Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    cheraxz
    Posts
    13,808
    alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold alonso is a splendid one to behold
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    [5/11/2009] : Bernama | Berita2 Semasa

    SHAH ALAM, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih berbincang mengenai semakan semula enakmen yang memerlukan seseorang pendakwah Islam mendapatkan tauliah sebelum dibenarkan menyampaikan ceramah agama.

    Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata semakan semula Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 sedang dibincangkan bagi mencari jalan terbaik bagi memastikan pentadbiran dan usaha dakwah Islam dilaksanakan dengan berkesan.

    Katanya kerajaan negeri akan melihat enakmen itu secara menyeluruh terutamanya daripada segi aspek kesan dan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran agama Islam di negeri Selangor.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan beberapa pihak supaya enakmen itu dikaji semula berikutan penangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad lepas.

    Sebelum itu, Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini yang antara lain turut membincangkan isu penangkapan Mohd Asri serta kaedah terbaik menangani masalah pendakwah yang menyampaikan ajaran Islam tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa agama negeri.

    Mesyuarat exco itu turut dihadiri oleh Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

    Abdul Khalid berkata JAIS diminta memperjelaskan isu penangkapan Mohd Asri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Ditanya sama ada semakan semula enakmen itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bermula Isnin ini, Abdul Khalid berkata ia tidak mungkin kerana memerlukan masa.

    "Saya fikir kita tidak boleh membuat pindaan tanpa melakukan kajian terperinci dari semua aspek," katanya.

    -- BERNAMA
    Estonian Forex 160x600en

  2. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts