Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 40
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [11/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Khalid Samad akui silap dedah wujud amalan baiah taklik dalam Pas

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, mengakui kesilapan mengesahkan amalan baiah atau sumpah taat dengan taklik talak tiga yang memberi kesan kepada wakil rakyat Pas.

    Bagaimanapun, beliau enggan menarik balik kenyataannya itu.

    "Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

    "Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

    Pada Jumaat lalu, akhbar melaporkan Khalid sebagai berkata semua wakil rakyat Pas perlu membuat baiah dan bertaklik menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

    Katanya, itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

    Khalid bagaimanapun menggesa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau Ahad lalu bahawa terdapat isteri wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.
    PAMM 120x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mayat bayi ditemui dalam surau

    KUALA TERENGGANU: Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini.

    Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui bilal surau berkenaan, Mohamed Embong, 60, yang datang datang pada jam 4.10 petang untuk melaungkan azan dan menunaikan solat Asar.

    Katanya, semasa beliau membuka pintu surau, beliau ternampak satu benda seperti anak patung dibungkus dengan sehelai tuala yang diletakkan di tengah dewan pelbagai guna surau itu.

    "Setelah diperiksa saya terkejut mendapati benda yang disangkakan anak patung itu adalah mayat seorang bayi lelaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

    Mohamed berkata, beliau yakin mayat bayi itu diletakkan di situ selepas waktu Zohor kerana semasa beliau datang untuk mengerjakan solat Zohor dewan itu masih kosong.

    Katanya, beliau terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mhd Khani Mhd Biku, memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu.

    Mhd Khani, 57, ketika ditemui, berkata beliau berada di pusat Dewan Undangan Batu Buruk tidak jauh dari surau berkenaan semasa dihubungi Mohamed.

    "Saya kemudiannya terus menghubungi polis," katanya. - Bernama

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Real Madrid tersingkir Piala Sepanyol

    MADRID: Real Madrid terkeluar daripada saingan Piala Sepanyol apabila kalah kepada kelab divisyen tiga, Alcorcon dengan agregat 4-1, meskipun menang 1-0 pada perlawanan kedua di Stadium Bernabeu, awal pagi tadi.

    Penyokong Real terus bertindak menempik kepada pemain ketika mereka memasuki stadium pada separuh masa pertama, termasuk pengurus pasukan Manuel Pellegrini.

    Kemarahan penonton bertambah lagi apabila Pellegrini menggantikan pemain paling menonjol pada perlawanan itu, Lassana Diarra ketika permainan masih berbaki 20 minit.

    Pellegrini menurunkan tiga rangkaian penyerangnya, Kaka, Raul dan bekas pemain Manchester United, Ruud van Nistelrooy namun gagal menyerlah dan memburu lebih banyak gol.

    Rela hanya memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-81 menerusi pemain tengah Belanda, Rafael van der Vaart.

    "Saya bukan mementingkan diri, saya faham dengan menukar Diarra tidak membawa apa-apa perubahan kepada pasukan.

    "Tapi saya juga mementingkan keadaan pemain supaya tidak terdedah kepada kecederaan," kata Pellegrini. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penjaga gol Jerman, Enke maut dilanggar kereta api

    HANOVER: Penjaga gol antarabangsa Jerman, Robert Enke terbunuh selepas dikatakan melintas ketika kereta api sedang memecut, semalam.

    "Dia terbunuh ketika melintas di lintasan Neustadt am Rubenberge," menurut jurucakap polis Martina Stern.

    "Dia melonjakkan badannya di bawah kereta ketika sedang bergerak dan maut di tempat kejadian. Ia adalah satu cubaan bunuh diri," katanya.

    Rakan rapat Enke, Jorg Neblung, yang juga penasihat kepada penjaga gol itu juga mengesahkan bahawa Enke membunuh diri.

    "Robert bertindak mengakhiri nyawanya pada jam 6 petang," katanya.

    Satu sidang akhbar di Hannover lewat hari ini dijangka mendedahkan lagi kejadian membabitkan penjaga gol yang kini mempunyai enam cap permainan untuk Jerman.

    Berusia 32 tahun, Enke juga bermain untuk Hannover 96. Dia meninggalkan isteri dan seorang anak angkat perempuan berusia lapan bulan yang diambil Mei lalu - tiga tahun selepas kematian anak perempuannya berusia dua tahun kerana sakit jantung.

    Enke dikeluarkan daripada skuad Jerman dua hari sebelum pasukan itu mencatat kemenangan 4-0 terhadap Azerbaijan pada kelayakan Piala Dunia, awal September lalu.

    Bagaimanapun, dia kembali bersama skuad kebangsaaan dan berlatih sejak bulan lalu. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    9 maut bas terjunam gaung di Peru

    LIMA: Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung selepas pemandunya tertidur di utara Peru, semalam.

    Nahas berlaku apabila bas berkenaan gagal dikawal ketika dalam perjalanan ke daerah Calamara dari Trujillo, kira-kira 500 kilometer (km) di utara Lima.

    Jurucakap syarikat bas Entravesa, Sonia Aguilar, berkata tujuh penumpang maut di tempat kejadian, manakala dua lagi ketika dalam perjalanan ke pusat kesihatan di Sicchal.

    Antara mereka yang terselamat ialah seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan budak perempuan berusia lima tahun.

    Bagimanapun, ibu bapa dan penjaga kedua-dua mereka dilaporkan terbunuh.

    Ketika nahas berlaku, bas berkenaan membawa kira-kira 30 penumpang sebelum terhumban ke gaung sedalam 150 meter. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    New York tangguh rang undang-undang kahwin sesama jantina

    NEW YORK: Dewan Senat New York semalam menangguhkan undian pembentangan rang-rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama jantina.

    “Undian itu tidak berlangsung, mereka masih berbincang mengenainya," kata jurucakap Senat negeri.

    Gebenor New York, David Paterson meminta dewan tertinggi iaitu Senat negeri untuk mengadakan undian bagi membenarkan lelaki gay berkahwin.

    Rang undanguUndang itu diluluskan di Dewan Rendah pada Mei lalu, tetapi menjadi pertikaian ketika dibentangkan di Dewan Senat.

    Tiada tarikh baru bila rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan semula di Senat New York.

    Isu berkenaan dibangkitkan di New York, sehari selepas Maine mengundi terhadap satu referendum mengenai undang-undang yang membenarkan lelaki gay berkahwin sesama mereka, Mei lalu.

    Maine adalah negeri ketiga selepas California dan Hawaii di Amerika Syarikat yang mahu supaya undang-undang sama yang sebelum ini diluluskan supaya dikaji semula.

    Setakat ini, lima negeri dalam usaha membenarkan sesama jantina berkahwin sama ada menerusi keputusan mahkamah atau undian di dewan undangan negeri.

    Negeri berkenaan ialah Connecticut, Iowa, Massachusetts dan Vermont.

    New Hampshire akan membenarkan lelaki gay berkahwin bermula Januari depan. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dua maut serangan rambang di Oregon

    PORTLAND: Dua maut dan beberapa lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Oregon, di sini, semalam.

    Police Tualatin di selatan Portland, berkata lelaki bersenjata itu melepaskan beberapa das tembakan pada jam 2 petang waktu tempatan.

    Jurucakap polis Tualatin, Jennifer Massey, berkata lelaki bersenjata itu dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian.

    Polis kemudian mengesahkan dua yang terbunuh membabitkan seorang lelaki dan wanita yang identitinya masih belum dikenali.

    Sementara itu, stesen tv, KGW dalam laman webnya melaporkan sekurang-kurangnya 10 cedera dalam serangan itu tetapi tidak diketahui kecederaan yang dialami.

    Ia serangan terbaru selepas serangan rambang di sebuah markas tentera di Fort Hood, Texas, minggu lalu yang mengorbankan 13 orang dan 42 lagi cedera. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Raja Petra dilepas daripada tuduhan keluar artikel hasutan

    PETALING JAYA: Raja Petra Kamarudin dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengeluarkan artikel hasutan dalam laman blognya Malaysia Today tahun lalu.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dua bandar raya utama Brazil bergelap

    RIO DE JANEIRO: Dua bandar raya utama di Brazil bergelap selepas terputus bekalan elektrik, termasuk beberapa negara di Amerika Selatan.

    Media melaporkan, ia berlaku berikutan masalah yang dialamai empangan elektrik hidro yang membelkan tenaga elektrik untuk

    Bandaraya Rio de Janeiro, Sao Paulo dan beberapa bandar lain.

    Stesen tv Globo dalam laman web G1 melaporkan, empangan elektrik hidro terbesar Itaipu kehilangan 17,000 megawatt tenaga sehingga menjejaskan bekalan sehingga ke sempadan Brazil dan Paraguay. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Malaysia beri kontrak kepada China bina landasan kereta api berkembar Gemas-JB

    PUTRAJAYA: Malaysia hari ini bersetuju memberikan kontrak pembinaan landasan kereta api berkembar dari Gemas ke Johor Bahru kepada kontraktor negara China, kata Datuk Seri Najib Razak.

    Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan dengan Presiden China, Hu Jianto di sini, pagi ini.

    Najib berkata demikian pada sidang media bersama Hu, di Pejabat Perdana Menteri di sini.

    Pemimpin China itu yang sampai ke Malaysia semalam adalah dalam rangka lawatan rasmi dua hari.

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts