Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [5/11/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    25 Ejen CIA dipenjara
    05/11/2009 3:01am

    MILAN 5 Okt. Seramai 23 rakyat Amerika Syarikat (AS) dan dua warga Itali yang merupakan ejen khas Agensi Perisikan Pusat (CIA) didapati bersalah oleh Hakim negara ini atas kesalahan penculikan ulama Mesir pada 2003.

    Robert Seldon Lady yang ketika itu ketua balai CIA Milan telah dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan rakyat AS yang lain menerima hukuman lima tahun penjara.

    Dua rakyat negara ini pula menerima hukuman tiga tahun penjara.

    Sementara itu, Ketua CIA Itali, Jeffrey Castelli dan Ketua Perisikan Tentera Itali, Nicolo Pollari dilindungi daripada undang-undang penyimpan rahsia negara, kata hakim Oscar Magi. AFP
    The Best Spread 160x600ms
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kucing disahkan dijangkiti selesema babi
    05/11/2009 3:01am

    WASHINGTON 5 Nov. Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.

    Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.

    Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.

    Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Malaysia perkenalkan seni halus dan budayanya kepada dunia

    05/11/2009 10:26am

    HELSINKI 5 Nov Malaysia akan memperkenalkan kepelbagaian seni dan budayanya sebagai satu produk pelancongan khusus kepada pencinta seni halus mulai tahun depan, kata Menteri Pelancongan.
    Sasaran utama ialah pelancong mewah terutamanya dari negara-negara Eropah yang sanggup berbelanja besar untuk mempunyai koleksi seni selain untuk menikmati taraf kehidupan yang tinggi, katanya kepada wartawan Malaysia selepas menganjurkan jamuan tengah hari kepada peneraju industri pelancongan Finland di sini pada Rabu.
    Ng berkata antara produk yang akan diketengahkan ialah lukisan, pementasan, seni bina, muzik dan tarian tradisional serta juga Orkestra Filharmonik Malaysia yang bertaraf dunia selain masakan.
    "Sebagai sebuah negara yang menikmati sinaran matahari sepanjang tahun, alam semula jadi yang menarik serta rakyat yang mesra, saya mahu Malaysia dikenali kerana seni halus dan budayanya. Kita mahu dunia tahu kita mempunyai ramai rakyat berbakat seperti pelukis dan sebagainya, katanya.
    Beliau berharap pelancong asing yang datang ke Malaysia untuk menonton konsert atau ke pameran, akan dibawa ke kilang batik atau songket untuk belajar seni penghasilannya atau diajar mengenai tarian dan masakan tempatan.
    Tourism Malaysia, katanya, telah menetapkan Julai, Ogos dan September tahun depan untuk Festival Seni dan Budaya Malaysia. - Bernama

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tengku Fakhry masuk penghakiman ingkar terhadap Manohara

    05/11/2009 11:29am

    KUALA LUMPUR 5 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini
    membenarkan permohonan peguam yang mewakili Tengku
    Temenggong Kelantan, memasukkan penghakiman ingkar terhadap
    isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina,
    dalam kes saman fitnah RM105 juta.
    Penolong Kanan Pendaftar Shazali Datuk Hidayat Shariff
    membenarkan peguam Mohd. Haaziq Pillay memasukkan
    penghakiman ingkar terhadap Manohara setelah peguam defendan
    gagal hadir pada sebutan kes hari ini.
    Perintah tersebut dibuat Shazali di kamar beliau pada pukul 10.30
    pagi.
    Jumlah ganti rugi menurut Haaziq akan ditaksirkan oleh mahkamah
    kemudian.
    Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, menfailkan saman
    fitnah RM105 juta di Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 20 Julai lalu
    terhadap kedua-dua defendan kerana didakwa memfitnahnya dalam
    sidang media pada April dan Jun lalu.
    Putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan saman setelah Penolong
    Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Safarudin Tambi pada hari yang
    sama membenarkan permohonan Tengku Fakhry selaku plaintif
    untuk memulakan prosiding saman fitnah itu terhadap Manohara dan
    Daisy.
    Tengku Fakhry dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan
    telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat
    umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual terhadap
    Manohara ketika sidang akhbar itu.
    Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula
    dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post,
    Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta
    dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia. -
    Utusan

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kadar Shah dakwa nyawa terancam jika hadir mahkamah

    05/11/2009 2:26pm

    KUALA LUMPUR 5 Nov. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah disini hari ini untuk prosiding tuntutan nafkah mutaah berjumlah RM5 juta dan edah RM60,000 yang difailkan oleh bekas isterinya dengan alasan keselamatan nyawa dan dirinya terancam. Utusan

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    6 barangan dilarang pada perlawanan akhir Piala Malaysia

    05/11/2009 11:37am

    Oleh Tan Ming Wai
    KUALA LUMPUR 5 Nov. Sebagai langkah keselamatan, Polis Kuala Lumpur menyenaraikan enam barang larangan yang tidak boleh dibawa masuk oleh penyokong bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
    Enam barangan tersebut ialah bahan letupan, senjata berbahaya, payung, topi keledar, botol dan tin minuman, kiub ais serta wisel. Utusan

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kompleks LKIM kerugian RM2.6 JUTA akibat ribut

    05/11/2009 11:46am

    PASIR PUTEH 5 Nov Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengalami kerugian lebih RM2.6 juta apabila kompleks perikanan yang dalam pembinaan di Tok Bali mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut bulan lepas.
    Pengarahnya Ab Llah Rashid berkata bangunan yang hampir siap dibina itu mengalami kerosakan pada bumbungnya apabila ia diterbangkan angin lebih 20 hingga 100 meter dari tempat asal selain kerosakan pada tiang-tiangnya.
    "Perkara itu sudah dimaklumkan kepada ibu pejabat LKIM dan tindakan susulan untuk membaikpulihnya sedang diambil, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bekas setiausaha UMNO Wangsa Maju tuduh sogok RM1,000 kepada ketua cawangan

    05/11/2009 1:09pm

    KUALA LUMPUR 5 Nov Bekas setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju dituduh di Makamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada Ketua Cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.
    Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.
    Beliau didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.
    Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan.
    Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
    Ramli, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau kini tidak bekerja.
    Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes.
    Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penggunaan VOA tidak akan dimansuhkan

    05/11/2009 1:13pm

    KUALA LUMPUR 5 Nov Kerajaan tidak bercadang memansuhkan penggunaan visa ketika ketibaan (VOA) walaupun terdapat pihak yang menyalahguna kemudahan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop.
    Beliau berkata penggunaan VOA adalah bagi menggalakkan industri pelancongan negara, dan kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk mengatasi masalah keselamatan yang timbul akibat penyalahgunaan visa itu.
    "Apabila libatkan keselamatan negara kita ambil tindakan sendiri, seperti gantung (penggunaan VOA) pada negara-negara tertentu seperti Pakistan, Afghanistan dan India, di mana rakyat mereka banyak melanggar kemudahan VOA, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
    Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    21 ditahan dalam samun jongkong RM3 juta

    05/11/2009 1:29pm

    JOHOR BAHARU 5 Nov Polis menahan 21 orang yang disyaki terlibat dalam kejadian samun jongkong timah, tembaga dan perak bernilai RM3 juta di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai dekat sini hujung bulan lepas.
    Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kumpulan terdiri dua pemandu lori, seorang orang tengah yang dipercayai menguruskan penjualan, tujuh orang terlibat dalam pembelian barang samun dan 11 pekerja di tempat persembunyian dua jongkong timah, ditahan oleh pasukan khas polis dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.
    Katanya dalam kejadian 10.30 malam 24 Okt itu, 15 lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang memasuki kilang tersebut melalui bahagian depan dan belakang sebelum mengikat pengawal keselamatan serta lapan pekerja kilang itu dalam bilik air.
    "Penjenayah itu merosakkan kamera litar tertutup dan mengambil rakamannya sebelum mengangkut pelbagai jenis jongkong timah, tembaga dan perak menggunakan sebuah treler dan sebuah lori lima tan, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
    BERNAMA


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts