Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 20
  1. #1
    NG Dr. Love
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    berpijak dibumi nyata...
    Posts
    6,036
    mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light
    My Mood
    Bored
    Post Thanks / Like

    Cendawan Kawal Kanser....?

    salam semua....

    Cendawan Kawal Kanser?

    Bukan satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.

    Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!

    Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.

    Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.

    Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.

    Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.

    Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.

    Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.

    Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.

    Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell.

    Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.

    Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.

    Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.

    Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden.

    Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.

    Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.

    Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.

    Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.

    Berulang

    Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.

    Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.

    Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.

    Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi.
    Contohnya jantung adalah keceriaan, .....
    limpa adalah kerisauan, .....
    ginjal adalah ketakutan, ......
    hati adalah kemarahan ........
    dan paru-paru adalah kesedihan.

    Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.

    Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).

    Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.

    Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:

    Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.

    Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.

    Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”

    Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun.

    MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.

    Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium.

    Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.

    Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.

    Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.

    Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.

    sekadar renungan....
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    wah,kalo 1 malaysia tahu fakta ni..millionaire ajak:041::011:

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Oct 2005
    Posts
    823
    momok has a spectacular aura about momok has a spectacular aura about
    My Mood
    Relaxed
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by alonso14 View Post
    wah,kalo 1 malaysia tahu fakta ni..millionaire ajak:041::011:
    tp ni bukan cendawan tiram la..:011:
    No text found

  4. #4
    NG Dr. Love
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    berpijak dibumi nyata...
    Posts
    6,036
    mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light
    My Mood
    Bored
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by alonso14 View Post
    wah,kalo 1 malaysia tahu fakta ni..millionaire ajak:041::011:
    tak rugi ajak bersusah payah.....

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    cendawan yg ada khasiat ni lingzhi @ ganoderma
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    NG Newbies
    Join Date
    Oct 2006
    Posts
    42
    bird is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    huhuhu tak ada lagi la rumah aku dengan kulat2 ni nanti :005:
    Quote Originally Posted by mariahassan View Post
    tak rugi ajak bersusah payah.....

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by bird View Post
    huhuhu tak ada lagi la rumah aku dengan kulat2 ni nanti :005:
    kulat dan cendawan adalah berbeza
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    NG Girl Power
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    5,131
    fasTiffany has a spectacular aura about fasTiffany has a spectacular aura about fasTiffany has a spectacular aura about
    My Mood
    Bitchy
    Post Thanks / Like
    bleh beli cendawan banyak banyak kat ajak kan :011:

  9. #9
    NG Newbies
    Join Date
    Oct 2006
    Posts
    42
    bird is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    dulu kecik2 difahamkan begitu hehehe biasalah duk kampung....
    sejak dah sekolah niii semakin baik pemahaman :011:
    jangan salah paham jak:021:

    Quote Originally Posted by tennoajak View Post
    kulat dan cendawan adalah berbeza

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by bird View Post
    dulu kecik2 difahamkan begitu hehehe biasalah duk kampung....
    sejak dah sekolah niii semakin baik pemahaman :011:
    jangan salah paham jak:021:
    Saja je tapi belah2 pantai timur memang panggey kulat

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts