Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [12/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    Mereka sudah cuti dulu

    Oleh MARTIN KAHAR
    [email protected]

    KUALA LUMPUR - Cuti akhir tahun hanya akan bermula 21 November ini tetapi kepada sesetengah pelajar, mereka sudah hilang minat ke sekolah dan berpakat untuk ponteng atas alasan kehadiran mereka tidak lagi penting.

    Selamba berpakaian seragam dengan ada di antaranya masih memakai tali leher, mereka keluar rumah dengan menipu ibu bapa kononnya untuk ke sekolah agar diberi wang saku sedangkan destinasi sebenar ialah melepak bersama rakan-rakan di kompleks membeli-belah.

    Tembelang mereka terdedah semalam apabila 178 pelajar termasuk sembilan perempuan dari beberapa sekolah menengah ditahan dalam operasi 'Ponteng, Jom ke Sekolah' oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Keramat bersama polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

    Hasil soal siasat yang dijalankan, seorang pelajar memberi alasan yang dikongsi ramai di kalangan kumpulan itu bahawa mereka ponteng kerana di sekolah tidak ada lagi aktiviti pembelajaran.

    "Buat apa pergi sekolah, sekarang pun bukan belajar lagi. Lagipun kami bukan buat apa-apa salah, kami cuma duduk makan di kedai,'' katanya.

    Para pelajar terbabit mendakwa pihak sekolah tidak mengatur aktiviti untuk mereka kerana sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun selain tumpuan guru kini lebih kepada persediaan sekolah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 19 November ini.

    Namun bagi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Keramat, Mohd. Najib Abdul Rahman, alasan itu tidak boleh diterima.

    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    9 jemaah dijangkiti selesema babi

    RIYADH - Seramai sembilan orang daripada lebih setengah juta jemaah haji yang tiba bagi mengerjakan ibadah haji telah dikesan dijangkiti selesema babi atau influenza A H1N1, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah al-Rabeeah semalam.

    "Kerajaan Arab Saudi berpuas hati dengan situasi kesihatan jemaah haji yang tiba. Daripada 600,000 orang jemaah haji yang tiba, kami mendapati terdapat sembilan orang yang disyaki menghidap H1N1.

    "Dua orang daripada mereka dirawat di hospital. Baki yang lain dibenarkan balik setelah menerima rawatan," kata Dr. Abdullah.

    Dia berkata, jumlah keseluruhan mangsa jangkitan H1N1 setakat ini yang meninggal dunia ialah 70 orang yang bukan merupakan jemaah haji.

    Menteri Kesihatan itu berkata, jumlah kematian itu meningkat daripada 62 orang yang dilaporkan pada permulaan bulan ini.

    Menurutnya, jumlah kes keseluruhan yang disahkan ialah 7,000 kes.


    SEJUMLAH jemaah haji berbaris selepas tiba di sebuah lapangan terbang di Jeddah kelmarin.

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mangsa FAM

    Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
    [email protected]


    PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus menjadi mangsa denda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    Selepas satu, satu masalah timbul dan akibatnya Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tak lena tidur.

    Penyokong punya pasal, KAFA yang kena tanggung dan yang pasti, kantong mereka tidak akan kukuh bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh peminat setia skuad The Red Warriors itu.

    Mungkin penyokong Kelantan perlu berganding bahu dengan KAFA untuk mengatasi masalah denda ini dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan serta berjanji mendisiplinkan diri ketika menyaksikan perlawanan.

    Semalam, KAFA didenda RM50,000 oleh FAM ekoran keganasan yang dicetuskan oleh penyokong mereka pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

    Menyedari kesulitan yang dialami oleh KAFA, FAM sekadar mengenakan denda minimum yang serba sedikit melegakan persatuan dari pantai timur itu.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufik Abd. Razak berkata, denda tersebut merangkumi tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap KAFA berhubung insiden yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut.

    “Bagi kesalahan pertama, penyokong Kelantan telah membaling bunga api, objek dan mercun ke arah padang. KAFA didapati bersalah dan didenda RM5,000.

    “Kesalahan kedua, objek yang dibaling penyokong Kelantan telah mencederakan pegawai pertandingan. KAFA didapati bersalah dan didenda RM20,000.

    “Manakala kesalahan ketiga pula, penyokong Kelantan telah merosakkan harta benda stadium seperti kerusi dan pintu pagar. KAFA didapati bersalah dan didenda RM25,000,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya petang semalam.

    Ditanya mengapa KAFA hanya dikenakan denda minimum bagi semua kesalahan tersebut, Mohd. Taufik berkata, ia mengambil kira faktor bahawa kejadian tersebut hanya melibatkan segelintir penyokong Kelantan dan perlawanan tersebut pula dianjurkan oleh FAM.

    “Pihak jawatankuasa tidak bersikap dendam walaupun banyak kes disiplin tahun ini melibatkan penyokong Kelantan. Kita rujuk mengikut satu kes ke satu kes.

    “Tentang keselamatan pintu masuk stadium pula, tak boleh salahkan pihak keselamatan. Jumlah 1,600 anggota itu sudah ramai tapi jika penyokong itu sendiri tiada jati diri dan disiplin, mereka tetap berusaha cuba menyeludup barang terlarang ini,” jelasnya.

    KAFA akan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 itu yang berkuat kuasa semalam.

    Annuar ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan mengulas lanjut tetapi akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts