Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 14
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [3/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Laluan Selayang-Templer ditutup akibat tanah runtuh

    KUALA LUMPUR: Laluan di Kilometer 12, Jalan Persekutuan antara Selayang - Templer ditutup untuk semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh jam 2.45 pagi tadi.

    Sehubungan itu, pengguna diminta menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan (Plus).

    Polis kini sedang mengesan jika ada mangsa atau kenderaan tertimbus dengan menggunakan anjing pengesan
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kawasan tanah runtuh di Templer 200-250 meter

    KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer berhampiran Kolam Air Panas, berkeluasan antara 200-250 meter sehingga menutupi kedua-dua laluan.

    Kedua-dua laluan kini masih ditutup kepada semua lalu lintas dan pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Keputusan Kejohanan ATP Swiss Indoors

    Keputusan Kejohanan ATP Swiss Indoors

    Pusingan pertama

    Florent Serra (FRA) klk Ivo Karlovic (CRO) 7-6 (7/5), 6-4

    Andreas Seppi (ITA) klk Stephane Bohli (SUI) 4-6, 6-1, 7-5

    Roger Federer (SUI x1) klk Olivier Rochus (BEL) 6-3, 6-4

    Radek Stepanek (CZE x5) klk Rainer Schuettler (JER) 6-2, 6-0
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pasukan Smart periksa runtuhan tanah




    KUALA LUMPUR: Pasukan Smart sedang memeriksa runtuhan tanah bagi mengesan jika ada mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer berhampiran Kolam Air Panas jam 2.45 pagi tadi.

    Anggota Smart yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi menggunakan alat pengesan getaran pada runtuhan berkeluasan antara 200 hingga 250 meter yang melitupi laluan jalan berkenaan.

    Kedua-dua laluan jalan itu kini masih ditutup kepada semua lalu lintas dan pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa sederhana landa Kepulauan Andaman



    PELABUHAN BLAIR: Gempa sederhana 5.4 Richter melanda utara Kepulauan Andaman, India, awal pagi tadi, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku jam 3.35 pagi waktu tempatan (2135 GMT) di kedalaman 32 kilometer (km).

    Gegaran berpusat di 266km utara Pelabuhan Blair, di Kepulauan Andaman dan Kepulauan Nicobar, dalam wilayah India di Teluk Bengal.


    Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau mangsa yang cedera. - AFP

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Roket dari Gaza kena Israel




    BAITULAMAQDIS: Sebuah roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza hari ini meletup dalam wilayah Israel tetapi tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau kecederaan.

    ôRoket itu meletup di padang berhampiran Nir-Am kibbutz, dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan," kata seorang jurucakap wanita tentera Israel.

    Kibbutz terletak bertentangan Semenanjung Gaza di barat padang pasir Negev.


    Mengikut pengiraan tentera Israel, sekurang-kurangnya 265 roket dan mortar ditembak ke wilayah negara itu sejak awal tahun ini selepas serangan terhadap Semenanjung Gaza. - AFP

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Ahli Parlimen antara kelihatan di mahkamah untuk dakwaan rasuah




    SHAH ALAM: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan bekas pegawai Menteri Besar Selangor kelihatan di luar pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini bagi pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka.

    Mereka tiba jam 8.40 pagi termasuk seorang pembantu kepada Exco Selangor serta bekas pegawai kepada Menteri Besar.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa lima orang, termasuk Ahli Parlimen berkenaan dan seorang seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)di Selangor.


    Kelima-lima mereka akan dituduh mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Kanun Keseksaan.

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wakil AS melawat Myanmar




    YANGON: Dua wakil kanan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba di Myanmar hari ini untuk pertemuan dengan junta tentera dan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi, dalam lawatan pegawai tinggi AS ke negara itu dalam tempoh 14 tahun.

    Lawatan oleh Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell, dan timbalannya, Scot Marciel, adalah usaha terbaru Pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mengadakan pertemuan langsung dengan rejim tentera itu.

    Kedua-dua wakil AS itu kemungkinan besar tidak menemui ketua junta, Than Shwe, sebaliknya akan menemui dengan Perdana Menteri, Thein Sein di Naypyidaw hari ini.


    Mereka kemudian akan ke Yangon esok untuk menemui pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi.

    Campbell adalah pegawai tertinggi AS yang melawat Myanmar sejak lawatan Madeleine Albright ke sana sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton.

    "Kami melihat lawatan itu sebagai permulaan pertemuan terus di antara kerajaan AS dan Myanmar," kata Nyan Win, jurucakap Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi. - AFP

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mahkamah tetap 23 November dengar permohonan Anwar




    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini untuk mendengar permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya.

    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes liwat itu.

    Anwar, 62, yang hadir di mahkamah dengan diiringi isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.


    Terdahulu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, meminta mahkamah menetapkan tarikh bagi pendengaran permohonan itu.

    Seorang daripada peguam Anwar, R Sivarasa, mencadangkan mahkamah menetapkan permohonan bagi sebutan itu sementara menunggu keputusan rayuan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan pada Jumaat di Mahkamah Rayuan berhubung dokumen yang dipohon oleh Anwar. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Karzai siap sedia untuk penggal kedua




    KABUL: Presiden Hamid Karzai bersiap sedia untuk penggal kedua sebagai pemimpin negara dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa beliau menghapuskan rasuah manakala pemimpin dunia meminta beliau menyatukan Afghanistan.

    Karzai diisytihar presiden untuk tempoh lima tahun lagi selepas pembatalan pilihan raya semula oleh suruhanjaya pilihan raya negara itu berikutan penarikan diri pencabar tunggal beliau, Abdullah Abdullah.

    Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, mengetuai pemimpin dunia mengutus ucapan tahniah kepada Karzai yang dijadualkan memberi sidang media pada jam 10 pagi ((0500 GMT) hari ini. - AFP


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts