Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    Bersama Datuk Dr. Mashitah Ibrahim: Soal Jawab Agama

    Hukum wuduk suami isteri ikut mazhab


    DARIPADA persoalan lalu, Datuk ada beri penjelasan mengenai hukum wuduk apabila bersentuhan antara suami isteri seperti di bawah: “Persoalan sama ada wuduk batal dengan sentuhan suami isteri bermula daripada berbeza tafsiran ayat berkaitan wuduk... “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah: 6)

    Ulama yang menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas — dengan maksud mengatakan batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita, termasuk suami isteri, dengan itu menurut mazhab Syafie, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.


    Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Tafsiran mereka disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Rasulullah SAW mencium atau mengucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa. (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar). Justeru, pada Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak.

    Ada hadis lain diriwayatkan al-Nasa’i dan Ahmada, juga daripada Aisyah, katanya: Nabi mencium sebahagian daripada isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang dan tidak berwuduk.

    Lalu Maliki menghimpunkan hujah yang dikemukakan ulama Syafie dan Hanafi dan berpandangan bahawa menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk jika dengan tujuan ‘talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan. Begitulah rahmatnya perbezaan pandangan ulama yang semuanya benar, wallahualam.”

    Saya ingin mendapatkan kepastian daripada Datuk, adakah menjadi kewajipan kita untuk mengikut satu mazhab, sebagai contoh di Malaysia kita gunakan Mazhab Imam Syafie atau kita dibolehkan untuk menggunakan mana-mana mazhab mengikut kemudahan kerana bersentuhan suami isteri mudah berlaku. Mohon penjelasan daripada Datuk.

    MD HAFIZ

    Bangi, Selangor
    .................................................. ............................................
    Terima kasih atas perhatian dalam persoalan ini. Mazhab ialah bahagian pemikiran hasil daripada pemahaman dan kajian dalam fiqah.

    Mereka yang berkemampuan serta cukup syarat boleh berijtihad, sedangkan mereka yang tidak cukup syarat boleh bertaqlid dengan mana-mana mazhab yang muktabar, yakni yang diiktiraf. Mazhab yang mempunyai peraturan, kaedah mencukupi dan panduan sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh ulama dibukukan bagi menjadi panduan dalam mengikut hukum bagi memudahkan mereka yang tidak berkemampuan berijtihad mengikutnya.

    Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam karangannya “Fatawa Ma’asarah” bahawa ijtihad perlu kerana ada perkara tiada nas atau kadangkala yang ada nas tetapi mempunyai tafsiran berbeza.

    Taqlid pula dilihat sebagai satu keistimewaan yang Allah SWT beri kepada manusia berasaskan perintah Allah: “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

    Menggunakan mazhab berbeza diistilahkan sebagai talfiq. Tiada salahnya kita mengikuti pandangan imam mazhab. Pandangan mereka perlu kita hormati kerana mereka bukan sembarangan manusia. Ilmu mereka sangat mendalam.

    Jika kita mengikuti pandangan seseorang atau satu mazhab dengan berasaskan kefahaman kita yang mendalam pada dalil dan hujah mereka, talfiq jenis ini dibolehkan.
    bitcoin 160x600
    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  2. #2
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Makan di gerai curi elektrik, air


    SAYA ingin bertanya sesuatu. Apakah halal makanan yang kita beli daripada sebuah gerai yang diketahui bahawa pemilik gerai sudah berniaga dengan mencuri bekalan elektrik dan air? Apa pula hukum bagi orang yang membeli dan berniaga itu?

    YUS


    Kuala Terengganu

    Istilah halal perlu dilihat beberapa sudut iaitu halal daripada segi zatnya iaitu ia bukan daripada perkara diharamkan Allah SWT. Seperti babi misalnya, begitu juga ia dinilai daripada segi sumbernya seperti dari mana datang hasil berkenaan.

    Jika sudah jelas pemilik mencuri air dan elektrik, jelas sumbernya tidak halal.

    Halal juga perlu disertakan dengan istilah toyiiba yakni halal serta baik iaitu aspek kebersihan dan kesihatan dititikberatkan.

    Membuat sesuatu perkara ada beza hukumnya jika kita tahu dan tidak tahu. Jika pembeli tahu sumbernya tidak halal dan masih membeli, dia turut bersubahat dalam hal ini. Berbeza jika pembeli tidak tahu, maka dia dimaafkan.
    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  3. #3
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Solat tidak boleh diganti oleh orang lain


    SAYA ingin bertanya, adakah si anak perlu membayar fidyah untuk solat yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang meninggal dunia? Kalau perlu, bagaimana caranya?

    Yang saya faham, solat adalah hak antara kita dan Allah. Pernah saya terbaca, anak sendiri pun tidak boleh menggantikan solat untuk ibu bapanya. Bayaran fidyah bagi solat si mati menjadi amalan sesetengah tempat dalam masyarakat kita. Minta dijelaskan hukumnya.


    Saya juga faham solat tidak wajib bagi orang yang tidak sedar, termasuk tertidur. Adakah pesakit yang tidak sedarkan diri dan ada di ICU dengan segala sokongan hayat diwajibkan bersolat?

    Jika amalan fidyah untuk solat si mati memang dituntut, adakah solat yang ditinggalkan oleh si mati ketika tidak sedar termasuk dalam solat yang perlu difidyahkan?

    INGIN PENJELASAN

    Ampang

    Solat adalah ibadat badaniah yang tidak boleh digantikan oleh orang lain mahupun anak sendiri. Tidak ada istilah membayar fidyah bagi solat yang tertinggal. Yang ada fidyah ialah bagi puasa tertunggak tahunnya, pun begitu puasa tetap wajib diganti.

    Orang yang wajib solat syaratnya ialah berakal tetapi jika ada di ICU dengan keadaan tidak sedarkan diri, bererti solat tidak wajib ketika itu.

    Begitu juga bagi tertidur berdasarkan hadis “terangkat qalam (yakni tulisan dosa) bagi mereka yang lupa, tertidur dan dipaksa”, bagaimanapun selepas sedar daripada keadaan itu, dia wajib menunaikannya
    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  4. #4
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Enggan digelar dayus


    SOALAN

    SAYA berkahwin selama lapan tahun dan mempunyai tiga anak. Kebelakangan ini hubungan saya dan isteri agak tegang atas beberapa alasan.


    Baru-baru ini isteri saya membuat pengakuan bahawa dia pernah curang kepada saya dan lebih menyedihkan, dia juga sudah terlanjur dengan teman lelakinya.

    Isteri saya memohon ampun dan maaf kepada saya. Masalahnya ialah, saya sedia memaafkannya kerana terlalu sayang dan dia mengaku serta menyesal atas perbuatannya.

    Adakah saya akan jadi suami yang dayus jika saya memaafkannya dan menerima dia kembali?

    Setahu saya, suami yang dayus tidak dapat mencium bau syurga. Saya berharap Datuk dapat membantu saya mengenai persoalan ini. Saya tertekan kerana tidak tahu apa harus saya lakukan.

    SUAMI BUNTU
    Pulau Pinang


    JAWAPAN

    Dayus ialah istilah yang digunakan dalam beberapa hadis Rasulullah SAW seperti hadis ‘Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.”

    Ada juga hadis: “Tiga yang Allah haramkan baginya syurga: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya.”

    Secara ringkas, dayus merujuk kepada perbuatan seseorang suami yang tidak mengambil peduli untuk membendung isterinya melakukan kejahatan seperti berzina.

    Jika sekarang tuan sudah tahu keadaan isteri, wajib tuan membendung dan mendidik isteri supaya kembali ke pangkal jalan.

    Ini dijelaskan dalam ayat yang memberi perintah: “peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” Memberi sebuah kemaafan adalah satu akhlak yang sangat mulia dan pekerti tinggi.

    Ajaklah dia bertaubat dan kembali kepada kehidupan yang mulia. Jika selepas ini tuan sedar yang perkara ini berlaku lagi tetapi membiarkannya tanpa mengambil tindakan, maka inilah dikatakan dayus.
    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  5. #5
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Syurga, neraka


    Soalan

    ADAKAH kita akan masuk neraka walaupun dosa kita diampunkan Allah SWT. Kawan saya pernah berkata walaupun kita bertaubat nasuha sekali pun tetapi jika kita mati segala dosa-dosa lama kita akan dikira dan kita tetap akan masuk ke dalam api neraka untuk menyucikan kita daripada dosa. Selepas itu barulah kita dimasukkan ke syurga.


    Apakah ini bermakna sebaik saja kita meninggal dunia kita akan terus dimasukkan ke dalam api neraka dan selepas habis barulah kita ke syurga.

    Kawan saya juga berkata hanya golongan nabi dan syuhada saja yang akan terus masuk ke syurga.

    Apabila kiamat datang dosa kita ditimbang tidak kira lah pahala atau dosa yang lebih berat tetapi yang pasti kita akan melalui seksaan api neraka dulu sebelum ke syurga.

    Saya benar-benar keliru dan takut kerana walau sekuat mana pun saya sembahyang dan bertaubat saya tetap akan ke api neraka kerana katanya pengampunan Allah SWT hanyalah di dunia bukan di akhirat.

    ROSITA
    Seremban

    Jawapan

    Soal syurga dan neraka adalah dalam perkara ghaibiyat yang berada dalam pengetahuan Allah.

    Manusia diberitahu setiap amalannya akan dikira. Yang baik diberi pahala dan yang jahat mendapat dosa.

    Al-Quran memaklumkan bahawa amalan baik digandakan 10 pahala dan yang jahat hanya satu dosa sebagai rahmat dari Allah.

    Semua ini akan ditimbang oleh Allah dan dengan sifatnya yang Maha Adil, Maha Pemurah, Maha Penyayang kelak manusia akan ditentukan Allah ke mana arahnya nanti.

    Adalah wajar untuk manusia tidak memikir kerja Allah, tetapi memikir mengenai kerja makhluk Allah iaitu untuk menjadi khalifah dan hamba-Nya yang terbaik.

    Iman manusia sentiasa perlu diseimbangkan antara dua perkara iaitu antara rasa khauf yakni takut dan rasa raja yakni mengharap.

    Manusia melakukan amalan dengan penuh perasaan takut kalau Allah tidak menerimanya lalu dia akan melakukan dengan sepenuh hati.

    Dalam masa yang sama dia ada perasaan mengharap semoga Allah mengampunkan dosanya kerana dia manusia yang lemah dan serba kekurangan.
    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  6. #6
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Stamford Bridge
    Posts
    2,705
    the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough the Oranje is a jewel in the rough
    My Mood
    Angelic
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Harta pusaka nenek nyanyuk


    AYAH saya sudah meninggal dunia, meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki, lima anak perempuan dan ibu kandung beliau (nenek saya). Sekarang kami membuat proses pembahagian harta secara faraid. Menjadi persoalannya ialah nenek saya sudah nyanyuk dan hilang keupayaan untuk menguruskan dirinya.

    Nenek saya hanya mempunyai seorang anak (ayah saya yang sudah meninggal dunia) dan seorang adik perempuan. Disebabkan nyanyuk, adakah nenek saya hilang kelayakan dalam pembahagian harta pusaka arwah ayah saya? Bagaimana dengan harta nenek saya, siapa paling layak mentadbir harta beliau cucu atau adik perempuannya?


    Sebelum nyanyuk, nenek saya pernah menyatakan dan berpesan harta dan wang beliau diberi kepada orang yang menjaga beliau saja.

    Di sini orang yang menjaga beliau adalah ibu saya (menantu) dan cucu perempuan. Jadi adakah kata-kata ini boleh dijadikan wasiat?

    SUHANA

    Kuantan, Pahang

    Syarat bagi orang yang layak mewarisi harta ialah dia masih hidup. Dalam hal ini nenek masih hidup, cuma dia nyanyuk. Maka haknya sebagai pewaris tidak gugur dalam pusaka berkenaan. Jika dia nyanyuk, boleh diserahkan kepada orang yang menguruskan, menjaga dan mentadbir dirinya.

    Siapa yang menguruskan nenek dan menjaganya, dia layak mentadbir harta berkenaan untuk keperluan nenek. Apa saya faham di sini ialah nenek saudari berpesan supaya hartanya diberi pada orang yang menjaga atau wasiatnya hanya boleh diambil kira apabila dia meninggal dunia kelak maknanya jika dia mati baru harta tersebut diserahkan pada orang yang diwasiatkan.

    Siapa yang menjaga nenek sekarang, itulah orang yang layak diserahkan untuk mentadbir harta nenek. Maksud mentadbir ialah menggunakan harta berkenaan untuk keperluan nenek selama dia masih hidup dan bukan digunakan untuk peribadi orang yang mentadbir.

    the Oranje Forever!!!!
    "Life Is Awesome"

  7. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts