Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    Banned
    Join Date
    May 2009
    Location
    kejiranan
    Posts
    1,761
    carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like

    Hukum Mewarna Rambut Bg Org Islam

    KINI wanita sanggup melakukan pelbagai cara untuk kelihatan cantik bagi mengejar kepuasan hidup. Ada di kalangan mereka yang tidak dilahirkan cantik akan membentuk diri menjadi cantik dengan pelbagai pengubahan penampilan diri termasuklah tubuh badan, muka dan rambut.
    Paling ketara sekali sekarang ini ialah trend mewarna rambut dengan pelbagai warna yang mengubah sama sekali penampilan muka sehingga menyebabkan ia merupai bangsa lain seperti wanita dari Barat.
    Pelbagai warna dari yang sinonim dengan warna asal rambut seperti dark blonde, dark blonde copper, chocolate brown, golden maroon, brown, mocha dan hazel ke warna-warna terang seperti merah, hijau, biru dan putih digunakan bagi mewujudkan penampilan matang dan bergaya.
    Jika sebelum ini, gaya mewarna rambut kebanyakannya dilakukan oleh selebriti seperti penyanyi, pelakon, model dan pengacara televisyen, trend yang sama kini menjadi ikutan wanita lain seperti suri rumah, golongan profesional, pekerja biasa, usahawan dan golongan muda mudi.
    Inilah yang berlaku dalam perubahan penampilan rambut terutama pada masyarakat di rantau Asia yang rata-rata berambut hitam. Kini kita lihat air muka berwajah Asia tetapi rambut seperti masyarakat Barat, berwarna perang bagi menampilkan sesuatu gaya yang berlainan.
    Kegilaan
    Penggunaan seperti pewarna rambut berkimia dan inai menjadi mekanisme utama dalam mengubah warna rambut.
    Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani berkata, menjaga kecantikan memang digalakkan oleh Islam tetapi pelaksanaannya mestilah berlandaskan hukum syarak.
    Wanita hari ini terlalu dimomokkan dengan kepentingan menjaga kecantikan baik rupa paras, rambut mahupun penjagaan tubuh badan agar kelihatan lebih muda, bergaya dan langsing. Namun, apakah kecantikan adalah segala-galanya dalam hidup ini dan hukumnya menurut pandangan Islam?
    Menurutnya, hukum mewarna rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak yang terlibat dalam kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
    Katanya, mewarna rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk tontonan suami.
    "Dalam Islam, ini dibenarkan kerana rambut yang diwarnakan bukan untuk tontonan orang lain dan ia bukan suatu yang kekal, hanya bertahan selama empat bulan sahaja atau sehingga tumbuh rambut baru. Mewarna rambut tidak mengubah ciptaan Allah kerana ia tidak kekal.
    "Namun begitu, kini dilihat trend mewarna rambut menjadi kegilaan hampir ke semua peringkat wanita dari remaja hingga dewasa. Sekiranya mereka tidak berkahwin dan tidak bertudung tetapi mewarna rambut, ia adalah haram kerana tiada nas dalam Islam yang melarang atau membenarkan perbuatan itu.
    "Sekiranya, ia mengikut trend atau golongan kafir, ia adalah dilarang kerana meniru dan merupai golongan tersebut. Malah, mendedahkan rambut yang merupakan aurat wanita adalah haram," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
    Dr. Anisah menegaskan, penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah, tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit dan bahan tidak bercampur dengan najis.
    "Justeru itu, semua pewarna rambut yang bertanda halal yang berada di pasaran boleh digunakan kerana telah menepati syarat itu,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
    Menurut Dr. Anisah, sebenarnya permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
    "Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia dalam Islam.
    Unsur penipuan
    "Oleh itu, bagi lelaki yang sudah tua dan mempunyai uban hampir keseluruhan tidak boleh mewarnakan rambut dengan warna hitam. Warna lain boleh. Warna hitam ini hanya dibolehkan semasa peperangan bagi menggambarkan bahawa tentera itu masih muda dan kuat. Inilah hukum mewarna rambut pertama dalam Islam khusus untuk mengubah rambut beruban,'' katanya.
    Tambahnya, terdapat juga ulamak yang menyatakan hukum mewarna itu makruh berdasarkan kisah Ibnu Masa'ud yang masih muda dan mempunyai uban yang bercampur dengan rambut hitam. Beliau tidak dibenarkan kerana usianya masih muda dan dengan perbuatan mewarna rambut untuk menutupi uban akan menyebabkan rambutnya bercampur warna antara kuning dengan hitam.
    "Begitu juga ada ulamak yang menyatakan sunat iaitu berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari bahawa kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarna rambut, maka berbezalah dengan mereka.
    "Maka, untuk membezakan dengan golongan ini, maka adalah sunat orang Islam mewarna rambut tetapi mengikut syarat yang ditetapkan.
    "Di samping itu, ada ulamak menyatakan ia harus kerana ada di kalangan sahabat yang mewarna rambut dan sebaliknya. Justeru itu, penggunaan inai dan katam (sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan pewarna) digunakan untuk menutupi uban itu,'' terangnya.
    Beliau menegaskan, penggunaan warna hitam untuk menutupi uban pada lelaki tidak digalakkan untuk yang sudah tua kerana wujud unsur penipuan umur tetapi bagi yang berusia 30 tahun hingga 45 tahun yang berkahwin telah mempunyai uban dibolehkan menggunakan warna hitam dengan syarat untuk menjaga hubungan suami isteri.
    "Bagaimanapun setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya telah tiba untuk bertaubat, sebenarnya orang itu tidak sedar diri.
    Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua dan memerlukan perubahan ke arah kebaikan kerana usia semakin tidak panjang,'' katanya.
    The Best Spread 160x600ms

  2. #2
    NG Girl Power
    Join Date
    May 2009
    Location
    Ditempat yang sepatutnya saya berada....xyah tahu..
    Posts
    2,884
    ShaSha will become famous soon enough ShaSha will become famous soon enough
    My Mood
    In Love
    Post Thanks / Like
    "Namun begitu, kini dilihat trend mewarna rambut menjadi kegilaan hampir ke semua peringkat wanita dari remaja hingga dewasa. Sekiranya mereka tidak berkahwin dan tidak bertudung tetapi mewarna rambut, ia adalah haram kerana tiada nas dalam Islam yang melarang atau membenarkan perbuatan itu.''

    nasib baik shasha xpernah warna rambut...

    Take away my trouble,Take away my grief,Take away my heartache,In the night like a thief.

  3. #3
    بسم الله الرحمن الرحيم
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Osaka, Japan.
    Posts
    10,753
    Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold
    My Mood
    Hot
    Post Thanks / Like
    x minat langsung aku dgn warna2 rambut nih...

  4. #4
    NG Dr. Love
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    berpijak dibumi nyata...
    Posts
    6,036
    mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light mariahassan is a glorious beacon of light
    My Mood
    Bored
    Post Thanks / Like
    Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya telah tiba untuk bertaubat, sebenarnya orang itu tidak sedar diri.....:033:

    kadang2 org tu xperasan dan xsedar diri da tua....:024:

  5. #5
    nurmalam
    Guest
    Quote Originally Posted by carkey88 View Post
    KINI wanita sanggup melakukan pelbagai cara untuk kelihatan cantik bagi mengejar kepuasan hidup. Ada di kalangan mereka yang tidak dilahirkan cantik akan membentuk diri menjadi cantik dengan pelbagai pengubahan penampilan diri termasuklah tubuh badan, muka dan rambut.
    Paling ketara sekali sekarang ini ialah trend mewarna rambut dengan pelbagai warna yang mengubah sama sekali penampilan muka sehingga menyebabkan ia merupai bangsa lain seperti wanita dari Barat.
    Pelbagai warna dari yang sinonim dengan warna asal rambut seperti dark blonde, dark blonde copper, chocolate brown, golden maroon, brown, mocha dan hazel ke warna-warna terang seperti merah, hijau, biru dan putih digunakan bagi mewujudkan penampilan matang dan bergaya.
    Jika sebelum ini, gaya mewarna rambut kebanyakannya dilakukan oleh selebriti seperti penyanyi, pelakon, model dan pengacara televisyen, trend yang sama kini menjadi ikutan wanita lain seperti suri rumah, golongan profesional, pekerja biasa, usahawan dan golongan muda mudi.
    Inilah yang berlaku dalam perubahan penampilan rambut terutama pada masyarakat di rantau Asia yang rata-rata berambut hitam. Kini kita lihat air muka berwajah Asia tetapi rambut seperti masyarakat Barat, berwarna perang bagi menampilkan sesuatu gaya yang berlainan.
    Kegilaan
    Penggunaan seperti pewarna rambut berkimia dan inai menjadi mekanisme utama dalam mengubah warna rambut.
    Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani berkata, menjaga kecantikan memang digalakkan oleh Islam tetapi pelaksanaannya mestilah berlandaskan hukum syarak.
    Wanita hari ini terlalu dimomokkan dengan kepentingan menjaga kecantikan baik rupa paras, rambut mahupun penjagaan tubuh badan agar kelihatan lebih muda, bergaya dan langsing. Namun, apakah kecantikan adalah segala-galanya dalam hidup ini dan hukumnya menurut pandangan Islam?
    Menurutnya, hukum mewarna rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak yang terlibat dalam kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
    Katanya, mewarna rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk tontonan suami.
    "Dalam Islam, ini dibenarkan kerana rambut yang diwarnakan bukan untuk tontonan orang lain dan ia bukan suatu yang kekal, hanya bertahan selama empat bulan sahaja atau sehingga tumbuh rambut baru. Mewarna rambut tidak mengubah ciptaan Allah kerana ia tidak kekal.
    "Namun begitu, kini dilihat trend mewarna rambut menjadi kegilaan hampir ke semua peringkat wanita dari remaja hingga dewasa. Sekiranya mereka tidak berkahwin dan tidak bertudung tetapi mewarna rambut, ia adalah haram kerana tiada nas dalam Islam yang melarang atau membenarkan perbuatan itu.
    "Sekiranya, ia mengikut trend atau golongan kafir, ia adalah dilarang kerana meniru dan merupai golongan tersebut. Malah, mendedahkan rambut yang merupakan aurat wanita adalah haram," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
    Dr. Anisah menegaskan, penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah, tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit dan bahan tidak bercampur dengan najis.
    "Justeru itu, semua pewarna rambut yang bertanda halal yang berada di pasaran boleh digunakan kerana telah menepati syarat itu,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
    Menurut Dr. Anisah, sebenarnya permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
    "Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia dalam Islam.
    Unsur penipuan
    "Oleh itu, bagi lelaki yang sudah tua dan mempunyai uban hampir keseluruhan tidak boleh mewarnakan rambut dengan warna hitam. Warna lain boleh. Warna hitam ini hanya dibolehkan semasa peperangan bagi menggambarkan bahawa tentera itu masih muda dan kuat. Inilah hukum mewarna rambut pertama dalam Islam khusus untuk mengubah rambut beruban,'' katanya.
    Tambahnya, terdapat juga ulamak yang menyatakan hukum mewarna itu makruh berdasarkan kisah Ibnu Masa'ud yang masih muda dan mempunyai uban yang bercampur dengan rambut hitam. Beliau tidak dibenarkan kerana usianya masih muda dan dengan perbuatan mewarna rambut untuk menutupi uban akan menyebabkan rambutnya bercampur warna antara kuning dengan hitam.
    "Begitu juga ada ulamak yang menyatakan sunat iaitu berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari bahawa kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarna rambut, maka berbezalah dengan mereka.
    "Maka, untuk membezakan dengan golongan ini, maka adalah sunat orang Islam mewarna rambut tetapi mengikut syarat yang ditetapkan.
    "Di samping itu, ada ulamak menyatakan ia harus kerana ada di kalangan sahabat yang mewarna rambut dan sebaliknya. Justeru itu, penggunaan inai dan katam (sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan pewarna) digunakan untuk menutupi uban itu,'' terangnya.
    Beliau menegaskan, penggunaan warna hitam untuk menutupi uban pada lelaki tidak digalakkan untuk yang sudah tua kerana wujud unsur penipuan umur tetapi bagi yang berusia 30 tahun hingga 45 tahun yang berkahwin telah mempunyai uban dibolehkan menggunakan warna hitam dengan syarat untuk menjaga hubungan suami isteri.
    "Bagaimanapun setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya telah tiba untuk bertaubat, sebenarnya orang itu tidak sedar diri.
    Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua dan memerlukan perubahan ke arah kebaikan kerana usia semakin tidak panjang,'' katanya.
    dah lama info yg saya dapat pasal warna rambut nih...saya mmg pernah warna rambut & terbaru bulan lepas...faktor2...mmg saya dah kawin,bertudung & nak penampilan lain sket dr biasa...untuk memikat hati suami...hehehe...apa yang saya buat...cari warna @ dye rambut yang halal dalam pasaran (biasanya saya pakai l'oreal @ revlon)...ujian kimia yg lulus...dan buat sendiri kat umah tanpa ke salon...(jimat duit & sbnrnya ada hukum gak bab2 bg org cina tgk,pegang & potong rambut kita nih)...hmm...kalau rasa2 ssh nak buat sendiri saya suh adik pompuan saya buatkan...

    dalam bab2 hukum nih byk sbnrnya....TT...cuba cari hukum memotong @ mencabut @ mencukur bulu kening plak...hehehe..sbb byk yg skg nih xberkening...

  6. #6
    بسم الله الرحمن الرحيم
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Osaka, Japan.
    Posts
    10,753
    Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold Gitaris Berapi is a splendid one to behold
    My Mood
    Hot
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by mariahassan View Post
    Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya telah tiba untuk bertaubat, sebenarnya orang itu tidak sedar diri.....:033:

    kadang2 org tu xperasan dan xsedar diri da tua....:024:
    btul tuh.. kalo bersebab xpe.. dah tu kalo nk guna pun guna la yg halal.. jgn main taruk je...

    nak lg senang pakai je tudung.. lg byk pilihan kaler.. nk yg bunga2 pun x jd masalah... :21:

  7. #7
    Banned
    Join Date
    May 2009
    Location
    kejiranan
    Posts
    1,761
    carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by ShaSha View Post
    "Namun begitu, kini dilihat trend mewarna rambut menjadi kegilaan hampir ke semua peringkat wanita dari remaja hingga dewasa. Sekiranya mereka tidak berkahwin dan tidak bertudung tetapi mewarna rambut, ia adalah haram kerana tiada nas dalam Islam yang melarang atau membenarkan perbuatan itu.''

    nasib baik shasha xpernah warna rambut...

    hehehehe,bgus la kalau mcm 2....

    Quote Originally Posted by Gitaris Berapi View Post
    x minat langsung aku dgn warna2 rambut nih...
    leh jadikn cntoh nie

    Quote Originally Posted by mariahassan View Post
    Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya telah tiba untuk bertaubat, sebenarnya orang itu tidak sedar diri.....:033:

    kadang2 org tu xperasan dan xsedar diri da tua....:024:
    Quote Originally Posted by nurmalam View Post
    dah lama info yg saya dapat pasal warna rambut nih...saya mmg pernah warna rambut & terbaru bulan lepas...faktor2...mmg saya dah kawin,bertudung & nak penampilan lain sket dr biasa...untuk memikat hati suami...hehehe...apa yang saya buat...cari warna @ dye rambut yang halal dalam pasaran (biasanya saya pakai l'oreal @ revlon)...ujian kimia yg lulus...dan buat sendiri kat umah tanpa ke salon...(jimat duit & sbnrnya ada hukum gak bab2 bg org cina tgk,pegang & potong rambut kita nih)...hmm...kalau rasa2 ssh nak buat sendiri saya suh adik pompuan saya buatkan...

    dalam bab2 hukum nih byk sbnrnya....TT...cuba cari hukum memotong @ mencabut @ mencukur bulu kening plak...hehehe..sbb byk yg skg nih xberkening...
    yup benar........insyallah.................anti sy cbe dapatkan.......sbb mmng byk skang pon kening da tukar jadi lukisan.....

    Quote Originally Posted by Gitaris Berapi View Post
    btul tuh.. kalo bersebab xpe.. dah tu kalo nk guna pun guna la yg halal.. jgn main taruk je...

    yang di benarkan.......ikot sunnah la......bahan itu adalah dari kattam n inai......

    nak lg senang pakai je tudung.. lg byk pilihan kaler.. nk yg bunga2 pun x jd masalah... :21:
    betol2 aq skong 100%.....hehe

  8. #8
    NG Rookie
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    770
    IcedTea will become famous soon enough
    My Mood
    Cheeky
    Post Thanks / Like
    aku pernah warna rambut skalik je.. ekekkeke..:011:

  9. #9
    ~ Aktifkan Dirimu!!! ~
    Join Date
    May 2009
    Location
    kuala lumpur
    Posts
    1,248
    Don_corleone is a jewel in the rough Don_corleone is a jewel in the rough Don_corleone is a jewel in the rough
    My Mood
    Cheerful
    Post Thanks / Like
    lagi pon x elok warna2 rambut ni....member aku sekarang alami masalh keguguran rambut coz kerap kali warnakan rambut...

  10. #10
    NG Rookie
    Join Date
    Nov 2008
    Posts
    2,547
    cutepumpkin will become famous soon enough cutepumpkin will become famous soon enough
    My Mood
    Daring
    Post Thanks / Like
    rasa bersalah pulak!

    DaLaM hAti aDa Labu
    "I'm In NOGOLD SPEAKOUT!"

  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts