Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 18
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [9/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Bah: 8 sekolah ditutup

    KOTA BHARU: Enam sekolah rendah (SK) dan dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menempatkan kira-kira 5,000 murid di sekitar jajahan Tumpat dan Pasir Mas, ditutup mulai hari ini kerana ditenggelami banjir.

    Sekolah berkenaan ialah SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Teluk Jering dan SK Bunohan di Tumpat; manakala di Pasir Mas ialah SK Meranti, SMK Meranti, SK Lubok Setol dan SMK Rantau Panjang.

    SK Bunohan ditutup untuk dijadikan pusat pemindahan lebih 500 mangsa banjir sekitar Bendang Pak Yong sejak pagi semalam selepas banjir semakin buruk akibat limpahan air Sungai Golok.

    Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Meranti dan SMK Rantau Panjang ditempatkan di asrama sekolah masing-masing untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

    Katanya, jabatan juga menyediakan pusat pemindahan banjir alternatif untuk mereka sebagai persediaan jika banjir berterusan.

    "JPN sudah mengeluarkan notis awal kepada semua guru besar dan pengetua sekolah terbabit supaya mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan tiada calon SPM yang terjejas dan terlepas peluang menduduki peperiksaan," katanya.

    Mohd Ghazali berkata, pihaknya masih memantau perkembangan banjir, khususnya sekitar Tumpat dan Pasir Mas yang dijangka bertambah buruk dan kemungkinan lebih banyak sekolah ditutup.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi pula menasihatkan ibu bapa di kawasan terjejas banjir meningkatkan pemantauan.

    Sejak banjir melanda Kelantan pada Jumaat lalu, seorang pemuda menjadi korban selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pasir Puteh. Mayat mangsa ditemui tersangkut pagi semalam.


    TINJAUAN jurugambar Berita Harian, Fathil Asri melalui udara bersama dengan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hampir 80 ekor lembu dan kambing serta kenderaan milik penduduk Tumpat sekitar Jeram Perdah terperangkap di kawasan lapang seluas padang bola, selepas kawasan sekelilingnya ditenggelami banjir, semalam.
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600

  2. #2
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pantau tuntutan YB

    SPRM tubuh pasukan khas kaji sistem, prosedur perbelanjaan Adun, Ahli Parlimen

    KUALA LUMPUR: Bagi membanteras amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan wakil rakyat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas untuk membuat kajian menyeluruh terhadap peraturan, sistem dan prosedur serta kawalan dalaman perbelanjaan yang peruntukan kepada Adun serta Ahli Parlimen.

    Penubuhannya dan langkah yang bakal dilaksanakan dilihat mampu menutup ruang serta peluang perlakuan rasuah di kalangan wakil rakyat, terutama penyelewengan wang peruntukan.

    Ia juga bagi membuktikan SPRM dan kerajaan memandang serius mengenai pendakwaan kes penyelewengan peruntukan Adun dan Ahli Parlimen baru-baru ini, kerana kebanyakan kes yang disiasat adalah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu.

    Menurut kenyataan akhbar SPRM semalam, pasukan khas yang akan dikendalikan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM itu akan menjalankan kajian menyeluruh dan ia selaras peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 7(c) Akta SPRM.

    Mengikut akta itu, SPRM berkuasa meneliti amalan, sistem dan tatacara badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah akta itu serta mengkajinya semula bagi membendung perlakuan rasuah.

    Selain itu, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM sudah diarah mengadakan sesi taklimat bersama wakil rakyat bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai bentuk kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

    "Taklimat bertujuan membantu Adun dan Ahli Parlimen mengelakkan mereka daripada melakukan kesalahan yang boleh membawa kepada salah guna kuasa dan penyelewengan," katanya.

    Selasa lalu, enam ahli politik didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, termasuk Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dan bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun kerana membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

    Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Sabak Bernam menghadapi lapan tuduhan mengemukakan butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM80,000 ketika menjadi Adun Sungai Air Tawar.

    Yap pula menghadapi tujuh tuduhan mengemukakan permohonan peruntukan Adun mengandungi butiran palsu membabitkan RM70,000 untuk program mesra rakyat, sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina.

    Pembantu tadbir Ahli Parlimen itu, Rosli Busro, didakwa bagi lapan tuduhan bersubahat dengannya untuk membuat tuntutan palsu itu, manakala pembantu Yap, Mohd Firdaus Abu Zarin, menghadapi tujuh pertuduhan bersubahat dengan Yap.

    Turut didakwa, Wong Chuan How, iaitu pegawai peribadi Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri yang masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa 6.7 Richter landa Sumbawa, Indonesia

    JAKARTA: Gempa bumi kuta berukuran 6.7 Richter melanda Pulau Sumbawa, Indonesia, awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

    Gegaran berpusat di 16 kilometer (km) dari Pekan Raba di kedalaman 18km.

    Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya, berkata penduduk merasai gegaran yang kuat pada awal subuh tadi.

    "Kami bagaimanapun belum lagi menerima laporan mengenai penduduk yang maut tetapi ada aduan mengenai rumah yang runtuh," katanya. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Chelsea kukuhkan penguasaan liga kalahkan United

    LONDON: Impian Chelsea untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin nyata selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester United, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

    Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti kini selesa mendahului lima mata di depan liga.

    Kapten Chelsea, John Terry menjadi hero pasukannya apabila tandukannya hasil sepakan percuma Frank Lampard, menggegar jaring United pada minit ke-76.

    Bagaimanapun, United yang lebih menguasai permainan, terutama pada babak kedua namun sering hampa dengan penyudahan hambar.

    Ancelotti bagaimanapun pantas bertindak dengan mengeluarkan Deco dan memasukan Joe Cole dengan menyaksikan serangan lebih berbisa.

    Pengurus United, Alex Ferguson bagaimanapun tidak mempunyai banyak pilihan untuk menukar pemain berikutan kecederaan penyerangnya, Dimitar Berbatov.

    Ini menyaksikan hanya Wayne Rooney bertindak sebagai penyerang dengan lima pemain tengah.

    Kekurangan lebih terasa di bahagian pertahanan United yang tanpa kehadiran Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    91 maut akibat Taufan Ida di El Salvador

    SAN SALVADOR: Sekurang-kurangnya 91 maut berikutan taufan hujung musim di Tengah Amerika yang membawa banjir dan tanah runtuh di El Salvador, manakala ribuan penduduk dilaporkan hilang tempat tinggal di Nicaragua.

    Taufan Ida yang membawa ribut petir semalam, kini menghala ke selatan Teluk Mexico dengan pegawai mengesahkan tiada kematian atau kerosakan di tempat percutian popular, Cancun.

    Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat yang berpusat di Miami melaporkan Taufan Ida kini dalam kelajuan tertinggi iaitu 160 kilometer (km) sejam dan kini beralih ke pesisir pantai Caribbean di Mexico.

    Ketika membadai, taufan berkenaan menyebabkan banjir di El Salvador dengan setakat ini 91 penduduk dilaporkan terkorban, manakala 60 lagi dilaporkan hilang.

    “Kami mendapati jumlah kematian akibat banjir kini 91 orang, kata Menteri Dalam Negeri, Humberto Centeno.

    Ketua Pertahanan Awam, Jorge Melendez, berkata jumlah angka korban mungkin bertambah kerana anggota penyelamat masih berada di wilayah Verapaz dan Tepetitan.

    Di Tepetitan, tanah runtuh menyebabkan 30 rumah penduduk runtuh, manakala di Verapaz banyak rumah, kereta dan trak juga ditenggelami banjir lumpur. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Djokovic tamatkan penguasaan Federer di Basel

    BASEL (Switzerland): Pemain Serbia, Novak Djokovic menamatkan penguasaan pemain nombor satu dunia, Roger Federer di tempat sendiri pada Kejohanan Tenis Tertutup Basel, awal pagi tadi.

    Kemenangan 6-4, 4-6, 6-2 itu pasti mencipta sejarah tersendiri buat Djokovic yang kini menduduki ranking ketiga dunia.

    Pemain berusia 22 tahun itu hanya mengambil masa 24 minit untuk menang set pertama tetapi tunduk di set kedua.

    Bagaimanapun, pada set penentuan, Djokovic nyata lebih menguasai gelanggang untuk melengkapkan kemenangan 6-2.

    Federer, juara kejohanan pada 2007, 2007 dan 2008, nyata kecewa dengan tahap permainannya selepas sering kali gagal mengembalikan bola hantaran kuat daripada Djokovic.

    "Ia amat mengecewakan apabila kalah di tempat sendiri. Saya berusaha keras tapi rentak permainan saya tidak menjadi.

    "Saya sering ketinggalan dan hari ini nyata tidak memihak kepada saya," kata Federer.

    “Saya rasa ini permainan terbaik saya dan saya amat gembira," kata Djokovic.

    “Ia muncul pada waktu yang kita memerlukannya dan menang di Basel juga amat istimewa buat saya," katanya.

    Federer dan Djokovic akan beraksi di Paris Masters minggu depan, kejohanan terakhir ATP musim ini. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Murray juara Terbuka Velencia kalahkan Youzhny

    VALENCIA: Pemain utama Britain, Andy Murray muncul juara Tenis Terbuka Velencia dengan menewaskan pemain Russia, Mikhail Youzhny 6-3, 6-2 pada perlawanan akhir, awal pagi tadi.

    Kemenangan itu melengkapkan trofi kejuaraan keenam Murray musim ini.

    Pemain ranking keempat dunia itu yang berehat selama enam minggu kerana kecederaan bahu, hanya mengambil masa 69 minit untuk mengetepikan Youzhny.

    Youzhny, yang sebelum itu menundukkan pemain pilihan kedua, Nikolay Davydenko pada separuh akhir, nyata gagal membendung penguasaan Murray untuk melebarkan rekod kemenangan 63-9 sepanjang musim ini.

    "Saya awalnya menjangka ia pertembungan yang sukar. Dia bermain dengan baik, tapi saya mampu mengawal gelanggang dan melakukan servis dengan berkesan," kata Murray.

    Tahun ini, Murray turut muncul juara di Doha, Rotterdam, Miami, Queen Club dan Montreal.

    Dia akan bermain di Paris Masters, minggu depan sebelum mengakhiri jelajah ATP dunia di London. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Karzai ikrar tangani rasuah di Afghanistan

    WASHINGTON: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai berikrar untuk membanteras gejala rasuah dalam kerajaannya berikutan kritikan hebat antarabangsa sehingga menjejaskan usaha mengendur keganasan dan peperangan di negara itu.

    Dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini, Karzai memberitahu stesen PBS bahawa terdapat 'individu' yang terbabit dalam rasuah yang tidak akan diberi tempat dalam kerajaan.

    Ulasannya itu berikutan amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa pihak lain bahawa penyaluran bantuan antarabangsa ke Afghanistan akan lebih banyak sekiranya kerajaan berusaha keras membanteras rasuah.

    Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan pegawai tertinggi termasuk abangnya, Wali mengenai pembabitannya dalam perdagangan dadah.

    Karzai sebaliknya berkata, beliau sebelum ini sudah meminta Amerika Syarikat dan pegawai Eropah untuk menunjukkan bukti kesahihan dakwaan abangnya itu tetapi tidak mendapat jawapan.

    “Di mana kami menemui rasuah atau penyelewengan, kami akan menanganinya," katanya sambil menambah dakwaan abangnya bekerja untuk CIA juga tidak memeranjatkannya.

    Karzai, yang sebelum ini menyokong Barat bagaimanapun kebelakangan ini sedikit renggang sejak Barat mengkritik hebat proses pilihan raya di Afghanistan, Ogos lalu. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Chavez arah tentera bersedia hadapi Colombia

    CARACAS, Venezuela: Presiden Hugo Chavez mengarahkan tentera Venezuela bersedia untuk kemungkinan konflik bersenjata dengan Colombia.

    Beliau menegaskan askar negaranya bersedia jika Amerika Syarikat cuba mengapi-apikan peperangan di antara dua negara Amerika Selatan yang berjiran itu.

    Chavez berkata, Venezuela mungkin berperang dengan Colombia ketika ketegangan antara mereka memuncak dan memberi amaran jika konflik itu tercetus "ia boleh tersebar ke seluruh benua".

    “Cara terbaik mengelak peperangan ialah dengan bersiap sedia menghadapinya," Chavez memberitahu pegawai tentera menerusi program mingguannya di televisyen dan radio.

    Pemimpin sosialis Venezuela itu turut merujuk perjanjian antara Bogota dan Washington memberi capaian lebih luas kepada pangkalan tentera negara itu.

    Kerajaan Presiden Colombia, Alvaro menolak apa yang disifatkannya "ancaman perang daripada kerajaan Venezuela" dan menambah beliau akan merujuk kenyataan Chavez kepada Pertubuhan Negara Amerika dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    “Colombia tidak pernah dan tidak akan berperang," kata jurucakap kerajaan, Cesar Mauricio Velasquez. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sevilla atasi Villarreal untuk kekal di tangga ketiga

    MADRID: Pemain gantian Frederic Kanoute menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66 ketika Sevilla bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan beat Villarreal 3-dan kekal di tangga ketiga Liga Sepanyol.

    Penyerang mali itu menerkam ke depan gol untuk menanduk masuk hantara lintang Adriano lima minit selepas penyerang Brazil, Luis Fabiano menajringkan gol kedua, juga hasil hantarang Adriano.

    Sevilla memungut 22 mata, satu mata di depan Valencia yang menewaskan Zaragoza 3-1 menerusi gol separuh masa pertama by Juanma Mata, David Villa dan Pablo Hernandez.

    Sementara itu, Mate Bilic menjaringkan gol pada minit ketiga untuk Sporting mengatasi Espanyol 1-0.

    Barcelona mengungguli liga dengan 26 mata manakala Real Madrid mengumpul 25 mata selepas kedua-dua pasukan menang perlawanan kelmarin.

    Juara bertahan Barcelona menewaskan Mallorca 4-2 manakala Madrid menang 3-2 ke atas Atletico Madrid.

    Deportivo La Coruna melompat ke tangga kelima dengan 19 mata selepas menang 2-0 ke atas Getafe dan Malaga seri 2-2 denghan Tenerife. - AP

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts