Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 29
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [13/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    [13/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    11 mayat yang ditemui di Ohio mula dikebumikan

    13/11/2009 3:14am

    CLEVELAND 12 Nov. - Persiapan untuk upacara pengkebumian 11 mangsa yang mana mayat mereka ditemui di kediaman seorang penjenayah seks berjalan lancar.

    Upacara untuk Telacia Fortson dari timur Cleveland dijadualkan berlangsung hari ini di gereja Grace Missionary Baptist.

    Mayatnya adalah mayat kedua yang berjaya dikenalpasti di rumah Anthony Sowell.

    Setakat ini 10 daripada 11 mayat berkenaan telah dikenalpasti.

    Polis mengesyaki lelaki itu menggoda wanita ke rumahnya dengan arak sebelum menyerang mereka. - AP
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    32 mati dalam kemalangan jalan raya Angola
    13/11/2009 3:15am

    LUANDA 12 Nov. - Seramai 32 orang terbunuh apabila trak yang membawa mereka ke Uige, iaitu sebuah wilayah yang terletak di utara Angola, terbalik dan turut mencederakan 42 yang lain.

    Mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sedang dalam perjalanan dari Republik Congo, yang mana pihak berkuasa telah menghalau lebih 54,000 rakyat Angola sebagai tundak balas terhadap penyingkiran rakyat Congo dari Angola. - Reuters

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lombong emas haram Ghana ragut 15 nyawa

    13/11/2009 3:15am

    ACCRA, Ghana 13 Nov. - Seramai 15 orang termasuk 13 wanita terbunuh semasa sebuah lombong emas haram runtuh di bandar Dompoase di bahagian barat Ghana.
    Pegawai polis bahagian Barat, Superintenden Victor Agbetornyo berkata, polis sedang mencuba mengenalpasti mayat.
    Katanya, mereka tidak pasti berapa ramai yang sedang bekerja di lombong tersebut semasa kejadian, tetapi pelombong-pelombong lain berjaya melarikan diri dengan selamat.
    Ghana adalah salah satu pengeksport terbesar emas benua Afrika. - AP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Raja Petra lepas tanpa bebas fitnah isteri PM

    13/11/2009 10:15am

    KUALA LUMPUR 13 Nov. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dari tuduhan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua lagi. - Utusan

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bunuh pensyarah UiTM - Dua tertuduh dihukum gantung

    13/11/2009 2:59pm

    Oleh: Norazlita Mohd. Sies
    KUALA LUMPUR 13 Nov. - Dua tertuduh yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh pensyarah Sains Sukan, UiTM, Bakarudin Busu tujuh tahun lalu, masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
    Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee menjatuhkan hukuman ke atas Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Abdul Wahab, 31.
    Mahkamah bagaimanapun menetapkan 11 Disember untuk menunggu laporan akhlak tertuduh ke tiga, Azizul Azual Mohamad Jailani, 26, sebelum membuat keputusan terhadapnya.
    Mereka didakwa membunuh Bakarudin, 35, pada pukul 9.30 malam, 12 Februari 2002 di Jalan SS19/6, Subang Jaya, Selangor.
    Pada awalnya, selain tiga tertuduh itu, dua yang lain termasuk teman wanita Sulkarnain, Siti Rahmah Azman Subramaniam dan tertuduh ke empat, Muhamad Zakwan Ahmad Zaki turut didakwa membunuh Bakarudin.
    Siti Rahmah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Bakarudin pada 14 Julai 2003 setelah ditawarkan untuk menjadi saksi pendakwaan.
    Manakala Muhamad Zakwan pula dilepaskan dan dibebaskan pada 3 Julai 2007.
    Mayat Bakarudin ditemui terbakar dalam longkang di Subang Jaya dan dua batang jari kanannya dipotong.
    Allahyarham mati ekoran cedera parah pada bahagian atas dan belakang kepala dan sebahagian otaknya terkeluar.
    Selain itu, si mati turut mengalami 13 luka di kepala, tangan dan badan akibat ditetak dengan senjata tajam seperti pedang dan parang.
    Mayatnya dibakar selepas mati kerana tiada sebarang kesan asap pada saluran pernafasannya. - Utusan

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Suruhanjaya Sekuriti bayar RM31 juta

    13/11/2009 11:35am

    KUALA LUMPUR 13 Nov. - Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara Swiss Scam yang bernilai RM31 juta.
    Suruhanjaya Sekuriti dijangka membayar semula wang pelaburan mangsa seawal tahun depan. - Utusan

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Khalid diberi peringatan lisan berhubung isu bai’ah

    13/11/2009 2:59pm

    KUALA LUMPUR 13 Nov. - Amalan bai'ah talak tiga yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam Khalid Samad tidak dipersetujui dan direstui oleh pucuk pimpinan Pas kerana ia merendah-rendahkan kaum wanita.
    Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah memberi peringatan secara lisan kepada Khalid berhubung tindakannya itu.
    Beliau berkata, ini adalah kes yang pertama dan tidak pernah berlaku sejak Pas bertanding dalam pilihan raya di negara ini. - Utusan

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    129 penjawat awam Selangor kena tindakan

    13/11/2009 12:18pm

    SHAH ALAM 13 Nov. — Seramai 129 penjawat awam negeri Selangor dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
    Pengerusi Jawatakuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, daripada jumlah itu, 96 peratus atau 124 pegawai adalah dari Kumpulan Sokongan, manakala lima pegawai atau empat peratus Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
    Beliau berkata, jumlah penjawat awam yang dikenakan tindakan ini melibatkan semua 42 jabatan atau agensi yang terdapat di negeri Selangor.
    "Majoriti kes salah laku yang dicatat adalah kes ketidakhadiran bertugas tanpa kebenaran Ketua Jabatan ataupun tanpa sebab munasabah iaitu 64 kes atau 50 peratus,” kata Halimah ketika menjawab soalan Gan Pei Nei (PKR-Rawang) pada sesi soal jawab persidangan DUN di sini hari ini.
    Halimah berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan Institut Integriti Malaysia dalam mengadakan program atau aktiviti yang berorientasikan penyuburan integriti dan moral bagi penjawat awam.
    Antara inisiatif yang diambil ialah mengadakan bengkel, seminar dan kursus berkaitan integriti, mengemas kini serta menyebarluaskan intipati Pelan Integriti Nasional, katanya. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    60 pengunjung pusat hiburan ditahan positif dadah

    13/11/2009 3:01pm

    KUALA LUMPUR 13 Nov. — Enam puluh pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi di sini termasuk 29 wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam ”Ops Hiburan” awal hari ini.
    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Deputi Supritenden Baharudin Mat Taib berkata, mereka yang berusia antara 21 dan 57 tahun itu ditahan selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ketamin, amphetamine dan methamphetamine.
    "Dalam serbuan pada kira-kira pukul 3.30 pagi itu, seramai 106 pengunjung diperiksa oleh lima pegawai dan 20 anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan dibantu Bahagian Narkotik Cheras dan Putrajaya,” katanya di sini, hari ini.
    Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak menemui sebarang dadah di tempat berkenaan.
    Baharudin berkata, hasil risikan selama dua minggu mendapati ada pengunjung pusat hiburan yang menyalahguna dadah manakala pusat hiburan terbabit beroperasi lebih masa. "Polis percaya kekerapan menjalankan operasi seperti ini mampu membanteras gejala penyalahgunaan dadah di pusat-pusat hiburan di sekitar ibu kota,” katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    191 mangsa banjir dipindahkan di Perak

    13/11/2009 3:02pm

    IPOH 13 Nov. — Kira-kira 191 orang dari beberapa kampung di Daerah Selama dipindahkan apabila beberapa kawasan rendah di daerah itu dinaiki air lebih satu meter semalam.
    Jurucakap Polis Bilik Gerakan Balai Polis Selama berkata, seramai 99 orang dari 20 keluarga dari Kampung Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Lembah Keluang dan Kampung Chin Ahlau dipindahkan di buah dewan dan surau.
    Sembilan puluh dua orang dari Kampung Masjid, Kampung Kubu Gajah, Kampung Batu Bertam dan Kampung Garuk dibenar pulang ke rumah masing-masing pada pukul 10 pagi ini, katanya ketika dihubungi hari ini.
    Beliau berkata, kesemua mangsa banjir mula dipindahkan sejak pukul 12 tengah malam tadi hingga 2 pagi ini berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan kampung mereka dinaiki air.
    Jalan raya dari Selama ke Bagan Serai juga ditutup kepada semua lalu lintas kerana ditenggelami air lebih satu meter, katanya. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts