Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Wanita penakluk samudera

    SEJAK bermulanya era pengembaraan manusia merentasi samudera, wanita tidak terlepas daripada mengukir sejarah tersendiri.

    Tidak kira sama ada sebagai penumpang atau pengemudi, titipan sejarah yang dianyam oleh srikandi lautan itu nyata memberi impak tersendiri.

    CHE FATIN (tengah) dan Geetha (kiri) bersama antara 13 srikandi samudera muda yang bakal membawa tanggungjawab besar negara dalam pengendalian kapal laut.

    Di Malaysia, jejak langkah untuk memartabatkan wanita di dunia pelayaran kini makin kukuh apabila seramai 13 kadet wanita pertama Akademi Laut Malaysia (Alam) berjaya ditauliahkan buat pertama kalinya.

    Mengintai kembali jerit perih serta kegigihan dua daripada kadet ini, nyata perjalanan selama tiga tahun di Alam termasuk setahun di atas kapal, jelas sekali menjernihkan sisi lain dua gadis ini.

    ANTARA kelengkapan komunikasi yang perlu di kendalikan kadet sepanjang mengemudikan kapal.

    Dikelilingi oleh 98 peratus kaum lelaki ketika menjejakkan kaki di Alam nyata memberi tamparan hebat buat anak kelahiran Tampin, Negeri Sembilan.

    Bukan saja diuji dari aspek kekuatan fizikal, malah ada ketikanya mental Geetha Selvaraja, 24 tahun ini teruji.

    "PANDANGAN menerusi bridge watch yang perlu dilakukan kadet setiap empat jam secara bergilir-gilir bagi memastikan pengemudian kapal berjalan lancar.

    "Memang segalanya agak sukar pada minggu-minggu pertama latihan di Alam. Paling sukar ialah ketika minggu induksi yang mana kami terpaksa mengerah segala tenaga yang ada," katanya sambil ketawa mengenang kembali jejak pertamanya di Alam.

    Cuci kapal

    Semangat dan kebijaksanaan intelektual Geetha terus diuji apabila menjalani latihan amali di atas beberapa kapal tangki.


    "Pelayaran pertama adalah di atas kapal M.T. Bunga Kasturi Tiga sepanjang 330 meter. Sebuah kapal pembawa barang yang cukup besar.

    "Selama tujuh bulan bertugas di dalam kapal itu, saya berpeluang mengelilingi dunia dan melihat kehebatan pelabuhan yang ada di seluruh negara," ujar anak ketiga daripada empat beradik ini.

    Cerita gadis ini lagi, pelayaran kedua bersama M.T. Eagle Seville selama empat bulan pula memberi keyakinan yang lebih mendalam ketika dia melakukan kerja-kerja di atas kapal.

    "Kalau mula-mula dulu, langsung tak ada pengalaman, kali ini saya lebih bersedia. Dah tahu apa yang hendak dijangkakan," katanya yang kini memegang diploma dalam jurusan pengajian Nautikal.

    Sambung Geetha, selain diberi tugasan seperti pemantauan laluan kapal (brigde watch) selama empat jam secara bergilir-gilir, beliau juga turut melakukan kerja-kerja seperti mengecat, mencuci serta pemerhatian kargo apabila tiba di pelabuhan.

    Malah katanya, ada ketika beliau terpaksa bertugas sekurang-kurangnya empat jam di bilik enjin agak sempit, kotor serta bising.

    "Memang berat kerja yang dilakukan. Begitu juga dengan tanggungjawab yang dipikul. Namun kerjasama dan tunjuk ajar daripada kapten serta krew yang lain, semakin hari, keyakinan saya semakin meningkat.

    "Tentang aspek keselamatan, saya sedar ramai yang bimbang mengenai perkara tersebut tambahan pula rata-ratanya lelaki di atas kapal ini. Namun dengan jaminan dan penjagaan yang diberikan oleh kapten, kerisuan tersebut semakin hilang," jelasnya yang kini menunggu masa untuk kembali menakluk samudera.

    Sambut raya di lautan

    Che Fatin Ezzaty Che Johan yang merupakan pemegang diploma Kejuruteraan Marin tidak ketinggalan berkongsi cerita.

    Menurut gadis berusia 21 itu, pengalaman menghantar gas ke negara Jepun dan Korea merupakan saat yang cukup berharga baginya.

    CARTA dan bearing menjadi teman setia Geetha dalam menentukan haluan kapal yang bakal dibawa.

    Ungkapnya, antara latihan utama yang perlu dikuasai ialah mengendalikan perpindahan gas antara kapal dan tangki di pelabuhan.

    "Latihan amali saya adalah dengan kapal Puteri Delima 1 dan Puteri Nilam 1. Ia adalah sebuah kapal LNG atau kapal pembawa cecair gas asli.

    "Paling menarik mengenai kapal pembawa LNG ialah kapal ini digerakkan dengan kuasa enjin wap. Justeru, langkah keselamatan yang diambil adalah lebih ketat berbanding kapal tangki biasa," jelas anak kelahiran Terengganu itu.

    BUKAN sahaja perlu mahir dalam mengendalikan kapal, kebersihan kapal juga menjadi tanggungjawab bersama kerana kerja-kerja ini memupuk disiplin dan semangat kerjasama antara krew.

    Bercerita lanjut mengenai bilik enjin ini, pada mulanya, dia sendiri terkejut dan teruja melihat enjin wap yang besar serta bertingkat-tingkat.

    Biarpun dikawal dengan komputer, namun jelas Che Fatin, sentuhan manusia masih penting terutama dalam memantau tekaan serta membaca bacaan pada meter enjin.

    Bukan sahaja bilik enjin tersebut menyimpan memori yang bukan sedikit, pengalaman berhari raya di atas kapal juga cukup berbekas di dalam hatinya.

    PERNAS PROPANE yang banyak membantu kadet mengalami pengalaman sebenar dalam mengemudikan kapal.

    Bercerita mengenai kapal, Che Fatin menggambarkan kelengkapan kapal tersebut seolah-olah di dalam hotel. Lengkap dengan kabin makan, ruang tidur, beriadah serta berpenghawa dingin.

    "Oleh kerana kapal LNG ini membawa gas, suhunya perlu sejuk sentiasa dan itulah kelebihan berada di dalam kapal ini. Sentiasa sejuk walaupun di bilik enjin," jelasnya yang tidak terlepas mengalami mabuk laut pada minggu-minggu pertama pelayaran.

    "Namun, kesempatan menyambut hari raya di dalam kapal adalah kenangan paling seronok yang saya alami. Oleh kerana berada di atas kapal dari Malaysia, suasana tersebut cukup meriah," sambungnya ramah.

    Menyingkap sejenak mengenai kehidupan di atas kapal, ada kalanya kesunyian itu amat terasa walaupun terdapat ramai kawan.

    "Mujur Kapten Shahrul Azri membawa isterinya bersama. Adalah juga kawan. Tapi apabila kembali ke kabin tidur, masa itulah rasa sunyi. Mula teringatkan keluarga serta kawan-kawan," kongsinya yang pernah berasa putus asa di awal-awal penglibatan dalam kerjaya ini.
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    lain mcm lak tajuk aku bace td:005:

  3. #3
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by alonso14 View Post
    lain mcm lak tajuk aku bace td:005:
    kena baca isi dia dulu baru tau :005:

  4. #4
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by akay View Post
    kena baca isi dia dulu baru tau :005:
    aku kene pikir positip ni:005:

  5. #5
    NG Girl Power
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    5,131
    fasTiffany has a spectacular aura about fasTiffany has a spectacular aura about fasTiffany has a spectacular aura about
    My Mood
    Bitchy
    Post Thanks / Like
    fast bace pun macm pelik :025:
    gambo pun tak de
    tapi ad tengah lah kiri lah apa
    kikikkkkkiikkki

  6. #6
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    artikel ni pasal apa...aku kurg kefahaman..huhu

  7. #7
    kingnorth
    Guest
    ada ringkasan dia tak? aku pening baca panjang2 nie..:026:

  8. #8
    'Victoria Concordia Crescit'
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    2,246
    maraippo will become famous soon enough maraippo will become famous soon enough
    My Mood
    Cool
    Post Thanks / Like
    mate akuy kremmm...kui3

  9. #9
    kingnorth
    Guest
    Quote Originally Posted by maraippo View Post
    mate akuy kremmm...kui3
    kasi ler ringkasan dia... aku malas nak baca panjang2 nie..:022::022:

  10. #10
    NG Girl Power
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    5,131
    fasTiffany has a spectacular aura about fasTiffany has a spectacular aura about fasTiffany has a spectacular aura about
    My Mood
    Bitchy
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by kingnorth View Post
    kasi ler ringkasan dia... aku malas nak baca panjang2 nie..:022::022:

    akay pun malas nak ringkaskan :005:


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts