Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [10/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Wanita 73 tahun tuntut cerai mati ditikam suami

    ALOR SETAR: Akibat terlalu marah apabila isterinya berkeras menuntut cerai, seorang lelaki berusia 80-an dikatakan nekad membunuh pasangannya itu di Kampung Kuala Sungai dekat sini, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa, Zabedah Ali, 73, dikatakan ditikam di perut dan sempat melarikan diri sebelum rebah serta meninggal dunia di halaman rumahnya.

    Difahamkan, lelaki itu adalah suami ke-11 mangsa dan pasangan berkenaan dikatakan sudah hampir dua bulan tidak tinggal sebumbung selepas setahun mendirikan rumah tangga.

    Bapa saudara mangsa, Mustafa Ahmad, 80, berkata lelaki itu yang tinggal di Kuala Kedah mengunjungi isterinya kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk memujuk Zabedah supaya membatalkan hasratnya untuk bercerai.

    “Bagaimanapun, Zabedah tetap mahu berpisah menyebabkan berlaku pertengkaran dan suaminya tiba-tiba mengeluarkan pisau yang diselit pada kain pelikatnya sebelum menikam isterinya sambil mengajak mangsa mati bersamanya," katanya.

    Mustafa berkata, anak tiri mangsa yang menyaksikan kejadian itu sempat menghalang lelaki terbabit daripada terus menyerang Zabedah.

    “Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri, tetapi dapat ditahan anak tiri mangsa,” katanya.

    Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Rookie
    Join Date
    Mar 2009
    Posts
    513
    koei_home is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    giler ke hapa ni??pergh2

  3. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts