lalu dan kesnya telah disebut sebanyak dua kali. Hari ini adalah sebutan kali terakhir.

    Raja Petra, 59, dituduh memfitnah Rosmah, semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya, Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini jam 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.

    Raja Petra, yang turut diwakili peguam Amarjeet Singh, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda jika sabit kesalahan.
    Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff.

    Pada 11 Nov lalu, atas kegagalan pihak polis juga, Raja Petra dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa



    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

    Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

    Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

    "Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka," katanya.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Baiah Khalid tak direstui pimpinan tertinggi Pas: Mustafa




    KUALA LUMPUR: Amalan baiah talak tiga yang dilakukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak dipersetujui dan tidak direstui pimpinan tertinggi Pas.

    Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata kepimpinan parti menganggap baiah yang dilafazkan Khalid tidak sewajarnya berlaku kerana merendahkan martabat kaum wanita.

    "Berikutan tindakan Khalid itu, beliau diberikan peringatan secara lisan oleh parti," katanya pada sidang media bagi menjelaskan isu baiah di ibu pejabat Pas di sini, sebentar tadi.

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dua dihukum gantung bunuh bekas pensyarah UiTM



    KUALA LUMPUR: Dua rakan karib, seorang eksekutif jualan dan pemandu forklift dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu, tujuh tahun lalu.

    Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee juga mensabitkan seorang lagi bekas pelajar Institut Kemahiran Bina Negara, Azizul Aznal Jailan, 26, tetapi menetapkan 11 Disember untuk mendengar laporan akhlaknya sebelum menjatuhkan hukuman kerana ketika kejadian Azizul berumur 18 tahun.

    Muhamad Ideres dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan yang mewakili Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab Wahab, 31, telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah untuk membolehkan mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh.

    Sebaik saja hakim membacakan penghakimannya kesemua tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya memandang ke arah anggota keluarga masing-masing yang memenuhi galeri awam.

    Pada 3 Ogos 2007 mahkamah yang sama telah membebaskan tertuduh keempat, seorang pelajar Muhamad Zakwan Ahmad Zaki, 24, di akhir kes pendakwaan setelah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.

    Seorang lagi bekas pelajar UiTM, Siti Rahmah Azman Subramaniam, 28, turut didakwa dengan pertuduhan membunuh Bakarudin tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama. Siti Rahmah adalah teman wanita Sulkarnain.
    Mereka dituduh membunuh Bakarudin, 35, di Jalan SS19/6, Subang Jaya, pada 9.30 malam 12 Februari 2002. Mayat Bakarudin dijumpai separuh rentung dalam longkang di Subang Jaya.

    Semasa perbicaraan saksi-saksi pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Azizul sudah mengambil pedang samurai yang diletakkan sebagai hiasan di rumah abangnya yang telah digunakan dalam kejadian itu.

    Sementara itu, Noorman pula ada mengaku telah membunuh seseorang kepada rakannya, Mohammad Qaiyyum Abdul Wahab dan Mohammad Qaiyyum mengesahkannya di mahkamah ketika dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

    Mengikut keterangan di mahkamah, polis turut menjumpai kad SIM milik mangsa daripada Noorman beberapa hari selepas tarikh kejadian.
    Seorang saksi yang melihat kejadian itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau ada melihat Sulkarnain menetak kepala Bakarudin sebanyak dua kali menggunakan sebilah parang panjang.

    Ketika rayuan peguam Sulkarnain, Suzana Morlihan memberitahu mahkamah bahawa ayah kepada anak guamnya telah meninggal dunia ketika perbicaraan dan dia tidak mempunyai rekod jenayah.

    Sementara itu peguam K Vikneswaran yang mewakili Noorman pula memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya ingin meminta maaf kepada keluarga mangsa dan kejadian itu berpunca daripada pergaulan dengan rakan-rakannya.

    Timbalan Pendakwa, Raya Mohd Nordin Ismail memberitahu mahkamah bahawa ayah Bakarudin ada menghubunginya untuk melahirkan perasaan kesal apa yang telah berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam perbicaraan.

    Azizul diwakili peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla.

    Sepanjang perbicaraan 30 saksi pendakwaan termasuk isteri Bakarudin, Mawarni Muhamad, 41, telah memberi keterangan sementara pihak pembelaan telah memanggil enam orang saksi. - Bernama


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts