Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 48
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [10/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak meninggal dunia

    KUCHING - Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Abang Yusuf Puteh, 74, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang di Pusat Perubatan Pakar Normah pada jam 5.20 petang ini.

    Allahyarham yang juga pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Kelaka selama sepenggal (1987) meninggalkan seorang balu, Datin Rugayah Majid, tiga anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan selain seorang cucu.

    Allahyarham yang berasal dari Saratok pernah berkhidmat selama 24 tahun dalam perkhidmatan awam Sarawak sehingga menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada penghujung tahun 70-an sehingga 1985.

    Habib Mahmud, rakan karib kepada Allahyarham berkata, sepanjang pembabitan Allahyarham dalam politik dan kerajaan Sarawak, banyak sumbangan yang telah beliau berikan.

    "Allahyarham merupakan seorang yang bijak sejak di bangku sekolah lagi dan beliau juga banyak menulis buku politik serta beberapa lagi karya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini. - Bernama
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mayat jururawat berusia 30 tahun dikebumi

    10/11/2009 2:09am

    LONDON 9 Nov. - Mayat seorang jururawat Britain yang telah meninggal dunia 30 tahun lalu di Arab Saudi dikebumikan hari ini selepas disimpan selama sedekad di sebuah rumah mayat di Britain.
    Upacara pengkebumian Helen Smith, yang mayatnya disimpan di rumah mayat sejak tahun 1979 itu diadakan di tanah perkuburan Yorkshire, bandar Wakefield, 300 kilometer di barat laut London.
    Bapanya, Ron Smith, 83, telah menolak untuk mengadakan upacara pengkebumian sehingga sekarang kerana beliau menyangkal laporan pihak berkuasa bahawa kematian anaknya itu disebabkan kemalangan.
    Pegawai penyiasat Arab Saudi berkata, Helen Smith telah ditemui mati di sebatang jalan pada waktu pagi selepas beliau secara tidak sengaja terjatuh daripada balkoni ketika berusia 23 tahun.
    Ron Smith percaya anak perempuannya itu telah dibunuh dan telah `menyimpan’ mayatnya dengan harapan dapat mencari bukti forensik bagi membongkar apa yang dikatakannya sebagai satu helah.
    Beliau memberitahu akhbar tempatan bahawa beliau dan bekas isterinya telah membuat keputusan untuk mengkebumikan anaknya sebelum kedua-dua mereka meninggal dunia, meskipun beliau masih belum dapat menerima punca kematian anak perempuannya itu. - AP

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih

    10/11/2009 10:25am

    KOTA BAHARU 10 Nov. — Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih berikutan hanya hujan renyai-renyai serta cuaca panas di negeri ini dengan 3,643 mangsa masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan banjir di dua jajahan iaitu di Pasir Mas dan Tumpat berbanding 4,000 orang semalam.
    Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri (PKOBN), Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, di Pasir Mas seramai 2,281 orang ditempatkan di 12 pusat pemindahan banjir membabitkan 622 keluarga dan di Tumpat seramai 1,362 orang di tiga pusat pemindahan membabitkan 406 keluarga.
    "Daerah-daerah lain sudah kembali pulih,” katanya.
    Katanya, jalan-jalan yang ditutup ialah Jalan Rantau Panjang lama di Kampung Siram yang ditutup kepada semua lalu lintas dan di Kampung Meranti, juga di Pasir Mas, hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.
    Di Tumpat, Jalan Kasban masih ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sehingga satu meter.
    Tempat menyukat banjir di Kampung Jenob di Sungai Golok masih menunjukkan paras bahaya iaitu sedalam 20.16 meter manakala di Rantau Panjang sedalam 9.22 meter di mana paras bahaya adalah sembilan meter.
    Sehingga kini belum ada korban mangsa banjir dilaporkan dalam bencana itu. - Bernam

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pertemuan Jamaludin-Obama 'baik dan mesra'

    10/11/2009 11:19am

    WASHINGTON 10 Nov. — Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, pertemuan pertama beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama adalah “baik dan mesra.”
    Jamaludin yang menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Amerika Syarikat pada 4 November adalah duta Malaysia pertama yang diterima oleh Presiden Obama.
    Meskipun beliau terpaksa menunggu agak lama sejak ketibaannya di Amerika Syarikat untuk menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Obama dan lantik secara rasmi sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin kini dapat menjalankan secara rasmi tugas beliau sebagai duta Malaysia di negara yang beliau lihat sebagai mempunyai “potensi cemerlang” untuk membangunkan hubungan dua hala.
    Terdapat pelbagai bidang membabitkan isu kepentingan dua hala di kedua-dua pihak, satu daripadanya ialah ketetapan perjanjian perdagangan bebas (FTA).
    Malaysia turut berminat untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan dari Amerika Syarikat dan peningkatan perdagangan dengan negara berkenaan. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mahkamah perintah lelaki Belanda serah anak

    10/11/2009 11:38am

    SHAH ALAM 10 Nov. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan hak penjagaan Ferris Mokhtar, 5, yang dilarikan ke Belgium oleh bapanya pada Mac lalu, diserahkan kepada ibu kandungnya, Elis Syuhaila Mohktar.
    Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad turut membenarkan hak lawatan kepada Firdaus @ Frank Theodorus Vande Ven yang merupakan warga Belanda di rumah Elis dibawah pengawasan wanita itu.
    Beliau turut mengeluarkan perintah kepada Wisma Putra untuk menjejaki Ferris dan membawa pulang anak itu ke Malaysia. - Utusan

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Umat Islam digesa penuhi masa majukan diri, negara

    10/11/2009 11:41am

    REMBAU 10 Nov. — Umat Islam di negara ini digesa agar tidak lagi leka dan membuang masa membincangkan perkara yang tidak mendatangkan manfaat, sebaliknya memenuhi masa dengan aktiviti yang boleh memajukan diri, masyarakat dan negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
    Beliau berkata, kerajaan kini giat berusaha untuk membangunkan negara dan pembangunan yang dirancang serta dicita-citakan adalah pembangunan yang seimbang antara pembangunan rohani dengan material.
    "Kita tidak mahu sekiranya negara kita maju tetapi penduduknya tidak mempunyai nilai hidup yang tinggi dan hidup bebas tanpa peradaban. Sebaliknya kita juga tidak mahu hanya nilai hidup dan peradaban yang tinggi tetapi negara dan rakyat mundur dan miskin sehingga menghinakan agama kita,” katanya. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    274 terima darjah kebesaran dan pingat Persekutuan

    10/11/2009 11:44am

    KUALA LUMPUR 10 Nov. — Perunding Trobio Forest Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor hari ini mengetuai 274 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.
    Beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ’Tan Sri’.
    Empat lagi penerima darjah yang sama ialah Pengarah Urusan Pembinaan Limbongan Setia Berhad dan TSR Capital Berhad Tan Sri Lim Kang Yew, Pengarah Urusan Star Publication Berhad Pulau Pinang Tan Sri Kamal M.Hashim, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Lion Group Tan Sri Cheng Yong Kim dan Presiden Jim Logs Holdings Sendirian Berhad Miri, Sarawak Tan Sri Lau Hieng Wui.
    Lima orang dianugerahi Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ’Datuk’.
    Mereka ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antarabangsa Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Md Muhktar Boerhannoeddin, Pengarah Eksekutif Securiforce Sendirian Berhad, Datuk Shaheen Chugtai Mirza Habib Jan.
    Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan Left. Jen. Datuk Dr. Sulaiman Abdullah dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Wilfred Rata Nissom.
    Sementara itu, enam orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 15 orang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), 48 orang menerima Kesatria Mangku Negara (KMN), 78 orang menerima Ahli Mangku Negara (AMN) dan 117 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN). - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemandu maut ketika sedang baiki lori di bahu jalan

    10/11/2009 12:04pm

    IPOH 10 Nov. — Seorang pemandu lori terbunuh manakala seorang mekanik cedera parah apabila dirempuh sebuah lori semasa mereka sedang membaiki lori rosak di Kilometer 18 Jalan Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah semalam.
    Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu ialah Shaharuddin Hasan, 39, yang berasal dari Taman Lapangan Jaya, Ipoh.
    "Shaharuddin yang mengalami cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
    Najib berkata, mekanik yang cedera dikenali sebagai Au Thing Wai, 34, dan telah dimasukkan ke Hospital Batu Gajah.
    Beliau berkata, Thing Wai yang juga berasal dari Ipoh, datang ke tempat kejadian sebelum itu untuk membaiki kerosakan lori yang dipandu Shaharudin.
    Kedua-dua mangsa sedang berada di bawah lori yang terletak di bahu jalan apabila sebuah lori terbabas merempuh lori mereka, katanya.
    "Pemandu lori tersebut, Sazali Radzim, 46, berasal dari Bota Kanan, Parit turut mengalami cedera parah dan dimasukkan ke hospital sama,” katanya.
    Pasukan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori berkenaan, katanya. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    1,989 mangsa banjir Kedah masih di pusat pemindahan

    10/11/2009 12:14pm

    ALOR SETAR 10 Nov. — Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Kedah menurun kepada 1,989 orang sehingga pukul 12 tengah hari ini berbanding 2,060 malam tadi.
    Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah Kota Setar paling teruk terjejas apabila seramai 865 mangsa melibatkan 247 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
    Seramai 580 mangsa membabitkan 139 keluarga di daerah Pokok Sena masih berada di satu pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau diikuti dengan Kubang Pasu 440 orang (103 keluarga) dan Padang Terap dengan 104 orang (22 keluarga).
    Sementara itu, bacaan paras air dua sungai di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas mencatatkan 4.29 meter (paras bahaya 3.8 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.43 meter (bahaya 2.00 meter). - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan laksana infrastruktur komunikasi negara yang canggih

    10/11/2009 1:43pm

    PUTRAJAYA 10 Nov. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah melaksanakan satu infrastruktur komunikasi negara yang canggih dengan menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan dengan menggunakan serat optik bagi membolehkan mereka disambungkan dengan internet berkelajuan tinggi antara 10 MBPs (megabait sesaat) hingga 1GBPs (gigabait sesaat).
    Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan pembukaan di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) di sini hari ini berkata, jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan menyediakan rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan dengan satu daya tolak yang kompetitif melalui kelebihan komunikasi.
    Sekaligus, katanya beliau merintis satu pendekatan yang mesra, berpaksikan rakyat melalui penggunaan ICT.
    "Laman web 1Malaysia saya membolehkan rakyat Malaysia berinteraksi secara langsung dengan saya melalui internet. Ia bukannya satu tapak yang pasif tetapi berinteraktif sepenuhnya, di mana para pembaca boleh bukan sahaja mendengar pemikiran saya malah boleh juga mengemukakan cadangan secara langsung kepada saya secara online,” katanya.
    - BERNAMA


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts