Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    LUAR PAGAR... Oleh PYANHABIB....OMELAN SELEPAS BAJET...

    GUA tercari-cari tetapi tidak ada. Yang ada hanyalah tajuk akhbar 40 point bold berwarna merah `Hadiah Najib Untuk Rakyat’. Yang ada ialah pembentangan bajet sulung tanpa gangguan atau celahan barisan pembangkang. Penyokong kerajaan menepuk meja, empat kali Najib meneguk air.

    Gua tercari-cari tetapi tidak ada. Yang ada ialah pelepasan cukai individu dinaikkan, kadar cukai maksimum individu dikurangkan. Yang ada ialah bayaran khas RM500 kepada pesara kerajaan pada Disember dan harga barangan dijamin akan naik.

    Gua tercari-cari tetapi tidak ada. Yang ada ialah pinjaman pembelian komputer tiga tahun sekali dan gua terbayangkan dana KWSP akan berulang di salah gunakan. Yang ada ialah unit rumah kos rendah untuk disewakan kepada rakyat, d-i-s-e-w-a-k-a-n kepada r-a-k-y-a-t.

    Gua tercari-cari tetapi tidak ada. Yang ada ialah skim persaraan SatuMalaysia untuk pemandu teksi, penjaja dan golongan tiada pendapatan tetap. Petani dan nelayan peroleh subsidi RM2 bilion. Yang ada ialah 30 pelajar terbaik diberi biasiswa nasional di universiti tersohor dunia.

    Gua tercari-cari tetapi tidak ada. Yang ada ialah pakej netbook termasuk khidmat jalur lebar p-e-r-c-u-m-a dengan b-a-y-a-r-a-n RM50 sebulan untuk dua tahun. Yang ada ialah dikaun 50 peratus khidmat kereta api jarak jauh p-e-r-c-u-m-a kepada pelajar dengan kad diskaun SatuMalaysia.

    Gua tercari-cari, gua tercari-cari kalau ada tetapi tidak ada. Yang ada ialah peruntukan mengasuh Permata Seni (`anak-anak’ yang pandai bermain piano, yang hobinya berenang, tentunya). Yang ada ialah insentif untuk penggiat seni yang mengikut fahaman Malaya sejak merdeka, penggiat seni ialah orang yang berlakon filem, orang yang berlakon drama, orang yang pandai menyanyi….

    Petani, nelayan peroleh subsidi RM2 bilion. PDRM sambut baik perutukan RM1 bilion. Peruntukan infrastruktur RM9 bilion. Dana teknologi hijau RM1.5 bilion. Sokong sektor swasta di koridor wilayah RM3.5 bilion. Sukuk 1malaysia RM3 bilion. Bilion…

    Sungguh,gua tercari-cari, gua tercari-cari kalau-kalau ada, kalau-kalau ada insentif untuk karyawan bidang penulisan (sebidang tanah untuk berkampung, misalnya), tidak ada…tidak ada….

    PYANHABIB adalah anak seni yang jiwanya masih terus menjerit-jerit mencari satu makna keadilan untuk pengiat seni sepertinya. Omelan Selepas Bajet ini adalah suara hati anak seni sepertinya...
    The Best Spread 160x600ms

  2. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts