Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [31/10/2009] : Utusan Malaysia | Berita2 Semasa

    Kien Keat-Boon Heong kini beregu No. 1 dunia
    31/10/2009 2:31am

    KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kejayaan menjuarai Terbuka Denmark minggu lalu membantu beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kembali merampas takhta beregu lelaki No. 1 dunia, semalam.

    Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu, Kien Keat-Boon Heong merampas kedudukan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia yang jatuh ke ranking ketiga.

    Pasangan Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae Jung pula naik ke tangga kedua, manakala beregu kedua negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif jatuh ke ranking ketujuh. - Utusan
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemenang rancangan realiti TV dituduh ambil dadah
    31/10/2009 3:01am

    BOSTON 31 Okt. - Pemenang rancangan realiti TV CBS, `Big Brother 9’ telah dikenakan hukuman penjara tanpa ikat jamin atas kesalahan bersabit dadah.

    Adam Jasinki telah dituduh cuba menjual sebanyak 2,000 pil dadah jenis oxycodone.

    Hakim Majistret mengarahkan dia dikenakan hukuman penjara tanpa ikat jamin selepas seorang ejen persekutuan menyatakan bahawa Jasinki memberitahu beliau telah menjual ribuan pil oxycodone setiap bulan di Florida, Massachusetts, Pennsylvania dan New Jersey.

    Dalam satu afidavit, ejen itu berkata, Jasinki memberitahunya, dia telah menggunakan wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM1.8 juta) yang dimenanginya dalam rancangan `Big Brother 9’ pada tahun 2008 itu untuk membeli pil-pil tersebut.

    Jasinki yang berusia 31 tahun itu telah ditahan pada 17 Oktober lalu. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Wanita muslim pertahan agama kelar leher suami
    31/10/2009 3:04am

    NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah mengelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis.

    Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000).

    Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.

    “Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu.

    “Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya.

    Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    H1N1: UEFA mahu perlawanan bola sepak diteruskan
    31/10/2009 3:17am

    PARIS 31 Okt. - Di sebalik kebimbangan selepas beberapa pemain bola sepak dijangkiti selesema babi, UEFA berkata bahawa perlawanan liga Eropah diteruskan seperti yang dijadualkan melainkan kelab tersebut tidak dapat menyediakan sepasukan penuh pemain.

    UEFA dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada 53 persekutuan bola sepak Eropah bahawa perlawanan patut diteruskan jika pasukan itu masih dapat menyediakan jumlah pemain berdaftar dengan UEFA yang mencukupi.

    Badan itu mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan perlawanan Liga Juara-juara antara Dynamo Kiev dan Inter Milan di ibu negara Ukraine yang akan dilangsungkan Rabu ini.

    Ukraine mengesahkan empat orang telah meninggal dunia akibat virus Influenza A (H1N1) yang menyebabkan Menteri Kesihatan Vassyl meletakkan negara itu "memasuki zon epidemik selesema babi". - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemuda, Wanita Gerakan protes kenyataan Mohamad Aziz

    31/10/2009 11:45am

    KUALA LUMPUR 31 Okt. - Lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan hari ini mengadakan protes di Menara PGRM di sini bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan.
    Protes yang diadakan sempena persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2009 itu turut menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.
    Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong ketika ditemui berkata, kenyataan Mohamad itu bercanggah dengan semangat BN dan Majlis Tertinggi (MT) BN perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau. - Utusan

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tsu Koon tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz

    31/10/2009 2:30pm


    KUALA LUMPUR 31 Okt. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan, beliau tidak berasa terganggu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesaknya agar meletak jawatan baru-baru ini.
    Serentak dengan itu, beliau menyeru ahli-ahli Gerakan agar tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.
    "Saya tidak akan berasa terganggu dengan kenyataan Mohamad kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN), malah tidak produktif.
    "Saya akan lebih fokus kepada tugas yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan 2009 di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini hari ini.
    Beliau bagaimanapun berkata, tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama. - Utusan

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kompleks DUN di Petra Jaya dijadikan Pusat Budaya

    31/10/2009 2:35pm

    KUCHING 31 Okt. — Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama di Petra Jaya di sini akan dijadikan pusat budaya dengan dilengkapi kemudahan dan pentas yang canggih bagi memudahkan pengiat seni berkarya.
    Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, bidang seni merupakan satu saluran baru yang boleh digunakan untuk membawa generasi muda agar bersama-sama dalam pembangunan negara.
    "Daripada teater-teater yang ditampilkan, kita boleh nampak dan ini adalah cermin kepada generasi baru serta apa yang mereka mahukan akan terpancar pada hasil kreatif mereka di atas pentas.
    "Ini tidak boleh kita sekat kerana itulah perasaan mereka yang sebenar,” katanya semasa berucap pada Festival Teater Malaysia peringkat negeri di Auditorium P.Ramlee di sini malam tadi.
    Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mod Zaky Din berkata kerajaan menyediakan dana khas berjumlah RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif yang diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional bagi mengembangkan lagi industri kreatif negara. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kajian semula Dasar Bahan Api Negara hampir siap

    31/10/2009 2:38pm

    KUALA LUMPUR 31 Okt. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kertas kerja kajian semula dasar bahan api negara kini hampir siap.
    "Kita dalam proses mengkaji semula ”fuel mix” negara kita. Ia tidak akan berubah dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa sederhana dan panjang,” kata beliau.
    Katanya, negara perlu mengurangkan penggantungan kepada gas asli dan arang batu, dan melihat kepada sumber lain seperti hidroelektrik dan tenaga boleh diperbaharui.
    "Gas asli merupakan satu punca tenaga yang tinggi nilainya. Tidak seharusnya digunakan untuk penjanaan elektrik semasa,” kata Perdana Menteri selepas melancarkan perayaan ulangtahun ke-60 Lembaga Letrik Negara (LLN)/Tenaga Nasional Bhd (TNB).
    Ketika ditanya sama ada tenaga nuklear turut termasuk dalam kajian tersebut, beliau berkata, ia sedang dikaji.
    Najib berkata penjanaan tenaga nuklear mengambil tempoh yang agak panjang.
    "Dari proses perancangan sehingga tenaga pertama dihasilkan ia mengambil masa 12 hingga 15 tahun,” tambah beliau. - Bernama

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jamaluddin serah watikah Duta Besar ke AS

    31/10/2009 3:40pm

    ROMPIN 31 Okt. — Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis akan menyerahkan watikah pelantikan beliau sebagai duta ke negara itu kepada Presiden AS Barack Obama pada 4 November ini.
    Katanya, beliau dimaklumkan mengenai tarikh penyerahan watikah itu semalam dan akan berlepas ke AS esok.
    "Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengenai tarikh penyerahan watikah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek Perumahan Warga Felda (PWF) Keratong Indah dekat sini, hari ini.
    Jamaluddin berkata, dalam pertemuan dengan Obama sempena penyerahan watikah itu nanti, beliau antara lain akan membincangkan mengenai usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan politik kedua-dua negara.
    Selain itu, katanya, beliau juga akan membincangkan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri ke AS.
    "Sebelum ini Rumah Putih telah bersetuju untuk menerima kunjungan Perdana Menteri ke AS namun tarikh sebenar masih belum ditetapkan secara rasmi,” katanya. - Bernama

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penuntut Malaysia diperalat sindiket pemalsuan kad kredit

    31/10/2009 3:45pm

    CHENNAI 31 Okt. — Tiga pelajar perempuan Malaysia didakwa telah diperalatkan oleh satu sindiket pemalsuan kad kredit yang diketuai seorang lelaki Sri Lanka untuk membeli barangan mahal di bandar raya Chennai, India.
    Pelajar terbabit, yang dipercayai mengikuti kurusus dalam bidang persolekan di beberapa kolej di sini bagaimanapun telah pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas.
    Kegiatan jenayah mereka itu terbongkar selepas polis Chennai menangkap lelaki berusia 25 tahun itu yang kini menjadi warganegara Kanada.
    "Ketiga-tiga pelajar perempuan itu diperalatkan ketua sindiket berkenaan bagi membeli barang kemas dan telefon bimbit bernilai hampir 50 lakhs (RM500,000).
    Bagi setiap pembelian, pelajar terbabit diupah kira-kira 5,000 rupiah India (RM500).
    "Gadis-gadis ini sah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. Kami sedang mengenal pasti nama sebenar, alamat dan nama kolej mereka. Sebaik saja mendapat semua maklumat ini, kami akan tulis kepada Interpol bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menyiasat gadis terbabit,” kata C. Sridhar, timbalan pesuruhjaya polis Chennai (Bahagian Jenayah Khas) kepada Bernama hari ini. - Bernama


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts