Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 10 of 30
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [30/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Penyerang Wigan dipenjara kerana serangan seksual
    30/10/2009 3:00am

    LONDON 30 Okt. - Penyerang kelab bola sepak Wigan, Marlon King dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana meraba dan mencederakan seorang wanita dalam kejadian di sebuah bar di sini Disember lalu, semalam.

    Juri Mahkamah Southwark Crown di sini mencapai keputusan sebulat suara mendapati King bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual yang mengakibatkan kecederaan kerana menumbuk mangsa.

    Berikutan itu, pengerusi kelab Wigan, Dave Whelan berkata, pihaknya akan memecat pemain antarabangsa Jamaica berusia 29 tahun itu. - AP
    Professional_PAMM_Service-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa bumi gegarkan beberapa bandar Pakistan
    30/10/2009 3:10am

    ISLAMABAD 30 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan beberapa bandar Pakistan hari ini, tetapi tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.

    Gegaran berlaku di beberapa bandar Pakistan termasuk di ibu kota Islamabad pada pukul 11.44 malam (1.44 pagi waktu Malaysia), kata Ketua Jabatan Meteorologi Pakistan, Qamar-uz-Zaman Chaudhry.

    Pusat gempa terletak di pergunungan Hindu Kush iaitu di antara Pakistan dan Afghanistan pada kedalaman 200 kilometer dan dijangka tidak menyebabkan kerosakan.

    Gempa bumi itu bagaimanapun mengejutkan penduduk yang sedang tidur di bandar raya ini dan kebanyakan daripada mereka bergegas keluar dari rumah. – AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tony Blair Presiden EU?

    30/10/2009 3:03am

    BRUSSELS 30 Okt. – Perdana Menteri Britain, Gordon Brown berkata, Tony Blair akan menjadi Presiden Kesatuan Eropah (EU) yang `cemerlang’.
    Brown mengeluarkan kenyataan itu sempena persidangan EU di Brussels semalam ketika pemimpin-pemimpin negara Eropah dijangka membincangkan calon yang bakal menjawat jawatan tersebut.
    Menurut Brown, tindakan Blair menyerang Iraq pada 2003 kini bukan lagi menjadi isu di Eropah.
    “Kami berharap dia menjadi salah seorang calonnya, tetapi keputusan adalah di tangan beliau,” kata Brown.
    Blair masih belum lagi mengumumkan untuk menjadi calon Presiden EU
    Selain Blair, calon lain yang disebut-sebut akan bertanding termasuklah Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende, pemimpin Bulgaria, Herman Van Rompuy, Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker dan bekas Perdana Menteri Finland, Paavo Lipponen. – AP

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tentera Pakistan temui paspot militan serangan 11 September

    30/10/2009 3:03am

    ISLAMABAD 30 Okt. – Tentera Pakistan menemui pasport militan yang mempunyai hubungan dengan dua rampasan pesawat dalam serangan 11 September ketika menyerang kubu kuat Taliban berhampiran sempadan Afghanistan, lapor stesen televisyen semalam.
    Pasport milik Said Bahaji, rakyat Jerman keturunan Magribi itu adalah antara dokumen, senjata dan risalah jihad yang dirampas oleh tentera kerajaan ketika operasi di selatan Waziristan.
    “Pasport tersebut menunjukkan, suspek tiba di Karachi hanya beberapa hari selepas serangan 11 September,” lapor DawnNews.
    Nama Said tertera dalam Laporan Suruhanjaya 9/11 yang menyatakan dia telah tinggal bersama dengan Mohamed Atta dan Ramzi Binalshibh iaitu antara perampas pesawat, selama lapan bulan dari November 1998 hingga Julai 1999.
    Menurut laporan itu, Mohamed dan Ramzi menggunakan komputer milik Said untuk mencari maklumat di Internet berdasarkan disket dan dokumen yang dirampas oleh pihak berkuasa Jerman selepas serangan 9/11. – Reuters

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kes H1N1 meningkat 56 peratus di England

    30/10/2009 3:10am

    LONDON 30 Okt. – Kes wabak influenza A (H1N1) di England meningkat 56 peratus minggu lalu, lapor Agensi Perlindungan Kesihatan Britain, semalam.
    Agensi tersebut menganggarkan sebanyak 39,000 ke 169,000 kes baru dilaporkan minggu lalu berbanding dengan 27,000 ke 115,000 kes minggu sebelumnya.
    Anggaran itu berdasarkan statistik daripada lawatan doktor dan panggilan yang dibuat kepada talian selesema babi.
    Menurut agensi tersebut, wabak selesema babi menjangkiti terutamanya golongan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
    Pengagihan vaksin Tamiflu telah ditingkatkan kepada kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun. – AP

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Peguam mati dibunuh

    30/10/2009 11:23am

    Oleh Zainal Azhar Mohamed
    KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang peguam veteran mati dibunuh oleh tiga penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Lorong Batai Barat, Bukit Damansara kira-kira pukul 4 pagi ini.
    M. Thiruchelraegaran, 74, dikatakan bergelut dengan penjenayah terbabit sebelum meninggal dunia akibat mukanya ditekup dengan bantal.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika kejadian, isteri dan pembantu rumahnya turut diikat, namun kedua-dua mereka tidak dicederakan. – Utusan

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    27 orang asli dapat kebenaran semakan kehakiman

    30/10/2009 12:54pm

    Kuala Lumpur 30 Okt - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan 27 orang asli untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung pembinaan empangan Kelau, Pahang.
    - Utusan

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kes saman bapa Nurin akan dibicarakan

    30/10/2009 12:56pm

    Kuala Lumpur 30 Okt. - Kes saman bapa allahyarham Nurin Jazlin ke atas pihak polis kerana cuai hingga berlakunya penyebaran gambar bedah siasat arwah akan dibicarakan.
    Mahkamah Tinggi di sini memutuskan demikian selepas menolak permohonan peguam keluarga itu untuk mendapatkan penghakiman ringkas kes itu.
    - Utusan

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kereta solar UNITEN harungi perjalanan ke Adelaide

    30/10/2009 12:59pm

    PORT AUGUSTA (Australia) 30 Okt — Kereta solar buatan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tiba di wilayah Australia Selatan semalam selepas mengharungi perjalanan mencabar sejauh 2,432km melintasi kawasan pedalaman negara itu sejak Ahad lepas.
    Kereta Solar Ranger UNITEN itu adalah antara 32 kereta solar dari 15 negara yang menyertai Cabaran Solar Sedunia dari Darwin ke Adelaide sejauh 3,021 km.
    Tiga penyertaan ditolak kerana gagal memenuhi syarat ketat yang dikenakan oleh penganjur. Daripada 32 kereta yang menyertai perlumbaan itu, dua menarik diri kerana masalah teknikal.
    Solar Ranger UNITEN juga berdepan masalah teknikal menyebabkan kereta itu hanya mampu bergerak pada kelajuan maksimum 60 km sejam berbanding kemampuan mencapai sehingga 110 km sejam semasa ujian di kampus universiti itu di Bangi.
    Walaupun menghadapi masalah teknikal, anggota pasukan UNITEN masih bersemangat tinggi untuk meneruskan perlumbaan sehingga garis penamat di Victoria Square di Adelaide.
    "Azam kami ialah untuk menamatkan perlumbaan ini, dan InsyaAllah, kami akan sampai di Adelaide dalam masa yang ditetapkan pada Sabtu ini,” kata pengurus pasukan Prof Halil Hussain kepada Bernama.
    — BERNAMA

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Penyeludup guna bengkel sembunyi beras seludup

    30/10/2009 1:00pm

    PASIR MAS 30 Okt — Taktik penyeludup menggunakan bengkel kenderaan sebagai transit pengumpulan beras yang diseludup dari negara jiran gagal apabila kegiatan mereka ditumpaskan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
    Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Supt Rooslan Radzi berkata rampasan berkenaan dilakukan di kawasan kampung Kelar di sini, kira-kira pukul 3 petang semalam hasil intipan selama tiga hari.
    “Ketika intipan dilakukan, anggota PGA mendapati beras-beras berkenaan dipunggah menggunakan beberapa buah kereta jenis Proton Wira, Waja dan Perodua Kancil dari pangkalan haram Lubok Gong di Rantau Panjang,” katanya kepada pemberita di sini.
    Beliau berkata beras berkenaan kemudiannya dikumpulkan dalam sebuah treler di bengkel sebelum dibawa keluar untuk pasaran Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
    “Hasil pemeriksaan terhadap treler itu menemui 230 kampit beras seberat 11,500kg yang dianggarkan bernilai kira-kira RM34,500,” katanya. Menurutnya bengkel berkenaan sengaja digunakan oleh penyeludup untuk mengumpul beras yang diseludup bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
    “Kesemua beras yang dirampas akan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras untuk tindakan lanjut dan tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu kerana penyeludup berkenaan berjaya melarikan,” katanya.
    — BERNAMA


  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts