Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 37
  1. #1
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [9/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Terry julang Chelsea benam United 1-0

    LONDON 9 Nov. - Ketua pasukan, John Terry memberikan

    Chelsea kelebihan lima mata di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) apabila menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk pasukannya menang 1-0 ke atas Manchester United, hari ini.

    Jaringan bermula apabila Darren Fletcher melakukan kekasaran ke atas Ashley Cole.

    Frank Lampard melakukan sepakan bebas tepat ke arah Terry yang tidak dikawal lalu menanduk bola tanpa dapat dinafikan oleh Edwin van der Sar

    Chelsea kemudiannya terselamat daripada asakan bertubi-tubi United pada babak akhir untuk Chelsea mengumpul 30 mata, lima mata mengatasi Arsenal, yang menang 4-1 di Wolverhampton Wanderers kelmarin, diikuti United (25 mata).

    Kemenangan tersebut bermakna skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu menyamai rekod kelab dengan 11 kemenangan berturut-turut pada aksi di tempat sendiri.

    United, yang mengalami kekalahan ketiga setakat ini, dinafikan rayuan untuk sepakan penalti pada babak pertama apabila Terry menarik baju Antonio Valencia.

    Sementara itu, pada perlawanan awal, Hull City mengalahkan Stoke City 2-1, Everton menang 2-1 di West Ham United, manakala Wigan Athletic dan Fulham seri 1-1. - Reuters
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keputusan Liga Perdana England
    09/11/2009 3:27am

    Hull 2 Stoke 1

    West Ham 1 Everton 2

    Wigan 1 Fulham 1
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Iraq luluskan undang-undang pilihan raya
    09/11/2009 3:28am

    BAGHDAD 8 Nov. - Ahli-ahli Parlimen Iraq hari ini meluluskan undang-undang untuk mengadakan pilihan raya umum di negara itu awal tahun 2010 dan kini sedang berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk undian itu.

    Timbalan Pengerusi parlimen, Khaled al-Attiya dalam satu siaran televisyen berkata, seramai 141 daripada 195 ahli parlimen telah mengundi untuk tujuan itu.

    Pilihan raya itu dilihat sangat penting demi mengukuhkan sistem demokrasi baru negara itu sejajar dengan pengunduran tentera-tentera Amerika Syarikat (AS) menjelang Ogos tahun depan dan pengunduran sepenuhnya pada tahun 2011.

    Pilihan raya tersebut dijadual diadakan pada 16 Januari namun tarikh itu menimbulkan keraguan disebabkan kelewatan dan perdebatan berhubung sistem yang akan dipakai dalam pilihan raya kedua negara itu sejak pemerintahan diktator Saddam Hussein pada 2003.

    Undang-undang itu akhirnya di luluskan selepas beberapa minggu tertangguh selain mendapat desakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemimpin alim ulama dan AS yang mana perbincangan parlimen itu turut telah dihadiri oleh duta AS, Christopher Hill. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    ADUN Pelabuhan Klang didesak letak jawatan
    09/11/2009 10:08am

    SHAH ALAM 9 Nov. - Angkatan Muda Keadilan cabang Klang hari ini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah letak jawatan.

    Piket aman yang disertai kira-kira 20 orang itu diadakan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor.

    Badrul Hisham kini menjadi calon Bebas setelah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hujung bulan lalu. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa kuat di Lombok: Berpuluh-puluh cedera
    09/11/2009 11:04am

    JAKARTA 9 Nov. - Pegawai pengurusan bencana menyatakan sekurang-kurangnya 40 orang cedera dan beberapa bangunan rosak teruk akibat gempa bumi kuat yang berlaku di bawah laut di tengah Indonesia.

    Rustam Pakaya, ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan memaklumkan, sekurang-kurangnya 20 orang dimasukkan ke hospital selepas gempa sekuat 6.7 pada skala Richter berlaku.

    Gempa bumi itu berlaku pukul 4.41 pagi ini berhampiran rantaian pulau-pulau kecil dekat Lombok.

    Ia berlaku dikedalaman 17.7 KM dan berpusat di 15 KM utara barat laut Sumbawa dan 1,335 KM dari Jakarta. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sidang Parlimen dilanjutkan dua hari lagi
    09/11/2009 11:08am

    KUALA LUMPUR 9 Nov. Persidangan Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 yang sepatutnya tamat pada 15 Disember ini dilanjutkan dua hari lagi memandangkan masih ada urusan yang belum selesai.

    Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tambahan hari bersidang itu perlu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerja lain dapat diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat.

    Wan Junaidi memaklumkan perlanjutan tempoh bersidang itu sebelum sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat ketiga penggal kedua itu adalah dari 19 Oktober hingga 15 Disember.

    BERNAMA
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lebih 4,000 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan
    09/11/2009 11:15am

    KUALA LUMPUR 9 Nov. Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir musim tengkujuh di kelantan meningkat kepada 4,151 orang pagi ini berbanding 3,487 orang malam tadi.

    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, jumlah yang dipindahkan itu adalah dari daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

    "Jumlah itu meningkat berikutan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang masih melebihi paras bahaya iaitu 9.93 meter (bahaya 9 meter), katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau berkata, seramai 49 mangsa banjir di Machang dibenar pulang ke rumah masing-masing dan setakat pagi ini tiada jalan utama yang ditutup.

    Cuaca pada di Kelantan pagi ini mendung dengan hujan-hujan renyai dilapor di sesetengah kawasan. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Najib mahu semua kementerian proaktif guna ICT
    09/11/2009 11:20am

    PUTRAJAYA 9 Nov. Semua kementerian perlu mengambil tindakan proaktif untuk memaksimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam penyampaian perkhidmatan awam memandangkan ia dapat meningkatkan taraf hidup dan imej kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perkhidmatan e-kerajaan seharusnya selangkah lebih maju dalam semua urusan kerajaan dengan menyediakan jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat termasuk menggunakan sepenuhnya pelbagai kaedah multimedia yang ada.

    "Hanya setelah rakyat menggunakan perkhidmatan ini dan mendapat manfaat daripadanya, barulah kita boleh menganggap penyampaian perkhidmatan awam telah berjaya, katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) di sini hari ini. Ini merupakan kali pertama beliau mempengerusikan mesyuarat majlis itu sejak mendjadi perdana menteri April lepas.

    Najib berkata, satu lagi peranan penting MSC ialah di peringkat negara.

    Pengumuman terbaru mengenai MSC Malaysia Pahang, katanya, merupakan antara langkah untuk membawa inisiatif ICT ini kepada rakyat di seluruh pelosok negara ke arah mengurangkan jurang digital selain merangsang kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dua penuntut sekolah Islam mati ditembak di Pattani

    09/11/2009 12:48pm

    BANGKOK 9 Nov. Dua penuntut sebuah sekolah pengajian Islam berasrama mati manakala seorang lagi cedera parah apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah mereka di wilayah bergolak Pattani malam tadi.
    Jurucakap polis berkata, Mohamad Mohamad Zin, 24, dan Abdullah Ismail, 18, mati di tempat kejadian manakala Mohamad Sofi Harun, 18, dimasukkan ke Hospital Pattani.
    Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8 malam Ahad di daerah Panarek, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mereka ketika mereka berjalan ke gerai makan berhampiran untuk makan malam.
    Beliau berkata Mohamad juga merupakan guru tadika di sekolah yang sama.
    - BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pasukan khas SPRM beri panduan jelas kepada wakil rakyat

    09/11/2009 3:05pm

    PUTRAJAYA, 9 Nov (Bernama) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan pasukan khas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bagi memberi garis panduan yang jelas kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri tentang apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan.
    Perdana Menteri berkata, penubuhan pasukan itu juga bagi membolehkan SPRM mengetahui bentuk keperluan mereka sebagai wakil rakyat.
    "Sebab sebagai ahli Parlimen, mereka dituntut untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan tuntutan rakyat seperti bayaran sekolah, bayaran kesihatan, kenduri-kendara, masalah kesihatan dan pelbagai lagi.
    "Tuntutan seperti ini menjadikan mereka terpaksa kadang-kadang melihat bagaimana peruntukan kerajaan boleh digunakan atau tidak boleh digunakan.
    "Ini adalah sesuatu yang perlu diperjelaskan oleh SPRM kepada mereka, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
    - BERNAMA


  11. The Best Spread 468x60ms

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts