Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 26
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [6/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Rihanna kesal kembali kepada Brown
    06/11/2009 2:27am

    NEW YORK 6 Nov. - Rihanna yang menyesali tindakannya kembali kepada bekas teman lelaki, Chris Brown, selepas lelaki itu mencederakannya April lepas menyeru kepada wanita yang terlibat dalam keganasan domestik supaya jangan buta ekoran cinta.

    “Memang perkara normal untuk mahu kembali, anda mula menipu diri sendiri.

    “Saya mahu wanita-wanita muda yang melalui keganasan domestik agar jangan terpedaya dengan cinta,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu dalam temu ramah bersama ‘Good Morning America’. - AP
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pekerja Palang Merah Jerman ditembak di Aceh
    06/11/2009 2:28am

    BANDA ACEH 6 Nov. - Seorang lelaki Jerman yang bekerja untuk Palang Merah ditembak oleh lelaki bermotosikal di wilayah Aceh.

    Erhard Bauer, 50, telah ditembak di lengan dan perutnya semalam, kata polis.

    Jurucakap Palang Merah, Svenja Koch berkata, mangsa telah diterbangkan ke Singapura untuk mendapatkan rawatan dan kecederaannya tidak parah. - AP
    Add to Google
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Taiwan dilanda gempa bumi
    06/11/2009 2:30am

    TAIPEI 5 Nov. – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda bahagian tengah Taiwan hari ini.

    Laporan awal menyebutkan seorang pelajar wanita mengalami cedera ringan.

    Gempa tersebut beraku pada pukul 5.32 petang (waktu tempatan) di wilayah Nantou.

    Gegarannya boleh dirasai sejauh Taipei yang berada di bahagian utara pulau berkenaan. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    AS kenakan sekatan ke atas subsidiari bank Iran di Malaysia
    06/11/2009 2:45am

    WASHINGTON 5 Nov. - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas sebuah subsidiari Bank Mellat milik Iran yang beroperasi Malaysia kerana dikatakan membantu membiayai perkembangan senjata pemusnah besar-besaran.

    Jurucakap jabatan itu berkata, Bank Mellat telah ‘membantu berjuta-juta dolar untuk program nuklear Iran’.

    Sekatan juga dikenakan terhadap pengerusi Bank Mellat, Ali Divandari yang memainkan ‘peranan penting dalam aktiviti dan proses membuat keputusan’ bank tersebut.

    Sekatan yang diumumkan semalam itu, menyekat tiga buah bank Iran termasuk subsidiari Bank Mellat, Bank First East Export PLC yang berpusat di Labuan. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Terengganu mula dilanda banjir musim tengkujuh

    06/11/2009 11:59am

    KUALA TERENGGANU 6 Nov. — Banjir musim tengkujuh melanda Terengganu apabila penduduk di tiga daerah dipindahkan ke kawasan selamat pagi ini.
    Di Hulu Terengganu, 19 penduduk Kampung Pelandang, Tersat, Hulu Terengganu, dipindahkan pada pukul 9.30 pagi tadi setelah air dari Sungai Tersat naik mendadak sehingga tiga meter melimpahi kampung berkenaan akibat hujan lebat sejak dua hari lepas.
    Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Supritenden Tengku Hamzah Tengku Abdullah memberitahu, kesemua penduduk terdiri daripada tiga keluarga itu dipindahkan ke Pusat Khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pelandang.
    Katanya, Kilometer 17 Jalan Kuala Berang-Kuala Ping dan Kilometer 13 Jalan Kampung Kepah ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air.
    Turut ditutup, jalan kampung dari Kampung Pengkalan Ajal ke Kampung Menerong kerana air naik sehingga ke jambatan di situ pada pukul 9.45 pagi tadi. - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Paras air Sungai Golok lepasi tahap bahaya

    06/11/2009 12:01pm

    KOTA BAHARU 6 Nov. — Sungai Golok di Rantau Panjang kini sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak empat hari lalu.
    Bacaan paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan beberapa tempat di Sungai Kelantan juga semakin menghampiri paras bahaya dan berikutan itu penduduk yang tinggal di tebing sungai dan di kawasan rendah diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
    Sungai Golok, Rantau Panjang bacaannya pada pukul 9 pagi ini adalah 9.22 meter melepasi bahaya 9 meter manakala di Jenob, Tanah Merah melepasi paras waspada 22.96 meter (waspada 21.50 meter/bahaya 23.50 meter).
    Lima bacaan untuk Sungai Kelantan iaitu di Dabong dan Tualang, masing-masing di Gua Musang, Tangga Krai di Kuala Krai, Kusial di Tanah Merah dan Tambatan Diraja di sini semuanya sudah melepasi paras waspada dan semakin menghampiri paras bahaya.
    Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, belum ada mangsa banjir dipindahkan setakat ini. - Bernama

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Saya tetap terima Tiong Lai - Tee Keat

    06/11/2009 12:04pm

    PUTRAJAYA 6 Nov. — Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau tetap akan menerima Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di bawah
    “Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh” walaupun maklum balas awal Tiong Lai menunjukkan yang beliau enggan menjadi sebahagian daripada pelan itu.
    Beliau berkata, demi mencapai matlamat bersama parti, soal peribadi perlu diketepikan, dan beliau masih sanggup menerima Liow dengan tangan terbuka di bawah pelan itu.
    "Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini dan perkara yang sama saya ulangi hari ini, saya masih akan terima dia,” katanya di sini hari ini.
    Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan berkata, hubungan beliau dengan Tiong Lai yang merupakan Menteri Kesihatan itu cukup akrab sejak sekian lama terutama semasa mereka berada dalam pergerakan sayap Pemuda parti lagi dan mereka juga pernah bersama-sama berjuang dalam pertembungan “Team A - Team B” satu ketika dahulu ekoran keputusan kepimpinan parti untuk mengambil alih Nanyang Press Holding Berhad.
    Malah menurutnya, Tiong Lai merupakan pemimpin yang mengambil alih tampuk pentadbiran pergerakan Pemuda semasa Tee Keat memutuskan untuk bertanding ke jawatan Naib presiden pada 2005 di mana sebelum itu Tiong Lai adalah setiausaha agung Pemuda MCA. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Manohara akan buat rayuan

    06/11/2009 12:12pm

    JAKARTA 6 Nov. - Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan mereka perlu membayar RM105 juta kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
    Daisy yang dipetik akhbar Warta Kota berkata, dia akan berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan seterusnya.
    "Saya ketika ini dirawat di hospital kerana sakit, tunggulah selepas saya berbincang dengan peguam, saya akan buat kenyataan akhbar," katanya.
    Keputusan mahkamah semalam yang menyebelahi Putera ketiga Sultan Kelantan itu turut memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru. - Utusan

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki jatuh gaung di Lebuh raya Timur -Barat selamat

    06/11/2009 12:20pm

    IPOH 6 Nov. — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa membuang air di kawasan hutan Lebuh Raya Timur-Barat dekat Gerik semalam dijumpai selepas tengah malam tadi.
    N.Thalagaratnam, 48, dari Lahat di sini, tersesat di hutan berkenaan selepas terjatuh ke dalam gaung tepi lebuh raya berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah hari ini.
    "Dia hanya mengalami luka di kaki dan mendapat bantuan seorang lelaki sebelum membuat laporan polis,” katanya.
    Thalagaratnam ketika dihubungi di rumahnya di sini berkata, beliau tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam enam meter semasa kejadian kira-kira 10.30 malam itu dan menjerit beberapa kali kepada rakannya yang berada dalam kereta.
    "Sayas berusaha mendaki tebing tetapi ketika itu hujan dan kawasan itu sangat gelap. Saya terus berjalan mencari jalan keluar dan hanya berjaya selepas terdengar bunyi kenderaan,” katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Banjir - Rantau Panjang terputus hubungan

    06/11/2009 12:37pm

    <="Oleh: Rodelio Junjun Taucan=>
    RANTAU PANJANG 6 Nov. - Beberapa kawasan di Rantau Panjang terputus hubungan selepas air Sungai Golok melimpah menyebabkan banyak jalan ditutup.
    Penanda aras banjir di Sungai Golok menunjukkan tahap bahaya selepas hujan turun tanpa henti sejak tiga hari lepas - Utusan


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts