Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60 TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 14
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [29/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Pas tolak EGM, diganti seminar politik

    KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Pas yang diadakan semalam sebulat suara bersetuju untuk tidak mengadakan Muktamar Agung Luar biasa (EGM) parti itu, sebaliknya digantikan dengan seminar politik yang akan diadakan pada 7 November depan.

    Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata selepas mengambil kira pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat keputusan untuk tidak mengadakan EGM diterima semua pihak yang hadir dalam Mesyuarat Khas Pas itu.

    Beliau berkata, seminar politik yang akan di Taman Melewar dengan jemputan kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara itu termasuk daripada wakil badan bukan kerajaan (NGO), tokoh penting dan Profesor Aziz Bari akan membincangan isu berkaitan membabitkan parti itu dalam usaha memperkasaan Pas serta peranannya dalam Pakatan Rakyat.

    "EGM tidak akan diadakan sebaliknya ia digantikan dengan seminar politik. Agenda seminar itu akan diputuskan jawatankuasa penerangan dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pas di sini, awal pagi tadi.

    Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya Pas negeri itu. Bagaimanapun, Nik Aziz meninggalkan mesyuarat berkenaan lebih awal berikutan keadaannya yang tidak sihat.

    Selain isu EGM dibangkitkan dalam mesyuarat yang berlangsung lebih empat jam bermula jam 8.45 malam semalam, Abdul Hadi berkata, semua pihak bersetuju untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan Pas akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan gabungan pembangkang terbabit.

    Justeru, katanya, isu kerajaan perpaduan bersama Umnno ditutup dan tidak akan dibincangkan lagi.
    Estonian Forex 160x600en
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jawatankuasa Disiplin Pas siasat isu berkaitan di Selangor

    KUALA LUMPUR: Pas mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu untuk menyiasat secara terperinci tuduhan yang dilemparkan terhadap Pas Selangor berhubung isu yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

    Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jawatankuasa yang akan diketuai Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat pandangan dan tuduhan yang membabitkan Pas Selangor.

    Katanya, tiada tempoh khusus ditetapkan bagi menyelesaikan siasatan itu tetapi ia perlu diselesaikan secepat mungkin.

    "Kami (Pas) sudah berbincang dengan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu Pas Selangor dan rakan gabungan kami menyerahkan kepada Pas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang dibangkitkan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pas di sini, awal pagi tadi
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Filem Jacko 'This Is It' bakal ungguli carta nombor satu



    LOS ANGELES: Raja Pop Michael Jackson bakal kembali menduduki tempat teratas carta dan kali ini untuk filem 'box office'.

    Ini kerana video terakhir untuk persiapan konsert Michael - "This Is It" itu kini meraih kutipan $AS2.2 juta di Amerika Syarikat, hanya untuk satu tayangan pembukan pada tengah malam semalam.

    Ini sekali gus mengetepikan jumlah kutipan filem keluaran Paramount, "Paranormal Activity," pada minggu lalu yang menjadi filem nombor satu sehingga kelmarin.

    "Paranormal Activity" menyaksikan tayangan yang meluas di 2,400 pawagam manakala 'This Is It' di 3,500 pawagam.

    Pengeluar 'This Is It', Sony berkata filem Michael Jackson sebelum kematiannya itu sudah melepasi jangkaan untuk tayangan hari pertamanya.

    Studio Sony membayar AS$60 juta untuk mendapatkan hak cipta tayangan di seluruh dunia yang memaparkan klip video 100 jam sebelum kematian Michael yang melakukan latihan dan raptai menjelang konsertnya di London.

    Meskipun "This Is It" hanya filem berlatarkan konsert, peminat filem box-office yakin ia bakal menyaingi kejayaan filem "Hannah Montana & Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert," filem konsert terbesar setakat ini.

    "Best of Both Worlds" mengaut AS$31.1 juta untuk tayangan pembukaan hujung minggu, tahun lalu. - AP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Nasharudin nafi beliau pemimpin Pas bermasalah

    KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, hari ini menafikan beliau seorang pemimpin “bermasalah” seperti yang didakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Katanya, jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau, dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan Pas ke-55 pada Jun lalu menunjukkan sebaliknya.

    Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata, ia adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada ahlinya.

    "Cara kami bekerja dalam Pas ialah terutamanya pemimpin atasan lebih-lebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami.

    "Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa saja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

    Penafian itu adalah kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.

    Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar “dua tiga kerat” pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang juga adalah Pesuruhjaya Pas Selangor.

    Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemain-pemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

    Bagaimanapun, Nasharuddin berkata, Nik Aziz sudah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa Pas Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.

    Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 November ini.

    Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat Pas Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri itu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    16 ahli jawatankuasa pusat MCA mahu EGM bagi pemilihan baru diadakan

    KUALA LUMPUR: Meskipun Pelan Perpaduan Lebih Unggul bagi MCA sudah dipersetujui, 16 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) termasuk Naib Presiden, Tan Kok Hon; Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun memohon supaya pemilihan baru parti diadakan.

    Kumpulan itu, hari ini, menyerahkan satu tuntutan rasmi supaya satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi mengadakan pemilihan baru parti.

    Ia diserahkan oleh tiga pemohon yang terdiri daripada ahli CC iaitu Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong kepada petugas Pejabat Setiausaha Agung di ibu pejabat parti di sini pada jam 4.50 petang.

    "16 ahli CC , termasuk ahli CC yang dilantik mengemukakan tuntutan supaya EGM mengikut Perkara 30.2 perlembagaan parti dengan niat memohon parti itu mengadakan EGM bagi mengadakan pemilihan baru parti," kata Wong ketika dihubungi.

    Mengikut perlembagaan parti, permohonan bagi mengadakan EGM boleh dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu arahan Presiden parti, permintaan oleh satu pertiga ahli CC atau permohonan oleh satu pertiga ahli perwakilan pusat.

    Wong, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, berkata 16 ahli CC itu menawarkan untuk meletak jawatan bagi mendapatkan sokongan anggota CC lain bagi mencukupkan syarat dua pertiga bagi parti itu segera mengadakan pemilihan baru parti.

    Mengikut perlembagaan parti, pemilihan baru parti mesti diadakan jika dua pertiga daripada ahli CC meletak jawatan.

    Jawatankuasa Pusat mempunyai 45 ahli termasuk 25 dipilih, lapan dilantik dan bakinya adalah ahli Majlis Presiden.

    "Ini saja cara untuk memulihkan kembali kewibawaan dan integriti MCA. Ini kerana pemimpin kami tidak mengikut peraturan, tidak mematuhi peraturan perhimpunan, ini saja cara membolehkan kami memohon pemilihan baru parti diadakan bagi menyelesaikan kebuntuan," katanya.

    Wong berkata, selain Tan, Wee, Chew, dan dirinya, mereka yang menandatangani tuntutan itu ialah Setiausaha Penyelaras Pusat, Yoo Wei How; Timbalan Setiausaha Penyelaras Pusat, Gan Hong Su; Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Yeow Chai Tiam dan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun; timbalan-timbalan menteri iaitu Datuk Chor Chee Heung (Kewangan), Dr Hou Kok Chung (Pengajian Tinggi), Datuk Wee Jeck Seng (Belia dan Sukan) dan ahli CC, Datuk Chai Kim Seng, Lee Wai Keat, Datuk Yu Chow Taw, Senator Datuk Wong Siong Hwee dan Datuk Liew Yuen Keong.

    Dalam tuntutan mereka, kumpulan itu mengemukakan dua usul untuk dibahaskan semasa EGM, yang mengikut perlembagaan parti, jika permohonan mereka menjadi kenyataan, Setiausaha Agung parti, Datuk Wong Foon Meng bertanggungjawab untuk mengeluarkan notis dalam tempoh lima hari ini.

    Kedua-dua usul itu adalah untuk memilih semula keseluruhan kepimpinan parti, dan jika lulus, pemilihan baru parti perlu diadakan dalam tempoh 30 hari manakala usul kedua ialah untuk mengisytiharkan semua perubahan jawatan yang dibuat oleh Presiden selepas 10 Oktober lalu sebagai tidak sah dan batal. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pesawat ringan milik Kelab Penerbangan di-Raja Selangor terhempas

    KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat latihan ringan dipercayai milik Kelab Penerbangan di-Raja Selangor terhempas dekat Kelab Golf Lembah Beringin, dekat Rawang kira-kira jam 6.30 petang tadi.

    Juruterbang pesawat berkenaan dipercayai mengalami kecederaan teruk, manakala sama ada pesawat itu turut membawa penumpang lain belum dapat disahkan lagi.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Polis batal permit majlis Deeparaya guna nama PPP

    KUALA LUMPUR: Polis membatalkan permit penganjuran majlis berkonsepkan 1Malaysia sempena perayaan Deeparaya yang menggunakan nama Parti Progresif Penduduk, (PPP), esok.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pihaknya membatalkan permit majlis yang akan diadakan di Dewan Sri Ampang, Taman Sri Watan, di sini berikutan aduan beberapa pihak yang menyatakan anjuran majlis itu tidak mendapat kebenaran PPP.

    "Sekiranya pihak penganjur mahu juga mengadakan majlis berkenaan berikutan tempahan makanan sudah dibuat, kita minta mereka mengubah nama majlis berkenaan kepada nama lain dan bukannya atas anjuran PPP," katanya di sini, hari ini.

    Bagaimanapun, Abdul Jalil berkata, polis akan tetap berkawal sepanjang majlis itu berlangsung sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

    Tengah hari tadi, dua laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang untuk membatalkan permit berhubung penganjuran majlis itu oleh Ketua Bahagian PPP Ampang, Thajudeem NMR Noor Mohideen dan Ketua Wanita PPP Selangor, Siti Salmiah Ismail. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Indonesia hargai tindakan tegas Malaysia dalam kes Mantik

    JAKARTA: Pemerintah Indonesia pada Khamis menyatakan penghargaan terhadap tindakan tegas yang diambil kerajaan Malaysia dalam menangani kes pembantu rumah Indonesia yang mati dipercayai didera majikannya, Mantik Hani.

    Jurucakap Presiden Dino Patti Djalal, berkata Indonesia juga menghargai kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bahawa warga negara Indonesia di Malaysia juga berhak untuk mendapat perlindungan.

    "Harus dilindungi keselamatannya (warga negara Indonesia), tidak kira sama ada status orang yang terbabit “legal” atau “illegal” (pendatang dengan izin yang sah atau tidak)," katanya dalam kenyataan di sini.

    Mantik Hani, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang pada 20 Oktober lalu, selepas dipercayai didera oleh majikannya meninggal dunia pada Isnin lepas enam hari dirawat.

    Pemerintah Indonesia sudah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan penyeksaan terhadap Mantik Hani yang mengakibatkan kematiannya, katanya, yang menambah bahawa Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur, Da’i Bachtiar sudah menulis surat kepada Menteri Luar Malaysia dan jabatan lain yang berkaitan.

    Dino berharap mereka yang terbabit menganiaya Mantik segera dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal.

    "Kami juga menyambut baik rancangan Malaysia untuk membentuk satu unit khusus antara jabatan untuk mencari cara mengatasi kes penyeksaan," katanya.

    Dino juga, hari ini sudah menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk menyuarakan pendirian pemerintah Indonesia yang mengutuk keras dan sangat kesal dengan kejadian itu. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Murugiah kemuka rayuan kepada ROS berhubung status Presiden PPP

    IPOH: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah hari ini berkata beliau sudah mengemukakan rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status pelantikannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) pada mesyuarat agung khas Mei lalu.

    Murugiah yang dipecat dari PPP pada Mei lalu, berkata surat rayuan berkenaan dihantar pada 15 Oktober selepas menerima surat dari ROS supaya beliau mengemukakan rayuan berhubung mesyuarat berkenaan.

    "Saya bersama enam ahli PPP yang dipecat tanpa sebab ini sudahpun menghantar surat rayuan kerana yakin kami masih ahli parti, sementara menunggu keputusan dari ROS saya akan meneruskan tugas sebagai Presiden parti...kesemua 57,000 penyokong saya akan menggunakan platform PPP sehingga menunggu keputusan rayuan tersebut," katanya di sini, hari ini.

    Bagaimanapun, Murugiah berkata, beliau hairan kerana surat ROS bertarikh 26 Ogos 2009 yang meminta beliau mengemukakan rayuan berhubung EGM berkenaan begitu lewat diterima.

    "Saya hairan mengapa surat yang ditandatangani Ketua Pengarah ROS itu lewat sampai," katanya.

    Murugiah berkata, beliau sudah berbincang dengan peguamnya selepas menerima surat itu dan menghantar rayuannya kepada ROS selepas itu.

    "Mungkin ROS sudah lihat ada unsur-unsur yang boleh membantu saya maka mereka telah meminta saya supaya membuat rayuan dan saya sudah pun membuat rayuan...yang lain tindakan susulan itu akan saya umumkan kemudian," katanya.

    Lembaga Disiplin PPP Mei lalu memecat Murugiah kerana menggunakan pejabatnya, iaitu pejabat Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, untuk mengadakan satu persidangan akhbar yang mencemar nama baik parti dan membuat kenyataan yang bersifat fitnah terhadap parti dan kepimpinan parti.

    Isu status Murugiah atau Datuk M Kayveas sebagai Presiden PPP selesai Ogos lalu selepas siasatan ROS mengesahkan Kayveas sebagai presiden PPP.

    Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan pengesahan itu adalah berdasarkan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2005/2010 di dalam perhimpunan Agung PPP pada 2 Oktober 2005.

    Berikutan itu, pelantikan Murugiah sebagai Presiden PPP melalui Mesyuarat Agung Khas pada 24 Mei lalu tidak boleh diterima kerana tidak mematuhi Perlembagaan Parti. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    MB Selangor tidak peduli jika Badrul melompat atau jadi bebas

    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, berkata beliau tidak peduli jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti.

    "Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, Umno, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.

    Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini, hari ini.

    Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau.

    "Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke mana-mana tidak kira," katanya.

    Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya. - Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts