Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 33
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [8/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Jambatan runtuh di Andorra bunuh 2 pekerja
    08/11/2009 3:20am

    MADRID 8 Nov. - Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan runtuh hari ini di Andorra, menyebabkan tujuh pekerja terperangkap termasuk dua yang dikhuatiri mati.

    Empat lelaki lain dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius selepas sebatang besi dan salur konkrit jatuh menimpa mereka, kata jurucakap kerajaan Andorra.

    Projek jambatan tersebut adalah sebahagian daripada terowong yang menghubungkan dua lembah di pekan Massana.

    Andorra yang mempunyai populasi seramai 84,000 orang terletak di Pergunungan Pyrenees di sempadan Sepanyol dan Perancis. - AP
    bitcoin 160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    2,000 penunjuk perasaan berarak di Georgia
    08/11/2009 3:21am

    TBILISI, Georgia 8 Nov. - Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berarak di ibu kota Georgia untuk membantah polisi Presiden Mikhail Saakashvili.

    Mereka menuntut perubahan politik dan kebebasan media, malah ada yang menggesa supaya Saakashvili meletakkan jawatan.

    Pihak penentang Saakashvili telah menggesa presiden itu untuk meletak jawatan ekoran perang dengan Russia pada Ogos 2009 yang telah membawa kemusnahan besar kepada Georgia. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lanun desak Sepanyol hantar tahanan ke Somalia
    08/11/2009 3:21am

    MADRID 8 Nov. - Lanun Somalia yang menahan krew bot nelayan Sepanyol sebagai tebusan mahu dua lanun yang ditahan di Sepanyol diekstraditasi ke Somalia untuk perbicaraan, kata salah seorang ahli keluarga tebusan.

    “Mereka bukan dilepaskan, sebaliknya untuk dibicarakan di sana,” kata ahli keluarga tersebut semasa satu perhimpunan bagi menyokong keluarga krew bot di Bermeo yang terletak di wilayah Basque, iaitu pusat bot tuna Alakrana.

    Sebelum ini, lanun tersebut tidak mahu berbincang mengenai sebarang wang tebusan bagi membebaskan bot tersebut selagi dua lanun Somalia berkenaan tidak dibebaskan. - Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rosmah dikurnia darjah kebesaran tertinggi Sabah

    08/11/2009 10:30am

    KOTA KINABALU 8 Nov. — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah, di Istana Negeri di sini.
    Rosmah menerima anugerah SPDK yang membawa gelaran ”Datuk Seri Panglima” daripada Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menyaksikan upacara penyampaian anugerah sempena ulang tahun Ahmadshah yang ke-63.
    Turut hadir pada istiadat ringkas pengurniaan darjah itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Juhar Mahiruddin, timbalan-timbalan ketua menteri Datuk Yahya Hussin dan Datuk Peter Pang En Yin, menteri-menteri kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Negeri Datuk Muhammad Hatta Abd Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Banjir sekali lagi landa Perlis

    08/11/2009 11:17am

    KANGAR 8 Nov. — Setelah surut pagi semalam, banjir sekali lagi lagi melanda Perlis dengan 54 orang dari kawasan Alor Biak dekat sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan malam tadi.
    Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Tugas tugas Khas Perlis, Mansor Jusoh berkata, mereka dipindahkan mulai pukul 8 malam tadi sehingga awal pagi tadi.
    Katanya, 39 orang ditempatkan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri manakala 15 lagi ditempatkan di Dewan Seri Malau, Beseri yang dijadikan pusat pemindahan mulai malam tadi.
    Mansor yang meninjau keadaan banjir sejak semalam sehingga awal hari ini berkata antara kawasan lain yang turut dinaiki air sejak petang semalam ialah Arau, Repoh, Santan dan Alor Ara.
    Beliau menasihati para penduduk di kawasan yang dilanda banjir supaya mematuhi arahan pihak berkuasa jika diperlukan berpindah. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mangsa banjir terus bertambah di Kelantan

    08/11/2009 11:18am

    KOTA BAHARU 8 Nov. — Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 2,558 orang apabila lebih ramai mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang dipindahkan berikutan paras air Sungai Golok kekal pada paras bahaya.
    Seramai 2,031 mangsa banjir di negeri itu dipindahkan malam tadi.
    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah itu meningkat apabila mangsa banjir di Pasir Mas terus bertambah kepada 2,190 orang berbanding malam tadi diikuti Machang (190), Tanah Merah (75), Tumpat (54) dan Kuala Krai (49).
    Bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang pada pukul 9 pagi ini mencatatkan 10.29 meter (bahaya 9 meter) iaitu surut berbanding malam tadi 10.42 meter.
    Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    MCA perlu segera selesai masalah - Najib

    08/11/2009 12:43pm

    KOTA KINABALU 8 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MCA tidak mempunyai pilihan melainkan perlu segera menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.
    Beliau berkata, kegagalan MCA menyelesaikan masalah itu akan menyebabkan parti itu ditolak pada pilihan raya umum akan datang.
    “Mereka tidak ada pilihan. Kalau tidak selesai segera, MCA akan ditolak pada pilihan raya akan datang,” katanya.
    Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah di sini hari ini. - Utusan

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Banjir di Terengganu semakin baik

    08/11/2009 12:52pm

    KUALA TERENGGANU 8 Nov. — Banjir yang melanda empat daerah di Terengganu sejak Jumaat lepas pada umumnya semakin baik pagi ini dengan bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan kini hanya 57 orang berbanding 534 orang petang semalam.
    Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata, sehingga pukul 9 pagi ini empat pusat pemindahan masih beroperasi iaitu masing-masing satu di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.
    Di Besut, pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Kampung La (satu keluarga enam orang), di Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Dungun (tiga keluarga sembilan orang), Balai Raya Kampung Bukit Tadok Hulu Terengganu (tujuh keluarga 28 orang) dan Dewan Sivik Sungai Tong (empat keluarga 14 orang).
    Jurucakap itu berkata, Jalan Tok Kah-Lintang, Dungun ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air setinggi 0.5 meter.
    Sementara di Hulu Terengganu jalan-jalan yang ditutup ialah Jalan Matang-Nibong di Kampung Telemong dan Jalan Bukit Perah-Kampung Jah, masing-masing ditenggelami air sedalam satu meter dan ditutup kepada semua kenderaan. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    638 mangsa banjir di pusat pemindahan Padang Terap

    08/11/2009 12:53pm

    ALOR SETAR 8 Nov. — Seramai 59 lagi mangsa banjir di Padang Terap dipindahkan pagi ini apabila beberapa buah kampung mula dinaiki air malam tadi menjadikan seramai 638 orang di daerah itu kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.
    Pegawai Daerah Padang Terap, Mat Noh Ahmad berkata, mereka ditempatkan bersama 579 mangsa yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
    "Bilangan paling ramai ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Bakti seramai 265 orang dari 60 keluaraga,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi, hari ini.
    Sementara itu, beliau berkata, paras air di Sungai Kuala Nerang pada pukul 11 pagi ini mencatatkan 18.02 meter melebihi paras bahaya 17.7 meter. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    MCA masih mendesak pemilihan Presiden secara terus

    08/11/2009 12:56pm

    PUTRAJAYA 8 Nov. — Apabila Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai Presiden MCA kira-kira setahun lalu, beliau telah mencadangkan satu pemilihan presiden secara terus bagi parti itu tetapi rancangan itu tergendala berikutan masalah dalaman.
    Dan kini apabila masalah parti dapat diselesaikan, Tee Keat berharap agenda untuk merealisasikan cadangan itu akan kembali kepada landasannya semula.
    "Dalam usaha untuk mendapatkan semula sokongan rakyat, kita perlu menyusun semula dan memberi nafas baru kepada parti. Kita amat serius tetapi malangnya kita perlu mengakui ia telah tergendala. Bagaimanapun, kita memilih untuk meneruskannya.
    “Saya mengalu-alukan sebarang usaha ke arah itu. Sama ada kita menjadi orang yang pertama atau tidak, itu perkara kedua kerana setiap parti mempunyai keutamaan dan masalah masing-masing untuk ditangani,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
    Dalam menjelaskan kelewatan itu, Tee Keat berkata, parti telah mewarisi pendaftaran keanggotaan dari mereka yang sebelum ini yang perlu disahkan dan diaudit berikutan dakwaan mengenai keanggotaan yang tidak wujud.
    Pada masa yang sama, beliau berkata, “terdapat tentangan untuk berubah” di kalangan parti kerana masih ada “yang berakar umbi” dengan pendapat bahawa perwakilan parti adalah mereka yang perlu memilih kepimpinan parti, dan bukan anggota-anggota lain. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts