Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [12/11/2009] : Metro | Berita2 Semasa

    [12/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    Keputusan beli helikopter belum muktamad


    Oleh Maiamalina Mohamed Amin
    [email protected]

    KEPUTUSAN mendapatkan helikopter utiliti baru bagi menggantikan Nuri yang sudah lanjut usia dan digunakan sejak 1968 belum lagi dimuktamadkan kerajaan, sebaliknya masih dalam pertimbangan sewajarnya.

    Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata ini berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu disamping perlu memastikannya menepati keperluan dari segi keupayaannya.

    "Kerajaan berpendapat bahawa proses ke arah perolehan helikopter utiliti berkemampuan dalam aktiviti 'search dan rescue (SAR)' ini masih dalam pertimbangan dari semua aspek termasuk kedudukan ekonomi negara.

    "Dan kita mahu helikopter yang bakal diperolehi kelak menepati keperluan dan memenuhi keupayaan yang diinginkan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen, di sini hari ini.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penyamun lari bertempiaran

    KUANTAN: Dua penyamun dipercayai warga Indonesia bertempiaran lari selepas diacu senapang patah oleh seorang warga emas yang berjaya melepaskan diri selepas diikat dengan tali dalam satu rompakan di Kampung Kempadang dekat sini pagi semalam.

    Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, dua penyamun yang bersenjatakan parang memecah masuk rumah warga emas itu dan mengikat mangsa yang berusia 67 tahun dan isterinya yang berusia 60 tahun serta seorang anak perempuan mereka yang kurang upaya (OKU) dengan tali.

    "Isteri mangsa berjaya melepaskan ikatan itu sebelum membuka ikatan suaminya. Suaminya itu kemudian sempat mengambil senapang patah yang tidak berpeluru sebelum mengacukannya kepada kedua-dua penyamun berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Kedua-dua penyamun itu bagaimanapun berjaya melarikan wang tunai RM300 dan sebentuk cincin yang dipakai isteri mangsa. - Bernama

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Chua minta Liow berterus terang

    KUALA LUMPUR: Timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata naib presiden parti itu Datuk Seri Liow Tiong Lai sudah meminta beliau menyokong hasratnya untuk memegang jawatan tertinggi parti bulan lalu.

    Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Chua meminta Liow tidak lagi menghantar isyarat mengelirukan dan sebaliknya berterus terang sama ada beliau inginkan jawatan presiden atau timbalan presiden MCA.

    "Kalau anda mahukan jawatan naib presiden sekarang, beritahu saya dengan berterus terang mengenainya dan saya akan berundur. Saya akan beri jawatan itu kepada anda kalaulah tindakan ini boleh menjamin kestabilan dan perpaduan dalam parti.

    "Saya bersedia melakukannya, tapi nyatakanlah pendirian anda dengan jelas, jangan sekejap begitu dan sekejap begini, jangan asyik ubah pendirian," katanya.

  4. #4
    kingnorth
    Guest

    Kerajaan timbang pemilik sekeping VCD haram dihukum

    KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memiliki cakera padat video (VCD) haram walaupun sekeping, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

    Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata, ini kerana mengikut Akta Hakcipta 1987, hanya individu yang

    memiliki tiga keping atau lebih VCD haram akan dikenakan tindakan undang-undang.

  5. #5
    kingnorth
    Guest

    Video seks J-Lo selamat

    LOS ANGELES: Mahkamah meluluskan permohonan aktres Jennifer Lopez untuk menghalang bekas suaminya menjual rakaman video seks mereka.

    Hakim Los Angeles, James C Chalfant mengeluarkan arahan menghalang video The J-Lo and Ojani Noa Story (Kisah Ojani Noa dan J-Lo) diedar kepada umum buat sementara waktu.

    Larangan itu berkuatkuasa hingga perbicaraan menentukan sama ada larangan dikekalkan atau sebaliknya berlangsung hari ini.

    “Saya akan tentang larangan ini,” tegas Noa.




    Jennifer atau J-Lo menyaman Noa AS$10 juta (RM33.85 juta) kerana mendakwa bekas suaminya itu melanggar perjanjian merahsiakan hubungan mereka dengan bertindak cuba menjual rakaman video itu yang mengandungi ratusan klip video, termasuk hubungan seks ketika mereka berbulan madu pada 1997.

  6. #6
    kingnorth
    Guest

    Hikayat terung

    Hikayat terung


    SOALAN

    BETULKAH terung tidak bagus untuk lelaki kerana ada orang mendakwa ia boleh melemahkan tenaga batin lelaki?



    ZAM,
    Petaling Jaya


    JAWAPAN


    Memang menjadi kebiasaan budaya kita membuatkan mudah sangat terpengaruh dengan pelbagai mitos berkaitan dengan syahwat dan fungsi seksual sehingga kita yang terpelajar juga terikut tanpa menggunakan akal.

    Ungkapan yang terung melemahkan tenaga batin lelaki juga adalah satu dari mitos.

    Bayangkan terung yang mempunyai banyak khasiat makanan termasuk kalsium, protein dan vitamin A yang dianggap sebagai daging untuk mereka yang tidak makan daging (vegetarian eaters) diketengahkan sebagai makanan yang melemahkan syahwat!

    Jangan mudah terpedaya dengan ungkapan yang mengaibkan kesihatan atau fungsi badan yang datang dari mereka yang tidak bertauliah.

    Sebahagian besar dari mitos mati pucuk berpunca dari kejahilan turun-menurun nenek moyang kita dan masih mempengaruhi kehidupan seksual kita.

    Kepercayaan budaya kuno yang syahwat dan tenaga batin lelaki menggambarkan kuasa kejantanan dan tenaga kelelakian masih kekal sehingga ke hari ini kerana masyarakat kita masih percaya dengan ilmu batin dan kuasa hitam.

    Jadi tidak hairan jika kita masih mengekalkan kepercayaan kuno dan terbelenggu dengan kepercayaan yang songsang yang boleh melemahkan kesihatan seksual dan kesihatan batin kita.

  7. #7
    NG Rookie
    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Credit Suisse HQ
    Posts
    1,609
    kni will become famous soon enough kni will become famous soon enough
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by kingnorth View Post
    Hikayat terung


    SOALAN

    BETULKAH terung tidak bagus untuk lelaki kerana ada orang mendakwa ia boleh melemahkan tenaga batin lelaki?



    ZAM,
    Petaling Jaya


    JAWAPAN


    Memang menjadi kebiasaan budaya kita membuatkan mudah sangat terpengaruh dengan pelbagai mitos berkaitan dengan syahwat dan fungsi seksual sehingga kita yang terpelajar juga terikut tanpa menggunakan akal.

    Ungkapan yang terung melemahkan tenaga batin lelaki juga adalah satu dari mitos.

    Bayangkan terung yang mempunyai banyak khasiat makanan termasuk kalsium, protein dan vitamin A yang dianggap sebagai daging untuk mereka yang tidak makan daging (vegetarian eaters) diketengahkan sebagai makanan yang melemahkan syahwat!

    Jangan mudah terpedaya dengan ungkapan yang mengaibkan kesihatan atau fungsi badan yang datang dari mereka yang tidak bertauliah.

    Sebahagian besar dari mitos mati pucuk berpunca dari kejahilan turun-menurun nenek moyang kita dan masih mempengaruhi kehidupan seksual kita.

    Kepercayaan budaya kuno yang syahwat dan tenaga batin lelaki menggambarkan kuasa kejantanan dan tenaga kelelakian masih kekal sehingga ke hari ini kerana masyarakat kita masih percaya dengan ilmu batin dan kuasa hitam.

    Jadi tidak hairan jika kita masih mengekalkan kepercayaan kuno dan terbelenggu dengan kepercayaan yang songsang yang boleh melemahkan kesihatan seksual dan kesihatan batin kita.
    byk benor mitos ni...
    aku ingatkan terung yg "tut" tu....

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anak lemas dalam bah


    PASIR MAS: Malang bagi seorang ibu apabila kehilangan bayi lelaki berusia 18 bulan, selepas dipercayai lemas sebaik terjatuh ke dalam air banjir sedalam 1.5 meter, di rumah ibunya di Kampung Gading, dekat sini, semalam.

    Kejadian berlaku jam 2 petang dan ia disedari Sarimah Mat Salleh, 30, selepas anaknya, Mohd Haziq Akmal Mohd Hail, tiada dalam rumah ketika hendak diajak makan tengah hari bersama.

    Selepas puas mengelilingi rumah mencari mangsa, Sarimah terkejut apabila mendapati anaknya itu terapung-apung di depan rumah selepas tersangkut pada pintu pagar rumah dalam keadaan tidak bernyawa.

    Mangsa baru sampai ke kampung terbabit bersama ibu, bapa dan kakaknya, Nor Syamiza, 2, dari Johor Bahru, untuk bercuti.

    Berdasarkan rekod, Mohd Haziq Akmal menjadi mangsa banjir ketiga.

    Menceritakan peristiwa memilukan itu, Sarimah berkata, ketika kejadian dia sedang memasak hidangan tengah hari di dapur, sementara Mohd Haziq bersama kakak serta sepupunya yang lain berada di ruang tamu rumah.

    “Selepas selesai memasak, kakak serta sepupunya menuju ke dapur untuk makan tengah hari kecuali Mohd Haziq. Keadaan itu menyebabkan saya panik dan bertanyakan di mana dia berada.

    “Saya segera mencarinya di luar rumah selepas dimaklumkan Mohd Haziq berada di situ dan gagal menemuinya sungguhpun usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

    Menurutnya, dia curiga sebaik melihat pintu pagar rumah ibunya terbuka dan mengesyaki berlaku perkara tidak diingini ke atas Mohd Haziq.

    “Sangkaan saya itu nyata benar kerana selepas puas mencari Mohd Haziq di sekeliling rumah, akhirnya, saya menemui jasadnya terapung di tepi pagar rumah selepas terjatuh di situ.

    Katanya, mangsa yang nyawa-nyawa ikan kemudian dikejarkan ke Hospital Pasir Mas menggunakan sampan milik penduduk sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Haliluddin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit yang dilakukan keluarga mangsa di Balai Polis Bakong.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Parah dilibas kipas
    Oleh Hayati Ibrahim
    [email protected]

    DENGKIL: Mengerikan apabila kipas dalam kelas sebuah sekolah, dekat sini, yang sedang berpusing ligat, tiba-tiba terhempas di atas meja seorang pelajar menyebabkan satu daripada bilah kipas tersagat sehingga mengoyak pipi, mulut dan menampakkan tulang rahang pelajar berkenaan, kelmarin.

    Sebelum kejadian, Fahmi Harith Abu Bakar, 13, sedang asyik mendengar penerangan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia dalam kelas sebelum kipas yang sedang berpusing ligat itu jatuh, kira-kira jam 6 petang.

    Kejadian yang mengejutkan itu menyebabkan mangsa, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, dekat sini, terpaksa menerima lebih 10 jahitan di pipi dan di luar serta dalam mulut apabila bilah kipas itu melayang mengenai mukanya.

    Fahmi Haritah berkata, ketika kejadian, dia sedang berbincang dengan rakan mengenai topik yang diajar guru sebelum kipas di siling terjatuh di atas meja dan terkena pipi.

    “Saya terus terjatuh di lantai dan menyedari banyak darah keluar dari mulut, tetapi tidak rasa sakit sebelum dipapah guru dan rakan ke Klinik Kesihatan Dengkil untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, pembantu perubatan di klinik terbabit kemudian merujuk kesnya ke Hospital Putrajaya, dekat sini, apabila mendapati kecederaan dialami agak serius.

    Fahmi Harith yang ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, petang semalam, masih trauma dengan mukanya membengkak dan terpaksa makan serta minum menggunakan penyedut minuman.

    Anak keempat daripada enam beradik itu terpaksa berbaring akibat kesakitan dialami selain sukar bercakap.

    Katanya, dia tidak menyangka kipas yang disangkut kukuh di siling itu boleh jatuh.

    “Secara kasarnya kipas itu berada dalam keadaan elok dan tidak rosak, tak sangka pula ia boleh terjatuh. Namun, saya bersyukur tidak mengalami kecederaan teruk,” katanya yang mendapat cuti sakit sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini.

    Sementara itu, bapa mangsa, Abu Bakar Mustafa, 45, berkata dia menerima panggilan dari pihak sekolah kira-kira jam 6.10 petang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan di sekolah.

    “Pada mulanya, saya ingat anak bergaduh dengan rakan atau terbabit dengan kemalangan lain, tetapi terkejut apabila mendapati kecederaan anak saya berpunca daripada bilah kipas yang jatuh.

    “Saya berterima kasih pada guru berkenaan kerana cepat menghantar anak ke klinik untuk rawatan. Malah, pihak sekolah juga terus menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian itu sebaik saja ia berlaku,” katanya.

    Menurutnya, dia tidak bercadang membuat laporan polis kerana ia hanya satu kemalangan yang tidak membabitkan mana-mana pihak.

    “Saya tak nak menuding jari kepada mana-mana pihak, cuma semua pihak perlu mengambil iktibar dari kemalangan ini dan memeriksa peralatan secara berkala supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya yang juga bertugas sebagai seorang guru.

    Pengetua, Ahmad Badri Mardi ketika dihubungi berkata, kemalangan itu tidak dijangka kerana peralatan di sekolah terbabit sentiasa diperiksa untuk memastikan tahap keselamatannya terjamin.

    “Pihak sekolah sentiasa mengamalkan 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan) untuk memastikan peralatan, kawasan sekolah dan setiap sudut di sekolah berada dalam keadaan selamat untuk pelajar,” katanya.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pembunuh Norzi Ayu digantung
    Oleh Murni Wan Omar
    [email protected]

    SHAH ALAM: “Walaupun pisau yang digunakan untuk membunuh tidak ditemui, tiada penafian bahawa dia menikam perut teman wanitanya,” kata Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa ketika menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohamad yang didapati bersalah membunuh teman wanitanya, lima tahun lalu.

    Mohd Yazid menjatuhkan hukuman itu terhadap Irawadi, 27, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan wujud kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

    Dalam keputusannya, Mohd Yazid berkata, selepas meneliti semua keterangan dan dokumen, mahkamah mendapati Irawadi mempunyai niat untuk membunuh teman wanitanya yang juga seorang bekas pelajar sarjana biologi genetik UKM, Norzi Ayu Md Noor.

    “Saya sudah meneliti semua fakta dan apa yang timbul hanya satu iaitu sama ada tertuduh mempunyai niat untuk membunuh atau sebaliknya. Dalam keterangan bela dirinya, tertuduh mendakwa dia tidak sengaja tertikam Norzi Ayu tetapi saya dapati ia bercanggah dan tidak disokong keterangan saksi.

    “Azman Mat Zain (saksi) dalam keterangannya mendakwa selepas masuk dalam bilik Norzi Ayu, dia mendapati tertuduh merangkul badan mangsa dengan satu tangan memegang pisau berlumuran darah dan ini tidak dipertikaikan peguam,” katanya.

    Mohd Yazid berkata melalui keterangan Azman, dia mengakui pada hari kejadian di rumah mangsa, dia ada menasihati Irawadi dengan kata-kata ‘ingat kepada Tuhan, banyakkan bersabar dan lupakan Norzi Ayu’.

    “Kata-kata itu juga tidak dipertikai peguam bela dan mahkamah menerima keterangan tindak balas daripada Irawadi iaitu dia ada berkata ‘biar orang lain tidak dapat Norzi’. Semua fakta itu tidak dicabar dan kerana itu saya menerima semuanya sebagai fakta.

    “Keterangan pegawai perubatan mengesahkan ada lima kecederaan termasuk kecederaan dalam akibat tusukan pisau di perut yang boleh menyebabkan kematian dalam masa singkat bergantung jumlah kehilangan darah,” katanya.

    Tambah hakim lagi, laporan perubatan menunjukkan ada empat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh Norzi Ayu iaitu di kanan pipi, buah dada, belakang dada dan paha.

    “Ia menunjukkan mangsa dicederakan dengan benda tumpul atau pukulan menggunakan tongkat. Ia menunjukkan dia (Norzi Ayu) ada bergelut ketika kejadian. Oleh itu, saya menolak keterangan tertuduh dia tidak mempunyai niat membunuh mangsa.

    “Keterangan tertuduh dia ke rumah si mati kerana wanita itu tidak sihat dan mahu membawanya ke hospital juga tidak boleh diterima mahkamah. Ini kerana tertuduh meletak motosikal jauh dari rumah itu dan ada keterangan Norzi Ayu sihat pada hari kejadian,” katanya.

    Mohd Yazid berkata, beliau mendapati hubungan mangsa dengan tertuduh mulai renggang sejak Jun 2004 dan ini disokong keterangan saksi bahawa Norzi Ayu ada memberitahu dia mempunyai masalah dengan Irawadi sejak April lagi.

    “Keterangan itu tidak disangkal peguam bela tertuduh. Selepas Jun, hubungan mereka sudah tidak baik dan Irawadi mula memukul mangsa. Seorang saksi mengesahkan mangsa mengakui akan bertunang dengan Mohd Izral Yahya Umpong.

    “Hubungan rapat mangsa dengan Mohd Izral sampai ke pengetahuan tertuduh. Mohd Izral juga mendakwa teman wanitanya itu selalu bergaduh dengan Irawadi dan dia mendakwa lelaki itu tidak mahu mengalah. Teman serumah mangsa juga sahkan tiga minggu sebelum kejadian, Norzi Ayu menukar mangga di pintu kerana Irawadi pernah masuk dalam rumah,” katanya.

    Menurutnya, tertuduh juga gagal membuktikan bagaimana pisau dari rumah mangsa berada di tangannya pada hari kejadian.

    Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan, Roslan Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguambela, Imran Hadzalie Abdul Hamid.

    Mengikut pertuduhan, Irawadi didakwa membunuh Norzi Ayu, 27, di rumah sewa mangsa di No 2-1-6 Blok ST12, Pangsapuri Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor antara jam 3.30 hingga 5 petang pada 26 Julai 2004.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Oktober 2005, pihak pendakwaan memanggil 18 saksi memberi keterangan manakala pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts