Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 48
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [5/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Keputusan bola sepak Liga Juara-juara Eropah

    KEPUTUSAN perlawanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah yang berlangsung pagi ini adalah:


    Kumpulan E

    Fiorentina (5) Debrecen (2)

    Olympique Lyon (1) Liverpool (1)

    Kumpulan F

    Rubin Kazan (0) Barcelona (0)

    Dynamo Kiev (1) Inter Milan (2)

    Kumpulan G

    Unirea Urziceni (1) Rangers (1)

    Sevilla (1) VfB Stuttgart (1)

    Kumpulan H

    Arsenal (4) AZ Alkmaar (1)

    Standard Liege (2) Olympiakos Piraeus (0) - Reuters
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keputusan bola sepak Liga Perdana Inggeris

    LONDON: Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara West Ham United dan Aston Villa menyaksikan keputusan seperti berikut:



    West Ham 2 (Noble 45-pen, Hines 90) tewaskan Aston Villa 1 (Young 52) - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa sederhana landa utara China




    BEIJING: Gempa sederhana berukuran 5.5 Richter melanda utara China, awal pagi tadi, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Gegaran jam 5.56 pagi waktu tempatan (2156 GMT) itu berpusat di 164 kilometer (km) di utara bandar Golmud di Wilayah Qinghai, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

    Zon dilanda gempa terbabit kebanyakannya didiami penduduk etnik Mongolia dan Tibet yang bekerja di lombong arang batu dan petani. - AFP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa 6.0 Richter gegar Kepulauan Azores, Portugal




    LISBON: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 Richter menggegarkan Kepulauan Azores di Lautan Atlantik, awal pagi tadi.

    Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku di 445 kilometer (km) di selatan kepulauan berkenaan di kedalaman 10km, jam 4.41 petang waktu tempatan (1841 GMT).

    Kepulauan terpencil itu terletak 1,500km dari Lisbon dan didaimi kira-kira 240,000 penduduk. - AFP

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bekas Setiausaha Umno Wangsa Maju tidak mengaku salah sogok perwakilan



    KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pagi ini atas tuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada seorang ketua cawangan bagi mencalonkannya bertanding jawatan dalam pemilihan bahagian berkenaan, tahun lalu.

    Hakim Rosbiahanin Arifin memerintahkan tertuduh yang juga Ketua Cawangan Umno Kampun Puah Bahagia supaya dijamin RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan kes 4 Disember depan.

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tiong Lai minta peguam kaji tindakan cabar ROS




    PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyerahkan kepada peguamnya untuk mengkaji tindakan mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menetapkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah Timbalan Presiden MCA.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Hari Inovasi 2009 Kementerian Kesihatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, di sini, hari ini.

    Beliau sebelum ini diputuskan sebagai Timbalan Presiden MCA oleh Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu.

    Berikutan itu, timbul kemelut baru parti itu apabila terdapat "dua timbalan presiden" dalam satu masa.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rayuan Nizar tambah 11 hakim ditolak




    PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, pagi ini menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi mendapatkan 11 panel hakim dalam rayuan akhir kes perbicaraan Menteri Besar Perak yang sah.

    Permohonan yang dikemukakan peguam Nizar, Datuk S Ambiga supaya jumlah hakim ditambah, ditolak sebulat suara oleh lima panel hakim yang mendengar rayuan berkenaan.

    Mahkamah memutuskan kes itu didengar lima panel hakim.

    Prosiding hari ini dihadiri Nizar dan peguamnya yang diketuai Sulaiman Abdullah, manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak hadir dan diwakili peguamnya yang diketuai Cecil Abraham.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sindiket kumpulan samun bersenjata parang ditumpaskan




    JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan satu sindiket kumpulan samun berkawan menggunakan senjata parang selepas menahan 21 orang dan menjumpai semula hasil samun jongkong timah bernilai kira-kira RM3 juta, dalam tempoh 48 jam selepas mereka mengangkut pelbagai jenis jongkong timah, tembaga dan perak dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai, dekat sini, 24 Oktober lalu.

    Polis menemui semula barang samun iaitu 289 jongkong timah dianggarkan seberat tujuh tan, 12 bongkah besar timah seberat 12 tan, 50 batang timah panjang, wang tunai RM29,000 dan tiga buah lori.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kes tuntutan mutaah AJK Umno Muar ditangguh 30 November




    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini terpaksa menangguhkan perbicaraan kes tuntutan mutaah RM5 juta oleh bekas isteri ahli jawatankuasa Umno Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman kepada 30 November ini, berikutan kegagalan defendan hadir ke mahkamah.

    Hakim Syarie, Shukor Sabudin, menolak alasan Kadar Shah bahawa ketidakhadirannya itu keranan khuatir nyawa dan dirinya terancam, apabila pada 23 Jun lalu rumahnya dimasuki pencuri dan pembantu rumahnya dirogol.

    Kadar Shah turut diberi amaran jika pada tarikh akan datang beliau masih gagal hadir, perbicaraan tetap diteruskan.

    “Mahkamah bertolak ansur dan ini kali terakhir untuk Kadar. lagipun alasan terancam dia tidak munasabah dan malah yang diperkosa adalah pembantunya dan bukan dirinya,” kata bekas isterinya, Datin Fauziah Haron di sini, sebentar tadi.

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    200 pelajar sukar ke sekolah selepas bas ditamatkan




    KULIM: Lebih 200 pelajar dari dua sekolah menengah di sini menghadapi masalah pengangkutan untuk ke sekolah apabila syarikat bas Jalan Selama-Mahang menghentikan perkhidmatan sejak lebih sebulan lalu.

    Mereka terdiri daripada kira-kira 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahang (Kulim) dan 150 pelajar SMK Selama (Bandar Baharu), yang tinggal di 20 kampung sepanjang jalan Selama-Mahang.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Taka, Ramli Md Isa, 62, berkata sebilangan besar anggota keluarga pelajar berkenaan kini menggunakan motosikal untuk menghantar dan mengambil pekajar terbabit dari sekolah yang terletak kira-kira 10 kilometer.

    Ramli berkata, waris pelajar kesal dengan tindakan syarikat bas berkenaan kerana tidak membuat sebarang pemberitahuan kepada pengguna untuk menamatkan perkhidmatan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu.

    Katanya, penduduk terbabit berharap syarikat bas itu akan menyambung semula perkhidmatannya atau meminta bas Mara yang kini melalui jalan Serdang - Kulim untuk mengambil alih perkhidmatan yang dihentikan.

    Suri rumah, Marziah Md Jaya, 43, dari kampung Sungai Buluh berkata beliau terpaksa berulang alik dua kali setiap pagi dan petang untuk menghantar tiga orang anaknya yang belajar di sebuah sekolah berkenaan.
    Zafir Mohamad, 35, dari kampung Sungai Taka pula terpaksa bergilir-gilir dengan bapanya untuk menghantar dan mengambil adiknya sejak perkhimatan bas itu dihentikan. - Bernama


  11. TenkoFX Crypto

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts