Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Page 1 of 2 1 2 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [28/10/2009] : Utusan | Berita2 Semasa

    Dua ditahan ketika cuba serah memorandum kepada Ketua Biro Kosmo Kedah

    ALOR SETAR 27 Okt. — Dua lelaki termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram semasa cuba menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo Kedah, Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, Ahmad dan seorang anggota Exco Dewan Pemuda Pas Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang.

    Beliau berkata, kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

    "Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Komando bunuh empat anggota polis di Mexico
    28/10/2009 8:59am

    PUEBLA 28 Okt. - Seorang komando bersenjata bertindak membunuh empat anggota polis dan mencerakan seorang lagi dalam satu serangan awal pagi di tengah Mexico, kata para pegawai.

    Para penyerang melepaskan tembakan dari dalam sebuah kereta ke arah polis yang memeriksa sebuah lagi kenderaan yang dilaporkan hilang di bandar San Andres Cholula, kira-kira 150 kilometer dari bandaraya Mexico

    “Kejadian seumpama itu adalah sebahadian daripada perkara biasa yang berlaku di negara ini, namun ia tidak bermakna negara ini harus dikuasai tentera,’’ seorang pegawai tempatan memberitahu wartawan di Puebla.

    Kerajaan Mexico telah mengerahkan kira-kira 50,000 anggota tentera di seluruh negara sejak tiga tahun klalu dalam usahanya untuk membendung jenayah terancang yang dikaitkan dengan kumpulan pengedar dadah yang amat berkuasa.

    Dalam tempoh yang sama, lebih daripada 14,000 orang telah menjadi korban keganasan sindiket dadah, demikian menurut pegawai tersebut. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    AS bakal raih keuntungan AS$5bil selaku tuan rumah Piala Dunia
    28/10/2009 8:58am

    CHICAGO 28 Okt. - Bola sepak Piala Dunia berupaya membawa keuntungan sekurang-kurangnya AS$5 bilion kepada Amerika Syarikat jika negara itu dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan tahun 2018 atau 2022, demikian menurut jawatankuasa pembida AS semalam.

    Pasukan pembida AS yang menyifatkan anggaran itu sebagai `konservatif’ juga menjangka di antara 65,000 dan 100,000 peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan di bandar-bandar tuan rumah sepanjang persiapan dan operasi kejohanan tersebut.

    "Nampaknya, angka-angka yang dihasilkan daripada kaji selidik ini benar-benar menyokong anggaran awal kami,’’ kata Pengarah Eksekutif jawatankuasa tersebut, David Downs dalam satu kenyataan. - Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Rampasan terbesar 120 juta batang rokok di Ireland
    28/10/2009 8:59am

    DUBLIN 28 Okt. - Pihak berkuasa Ireland menemui lebih 120 juta batang rokok seludup di atas sebuah kapal dalam satu rampasan terbesar yang pernah dicatatkan setakat ini baik di negara itu mahupun di Britain, kata pegawai dari kedua-dua negara.

    Para pegawai kastam Ireland merampas rokok bernilai kira-kira 50 juta euro dari sebuah kapal kargo dari Filipina yang tiba di pelabuhan Greenore, berhampiran sempadan wilayah United Kingdom di utara Ireland.

    Seramai 10 orang anak kapal ditahan dalam operasi bersama pihak berkuasa kedua-dua negara itu.

    ``Cubaan menyeludup ini merupakan jenayah terancang berskala besar,’’ kata penolong pengarah perkhidmatan kastam dan percukaian Britain, John Whiting.

    Kapal tersebut sebelum ini diawasi kerana disyaki membawa sejumlah besar rokok seludup yang diisytiharkan kepada pihak berkuasa sebagai makanan haiwan. - Reuters
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  5. #5
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pegawai, anggota PGA ke Timor Leste perlu jaga nama negara - KPN
    28/10/2009 9:00am

    KUALA LUMPUR 28 Okt. — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengingatkan pegawai dan anggota Briged Tenggara, Pasukan Gerakan AM (PGA) dan United Nations Police (UNPol) yang akan ke Timor Leste untuk misi pengaman supaya menjaga nama baik negara dan imej pasukan polis.

    "Jangan sekali-kali mencemar nama baik negara kita, Malaysia dan imej PDRM (Polis DiRaja Malaysia) keseluruhannya dengan melakukan tindakan atau perlakuan yang tidak berintegriti, tidak mengendahkan aspek keselamatan dan menunjukkan tingkah laku negatif,” katanya di majlis meraikan pasukan itu di sini malam tadi. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  6. #6
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Lapan roket membedil selatan Lubnan
    28/10/2009 9:00am

    TYRE, Lubnan 28 Okt. - Lapan buah roket membedil selatan Lubnan berhampiran perkampungan Hula malam tadi, tidak lama selepas sebuah roket jenis Katyusha mengenai bahagian utama Israel tanpa mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa mahupun kecederaan, kata pegawai keselamatan.

    Roket-roket tersebut dilancarkan oleh tentera Israel, kata pegawai yang enggan dikenali.

    Dia bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada roket pertama itu dilancarkan dari Lubnan. - AFP
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  7. #7
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Polis halang 10 wakil rakyat pembangkang masuk dewan
    28/10/2009 9:12am

    IPOH 28 Okt. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Tawar yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bersama kira-kira 10 wakil rakyat pembangkang cuba memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan tetapi tidak dibenarkan polis.

    Wakil pembangkang sepatutnya memasuki bangunan itu selepas pukul 9.30 pagi. - Utusan
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  8. #8
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Kerajaan jimat RM260 juta setahun selepas tamat khidmat MIG-29N
    28/10/2009 2:56pm

    KUALA LUMPUR 28 Okt — Kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM260 juta setahun hasil daripada penamatan perkhidmatan pesawat MiG-29N pada 31 Dis tahun hadapan.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wang hasil penjimatan itu akan digunakan untuk penyenggaraan pesawat dan sistem-sistem lain yang masih beroperasi dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Katanya pesawat pejuang itu akan ditamatkan perkhidmatannya atas dasar penyenggaraan sesetengah komponen dan sistem pesawat yang telah usang dan sukar untuk disenggara.

    "Proses senggaraan pesawat akan melibatkan kos yang tinggi sekaligus merugikan negara untuk jangkamasa panjang.

    "Persenjataan pesawat berkenaan telah sampai ke penghujung tempoh hayat di mana proses penyambungan hayat melibatkan kos yang tinggi dan tidak menguntungkan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  9. #9
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Dewan tolak usul bahas tragedi jambatan gantung runtuh
    28/10/2009 2:58pm

    KUALA LUMPUR 28 Okt — Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

    Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.

    Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang.

    "Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar.

    "Kita terikat dengan peraturan bahawa ia tidak akan dibaca dalam dewan. Saya tidak akan ulang lagi dan saya harap tiada lagi perbincangan lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

    Bagaimanapun, Ronald berkata usul itu masih boleh dimasukkan sebagai isu untuk dibahaskan di dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 yang sedang berlangsung. - Bernama
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  10. #10
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Draf rang undang-undang hidu gam ke Peguam Negara
    28/10/2009 3:00pm

    KUALA LUMPUR 28 Okt — Draf rang undang-undang mengenai kesalahan menghidu gam telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk diteliti, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof berkata pada masa sekarang, tidak ada satu undang-undang pun yang digubal untuk meletakkan aktiviti penagihan gam sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

    "Tetapi dari segi penguatkuasaan kita perhebatkan kempen di kalangan masyarakat terutama di kalangan pelajar sekolah supaya mereka tahu bahawa kegiatan menghidu gam itu boleh membahayakan kesihatan dan melibatkan kematian jika berlarutan,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Lo”Lo” Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang membangkitkan perkara itu.

    Terdahulu menjawab soalan asal Dr Lo”Lo, Abu Seman memberitahu terdapat 25 kes rampasan secara besar-besaran dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2008 manakala 30 kejayaan lagi dicatatkan sehingga September tahun ini.

    Antara operasi yang membawa kejayaan besar pada 2008 termasuk kes rampasan dadah bernilai RM44 juta apabila PDRM membongkar sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah di Senai, Johor.

    Pada tahun ini pula, antara kes yang menarik juga melibatkan penjualan pil erimin 5 dengan nilai rampasan dianggarkan RM20 juta. Dalam kes rampasan di Sg Nibong, Pulau Pinang itu seramai 11 lelaki dan dua wanita ditangkap, katanya. - Bernama

    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  11. TenkoFX Crypto

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts