Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    masjidtanah,melaka-gemas,n9-rajachulan,KL-Kajang
    Posts
    2,920
    akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough akay is a jewel in the rough
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [2/11/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah

    KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

    Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

    Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

    Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

    Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

    Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

    Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

    Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

    Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

    Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

    Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.
    Estonian Forex 160x600en

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Menteri Luar Kumpulan D-8 bermesyuarat hari ini




    KUALA LUMPUR: Sesi ke-12 Majlis Menteri-Menteri Kumpulan Lapan Negara-Negara Islam Membangun (D-8) yang memulakan mesyuarat sehari pagi ini, antara lain akan mempertimbang laporan kemajuan D-8 sejak mereka bertemu kali terakhir Julai tahun lalu.

    Selain itu, sesi itu juga dijangka membincangkan isu signifikan yang akan menentukan kemampuan negara anggota D-8 bagi membolehkan mereka terus mengarahkan perhatian tenaga dan sumber ke arah pelaksanaan senarai keutamaan bidang-bidang kerjasama dan mencapai hasil yang bermakna untuk kumpulan itu.

    Menteri juga akan meneliti draf berhubung pelbagai isu yang dipertimbangkan pesuruhjaya D-8 pada sesi ke-27 pada Jumaat dan Sabtu ini.


    Malam tadi, kumpulan menteri terbabit diraikan dalam majlis makan malam oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucaptama.

    D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki dan terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

    Malaysia menjadi pengerusi D-8 tahun lalu.
    Negara anggota D-8 mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 900 juta dan kaya dengan sumber ekonomi.

    Perkumpulan itu bermatlamat menjadi mekanisma bagi menjalin kerjasama dalam sektor ekonomi menerusi perkongsian kepakaran dalam usaha meningkatkan kedudukan negara anggota dalam ekonomi global. - Bernama

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    16 maut dalam kebakaran di tengah Filipina



    MANILA: Seramai 16 terbunuh dalam kebakaran di kawasan setinggan yang sesak di tengah Filipina, awal hari ini.

    Polis berkata, api marak awal dari salah satu rumah setinggan berkenaan sebelum subuh tadi sehingga merebak ke 47 rumah lain di kawasan pinggir bandar Bacolod.

    Jurucakap polis, Cif Inspektor Rico Santotome, berkata siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada api lilin yang digunakan salah seorang penghuni bagi satu upacara keagamaan. - AFP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    20 dikhuatiri lemas, bot karam di Australia



    SYDNEY: Lebih 20 orang dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang membawa lebih 40 penumpang karam dipukul ombak kuat di barat daya Australia, malam tadi.

    Susulan itu, pihak berkuasa Australi mengerahan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang turut membabitkan kapal dagang dan udara.

    Setakat ini, pihak berkuasa Australia mengesahkan, 17 orang sudah diselamatkan oleh sebuah kapal tangki NG Pioneer di perairan berdekatan Kepualauan Cocos.


    Bagaimanapun tidak dapat disahkan ia adalah salah satu daripada berpuluh-puluh bot yang membawa pendatang haram yang menghala ke Australia sepanjang tahun ini.

    Setakat ini, lebih 1,700 pendatang asing yang mahu meminta perlindungan, cuba memasuki Australia dengan kebanyakannya dari Sri Lanka dan Afghanistan.

    "Kami amat bimbang dengan keselamatan mereka terutama di tengah lautan," kata jurucakap Pihak Keselamatan Maritim Australia.
    Bot berkenaan dilaporkan mengalami masalah lewat semalam dengan kapal tangki LNG Pioneer dan sebuah kapal nalayan Taiwan segera memberi bantuan.

    Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Brendan O'Connor berkata pengawasan udara di tempat kejadian sedang dilakukan dan kapal penyelamat Australia juga dalam perjalanan. - AFP

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Russia lancarkan satelit Eropah ke angkasa



    MOSCOW: Russia berjaya melancarkan roket Rokot yang membawa dua satelit Eropah ke angkasa daripada lapangan angkasa tenteranya, Plesetsk, kata agensi berita RIA Novosti, awal hari ini.

    “Pelancaran roket Rokot mengangkut satelit SMOS dan Proba-2 yang dibangunkan untuk Agensi Angkasa Lepas Eropah berjaya,” kata pegawai angkasa lepas Russia.

    Beliau berkata, Rokot juga berjaya menempatkan kedua-dua satelit di orbit.


    SMOS akan digunakan untuk mengumpul isyarat radio yang dipancarkan air pemanasan global dan perubahan iklim yang lain.

    Satelit itu akan menyediakan peta suhu tanah daripada 758 kilometer dari ketinggian orbit, termasuk mengukur kemasinan laut yang dihubungkan 69 antena.

    Proba-2 adalah sebahagian projek Autonomi Atas Kapal, yang akan membuat percubaan kelengkapan angkasa lepas dalam keadaan penerbangan ke angkasa yang sebenar. - AFP

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    PM persoal motif tahan Dr Asri




    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

    Perdana Menteri berkata, ramai penceramah agama yang membuat ceramah tidak ditahan, berbeza dengan kejadian yang berlaku terhadap Dr Asri.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Pasar Tani di sini, hari ini.


    Najib berkata penahanan Dr Mohd Asri kerana dilaporkan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jais malam tadi bagaimanapun tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Letupan di Pakistan ragut 16 nyawa




    ISLAMABAD: Letupan di bandar Rawalpandi, Pakistan meragut 16 nyawa dan lebih sedozen cedera, kata polis negara itu.

    Ia yang berlaku hari ini berhampiran sebuah bank dan hotel di kawasan kediaman tidak jauh daripada ibu pejabat utama tentera.

    Rawalpandi hanya beberapa kilometer daripada ibu kota, Islamabad.


    Pegawai polis, Kashif Ayaz, berkata bahan letupan mungkin diletakkan di dalam kereta di tempat letak kenderaan. - AP

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan hasrat kurang kebergantungan import makanan: Najib



    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan berhasrat untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap import makanan yang bernilai kira-kira RM28 bilion pada tahun 2008 kepada kira-kira RM14 bilion setahun.

    Perdana Menteri berkata, langkah itu dapat menjimatkan pengaliran wang keluar negara.

    Dalam mencapai matlamat itu, Najib menegaskan perlunya langkah pembentukan ekonomi untuk menghasilkan model berpendapatan tinggi yang boleh meningkatkan pendapatan golongan petani, nelayan dan penternak.


    "Cabaran (yang dihadapi) adalah mendekatkan pengeluar hasil tani kepada pasaran supaya mereka boleh dapat pendapatan yang lebih besar," katanya ketika berucap di Majlis perasmian Konvensyen Pasar Tani peringkat Kebangsaan 2009.

    Najib juga menyokong rancangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) untuk membekalkan 5,000 unit motosikal tiga roda kepada usahawan untuk bertindak sebagai pembekal kepada agrobazar kedai rakyat dan pasar tani.

    Konsep Pasar Tani, yang menawarkan pusat setempat hasil pertanian seperti yang diamalkan di negara-negara maju, Menurut Najib, adalah satu konsep yang boleh menjayakan dan menarik minat pelancong terhadap hasil pertanian.
    Beliau berkata, satu cara bagaimana pengeluar hasil tani boleh mendapat pendapatan yang lebih lumayan ialah dengan menghasilkan makanan yang lebih berkualiti tinggi atau dikenali sebagai "makanan gourmet".

    Pengerusi Fama, Datuk Badruddin Amiruldin ketika berucap di Majlis tersebut, berkata program dan aktiviti FAMA berkaitan hasil Tani akan diselaraskan dengan program Gedung Makanan Negara di mana petani Felda akan bertindak sebagai antara pembekal utama hasil pertanian segar kepada pelbagai konsep Pasar Tani. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Bilik jentera kapal korek terbakar di perairan Pulau Pisang



    BATU PAHAT: Bilik jentera utama sebuah kapal korek pasir "SMLT Antigoon" yang berdaftar di Marseilles, terbakar ketika kapal yang sedang dalam perjalanan dari Singapura ke India itu berada 8.8 batu nautika Barat Pulau Pisang, semalam.

    Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Johor Bahru Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Komander Abdul Razak Johan, berkata kejadian berlaku pada jam 6.40 petang dan kesemua 21 anak kapal itu selamat.

    "Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat tentang kebakaran itu daripada Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Malaysia (MRCC) Putrajaya pada 7.13 petang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


    Sejurus menerima maklumat itu, APMM Wilayah Selatan mengerah tiga bot laju dan sebuah kapal peronda ke lokasi kejadian kebakaran kapal itu, katanya.

    Abdul Razak berkata, usaha APMM Wilayah Selatan itu turut dibantu oleh aset daripada agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut dan Pasukan Gerakan Marin.

    Anak kapal "SMLT Antigoon" itu terdiri daripada rakyat Perancis, Denmark, Belgium, Belanda, Filipina dan Myanmar.
    "Aset APMM tiba di lokasi kejadian pada 8.10 malam dan memaklumkan terdapat api dan asap tebal keluar dari Bilik Jentera Utama kapal itu, namun kebakaran terkawal satu jam kemudian dan dipadamkan sendiri oleh krew kapal korek itu," katanya.

    Sebagai langkah pencegahan dan keselamatan, katanya Jabatan Laut menghantar sebuah kapal pemadam kebakaran, Layar 6 sambil dibantu MV Shaula 1 untuk melakukan usaha penyejukan dengan pancutan air.

    Kebakaran kapal dapat dikawal sepenuhnya pada 3 pagi tadi, kata Abdul Razak.

    Beliau berkata, "SMLT Antigoon" sudah ditarik ke perairan Pulau Pisang bagi mengelakkan ia menjadi gangguan kepada laluan kapal dagang dan bagi memudahkan kerja menyiasat punca kebakaran.
    Pihak berkuasa kini membuat pemeriksaan untuk memastikan kapal itu selamat sepenuhnya sebelum mereka boleh memulakan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran, katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Saman Teresa Kok didengar 4 Februari 2010



    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 4 Februari tahun depan untuk pengurusan kes berhubung saman oleh ahli Parlimen daripada DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana membuat kesilapan menangkap dan menahan beliau mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Timbalan Pendaftar Nazri Ismail, menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di hadapannya dalam kamar hari ini.

    Pada 13 Mac lalu, Kok mengemukakan saman itu terhadap Syed Hamid; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; pegawai polis, Deputi Superintendan E Kim Tien dan kerajaan Malaysia, dengan mendakwa bahawa penangkapan dan penahanan beliau di hadapan rumahnya di OG Height di sini pada 11.15 malam, 12 September tahun lalu, dilakukan tanpa asas dan menamakan keempat-empatnya sebagai defendan.


    Dalam kenyataan tuntutannya, Kok berkata, disebabkan oleh kecuaian dan tindakan sembarangan kesemua defendan, beliau berdepan dengan tekanan mental, keperitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan dan juga penafian haknya daripada segi perlembagaan.

    Kok diwakili peguam S N Nair manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Lailawati Ali. - Bernama


  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts