Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

The Best Spread 468x60ms TenkoFX Crypto

+ Reply to Thread
Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [28/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    Man United melangkah ke suku akhir Piala Liga

    LONDON: Manchester United memperoleh semula sentuhannya selepas tewas kepada Liverpool dengan melangkah ke suku akhir Piala Liga selepas menewaskan Barnsley 2-0, awal pagi tadi.

    Selepas skuad Alex Ferguson tewas di Anfield, kekalahan kedua musim ini Ahad lalu, kali ini mereka meledak di Oakwell menerusi gol Danny Welbeck dan Michael Owen.

    United bagaimanapun terpaksa bermain 10 orang untuk 17 minit terakhir apabila kaptennya, Gary Neville menerima kad merah daripada pengadil, Chris Foy kerana mengasari Adam Hammill.

    Barnsley atau dikenali sebagai The Tykes di bawah bimbingan bekas penyerang United, Mark Robins, yang menjadi hero United apabila menjaringkan gol kemenangan pada Piala FA pada 1990 menewaskan Nottingham Forest.

    Namun, skuad Ferguson kali ini cukup bersemangat untuk bangkit semula dengan Welbeck melakukan jaringan seawal minit keenam permainan menerusi tandukan selepas mendapat hantaran Anderson.

    Barnsley turut mendapat peluang menerusi kaptennya, Stephen Foster tetapi tandukannya terkena tiang.

    Owen memastikan United menguasai sepenuhnya perlawanan itu menerusi gol pada minit ke-59.

    Sementara itu, Tottenham meneruskan kemaraan selepas menewaskan Everton 2-0 di White Hart Lane.

    Gol Tottenham menerusi Tom Huddlestone pada minit ke-31 dan Robbie Keane pada minit ke-57.

    Aston Villa pula menundukkan Sunderland 3-1 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

    Portsmouth pula menang selesa 4-0 menewaskan Stoke di Fratton Park. - AFP
    PAMM 120x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Sidang DUN Perak bermula pagi ini, keadaan terkawal

    IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula pagi ini dengan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sudah mengambil tempat di dalam dewan persidangan.

    Bagaimanapun, setakat jam 8.40 pagi ini, Adun pembangkang bagaimanapun masih belum lagi kelihatan.

    Sementara itu, keadaan di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan tenang dengan anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini.

    Persidangan DUn dijangka bermula jam 10 pagi ini.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts