Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [7/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    H1N1: WHO arah kawal ternakan

    07/11/2009 3:20am

    GENEVA 6 Nov. - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini meminta agar kawalan lebih ketat dilakukan ke atas pekerja ladang dan haiwan ternakan bagi mengelak jangkitan virus influenza A ekoran penemuan kes-kes yang telah menular secara meluas dan tidak hanya terhad kepada babi sahaja.

    WHO juga mengingatkan impak pandemik virus influenza A (H1N1) yang menyebabkan selesema babi ke atas manusia kini berpotensi besar untuk bercampur-aduk dan merebak tanpa batasan.

    Secara tradisi babi adalah penghimpun segala jenis virus selesema yang kemudian bertindak menghasilkan virus-virus baru yang menjangkiti manusia. - AFP
    bitcoin 160x600

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Amerika sekat anak syarikat bank Malaysia

    07/11/2009 3:21am

    WASHINGTON 7 Nov. - Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas anak syarikat Bank Mellat Iran di Malaysia dengan mendakwa terlibat dalam `membantu pembiyaan senjata pemusnah.’
    Jabatan Perbendaharaan menamakan anak syarikat Bank First East Export yang terletak di pusat kewangan luar pantai Malaysia di Labuan.
    Kenyataan yang melarang berurusan dengan pengerusi bank, Ali Divandari itu berkata, beliau `memainkan peranan penting dalam kegiatan bank Mellat dan menentukan keputusan.’

    Amerika Syarikat mendakwa anak syarikat bank berkenaan telah memindahkan berjuta dollar untuk program nuklear Iran. AMerika juga telah mengenakan tindakan sama ke atas dua lagi bank Iran atas alasan yang sama. - AP

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dua tentera NATO mati lemas

    07/11/2009 3:22am

    KABUL 7 Nov. - Dua anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang hilang di barat Afghanistan dua hari lalu mati lemas dalam satu kemalangan, kata pegawai polis Afghanistan semalam. - AFP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Serangan bangunan pejabat satu mati

    07/11/2009 3:22am

    ORLANDO, Florida 7 Nov. - Seorang mati manakala beberapa yang lain cedera dalam kejadian tembakan yang dilepaskan ke sebuah bangunan pejabat di bandar ini, di mana lelaki bersenjata dipercayai masih bebas, kata jabatan bomba semalam.

    Stesen televisyen WESH menyiarkan para pekerja yang panik bertempiaran lari keluar untuk menyelamatkan diri dengan helikopter berligar-liga di udara dan berpuluh-puluh anggota polis bertindak mengawasi tempat kejadian.

    Polis Orlando menerima panggilan melaporkan tembakan berlaku di tempat sama pada pukul 11.49 pagi waktu tempatan. - AFP

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Banjir di Terengganu beransur pulih

    07/11/2009 1:02pm

    KUALA TERENGGANU 7 Nov — Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih pagi ini selepas ramai mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
    Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu, seramai 2,681 mangsa banjir, masih berada di 49 pusat pemindahan di daerah-daerah yang dilanda banjir sehingga pukul 8 pagi tadi.
    Menurutnya jumlah paling ramai dicatat di Besut iaitu 1,342 mangsa daripada 324 keluarga di 16 pusat pemindahan, di Hulu Terengganu (570 daripada 141 keluarga di 15 pusat pemindahan), di Setiu (294 daripada 143 keluarga di 11 pusat pemindahan) dan 475 daripada 105 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan di Dungun.
    "Bagaimanapun jumlah itu dijangka berkurangan kerana kebanyakan mangsa banjir terutama di Besut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini,” katanya kepada Bernama.
    Katanya hujan yang reda sejak semalam menyebabkan limpahan air sungai mulai surut di beberapa daerah di negeri itu sejak pagi semalam.
    Menurut beliau, semua jalan utama di daerah-daerah berkenaan sudah boleh dilalui kecuali beberapa jalan kampung di Setiu yang masih ditutup kepada kenderaan ringan. Setakat ini tidak ada laporan kes-kes tidak diingini seperti lemas dilaporkan, katanya.
    Sementara itu, Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu memberitahu hanya bacaan di tiga sungai masih mencatat paras bahaya dan keadaan paras air di kebanyakan sungai sudah kembali baik.
    Katanya kedudukan paras air di Sungai Besut masih mencatat paras bahaya dengan bacaan di Jambatan Jerteh 9.81 meter melepasi paras bahaya 8.9 meter, bacaan di Kampung Langkap di Setiu (21.93 meter melepasi paras bahaya 21.5 meter) dan bacaan Sungai Setiu di Kampung Bukit (14.15 meter melepasi paras bahaya 12.0 meter). Kesemua bacaan diambil pada pukul 9 pagi tadi.
    Secara keseluruhannya, keadaan hari kedua banjir di seluruh negeri semakin pulih berikutan paras air sungai yang semakin surut, dan dijangka berterusan sehingga petang sekiranya keadaan cuaca bertambah baik, katanya.
    — BERNAMA

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    2,465 mangsa banjir dipindahkan di Kelantan

    07/11/2009 1:06pm

    KOTA BHARU 7 Nov - Mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu semakin meningkat kepada 2,465 orang pagi ini berbanding 1,210 orang yang dilaporkan sehingga pukul 8 malam tadi.
    Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri, Mamat Yusof berkata seramai 845 orang dipindahkan ke pusat pemindahan di Pasir Mas, Kuala Krai (519), Tanah Merah (679), Machang (279), Pasir Puteh (27), Bachok (62) dan Gua Musang (54).
    "Seramai 131 mangsa yang dipindahkan di beberapa kawasan di Jajahan Jeli, semalam bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi dan bilik gerakan banjir di jajahan itu sudah pun ditutup,” katanya kepada Bernama.
    Beliau berkata paras air Sungai Golok di Jenob dan Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya di Jenob 23.67 meter (bahaya 23.50 meter), Rantau Panjang 10.42 meter (bahaya 9 meter), Sungai Kelantan di Kusial ialah 17.79 meter (bahaya 16 meter).
    Jalan-jalan negeri yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Tanah Merah-Kusial, Pasir Mas-Kubang Rambutan, Rantau Panjang dan Pohon Tanjong (Jalan Rantau Panjang Lama), Jalan Jedok Pasir Mas di Kampung Panglima Bayu manakala jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Sungai Durian hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja sehingga jam 8 pagi ini.
    Cuaca di Kelantan kini mendung dengan hujan renyai-renyai dilaporkan di sesetengah kawasan.
    - BERNAMA

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rujuk JTK sebelum bekerja di luar negara - Maznah

    07/11/2009 1:09pm

    KUCHING 7 Nov — Pekerja tempatan dan penganggur yang ingin mencuba nasib bekerja di luar negara bagi mendapat tawaran gaji lebih lumayan perlu merujuk pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang tidak sah.
    Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata, berdasarkan aduan yang diterima, pekerja dari negeri ini yang bekerja di Singapura sering menjadi mangsa penipuan APS dengan 803 aduan diterima sepanjang Januari hingga September tahun ini.
    "Aduan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya kerja sebenar serta gaji lain daripada seperti yang ditawarkan atau diiklankan dan kebajikan diabaikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penempatan pekerjaan Bahagian Kuching dan Program Pembangunan
    Kemahiran Masyarakat Bumiputera Sarawak di sini hari ini.
    Maznah berkata, setakat ini JTK telah mengambil tindakan undang-undang ke atas empat buah APS di Sarawak atas kesalahan beroperasi secara haram dan mengambil pekerja tempatan untuk bekerja di luar negara tanpa lesen.
    Katanya sebuah agensi diambil tindakan di bawah Seksyen 7(1) Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 iaitu beroperasi tanpa lesen dan tiga APS dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16(1) akta yang sama iaitu mengambil pekerja tempatan untuk bekerja di luar negara tanpa lesen.
    "Bagi kesalahan beroperasi tanpa lesen tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 32 (1) akta yang sama dengan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
    Maznah berkata bagi kesalahan mengambil pekerja tempatan bekerja di luar negara tanpa lesen, tindakan boleh diambil di bawah Sekyen 32(4) dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.
    Beliau juga menasihatkan syarikat swasta yang beroperasi di Sarawak yang mengambil pekerja tempatan yang bukan berasal dari Sarawak untuk mendapatkan lesen daripada JTK berdasarkan Bab 76 Seksyen 119 Ordinan Buruh Sarawak.
    "Sebanyak 47 syarikat telah diambil tindakan dan daripada jumlah tersebut 11 syarikat telah didakwa di mahkamah,” katanya.
    Menurutnya syarikat yang didapati gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.
    Mengulas mengenai program penempatan pekerjaan itu, Maznah berkata, sebanyak 4,145 kekosongan jawatan kosong ditawarkan daripada peringkat pengurusan sehinggalah sokongan di sektor swasta mahupun awam.
    — BERNAMA

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Nik Abdul Aziz pulang awal

    07/11/2009 1:25pm

    KUALA LUMPUR 7 Nov. – Hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendengar isu-isu panas yang dibangkitkan oleh ahli panel dan peserta Seminar Memperkasakan Parti tidak tercapai apabila terpaksa pulang awal kerana uzur.
    Menteri Besar Kelantan itu hanya mampu berada di pentas bersama-sama pemimpin tertinggi parti selama sejam sahaja.
    Beliau yang kelihatan tidak bermaya tiba di Markas Pas Taman Melewar, Gombak di sini kira-kira pukul 9.10 pagi dan terpaksa meninggalkan program pada pukul 10.12 pagi.
    Beliau hanya sempat mendengar ucaptama Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum direhatkan di khemah yang terletak di luar pekarangan markas tersebut.
    Beliau kemudian menaiki kereta rasmi meninggalkan majlis. - Utusan

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pas akan terus bersama Pakatan - Hadi

    07/11/2009 1:58pm

    KUALA LUMPUR 7 Nov — PAS akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki, demikian menurut Presidennya Datuk Abdul Hadi Awang hari ini.
    Sehubungan itu, beliau berkata PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi memperkukuhkan penyertaannya dalam gabungan parti berkenaan.
    "Dalam membicarakan hubungan PAS dengan parti-parti dalam pakatan ini, ingin saya pertegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki.
    "Kita akan memainkan peranan yang lebih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dalam dua muktamar PAS yang lalu,” katanya dalam ucaptama pada seminar politik PAS yang bertujuan memperkasakan parti itu di markas parti itu di Taman Melewar di sini.
    Turut hadir Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara dua hari lepas.
    Bagaimanapun, beliau yang kelihatan lemah meninggalkan seminar sebaik sahaja ucaptama presiden berakhir.
    Abdul Hadi berkata hubungan yang dibina bersama parti-parti dalam pakatan adalah bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini.
    "Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah,” katanya.
    Beliau berkata setakat ini, kerjasama politik itu telah berjaya “merombak kesombongan” yang wujud dalam Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu sehingga kini terus berdepan dengan keretakan.
    Abdul Hadi berkata bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, PAS perlu membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di kalangan pengundi Islam dan pada masa yang sama, mampu meraih undi golongan bukan Islam sebanyak mungkin.
    "Inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendekatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas muhallaf siasi (kerjasama politik) yang diizinkan oleh akidah, syariah dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara walak (setia) kepada perjuangan Islam,” katanya.
    Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata PAS perlu mengamalkan keterbukaan dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak bagi membawa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siasah syariah.
    — BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pas tak berupaya jadi parti alternatif - pemerhati

    07/11/2009 2:01pm

    KUALA LUMPUR 7 Okt — PAS tidak akan berupaya menjadi parti alternatif sekiranya tidak dapat menerima perlembagaan negara yang mengiktiraf masyarakat bukan Islam, kata pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari.
    "Ini satu perlembagaan yang kita kenal, kalau kita tak mahu akui maka kita tak boleh jadi parti alternatif, jadi jangan lompat (melenting dan mempersoalkan) bagaimana dengan Islam? Kena tumpu juga kepada bukan Islam dan fokus bagaimana nak menangi hati mereka,” katanya.
    Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian semasa membentangkan pandangan beliau pada seminar politik PAS di sini.
    Beliau dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya adalah dua pemerhati politik yang diundang PAS bagi memberi pandangan alternatif dalam usaha parti itu memperkasakan parti.
    Abdul Aziz juga menyelar sikap PAS yang gemar menyalahkan Umno setiap kali berlaku sesuatu yang negatif terhadap parti itu.
    PAS sebaliknya harus melihat ke dalam parti dan mencari jalan untuk membetulkan apa juga masalah yang timbul.
    "PAS harus menjadi sebuah parti yang terbuka dan menjadi tumpuan rakyat adalah lumrah, jadi jangan lagi bermain cara lama, ada benda sikit salahkan Umno, ini tidak harus dilayan, kita harus fokus apa yang ada dalam parti,” kata Abdul Aziz.
    Dr Abu Hassan pula berkata PAS bermungkinan berdepan dengan masalah besar pada pilihan raya umum akan datang memandangkan kajian menunjukkan golongan muda mempunyai tanggapan negatif terhadap keupayaan kepimpinan parti sekarang.
    Katanya kajian yang dijalankan beliau bagi menjangka keputusan pilihan raya umum ke-13 itu juga menunjukkan golongan muda tidak kenal dengan pemimpin-pemimpin PAS.
    "Menurut survey (kaji selidik) itu yang mereka kenal cuma Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bekas menteri besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah),” katanya.
    Abu Hassan berkata kajian berkenaan turut meneliti laman-laman blog berunsur politik dan mendapati blog-blog yang sebelum ini menyokong PAS telah kembali menjadi ”atas pagar”.
    "Kajian menunjukkan blog-blog sedemikian meningkat 213 peratus,” katanya.
    — BERNAMA


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts