Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 45
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [11/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Arab Saudi teruskan serangan udara terhadap pemberontak Yemen

    11/11/2009 2:42am


    AL-KHUBAH 11 Nov. – Kerajaan Arab Saudi memberitahu semalam akan meneruskan serangan udara ke atas pemberontak Yemen sehingga mereka berundur daripada sempadan.

    Kenyataan itu dikeluarkan ketika Iran memberi amaran menentang campur tangan negara luar dalam memerangi pemberontak di Yemen.

    “Kami tidak akan berhenti sehingga Huthi berundur 10 kilometer dari sempadan mereka,” kata Timbalan Menteri Pertahan, Raja Khaled Sultan Abdul Aziz.

    Beliau mengesahkan laporan daripada pemberontak Zaidi Syiah yang menyatakan Arab Saudi terus melancarkan serangan udara ke atas mereka di wilayah Yemen.

    Dua wanita terbunuh dan seorang kanak-kanak cedera dalam serangan udara ke atas perkampungan di Yemen berhampiran sempadan negara itu semalam, menurut kumpulan pemberontak yang turut dikenali sebagai Huthi itu. – AFP
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Aplikasi iPhone boleh tonton siaran langsung dilancar

    11/11/2009 2:41am


    LONDON 11 Nov. – Syarikat penyiaran Britain, Sky melancarkan aplikasi iPhone yang membolehkan pengguna menonton televisyen secara langsung, semalam.

    Aplikasi yang dikenakan bayaran sekitar AS$10 (RM34) sebulan itu membolehkan pengguna menonton siaran termasuk Sky News dan Sky Sports yang menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menggunakan penyambungan Internet wi-fi.

    “Aplikasi baru ini menggabungkan permintaan besar terhadap siaran langsung rancangan televisyen dengan sentuhan kualiti telefon iPhone dan iPod,” kata pengurus besarnya, David Gibbs. – AFP

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    32 maut, 100 cedera letupan kenderaan di Pakistan

    11/11/2009 2:40am


    CHARSADDA 11 Nov. – Sekurang-kurangnya 32 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera dalam satu letupan kenderaan yang berlaku di sebuah pasar di bandar dekat Peshawar, di barat laut Pakistan, semalam.

    Menteri Kanan Wilayah Sempadan Barat Laut, (NWSP), Bashir Bilour berkata, angka kematian meningkat kepada 32 orang.

    Menurutnya, mereka yang cedera dirawat di Charsadda dan barat laut ibu kota Peshawar.

    Sementara itu, doktor di hospital utama di Charsadda, Zulfiqar Ahmad berkata, jumlah korban adalah termasuk tujuh kanak-kanak dan tiga wanita.

    “Mangsa yang cedera pula seramai 100 orang dan enam daripada mereka cedera parah dan telah dihantar ke hospital di Peshawar,” katanya. – AFP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penjaga gol Jerman bunuh diri

    11/11/2009 9:34am


    BERLIN 11 Nov. - Penjaga gol Jerman dan Hanover 96, Robert Enke mati selepas dilanggar keretapi ekspres dalam satu kejadian bunuh diri berdekatan Hanover.
    “Petanda-petanda awal menunjukkan ada unsur ke arah perbuatan membunuh diri.
    “Pada pukul 6.25 petang (waktu tempatan) dia digilis keretapi yang menghala ke arah Hamburg dan Bremen,” kata Pegawai Media Polis Lower Saxony, Stefan Wittke kepada Reuters.
    Tambahnya, mayat Enke telah dijumpai di laluan keretapi di Neustadt am Ruebenberge berdekatan Hanover. - Reuters

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Monorel gagal beroperasi awal pagi

    11/11/2009 9:42am


    KUALA LUMPUR 11 Nov. - Ribuan pengguna perkhidmatan sistem monorel terpaksa menaiki bas RapidKL yang disediakan kerana perkhidmatan itu gagal beroperasi sejak awal pagi tadi.
    Perkhidmatan itu dikatakan mengalami gangguan teknikal sejak pukul 6 pagi tadi, bagaimanapun mula beroperasi kira-kira pukul 8.15 pagi. - Utusan

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jintao - Najib hadiri mesyuarat delegasi

    11/11/2009 9:56am


    PUTRAJAYA 11 Nov. — Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menghadiri mesyuarat delegasi China-Malaysia di Kompleks Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di sini pagi ini.
    Sebelum itu ketibaan Jintao dan rombongan di bangunan itu telah disambut oleh Najib dan beberapa menteri kabinet.
    Mengikut jadual, mesyuarat delegasi itu akan diakhiri dengan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan China.
    Kedua-dua pemimpin itu juga dijadual mengadakan sidang akhbar bersama selepas majlis itu. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Malaysia beri kontrak bina landasan berkembar kepada China

    11/11/2009 10:18am


    PUTRAJAYA 11 Nov. – Malaysia bersetuju memberikan kontrak pembinaan landasan berkembar dari Gemas, Negeri Sembilan ke Johor Bahru kepada kontraktor China.
    Keputusan itu dicapai hasil rundingan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Hu Jintao sempena lawatan ketua negara itu di sini hari ini. – Utusan

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    1,249 mangsa banjir masih di pusat pemindahan Tumpat

    11/11/2009 10:28am


    KOTA BAHARU 11 Nov. — Seramai 1,249 mangsa banjir masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir di Kelantan berbanding 1,335 orang semalam.
    Kesemuanya di Jajahan Tumpat, membabitkan 385 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan Pengkalan Kubor 2 di sini.
    Paras air di tempat menyukatbanjir Sungai Golok di Rantau Panjang juga berada di bawah paras amaran, iaitu 8.31 meter. Paras amaran ialah 9 meter. Semua jalan yang ditutup kepada lalu lintas sudah dibuka semula.
    Setakat ini dua mangsa menjadi korban banjir di negeri ini iaitu seorang murid Tabika Banggol Chica, Mohamad Syakimi Sayuti, 6, yang lemas setelah terjatuh ke dalam tali air ketika bermain di kampung Pak Sek, Pasir Mas, semalam, manakala seorang lelaki, Mohd Mazlan Yajid, 28, menjadi korban pertama banjir di Kelantan apabila lemas ketika mandi di Sungai Banggol Kerian, Pasir Puteh, pada 6 November lepas. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Malaysia -China setuju tingkat perdagangan, pelaburan

    11/11/2009 10:32am


    PUTRAJAYA 11 Nov. - Malaysia dan China telah bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala terutamanya dalam bidang minyak kelapa sawit dan kayu-kayan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan di Putrajaya hari ini.
    Presiden Hu Jintao berkata, China dan Malaysia berpuas hati dengan kecepatan hubungan dua hala dan bersetuju bersama-sama menerokai bidang-bidang baru untuk pertumbuhan dan kejayaan baru. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Raja Petra lepas tanpa bebas tuduhan menghasut

    11/11/2009 10:38am


    PETALING JAYA 11 Nov. — Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.
    Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata, perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.
    "Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan,” kata Rozina.
    Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin.
    "Penjamin dalam kes ini iaitu isterinya perlu datang ke mahkamah untuk memberikan sebab mengapa ketidakhadiran tertuduh dalam kes ini, jika tidak wang jaminan akan dirampas oleh mahkamah,” kata Rozina. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts