Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 36
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [6/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Sejadah berdiri bukan aneh: Pengarah Jaips

    KANGAR: Kejadian sejadah berdiri di beberapa negeri sejak kebelakangan ini bukan peristiwa yang aneh kerana ia mungkin dilakukan manusia, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Malek Hussin.

    Katanya, dalam beberapa saat sahaja sejadah boleh diletakkan berdiri terutama sejadah baru yang masih keras.

    Sambil menunjukkan kaedah mendirikan sejadah di pejabatnya hari ini, beliau berharap umat Islam tidak terpengaruh dengan perkara-perkara karut sehingga memesongkan akidah mereka.

    Katanya, dalam kejadian minggu lalu di surau Taman Kastam 3, Padang Besar, empat sejadah dikatakan berdiri dengan kedudukan seperti seorang imam sedang bersolat bersama tiga makmum.

    Beliau berkata, empat sejadah itu telah dibawa pulang ke pejabat Jaips dan sejadah yang sama digunakan bagi demonstrasi itu.

    Malek berkata, sejadah itu dibawa pulang berikutan orang ramai berpusu-pusu untuk menyentuhnya kononnya untuk mendapat berkat.

    Sementara itu pada demonstrasi itu, beliau melipat sejadah itu dan menjatuhkannya ke atas meja pada paras ketinggian dua kali lalu terbentuk sejadah berdiri itu.

    Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang kebetulan berada di situ turut mencuba melakukannya dan mendapati ia begitu mudah untuk didirikan.

    Shahidan berkata, oleh kerana ia terlalu mudah, ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan manusia dengan niat hanya individu itu sendiri mengetahuinya. - Bernama
    bitcoin 160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Isu saman Dr Asri dan PGSM selesai: Jamil Khir

    KUALA LUMPUR: Isu saman antara bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kini dianggap selesai setelah kedua-dua pihak itu bermusyawarah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hari ini.

    Beliau berkata, Dr Mohd Asri dan PGSM mengadakan pertemuan dan bermusyawarah tengah hari tadi di hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan dekat sini.

    "Ini satu perkembangan positif dan InsyaAllah nanti kenyataan akhbar PSGM akan diberikan dan semangat sebeginilah yang sepatutnya ada di kalangan umat Islam.

    "Dr Mohd Asri dalam keterbukaannya setuju dengan cadangan perdamaian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) di sini.

    Bekas mufti itu dilaporkan akan mengemukakan saman terhadap PGSM kerana persatuan itu dikatakan membuat serangan peribadi terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Oktober lalu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

    Ketika ditanya mengenai cadangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelesaikan isu pertembungan beberapa aliran pemikiran di kalangan umat Islam di negara ini, Jamil Khir berkata ia adalah satu cadangan yang baik.

    Menteri itu juga menjelaskan bahawa hak untuk mengeluarkan pertauliahan kepada seseorang ulama adalah terletak kepada sesebuah kerajaan negeri.

    Mengenai Yayasan Wakaf Malaysia yang ditubuhkan pada 23 Julai 2008 di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar), Jamil Khir berkata ia untuk menyatu dan mengembleng sumber-sumber wakaf supaya dapat dijadikan sumber modal ekonomi berpontensi tinggi.

    "Jawhar bertanggungjawab membangunkan wakaf yang bersifat tanah atau tunai untuk digerakkan bagi pembangunan umat Islam," katanya.

    Katanya, kebanyakan sumber wakaf adalah berbentuk tanah yang nilainya hampir RM1.9 bilion.

    Beliau berkata, antara projek yang akan dimajukan Yayasan Wakaf ialah pembinaan kedai-kedai wakaf rakyat dan pusat bazar peniaga yang akan dibina di hartanah wakaf di seluruh negara.

    Beliau berkata, projek seperti pusat hemodialisis bagi pesakit buah pinggang, klinik, bilik dan rumah penginapan juga akan dibangunkan di persekitaran masjid yang terpilih.

    "Contohnya kalau kita tengok di Damansara, ada beberapa masjid yang telah bangunkan kafe dalam kawasan masjid termasuk rumah atau bilik untuk penginapan yang harganya murah.

    "Contoh di Johor dan Pahang, mereka telah bina klinik dan hospital. Mereka menguruskan banyak pesakit yang bukan hanya orang Islam sahaja tetapi termasuk juga yang bukan Islam dan kawasan klinik dan hospital yang ada di Johor dibina dalam persekitaran masjid termasuk juga pusat-pusat hemodialisis," katanya.

    Justeru, beliau mengharapkan Yayasan Wakaf akan memanfaat dan menggunakan tanah wakaf yang sedia ada dengan sebaik mungkin bagi manfaat umat Islam keseluruhannya. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    PBB setuju jenayah perang Gaza disiasat




    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi tajaan negara Arab yang menggesa Israel dan Palestin menyiasat jenayah perang yang dikatakan berlaku di Gaza setahun lalu.

    Undian pada akhir perbahasan selama dua hari dalam perhimpunan 192 anggota berhubung laporan kontroversi PBB mengenai jenayah perang semasa konflik 22 hari di Gaza itu ialah 114 menyokong dan 18 menentang manakala 44 lagi berkecuali.

    Israel yang menentang resolusi itu dan laporan PBB berkenaan mengundi menentang bersama sekutu rapat lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Eropah.

    Banyak negara Eropah termasuk Britain, Perancis, Sweden dan Sepanyol, berkecuali selepas gagal meminda teks resolusi termasuk yang merujuk kemungkinan tindakan Majlis Keselamatan jika penemuan laporan itu tidak dilaksanakan.

    Rusia turut berkecuali.

    Teks resolusi itu mengiktiraf laporan PBB yang menuduh Israel dan pihak Palestin melakukan jenayah perang semasa konflik 22 hari di Gaza yang berakhir Januari lalu. - AFP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sungai Golok lepasi paras bahaya



    KOTA BAHARU: Sungai Golok di Rantau Panjang kini sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak empat hari lalu.

    Bacaan paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan beberapa tempat di Sungai Kelantan juga semakin menghampiri paras bahaya dan berikutan itu penduduk yang tinggal di tebing sungai dan di kawasan rendah diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

    Sungai Golok, Rantau Panjang pada bacaannya 9 pagi ini adalah 9.22 meter, melepasi bahaya 9 meter manakala di Jenob, Tanah Merah melepasi paras waspada 22.96 meter (waspada 21.50 meter/bahaya 23.50 meter).

    Lima bacaan untuk Sungai Kelantan iaitu di Dabong dan Tualang, masing-masing di Gua Musang, Tangga Krai di Kuala Krai, Kusial di Tanah Merah dan Tambatan Diraja di sini semuanya sudah melepasi paras waspada dan semakin menghampiri paras bahaya.

    Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata belum ada mangsa banjir dipindahkan setakat ini.

    Cuaca di Kelantan mendung yang sekali-sekala hujan lebat dan keadaan itu diramalkan berterusan sehingga Ahad ini.
    Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan juga sudah mula membuka bilik gerakan banjir pada pukul 1 tengah hari semalam.

    Tinjauan Bernama di beberapa buah kampung di Rantau Panjang petang semalam mendapati penduduk sudah mula bersiap sedia untuk berpindah berikutan kenaikan paras air Sungai Golok itu. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Saya tetap terima Liow: Tee Keat




    PUTRAJAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata beliau tetap akan menerima Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di bawah "Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh" walaupun maklum balas awal Liow menunjukkan yang beliau enggan menjadi sebahagian daripada pelan itu.

    Beliau berkata, demi mencapai matlamat bersama parti, soal peribadi perlu diketepikan, dan beliau masih sanggup menerima Liow dengan tangan terbuka di bawah pelan itu.

    "Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini dan perkara yang sama saya ulangi hari ini, saya masih akan terima dia," katanya dalam satu temu ramah dengan Bernama di sini hari ini.

    Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, hubungan beliau dengan Liow yang juga Menteri Kesihatan itu cukup akrab sejak sekian lama, terutama semasa mereka berada dalam pergerakan sayap Pemuda parti lagi.

    Katanya, mereka juga pernah bersama-sama berjuang dalam pertembungan "Team A - Team B" satu ketika dahulu berikutan keputusan kepimpinan parti untuk mengambil alih Nanyang Press Holding Berhad.

    Malah, katanya, Liow adalah pemimpin yang mengambil alih tampuk pentadbiran pergerakan Pemuda semasa Ong memutuskan untuk bertanding ke jawatan naib presiden pada 2005, di mana sebelum itu Liow adalah Setiausaha Agung Pemuda MCA.
    "Bohong kalau saya katakan hubungan kami tidak sedikitpun terjejas berikutan beberapa peristiwa yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.

    "Namun sebagai ahli politik dan pemimpin nasional, saya cuba untuk tidak membenarkan perkembangan sejak kira-kira empat minggu lalu itu menjadi batu penghalang kepada persahabatan yang baik yang sudah terjalin sejak berdekad lamanya itu, begitu juga keadaannya dengan lain-lain anggota jawatankuasa pusat," katanya.

    Ong berkata, apa yang berlaku antara beliau dengan Liow bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi, dan apa yang berlaku sebenarnya hanya berkisar kepada perkembangan politik.

    "Dalam politik pastinya ada percanggaan pendapat, tapi ia tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada usaha MCA untuk bergerak ke hadapan dan pelan perpaduan ini juga tidak seharusnya terhenti semata-mata disebabkan oleh perselisihan peribadi," katanya.
    Ong mengesahkan bahawa beliau ada menawarkan Liow untuk menyertai pelan perpaduan menerusi "rakan-rakan" dan menunggu di rumahnya pada hari Isnin lalu untuk mendapatkan jawapan, namun Liow tetap "membisu".

    Katanya, salah satu daripada prinsip penting dalam pelan perpaduan itu ialah kepimpinan menyeluruh yang bermakna tidak ada satu kumpulan pun yang dipinggirkan dan setiap pihak mempunyai peranan untuk dimainkan.

    "MCA perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan setiap pihak jika berhasrat untuk tampil sebagai barisan hadapan yang mantap yang diperlukan semasa menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

    Ong seterusnya berkata kenyataan bahawa Liow dan anggota CC dipilih ke jawatan tinggi dalam parti menunjukkan bahawa perwakilan di satu peringkat mengiktiraf keupayaan pemimpin-pemimpin ini memainkan peranan yang penting dalam parti.

    "Saya tidak akan membelakangkan perwakilan, mereka yang juga mengundi saya sebagai Presiden MCA. Biar saya berterus terang, saya memang memiliki hubungan yang agak dingin dengan Dr Chua sejak setahun lalu.

    "Namun hari ini demi perpaduan MCA saya memutuskan untuk mendahulukan parti. Saya sudah memberi kepercayaan kepada dia (Dr Chua) untuk mengkaji bagaimana bajet yang dibentangkan baru-baru ini dapat membantu ekonomi rakyat dan menjadikan Malaysia lebih kompetetif dalam dunia global hari ini," katanya.

    Ong berkata, tidak ada tempoh masa ditetapkan semasa beliau bersama Dr Chua bersetuju untuk menerima pelan perpaduan itu, dan keputusan sama ada Dr Chua atau sesiapa jua akan diberikan jawatan penting akan diputuskan kemudian nanti.

    "Apa yang saya ingin tekankan ialah dalam sebarang pertubuhan, rombakan adalah perkara biasa. Jika ada keperluan untuk memantapkan lagi jentera parti, saya tidak akan membuang masa, terutama sekiranya ia bagi tujuan menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

    Katanya, sekiranya perubahan dilakukan, ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu usaha untuk "mencantas" individu.

    "Ini bukan soal kumpulan mana yang mendapat manfaat, juga bukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Ong Tee Keat dalam MCA. Ia adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan parti semata-mata, untuk menarik sokongan orang ramai," katanya.

    Ong seterusnya menjelaskan bahawa pelantikan tiga anggota baru CC yang terdiri daripada Datuk Tan Chin Ming, Datuk Donald Lim dan Chua Tee Yong adalah bagi tujuan strategik, bukan kerana mereka penyokong Dr Chua.

    "Tidak ada syarat yang menetapkan bahawa anaknya (Chua Tee Yong) perlu dilantik sebagai anggpta CC. Saya melaksanakan ketiga-tiga pelantikan ini berdasarkan kepada keperluan untuk mewujudkan perwakilan dari tiga negeri utama iaitu Johor, Selangor dan Perak.

    Katiga-tiga anggota CC yang baru dilantik adalah dari tiga negeri - Chua Tee Yong (Johor), Datuk Tan Chin Ming (Perak) dan Datuk Donald Lim (Selangor).

    Pelantikan mereka dibuat selepas Ong mengenepikan empat anggota CC yang dilantik sebelum ini yang terdiri daripada Datuk Chor Chee Hueng, Datuk Chai Kim Seng, Yoo Wei How (Setiausaha Penganjur Nasional) dan Gan Hong Su (Pembantu Setiausaha Penganjur Nasional). - Bernama

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Psikiatri amuk di Fort Hood, 12 maut




    KILLEEN, Texas: Seorang pakar psikiatri menembak dengan dua pistol di markas tentera darat Fort Hood, membunuh 12 dan mencederakan 31 yang lain.

    Pegawai tentera darat juga berkata suspek tidak terbunuh seperti yang disangka sebelum ini.

    Pihak berkuasa menamakan suspek sebagai Major Nidal Malik Hasan, iaitu pakar psikiatri yang merawat askar yang cedera dalam peperangan di luar negara dan bersiap sedia untuk tugasan luar sekali lagi.

    "Siasatan kami masih berjalan tetapi laporan awal menunjukkan ia membabitkan hanya seorang penembak. Penembak itu tidak mati tetapi dalam tahanan dan stabil selepas ditembak beberapa kali," kata Ketua Pemerintah Fort Hood, Left Jen Robert Cone.

    Cone sebelum ini menyatakan suspek mati ditembak pegawai polis dalam insiden di markas tentera terbesar dunia itu.

    Ditanya sama ada kejadian tembak itu adalah perbuatan keganasan, Cone berkata: "Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu tetapi saya menyatakan kepada anda pada masa ini bukti tidak menjurus kepadanya."
    Pihak tentera darat menyatakan lelaki itu memulakan tembakan pada 1.30 petang CST (1930 GMT) di Pusat Pemprosesan Persediaan Askar, iaitu kumpulan bangunan di mana askar melalui pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas untuk tugas di luar negara.

    Sepupu suspek, Nader Hasan berkata beliau adalah seorang Muslim kelahiran Amerika Syarikat dan menyertai tentera selepas tamat sekolah menengah.

    Katanya, sepupunya itu bertugas sebagai pakar psikiatri di Walter Reed Army Medical Center di Washington DC yang merawat ramai askar yang cedera parah.

    "Beliau adalah pakar psikiatri di Walter Reed dan merawat mereka yang baru kembali...cuba membantu mereka mengatasi trauma," katanya.
    Beliau berkata, sepupunya itu dipindahkan ke Fort Hood April lalu dan keberatan untuk dihantar ke Iraq.

    "Kami sudah tahu sejak lima tahun lalu bahawa itu adalah mimpi ngeri beliau," katanya. - Reuters

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jambatan runtuh, laluan Felda Aring terputus




    KUALA BERANG: Laluan ke Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir dan jalan alternatif ke pantai barat menerusi Felda Aring dan Gua Musang terputus selepas sebuah jambatan di Kampung Basung runtuh jam 7 pagi tadi.

    Bagaimanapun, jurucakap Majlis Daerah Hulu Terengganu berkata tiada yang cedera berikutan kejadian itu.

    Kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lelaki jatuh gaung ditemui selamat




    IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa membuang air di kawasan hutan Lebuh Raya Timur-Barat dekat Gerik semalam dijumpai selepas tengah malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah, berkata, N Thalagaratnam, 48, dari Lahat di sini, tersesat di hutan berkenaan selepas terjatuh ke dalam gaung tepi lebuh raya berkenaan.

    "Dia hanya mengalami luka di kaki dan mendapat bantuan seorang lelaki sebelum membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.

    Thalagaratnam ketika dihubungi di rumahnya di sini berkata beliau tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam enam meter semasa kejadian kira-kira 10.30 malam itu dan menjerit beberapa kali kepada rakannya yang berada dalam kereta.

    "Saya berusaha mendaki tebing tetapi ketika itu hujan dan kawasan itu sangat gelap. Saya terus berjalan mencari jalan keluar dan hanya berjaya selepas terdengar bunyi kenderaan," katanya.

    Thalagaratnam berkata, beliau beberapa kali bersembunyi di belakang pokok besar apabila terdengar bunyi menakutkan dipercayai binatang buas.
    Dalam kejadian itu, Thalagaratnam bersama rakannya dalam perjalanan dari sini ke Jeli, Kelantan, dan berhenti di KM82 Lebuhraya Timur-Barat, 180 kilometer dari sini, kerana hendak membuang air.

    Rakannya, M Manibalan 47, yang menunggu dalam kereta mengesyaki sesuatu apabila Thalagaratnam tidak muncul selepas sejam dan membuat laporan polis 7.30 pagi semalam.

    Polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Rela melancarkan operasi mencari dan sehingga petang semalam. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Terengganu mula dilanda banjir tengkujuh




    KUALA TERENGGANU: Banjir musim tengkujuh melanda Terengganu apabila penduduk di tiga daerah dipindahkan ke kawasan selamat pagi ini.

    Di Hulu Terengganu, 19 penduduk Kampung Pelandang, Tersat, Hulu Terengganu, dipindahkan pada 9.30 pagi tadi selepas air Sungai Tersat naik mendadak sehingga tiga meter melimpahi kampung berkenaan akibat hujan lebat sejak dua hari lalu.

    Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah, memberitahu Bernama bahawa penduduk terdiri daripada tiga keluarga itu dipindahkan ke Pusat Khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pelandang.

    Katanya, KM17 Jalan Kuala Berang-Kuala Ping dan KM13 Jalan Kampung Kepah ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air.

    Turut ditutup jalan kampung dari Kampung Pengkalan Ajal ke Kampung Menerong kerana air naik hingga ke jambatan di situ pada 9.45 pagi tadi.

    Jalan kampung lain yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan dari Kampung Matang ke Kampung Nibong, dan dari Kampung Jak ke Kampung Tanggol.
    Di Dungun, jurucakap Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Dungun berkata dua keluarga dari Kampung Paya Balai Besar dipindahkan ke Sekolah Bebangsaan Balai Besar pada 10 pagi tadi.

    Di Besut pula, seramai 374 penduduk daripada 115 keluarga di beberapa kampung daerah itu mula dipindahkan sejak pagi tadi.

    Di Kampung Keruak, seramai 100 mangsa banjir daripada 27 keluarga dipindahkan ke Masjid Keruak, di Kampung Belaoh, 36 daripada 12 keluarga dipindahkan ke surau kampung berkenaan, di Kampung La seramai 204 orang daripada 65 keluarga dipindahkan ke masjid kampung berkenaan, di Kampung Pok Sik 30 orang daripada 10 keluarga dipindahkan ke surau kampung itu, dan empat sekeluarga dari Kampung Bukit Payung dipindahkan ke Sekolah kebangsaan Seri Payung.

    Tiga jalan di Besut ditutup kepada semua kenderaan, iaitu di Batu 13 jalan Jertih-Keruak yang dinaiki air setinggi 0.5 meter, jalan Jerteh-Keruak ke Kampung La, yang dinaiki air setinggi satu meter, dan jalan Gertak-Jerbong di Pasir Akar, yang dinaiki air setinggi 1.3 meter.
    Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Besut, bacaan paras air Sungai Besut di Jambatan Keruak pada pukul 11.20 pagi tadi mencecah 36.77 meter, melepasi paras bahaya 35 meter manakala bacaan air sungai berkenaan di Kampung La ialah 21.22 meter, melepasi paras bahaya 19.20 meter.

    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu berkata, selain Sungai Besut, beberapa sungai turut mencatat bacaan melebihi paras bahaya.

    Bacaan di Sungai Setiu mencatat 8.95 meter, melepasi paras bahaya 8.5 meter pada 11 pagi tadi. Sungai Nerus di Kampung Langkap kini berada pada para 22.6 meter, melepasi paras bahaya 21.5 meter.

    Jurucakap itu berkata, maklumat terkini paras air di beberapa batang sungai lain di daerah Marang, Dungun dan Kemaman belum diperoleh.

    Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 09-6224072 atau 09-6274172. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jawatankuasa Pusat MCA panggil satu lagi EGM




    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat MCA memutuskan satu lagi perhimpunan agung luar biasa (EGM) untuk perwakilan menentukan sama ada perlu atau tidak diadakan pemilihan baru parti.


  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts