Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Shahidan cadang hanya satu mufti di Malaysia

    KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.

    Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

    "Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

    Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri melibatkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan.

    Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal al Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.

    Sementara itu, Shahidan berkata laporan kepada JAIPs dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini.

    Pengarah JAIPs Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berkata laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat MAIPs termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.

    Turut mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah JAIPs, Md Sadik Ismail.

    Semalam, Shahidan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang diPertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri. BERNAMA
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    Administrator
    Join Date
    Feb 2006
    Posts
    303
    admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light
    My Mood
    Fine
    Post Thanks / Like
    kenapa nak takut pada perselisihan pendapat? biarlah berselisih, baru boleh bawa berbincang. kalau pak turut je semuanya, single mufti akan jadi God nanti...sebab pendapatnya tidak tercabar.

  3. #3
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by mightyhitter View Post
    kenapa nak takut pada perselisihan pendapat? biarlah berselisih, baru boleh bawa berbincang. kalau pak turut je semuanya, single mufti akan jadi God nanti...sebab pendapatnya tidak tercabar.
    maybe lantik sorang ketua but assist dr mufti2 dr negeri yang lain lagi berkesan..
    ape2 kenyataan nak kuar hanya sorang mufti leh kuarkan after perbincangan yg mendalam dengan mufti2 yg lain

  4. #4
    kingnorth
    Guest
    Quote Originally Posted by mightyhitter View Post
    kenapa nak takut pada perselisihan pendapat? biarlah berselisih, baru boleh bawa berbincang. kalau pak turut je semuanya, single mufti akan jadi God nanti...sebab pendapatnya tidak tercabar.
    itulah cara ameno... mana leh berselisih pendapat ngan boss.. boss always right..kaki ampu byk.. lawan boss.. u get-out..:031::031::031:

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by mightyhitter View Post
    kenapa nak takut pada perselisihan pendapat? biarlah berselisih, baru boleh bawa berbincang. kalau pak turut je semuanya, single mufti akan jadi God nanti...sebab pendapatnya tidak tercabar.
    Selisih pendapat dgn ilmuan akan dapat jalan penyelesaian. Selisih pendapat ngan orang bodoh memang menyusahkan sebab dia je nak menang.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    speedfx
    Guest
    Quote Originally Posted by kingnorth View Post
    itulah cara ameno... mana leh berselisih pendapat ngan boss.. boss always right..kaki ampu byk.. lawan boss.. u get-out..:031::031::031:
    hehehe...baik boss saya setuju boss

  7. #7
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    tak patut ada satu mufti,
    kan dah ada majlis fatwa kebangsaan.
    semua masalah diperbincangkan dalam majlis fatwa.
    tentu sekali tunjang semua mufti negeri berdasarkan mazhab shafie.
    tapi ada juga fatwa yang disesuaikan dgn mazhab lain.
    Dr. Asri ?
    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  8. #8
    NG Rookie
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Utan Aji - Behor Empiang - Alor Redis
    Posts
    215
    vedder9 is on a distinguished road
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by mightyhitter View Post
    kenapa nak takut pada perselisihan pendapat? biarlah berselisih, baru boleh bawa berbincang. kalau pak turut je semuanya, single mufti akan jadi God nanti...sebab pendapatnya tidak tercabar.
    Kerana berselisih pendapat laaa Dr. Asri kena tangkap...even dalam statement kata sebab xda tauliah..tapi isu sebenarnya adalah perbezaan pendapat :010:
    SINGA UTARA

  9. #9
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by the Oranje View Post
    tak patut ada satu mufti,
    kan dah ada majlis fatwa kebangsaan.
    semua masalah diperbincangkan dalam majlis fatwa.
    tentu sekali tunjang semua mufti negeri berdasarkan mazhab shafie.
    tapi ada juga fatwa yang disesuaikan dgn mazhab lain.
    Dr. Asri ?
    macam2 majlis agama ada kat m'sia ni..
    smpai tak tau apa fungsi diaorg dah..

  10. #10
    Administrator
    Join Date
    Feb 2006
    Posts
    303
    admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light admin is a glorious beacon of light
    My Mood
    Fine
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by vedder9 View Post
    Kerana berselisih pendapat laaa Dr. Asri kena tangkap...even dalam statement kata sebab xda tauliah..tapi isu sebenarnya adalah perbezaan pendapat :010:
    kalau betul ditangkap kerana perselisihan pendapat... tidak ada pula tuduhan dari JAIS tentang bab mana yang dikatakan berselisih.


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts