Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [11/11/2009] : Kosmo | Berita2 Semasa

    Dua daripada pelajar ponteng perhimpunan sekolah gadai nyawa

    KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah.

    Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang terjun tidak cedera malah dapat melarikan diri sebelum pelajar itu ditahan oleh guru.

    Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini.

    Empat pelajar dari tingkatan empat itu dipercayai sengaja melepak di dalam kelas mereka kerana enggan hadir ke perhimpunan.

    Bagaimanapun, dua daripada empat pelajar yang melepak itu dikatakan terkejut apabila ternampak kehadiran seorang guru yang membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas itu.

    "Melihat kelibat guru itu, dua daripada mereka berlari ke beranda sekolah dan terus terjun ke padang rumput sekolah itu," kata satu sumber di sekolah itu.

    Bagaimanapun, dua lagi pelajar itu tidak buat apa-apa.

    Ekoran tindakan dua pelajar itu, seorang pelajar yang badannya agak gempal cedera teruk dengan kaki kiri patah dan hidung berdarah akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600

  2. #2
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Curi: Pasangan kekasih ditangkap

    KOTA BHARU - Seorang gadis yang membantu teman lelakinya mencuri telefon daripada sebuah lori tidak sempat melarikan diri kerana berjaya diberkas oleh orang ramai di Jalan Temenggung di sini semalam.

    Gadis berusia 34 tahun itu turut dipukul oleh beberapa wanita yang geram dengan perbuatannya itu sebelum diserahkan kepada polis.

    Orang ramai turut berjaya menahan teman lelakinya yang berusia 34 tahun yang turut cuba melarikan diri tidak jauh dari tempat kejadian.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari apabila lelaki terbabit mencuri dua buah telefon bimbit sebelum memberinya kepada teman wanitanya yang menunggu di motosikal.

    Menurutnya ketika kejadian, pemandu lori yang berusia 26 tahun berada di dalam sebuah kedai berhampiran untuk menguruskan hal perniagaan dan terdengar bunyi sesuatu pada kenderaannya.

    "Apabila pergi ke lorinya, pemandunya terlihat seorang lelaki melarikan dua buah telefon bimbitnya bernilai RM1,200 sebelum memberinya kepada seorang wanita yang sedang menunggu di motosikal berhampiran lori itu.

    "Pemandu lori kemudiannya menjerit meminta pertolongan dari orang ramai," katanya.

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    AirAsia tawar sejuta tempat duduk percuma

    TAWARAN tempat duduk percuma oleh AirAsia yang akan bermula esok dijangka menjadi perhatian di kalangan mereka yang suka melancong.

    KUALA LUMPUR - AirAsia, menawarkan sejuta tempat duduk percuma ke lebih 70 destinasi dalam promosi terbarunya Free Seats mulai 11 November ini.

    Ketua Bahagian Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata, promosi yang berakhir pada 15 November itu adalah bagi tempoh penerbangan dari 1 Mei hingga 30 Oktober 2010.

    Menurutnya, destinasi yang terlibat dalam kempen tersebut ialah China, India dan Taiwan.

    Ia merupakan sebahagian daripada rangkaian AirAsia yang kini telah mencecah lebih daripada 130 laluan dengan melibatkan 20 negara.

    "Apabila ekonomi sukar, orang mencari pilihan perjalanan yang lebih murah tetapi memberi nilai terbaik bagi wang mereka dan tiada pilihan yang lebih baik daripada penerbangan percuma," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Imej Takaful Malaysia lebih bertenaga

    Oleh SHAWKATH AZDE
    [email protected]

    DUA model, Lee Peng (kiri) dan Phoebe menunjukkan logo terbaru Takaful Malaysia pada majlis pelancaran penjenamaan semula syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.

    KUALA LUMPUR - Setelah berada dalam pasaran selama 25 tahun, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia ) kini berubah wajah menerusi logo terbarunya yang lebih muda, moden dan bertenaga dalam usaha meningkatkan penguasaan pasarannya dalam industri takaful tempatan dan antarabangsa.

    Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil berkata, peningkatan penguasaan pasaran sebanyak 10 peratus lagi dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

    "Sehingga kini, penguasaan pasaran bagi syarikat adalah sebanyak 40 peratus berdasarkan pada saiz jumlah aset dan ia disasarkan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh berkenaan,'' katanya selepas majlis penjenamaan semula dan ulang tahun Takaful Malaysia ke-25 di sini semalam.

    Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang disaksikan oleh Pengerusi BIMB Holdings Berhad, Tan Sri Samsudin Osman.

    Sehingga bulan lalu, saiz aset Takaful Malaysia ialah di antara RM4.2 bilion sehingga RM4.3 bilion.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dapat air paip selepas 25 tahun

    Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
    [email protected]

    Abdul Halem (tiga dari kanan) dan Sanusi (kiri) memasang meter paip air sambil disaksikan Inson (kanan) di Ampang semalam.

    AMPANG - Penantian seorang ibu tunggal, Inson Yaakob, 52, untuk mendapatkan bekalan air bersih sejak 25 tahun yang lalu berakhir apabila menerima bekalan air bersih daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

    Ibu kepada 12 orang anak yang tinggal di Ulu Sungai Ampang, Lembah Jaya Utara Ampang, Hutan Rimba Ampang di sini menarik nafas lega kerana berjaya mengecapi apa yang diidam-idamkan selama ini.

    Apa yang lebih menggembirakannya, kos pemasangan paip sebanyak RM2,000 ditanggung oleh pihak Syabas.

    Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, walaupun Syabas telah meluluskan permohonan untuk menyalurkan bekalan air tetapi ia tidak dapat dibuat kerana Inson tidak mampu mengupah kontraktor memasang paip.

    "Sebelum ini, Syabas tidak mengetahui kedaifan hidup Inson dan anak-anaknya tetapi selepas dia menghantar surat memohon bantuan, barulah Syabas turun padang melihat kawasan rumahnya.

    "Disebabkan Inson adalah ibu tunggal yang tidak bekerja, maka Syabas bersetuju untuk memasang paip secara percuma di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat," katanya kepada pemberita selepas memasang meter paip air di rumah Inson semalam.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Banjir semakin pulih di Kelantan

    Oleh KHAIRI MOHAMAD
    mohdkhairi.mohamad
    @kosmo.com.my

    ABDUL RASHID Abdullah (kiri) dan jirannya, Muhammad Husin membersihkan lumpur di hadapan rumahnya di Kampung Atas Paloh, Kota Bharu semalam.

    KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih apabila kebanyakan pusat pemindahan ditutup dan penduduk mula pulang ke rumah masing-masing.

    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri memberitahu, sehingga pukul 5 petang semalam, hanya tiga pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu di jajahan Tumpat yang menempatkan 1,335 mangsa banjir.

    Menurutnya, jajahan Pasir Mas yang sebelum ini teruk dilanda banjir kini berada dalam keadaan baik apabila 13 pusat pemindahan yang menempatkan 2,467 mangsa sudah ditutup.

    "Pada pukul 1 tengah hari ini (semalam), masih ada enam pusat pemindahan yang dibuka dan sehingga lewat petang, semuanya sudah ditutup.

    "Cuaca panas dan hujan yang berkurangan menyebabkan keadaan bertambah baik dan penduduk mula pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi semalam.

    Tambahnya, jajahan Tumpat bagaimana tidak menunjukkan sebarang perubahan dan mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan.

    Jelasnya, air Sungai Golok masih belum surut sepenuhnya menyebabkan beberapa kampung di jajahan itu masih ditenggelami air.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Polis nafi amal 'tembak untuk bunuh'

    POLIS terpaksa bertindak menembak penjenayah kerana kebanyakan mereka memulakan tembakan. - Gambar hiasan

    KUALA LUMPUR - Polis semalam menegaskan bahawa mereka tidak melakukan amalan 'tembak untuk bunuh'.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, dalam semua kes, penjenayah ditembak setelah polis ditembak terlebih dulu.

    "Bila pegawai polis tembak, mereka bukan menembak untuk membunuh, tetapi mereka menembak untuk menghalang ancaman membunuh.

    "Jelas sekali adalah menjadi hak polis bertindak mempertahankan diri dan melindungi nyawa orang-orang yang berada di kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Beliau mengulas kejadian lima perompak dibunuh di Klang Ahad lalu sehingga menimbulkan tuduhan oleh pihak tertentu yang polis telah menggunakan kekuatan sewenang-wenangnya mengakibatkan kematian lima lelaki itu.

    "Dalam kes ini, berlaku kejadian mengejar kereta yang laju di mana perompak cuba memaksa kenderaan polis yang mengejar terkeluar dari jalan raya sambil melepaskan tembakan rambang terhadap mereka.

    "Polis tidak ada pilihan kecuali terpaksa membalas tembakan," kata beliau. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Patuhi garis panduan banjir - Kenal pasti pusat peperiksaan alternatif SPM, STPM


    PUTRAJAYA - Semua sekolah yang terlibat dengan banjir perlu mematuhi Garis Panduan Menghadapi Banjir semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula Rabu depan dengan mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif.


    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar kecil) berkata, garis panduan itu telah diedarkan ke sekolah-sekolah bagi memastikan semua calon terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan terjejas untuk menduduki peperiksaan.

    "Bagi sekolah yang berada dalam kawasan yang sering dilanda banjir, mereka perlu menempatkan semua bilik peperiksaan di tingkat satu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


    Menurut beliau, bagi calon peperiksaan yang berhadapan kemungkinan kampung atau kawasan perumahan mereka ditenggelami banjir, mereka perlu ditempatkan di asrama-asrama sekolah yang tidak terjejas dengan bencana alam itu.

    Selain itu, pengetua dan guru besar juga perlu mengutamakan keselamatan pelajar dalam sebarang tindakan yang perlu diambil selepas berlaku banjir.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anak Presiden CAP didakwa menipu

    Oleh NIZHA PERIASWAMY
    [email protected]

    Muhamed Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang semalam atas tuduhan menipu dalam urusan pembelian rumah di Langkawi.

    GEORGE TOWN - Anak Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga tuduhan menipu urusan pembelian tiga buah rumah di Kuah, Langkawi membabitkan jumlah RM271,000.

    Tertuduh Muhamed Ali Mohd. Idris, 52, yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosilah Yop dan Hakim Roslan Hamid.

    Bagi pertuduhan pertama, Muhamed Ali didakwa menipu Ashfak Ahmad Alarakha, 49, dengan memperdayakan mangsa untuk membeli sebuah rumah di atas plot No. 30, di Taman Mahsuri, Kuah, Langkawi dengan kesedaran tertuduh bahawa ia adalah tanah rizab Melayu.

    Dalam pertuduhan itu, Muhamed Ali didakwa telah memperdaya mangsa membuat bayaran sebanyak RM105,000 kepadanya dalam tempoh masa pada 17 September hingga 6 November 1991 di Hago Enterprise Sdn. Bhd., Tingkat 1-18, Lebuh Bishop di sini.

    Bagi pertuduhan kedua, Muhamed Ali didakwa melakukan penipuan terhadap Aslam Sher Mohamed, 60, membabitkan wang berjumlah RM71,000 antara 15 Ogos 1990 dan 16 Oktober 1992 di tempat sama.

    Aslam dikatakan mengeluarkan cek dan wang tunai tersebut kononnya bagi pembelian rumah di Lot 14, Taman Mahsuri, Langkawi selepas terpedaya dengan tertuduh.

    Rosilah menetapkan tertuduh dijamin RM10,000 bagi kes pertama dan RM8,000 bagi kes kedua dengan seorang penjamin.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Abu Hasan tidak diiktiraf ADUN

    Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
    [email protected]


    YAN - Pembatalan surat jemputan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa ini tiada sebarang agenda tersembunyi.

    Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, pembatalan itu dilakukan kerana beliau tidak mengiktiraf wakil rakyat itu sebagai ADUN setelah gagal hadir dua kali berturut-turut pada sesi DUN lalu tanpa kebenaran.

    Tegasnya, pendiriannya mengenai hal itu jelas kerana berpendapat ia menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

    "Beliau (Abu Hasan) telah lakukan kesalahan dan jika ia berlaku daripada ADUN parti kerajaan negeri sekalipun, tindakan sama akan diambil," tegasnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2009 peringkat negeri di Hospital Yan di sini semalam.

    Abdul Isa mengulas tindakannya membatalkan surat jemputan yang dihantar kepada Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN 17 November ini.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts