Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    PEACE YO!
    Join Date
    Aug 2005
    Location
    root
    Posts
    3,437
    angelus is a splendid one to behold angelus is a splendid one to behold angelus is a splendid one to behold angelus is a splendid one to behold angelus is a splendid one to behold angelus is a splendid one to behold angelus is a splendid one to behold
    My Mood
    Dead
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    (29 Oct 2009) - Petrol tanpa subsidi mulai tahun hadapan.

    Kita telah sedia maklum tentang kenaikkan dan pengenalan minyak yg baru iaitu RON97 dinaikkan sebanyak RM2.00 seliter dan juga RON95 bagi menggantikan tempat RON97 sebagai minyak pilihan pertama dengan harga RM1.80 seliter.

    Namun belum lagi reda isu tentang harga minyak dan juga gred minyak, kita dikejutkan pula lagi dengan ura-ura untuk menghentikan subsidi minyak yang ditanggung kerajaan.

    Cadangan penghapusan subsidi bermula tahun hadapan sedikit sebanyak akan memberi impak kepada rakyat, walaupun mengikut kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah cuma golongan yang berpendapatan tinggi serta pelancong sahaja yang akan membayar pada harga sebenar.

    Saya inginkan pendapat anda! Adakah perkara ini akan menguntungkan pihak-pihak tertentu yang sudah pasti akan menagguk diair keruh dengan menyamar sebagai golongan berpendapat rendah ataupun mempergunakan golongan ini untuk kepentingan sendiri, atau juga anda mempunyai pendapat tersendiri tentang perkara ini.

    Pendapat yang bernas dan serius sahaja yang akan dikira untuk memenangi NG$5000, bagi yang inginkan perbentangan bercorak santai dan sedikit unsur humor bolehlah melayari thread dengan tajuk yang agak sama disini
    bitcoin 160x600

  2. #2
    ☆.:*:.The Bluesmania.:*:.☆
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    SP > Ampang > Nilai > Ipoh
    Posts
    1,059
    komengpyoc has a spectacular aura about komengpyoc has a spectacular aura about
    My Mood
    Fine
    Post Thanks / Like
    kalau gomen btol2 nak laksanakan hal ni, dorg perlu lah wat deep research dlu. cam TT cakap, tak semua yg kaya "atas kertas" btol2 kaya.... blom lg kira org yg income nyata dia mmg kecik tp ada bisnes yg masyuk tp dia tak declare income tu (maybe nak elak tax kot...hehe)....

    gomen tak patut terburu2 dalam hal ni. hal ni pun cam menunjukkan gomen cam terdesak nak kurangkan tanggungan dorg kat rakyat sedangkan gomen sentiasa wat duit (samada utk dorg) tp kurang membelanjakan secara bijak utk rakyat...

    memang tak faham....

    faham2 la kan... soal minyak ni mmg akan direct kena pada smua perkara...bila minyak naik, pengangkutan awam pun akan naik, harga makanan pun akan naik, pakej percutian pun naik dan macam2 lagi la...

  3. #3
    Pappa
    Guest
    kenapa gomen nk asingkn rakyat yg berpendapatan rendah dgn tinggi dlm pembelian petrol, semuanya rakyat malaysia dan membayar cukai..mereka juga berhak mendapat subsidi dr kerajaan. sepatutnya elaun2 menteri dan keistimewaan mereka yg dihapuskan terus supaya dpt berlaku adil kpd rakyat seluruhya.. pastinya akan berlaku penyelewangan jika kerajaan hanya mahu golongan berpendapatan tinggi saje membayar pertol pada harga sebenar.golongan perpendapatan tinggi ini biasanye mempunyai pengaruh politik dan akhirnya golongan yg berpendapatan rendah juga menerima impak yg buruk. spatutnya kerajaan mencari alternatif yg lain untuk terus mengekalkan subsidi kpd rakyat bkn dgn menghapuskn nya ntuk menambah pendapatan kerajaan..rakyat didahulukan percapaian diutamakn hanya la retorik jika keadaan ini berlaku. rakyat tidak diutamakan,pencapaian untuk membatu rakyat tiada.-:014:

  4. #4
    NG Rookie
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    Anfield Stadium
    Posts
    200
    hazrin is on a distinguished road
    My Mood
    Amazed
    Post Thanks / Like
    Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya. Ibu di dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah s.w.t diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.

    Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari rumah dan penjimatan minyak diutamakan kepada pengunaan untuk mencari nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah saudara-mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol menjadi penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam.

    Ceramah-ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah penjimatan yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang membimbangkan.
    Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t Yang Maha Melihat

    Replika Jersi World Cup 2010 di Afrika (RM45)

  5. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts