Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [30/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    TM laksana proses tender terbuka HSBB

    PROJEK Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) nasional bernilai RM11.3 bilion sebahagian besarnya membabitkan kerja infrastruktur gentian optik dan pembangunan rangkaian teras yang memerlukan keupayaan serta pengalaman berteknologi tinggi yang masih sukar diperoleh di peringkat tempatan.

    Telekom Malaysia Bhd (TM) berkata, buat masa ini hanya pengeluar antarabangsa yang mampu membangun dan menghasilkan peralatan canggih berkenaan dengan sistem yang sudah terbukti.

    Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan projek itu berjalan lancar dengan risiko minimum dan menghasilkan kualiti terbaik, adalah wajar bagi TM melaksanakan proses tender terbuka secara terus kepada pembekal prinsipal.

    “Memandangkan pelaburan ini adalah yang pertama seumpamanya di negara ini, TM menggariskan dengan teliti keperluan vendor bagi memastikan kualiti hasil yang terbaik bagi sesuatu pelaburan nasional seperti ini,” katanya dalam kenyataan mengulas bantahan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) terhadap langkah TM yang melantik syarikat asing sebagai kontraktor utama bagi melaksanakan HSBB.

    TM menambah memandangkan HSBB adalah projek pembinaan infrastruktur yang terbesar bertaraf global, maka kebarangkalian untuk sebarang kegagalan boleh melebihi nilai yang lebih tinggi daripada nilai kontrak sebenar.

    Sehubungan itu, katanya, amat penting bagi TM untuk menandatangani sebarang perjanjian kontrak dengan prinsipal yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.

    “Ia juga akan mengurangkan risiko perniagaan kepada syarikat tempatan, di samping membolehkan mereka mendapat pemindahan teknologi dan meningkatkan keupayaan,” katanya.

    TM menambah, ia telah mengambil langkah untuk melindungi kepentingan rakan tempatan utamanya dengan memperkenalkan perjanjian utama. Menerusinya, TM memantau dan mengawal hubungan antara prinsipal dan rakan tempatan utama bagi mencapai Objektif Dasar Nasional.

    Selain bertanggungjawab secara terus di atas kejayaan pelaksanaan projek itu, perjanjian utama itu turut merangka pemindahan dan pembabitan rakan tempatan utama yang mesti diambil kira oleh prinsipal untuk membangunkan syarikat tempatan.

    Sehingga akhir September lalu, TM telah memberikan kerja kontrak berkaitan HSBB bernilai RM1.186 bilion. Lebih 200 pembekal tempatan diberikan kontrak bernilai RM600 juta bagi infrastruktur FTTH Pasif diberikan kepada syarikat infrastruktur gentian optik tempatan.

    TM turut mengumumkan ia masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai siapakah yang menerima kontrak HSBB. Pengumuman itu akan dibuat kelak.

    Pada satu sidang akhbar semalam, Presiden DPMM, Syed Ali Alattas berkata, langkah TM melantik syarikat asing sebagai kontraktor utama bagi melaksanakan HSBB, telah menjejaskan peluang pertumbuhan perniagaan syarikat tempatan, termasuk Bumiputra kerana mereka hanya menjadi kontraktor kecil kepada syarikat asing itu.

    Justeru, katanya, keputusan yang dibuat oleh TM itu menyebabkan syarikat tempatan hanya akan menerima dua hingga enam peratus daripada keseluruhan nilai kontrak yang ditawarkan di bawah projek HSBB.

    “DPMM akan mengemukakan surat bantahan secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu ini, berhubung keputusan TM itu,” katanya.

    Beliau berkata, syarikat asing yang dikenal pasti dilantik oleh TM sebagai kontraktor utama projek HSBB itu ialah Huawei, ZTE Corp dan Fiberhome dari China serta Alcatyel-Lucent dari Perancis.

    Syed Ali menegaskan, beberapa syarikat tempatan sebenarnya berkemampuan melaksanakan projek berkenaan berdasarkan pengalaman yang diraih sejak 30 tahun lalu sebagai kontraktor utama melaksanakan pelbagai projek berkaitan telekomunikasi di negara ini, termasuk daripada TM.

    Beliau menamakan empat syarikat tempatan yang pernah terbabit secara langsung dengan projek telekomunikasi TM sebagai kontraktor utama, iaitu Pernac Integrated Network Systems Sdn Bhd (projek MSAN dan SDH), Silver Ridge Sdn Bhd (projek MSAN), OPCOM Network Technologies Sdn Bhd dan Airstar Sdn Bhd (projek Metro-E).

    “Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, syarikat tempatan terbabit mampu menawarkan kualiti dan prestasi kerja yang sama dengan syarikat antarabangsa,” katanya.
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts