Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [7/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    85,000 tiket habis
    Oleh Ahmad Khawari Isa
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: Penantian lama yang dikongsi Kelantan dan Negeri Sembilan untuk menjulang trofi Piala Malaysia, akan terlerai apabila kedua-dua pasukan beraksi pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

    Ketika kedua-duanya diakui memiliki barisan hampir seimbang untuk menunjangi misi merealisasikan matlamat berkenaan, namun hanya satu pasukan akan menamatkan kemarau panjang itu.

    Dalam sejarah 88 tahun kejohanan tertua bola sepak negara, skuad Kelantan yang diberi jolokan 'Red Warriors' belum pernah memenangi piala berprestij itu manakala Negeri Sembilan kali terakhir menjulangnya pada 1948.

    Pada perlawanan penentuan malam ini, Kelantan mengharapkan sentuhan berbisa pemain utamanya, seperti Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamad dan Khalid Jamlus, tetapi pasukan 'Hoben Jang Hoben' juga mempunyai tunggak setanding seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak, untuk menghalang impian skuad Cik Siti Wan Kembang.

    Malah, kehangatan suasana final Piala Malaysia sudah dirasai sejak awal pagi semalam apabila ribuan penyokong kedua-dua pasukan berasak-asak untuk membeli baki 5,000 tiket di kaunter Stadium Nasional yang habis dijual dalam tempoh sejam.

    Sebelum itu, lebih 65,000 tiket habis dijual di Kelantan, manakala 15,000 lagi dibeli penyokong Negeri Sembilan.

    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua 85,000 tiket habis dijual dan menasihatkan penyokong yang tidak mempunyai tiket supaya menonton siaran langsung perlawanan itu di TV1.

    Namun, di sebalik keghairahan itu, ada pihak yang mencemarkannya dengan kelihatan 'ulat tiket' menawarkan tiket berharga RM20 setinggi RM90 di perkarangan luar stadium, petang semalam.

    Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan dan rakan sejawatnya dari Kelantan, B Sathianathan, saling mengelak dilabel pasukan pilihan.

    "Kami senang dengan tumpuan media kepada Kelantan. Ia membebaskan pemain daripada tekanan kerana kami memang bukan pilihan," kata Wan Jamak.

    Sathianathan pula berkata: "Saya tidak tahu bagaimana kami boleh dianggap sebagai pilihan. Daripada empat pertemuan musim ini, Negeri Sembilan menang tiga. Lagipun sebelum ini, kami pernah dianggap pasukan tanpa langsung ada peluang."
    The Best Spread 160x600ms
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Syarat kereta 15 tahun masuk Puspakom ditarik balik

    KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang mewajibkan kereta berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan.

    Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), semalam, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

    Sejak dasar itu diumumkan, kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan langkah berkenaan yang dianggap membebankan golongan berpendapatan rendah.

    Peraturan itu yang dianggar membabitkan sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang diumumkan Miti pada 28 Oktober lalu, bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.

    Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersedia meneliti semula peraturan itu jika ia membebankan rakyat.

    Sehubungan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan laporan terperinci berhubung bantahan pelbagai pihak terhadap dasar berkenaan.

    Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak kerajaan mengkaji semula peraturan itu kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kereta lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi pemeriksaan Puspakom.

    Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan itu dilaksanakan.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Cuepacs mahu pertemuan dengan PM, dapat penjelasan sebenar




    KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara.

    Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya.

    "Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.

    Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

    Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini.

    Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
    "Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dr Mohd Asri boleh berceramah di Johor tanpa kelulusan Maij




    JOHOR BAHRU: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin boleh mengadakan ceramah agama pada bila-bila masa dan di mana saja di negeri Johor, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

    Katanya, peraturan pihak berkuasa agama negeri Johor tidak memerlukan seseorang pendakwah mendapatkan sebarang surat tauliah khas untuk mengadakan ceramah agama tetapi perlu diiktiraf sebagai seorang penceramah agama.

    Abdul Ghani berkata, setiap personaliti agama dipelawa termasuk Mohd Asri untuk menganjurkan ceramah di Johor.

    "Bagaimanapun, jika mereka mahu menganjurkan ceramah awam yang menghimpunkan ramai orang, maka mereka memerlukan permit polis," katanya selepas menghadiri majlis tilawah khatam Al-Quran yang dihoskan oleh UEM Land Bhd di sini, hari ini.

    Ahad lalu, Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana mengadakan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Selangor.

    Abdul Ghani berkata, Johor masih belum melarang mana-mana penceramah agama mengadakan ceramah di negeri itu.
    Sementara itu, Majlis Agama Islam Johor (Maij) bersama Yayasan Islam Terengganu (Tif) dan jabatan pembangunan masyarakat negeri akan melaksanakan Program Pintar Al-Quran di semua tadika Kemas di negeri itu.

    Abdul Ghani berkata, projek tersebut adalah bertujuan melahirkan ramai kanak-kanak yang mahir dalam tilawah Al-Quran dengan lima tadika Kemas di Gelang Patah dipilih sebagai kumpulan perintis program tersebut.

    Program tersebut akan diadakan di tadika Kemas selama sejam setiap hari dengan modul dirangka oleh TIF. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Liow hormati hasrat CC adakan EGM




    KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau menghormati hasrat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini.

    "Sekarang notis EGM sudah pun dikeluarkan, biarlah perwakilan membuat keputusan," katanya yang juga Menteri Kesihatan selepas merasmikan majlis “Malaysian Institute Of Art Convocation 2009” di sini, hari ini.

    Semalam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng, mengakui kumpulan 16 ahli CC sudah bertindak mengikut perlembagaan parti dalam mengeluarkan notis bagi mengadakan mesyuarat EGM pada 28 November ini.

    Sebelumnya, beliau berpegang kepada nasihat biro undang-undang parti bahawa resolusi yang dipohon oleh kumpulan itu adalah melanggar perlembagaan parti.

    Antara 16 ahli CC yang mendesak EGM ialah Naib Presiden, Tan Kok Hon, Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.

    Apabila ditanya adakah beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan badan itu mengembalikan semula jawatan timbalan presiden MCA kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Liow berkata, beliau tidak akan mengheret masalah itu ke mahkamah.
    "Tidak, saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah. Saya akan menulis surat kepada ROS untuk mendapatkan penjelasan kerana adalah penting untuk kita menjelaskan kepada ROS mengenai proses parti dan perlembagaan parti. Kita tidak mahu ROS membuat keputusan yang salah," katanya.

    Mengulas Pelan Perpaduan Besar (GUP), Liow berkata, untuk memastikan GUP mencapai matlamatnya, amanah dan keikhlasan adalah diperlukan.

    "Apabila kita bercakap mengenai pelan perpaduan, mesti wujud perkara asas, amanah mesti ada, jika tiada keikhlasan dan amanah di dalam parti adalah sukar untuk parti mara ke hadapan," katanya.

    Sementara itu, di KUANTAN, MCA Pahang menyokong diadakan EGM bagi membolehkan pemilihan baru parti itu.
    Pengerusi Badan Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, berkata perkara itu diputuskan dalam satu perbincangan pada hari ini membabitkan ketua bahagian, ketua Pemuda dan ketua Wanita MCA Pahang.

    Beliau berkata, daripada 14 bahagian MCA di Pahang hanya Ketua Bahagian Kuantan yang juga ahli Jawatankuasa Pusat (CC), Datuk Ti Lian Ker hadir pada perbincangan itu.

    Katanya, pihaknya juga akan menganjurkan kempen "satu ahli, satu ringgit" bagi mengutip sumbangan secara sukarela daripada 65,000 ahli MCA Pahang untuk membantu pembiayaan penganjuran EGM tersebut yang dikatakan membabitkan kos RM800,000.

    "Kita berikrar akan memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada pihak berkenaan sebelum 28 November ini," katanya pada sidang medianya di sini.

    Dalam pertemuan itu, MCA Pahang turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Hoh yang disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan rapat dengan ahli parti itu.

    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Pahang, Datuk Seri Lam Kam Sang, berkata ia berikutan spekulasi berhubung pertukaran kepimpinan MCA di negeri itu.

    "Kita tidak mahu khabar angin ini berterusan kerana ia tidak baik untuk politik MCA negeri ini," katanya. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Arab Saudi buka makmal canggih bagi saring H1N1




    MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi akan menubuhkan satu makmal canggih di Arafat bagi membolehkan jemaah menjalani saringan virus influenza A(H1N1) menjelang musim haji, akhir bulan ini.

    Laporan akhbar berbahasa Inggeris, Arab News, hari ini memetik Menteri Kesihatannya, Dr Abdullah Al-Rabeah, berkata jemaah tidak perlu panik kerana mereka sudah mengambil semua langkah yang perlu bagi menangani penyakit itu.

    "Terdapat ciri khas di semua hospital, yang dilengkapkan dengan peralatan canggih, iaitu hospital berkenaan boleh diubah menjadi unit rawatan rapi (ICU) jika diperlukan," katanya selepas memeriksa kemudahan kesihatan di kota-kota suci di negara ini, semalam.

    Katanya, satu hospital baru dengan kelengkapan 100 katil sudah dibuka di Jeddah.

    Dr Abdullah juga melawat pusat kesihatan di Arafat dan hospital baru dengan kelengkapan 219 katil yang dibina di Mina.

    Terdapat 15 klinik di Mina dengan jumlah 140 katil disediakan.
    Katanya, di Makkah saja terdapat kira-kira 100 klinik dengan 1,000 katil dan 150 ambulans termasuk 85 kenderaan bersaiz kecil untuk kemudahan jemaah.

    Dalam perkembangan lain, akhbar itu melaporkan, Pemegang Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, mengarahkan supaya kerajaan negara itu menghoskan 1,000 jemaah haji dari pelbagai negara tahun ini.

    Ianya adalah sebahagian daripada program jemaah jemputan yang diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Awqaf, Da’wah dan Bimbingan.

    "Titah Raja itu menunjukkan minat baginda dalam kebajikan warga Islam di seluruh dunia dan hasratnya meningkatkan hubungan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah," kata Menteri Hal Ehwal Islam, Saleh Al-Asheikh.
    Katanya, jemaah jemputan itu adalah daripada benua Eropah Timur, negara Balkan, Asia Tengah, Asia dan Afrika. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sudah sampai masa Najib diminta selesaikan kemelut MCA: Hishammuddin




    KLUANG: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sudah tiba masa untuk kepimpinan MCA meminta bantuan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

    Katanya, beliau percaya Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk memberikan bantuan jika diminta bagi memulihkan keadaan dalam parti itu memandangkan masalah kepimpinan MCA turut memberi kesan kepada BN.

    "Saya bukan mahu masuk campur dalam krisis dalaman MCA tetapi hanya mengambil berat terhadap kawan-kawan.

    "Kalau dulu Perdana Menteri hanya memberi nasihat tetapi sekarang ini susah sampai tahap untuk menyelesaikannya," katanya selepas menghadiri karnival perhimpunan belia Parlimen Sembrong di sini, hari ini.

    Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, berkata semua pemimpin MCA harus melihat kemelut dalaman parti dari semua aspek dan tidak bertindak mengikut emosi demi kepentingan masa depan bersama.

    Dalam perkembangan lain, Hishammuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kementeriannya sedang memantapkan modul latihan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai usaha menarik golongan belia menyertai agensi itu.
    Katanya masih terdapat kira-kira sembilan juta anak muda masih belum terbabit dalam sebarang aktiviti persatuan di negara ini.

    "Kita mahu modul dalam Rela dan JPAM yang lebih mencabar dan menguji semangat anak muda dari semua kaum.

    "Ini dapat mencapai matlamat gagasan 1Malaysia di mana penting bahawa masyarakat pelbagai kaum khususnya anak muda dapat berinteraksi semasa mereka di samping membantu mengurangkan kadar jenayah di negara ini," katanya. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hadi tidak akan letak jawatan Presiden Pas




    KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

    "Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah...saya tidak akan membuang baju amanah ini," katanya ketika menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti Pas di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar, di sini.

    Beliau berkata, sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

    "Pemimpin Pas ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

    "Walaupun ada teguran yang keras...suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama...kita pemain profesional, bukannya pemain kampung," katanya.

    Sementara itu, pada sidang media selepas seminar itu, Abdul Hadi, merumuskan bahawa seminar itu sebagai berjaya.
    "InsyaAllah, kita (Pas) dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

    "Kita anggap ini bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara kita," katanya.

    Seminar itu turut meluluskan lima resolusi iaitu:


    - mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum -13 secara lebih proaktif dalam memudahkan urusan pakatan melaksanakan urusan kerajaan di bawah pengurusan PR.



    - meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.



    - memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.



    - membuat bayangan jelas kepada golongan muda terhadap PAS untuk meningkatkan semula sokongan serta menyegarkan unit amal secara komprehensif dengan meningkatkan modul sedia ada.



    - membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan ''PAS Untuk Semua''. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ong arah bentuk jawatankuasa petugas GUP, diketuai Chua




    KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengarahkan penubuhan segera jawatakuasa petugas Rancangan Perpaduan Lebih Luas (GUP) MCA bagi merangka pelan tindakan segera pada tiga teras utama.

    Matlamat utama rancangan itu ialah menyatupadukan parti, memulih, menyusun semula dan melakukan penjenamaan semula MCA.

    Ong dalam blognya, www.ongteekeat.net berkata, jawatankuasa itu akan diketuai oleh timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan beberapa orang pemimpin lain sebagai ahlinya.

    Ahli itu termasuk empat naib presiden, ketua Pemuda, ketua Wanita, setiausaha agung, Heng Seai Kie, Gan Ping Sieu, Datuk Chong Itt Chew, Loh Seng Kok dan Simon Lim.

    Ong berkata, GUP MCA yang diumumkan dua minggu lalu mendapat sokongan menyeluruh dari kalangan pemimpin dan akar umbi, termasuk sokongan dua pertiga daripada ahli Jawatankuasa Pusat (CC) secara bertulis.

    "Ahli MCA di semua peringkat ingin melihat GUP terbentuk dan tindakan dilaksanakan. Kini masanya untuk pastikan GUP membawa kesan," kata beliau.
    Ong berkata, beliau akan memantau dari dekat kemajuan jawatankukasa petugas itu dan mahukan maklum balas lengkap secara berkala.

    "Menterjemahkan GUP dari setakat kata-kata kepada tindakan dan seterusnya melaksanakan matlamat kepada mereka adalah amat penting sekarang.

    "Ini termasuk satu permukiman melibat pemimpin-pemimpin tertinggi parti untuk melakukan sumbang saran tentang cara terbaik MCA harus melangkah ke depan dan menggerakkan pemimpin tempatan bagi menjelaskan mengenai GUP," katanya.

    Ong menegaskan bahawa MCA sudah cukup banyak melalui gangguan dalam setahun lepas dan kini tidak lagi mampu membuang masa demi mendapatkan sokongan orang ramai menjelang pilihan raya umum akan datang.
    "Saya yakin bila GUP terbentuk, hingga ke peringkat bahagian dan cawangan, mereka yang kurang yakin dengan Rancangan itu akan mengubah fikiran mereka. Mereka akan melihat bahawa proses pemulihan tidak boleh ditangguhkan lagi.

    "Saya juga yakin mereka akan sedar bahawa akhirnya, mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat adalah lebih penting daripada memenangi jawatan dalam parti," katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Biro Petugas Khas MCA, Simon Lim, berkata permintaan bagi mengadakan EGM pada 28 November, tidak punya sebab yang sahih kerana ia melanggar perlembagaan parti.

    EGM itu, yang kedua bagi parti itu dalam tempoh dua bulan, akan menyaksikan pembentangan dua resolusi - bagi membubarkan CC dan mengadakan pemilihan baru parti dan membatalkan sebarang perubahan kepada jawatan dalam parti, termasuk pelantikan baru atau pemecatan selepas EGM 10 Oktober.

    "Terdapat notis, iklan diterbitkan dalam akhbar Cina meminta diadakan EGM. Sebab-sebab EGM minta diadakan sebagaimana dinyatakan di dalamnya mengandungi kenyataan tidak benar, palsu dan memburukkan Ong," kata Lim dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mayat bayi ditemui di sungai dengan kesan gigitan haiwan




    KLANG: Mayat seorang bayi dengan terdapat kesan gigitan haiwan di kepalanya, ditemui terapung oleh seorang pekerja warga Indonesia di sebatang sungai di Batu 4, Kampung Sementa, Kapar di sini, petang tadi.

    Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof, berkata mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui dalam keadaan bogel kira-kira jam 3.30 petang di sungai yang terletak di belakang kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

    "Pekerja Indonesia yang dikenali sebagai Budi ternampak mayat bayi itu terapung ketika sedang membaiki tembok belakang rumah majikannya (Abdul Rahman).

    "Budi kemudian menarik mayat bayi itu ke tepi tebing sungai untuk mendapatkan kepastian dan kemudian terus menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mohamad berkata, siasatan awal mendapati bayi yang dipercayai berusia lebih seminggu itu telah mati sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai dan ketika ditemui kakinya dalam keadaan berlipat ke badan menyebabkan jantinanya masih belum diketahui.

    Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk dibedah siasat.
    Mohamad berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - Bernama


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts