Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 9 of 9
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [27/10/2009] : Sinar Harian | Berita2 Semasa

    22 murid dikhuatiri hilang

    KAMPAR- Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk
    menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

    Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

    Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

    Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

    Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

    Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

    Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

    Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

    Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

    Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

    "Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

    Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

    Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

    Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

    "Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.--BERNAMA
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Seorang maut, 2 hilang, 19 selamat

    KAMPAR- 19 dijumpai masih hidup, 2 hilang manakala seorang maut apabila 22 murid dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

    Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.

    Mayat seorang murid perempuan dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah temui 8.40 pagi tadi manakala dua lagi masih hilang.

    Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

    Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

    Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

    Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir di sini bagi melawat mangsa yang terselamat
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  3. #3
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    "Saya tidak berasa hati dengan Nik Aziz"

    KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak pernah 'berasa hati' dengan kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan beliau antara 'tiga kerat pemimpin bermasalah dalam parti'.

    "Saya tidak pernah berasa hati dengan beliau. Isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak kerana hanya melibatkan hal dalaman parti yang boleh diselesaikan secara musyawarah," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam

    Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, semua pihak juga tidak harus membuat sebarang spekulasi mengenai keputusan sama ada parti itu akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) atau tidak.

    Katanya, beliau mahu semua pihak menunggu keputusan mesyuarat Khas yang akan diadakan esok bagi membincangkan isu cadangan Nik Aziz itu.

    “Saya tidak mahu komen lagi, anda semua boleh ambil kenyataan saya dalam media sebelum ini. Buat sementara waktu ini kita tunggu sahaja keputusan Mesyuarat Khas Rabu ini,” katanya.

    Jumaat lepas, Nik Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO yang bertentangan keputusan Muktamar Pas Jun lalu.

    Di antara mereka yang beliau kenalpasti sebagai pemimpin bermasalah itu ialah Abdul Hadi sendiri, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

    Ketika ditanya adakah Nik Aziz akan hadir dalam Mesyuarat tersebut, Abdul Hadi berkata, Pas sememangnya akan menjemput Mursyidul Am untuk hadir di Mesyuarat Khas itu nanti.

    Beliau berkata, kemelut dalaman yang sedang dihadapi Pas perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa atau media baru.

    Menurutnya, pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan Pas sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Arab, Palestin patut miliki senjata nuklear


    LONDON - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyatakan negara Arab dan Palestin sepatutnya dibenarkan memiliki senjata nuklear selagi Israel terus dibiarkan meneruskan cita-cita nuklearnya.

    Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan saluran televisyen Sky News di Britain.

    "Jika Israel memiliki senjata dan keupayaan nuklear, hak yang sama juga dimiliki Mesir, Syria dan Arab Saudi. Malahan Palestin juga sepatutnya memiliki senjata atom kerana musuh mereka memiliki keupayaan itu," katanya.

    Menurutnya, jika kita tidak mahu situasi ini berlaku, kita perlu mendesak Israel melucutkan senjata dan keupayaan nuklearnya.

    Muammar turut menegaskan akan menentang pembangunan program nuklear Iran jika Republik Islam itu membangunkan kemudahan itu bukan untuk tujuan keamanan.

    "Iran sehingga kini tidak pernah mendakwa pihaknya menghasilkan senjata nuklear, tetapi mereka mengatakan mengayakan uranium.

    "Jika Iran menghasilkan senjata nuklear, kita semua termasuk Libya akan menentangnya. Tetapi Iran menafikannya," katanya.

    Beliau berkata, pendirian Libya adalah jelas bahawa negara ini akan menentang siapa saja yang menghasilkan atau memiliki senjata nuklear sama ada di Iran, Amerika, Libya atau Israel.

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Hamid pertikai kemampuan Amerika Syarikat


    WASHINGTON - Presiden Hamid Karzai mempertikaikan kemampuan Amerika Syarikat (AS) sebagai sekutu Afghanistan yang boleh dipercayai

    Kerajaan Hamid ketika ini sedang dikritik hebat berikutan masalah penipuan undi pada pilihan raya lalu dan masalah keganasan yang dicetuskan Taliban.

    "Apakah AS dan Barat rakan Afghanistan yang boleh dipercayai? Pernahkah kami mendapat komitmen seperti yang pernah kami berikan? Apakah kami dilayan sebagai rakan?" katanya.

    Menurutnya, erti rakan kongsi adalah menghormati nyawa, harta benda dan tradisi rakyat Afghanistan, selain saling mengetahui hala tuju yang sedang dilalui.

    Pencabar Hamid, Abdullah Abdullah dalam satu wawancara bersama CNN memberi amaran bahawa strategi AS di Afghanistan akan gagal tanpa wujudnya rakan kongsi yang boleh dipercayai.

    Abdullah kemudian menyalahkan Hamid sebagai punca yang menyebabkan situasi politik di Afghanistan menjadi bertambah rumit.

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Pemimpin kecam serangan di Baghdad


    BAGHDAD - Pemimpin Iraq, dunia dan penganalisis tempatan mengecam serangan berani mati yang dilancarkan militan ke atas Baghdad kelmarin.

    Jumlah mangsa maut akibat serangan dua bom kereta yang dilancarkan ke atas bangunan kerajaan di ibu kota kelmarin sehingga kini meningkat menghampiri 150 orang dan lebih 700 mangsa cedera.

    Presiden Iraq, Jalal Talabani menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan keji dan khianat terhadap negara ini.

    "Penyerang jelas mengisytiharkan penentangan terhadap negara ini dan berniat menyekat perkembangan politik serta memusnahkan apa yang kami capai sepanjang enam tahun lalu," katanya.

    Perdana Menteri Nuri al-Maliki bertegas enggan menangguhkan pilihan raya kerana berpendapat ia akan menjejaskan kerajaan dan Iraq kemungkinan akan kembali kepada perpecahan.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin turut mengecam insiden berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai serangan luar biasa untuk menghalang kemajuan Iraq.

    "Pengeboman ini tiada tujuan lain melainkan pembunuhan ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka hanya mendedahkan agenda kebencian dan kemusnahan yang menafikan masa depan yang diperlukan rakyat Iraq," katanya dalam satu kenyataan.

    Ahli Parlimen Kurdis, Mahmoud Othman menganggap pengeboman tersebut sebagai ancaman kepada ahli politik Iraq dan pelabur asing mengenai tahap keselamatan sebenar di negara ini.

    Washington beberapa hari lalu mengadakan sidang pelaburan asing, manakala ahli politik di Iraq baru saja selesai bermesyuarat mengenai keselamatan kebangsaan semalam.

    Penganalisis Iraq, Ahmed Rushdi percaya serangan tersebut didalangi al-Qaeda dan parti bekas Presiden Saddam Hussein, Baath bagi menjejaskan pilihan raya Iraq.

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Autonomi mungkin pilihan untuk Selatan Thai: Najib

    HUA HIN - Tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di Selatan Thailand adalah tidak wajar, namun Thailand seharusnya menawarkan tahap tertentu autonomi kepada wilayah yang majoritinya didiami oleh kaum Muslim itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Dalam satu temu ramah berasingan dengan akhbar berbahasa Inggeris, Nation dan Bangkok Post pada Sidang Kemuncak ke-15 Asean di sini, Najib berkata, tuntutan bagi mendapatkan kemerdekaan atau pemisahan tidak boleh diterima sama sekali.

    “Resolusi yang berkekalan adalah soal kepercayaan, 'kepercayaan, dan pastinya memenangi hati serta perasaan penduduk di Selatan',” katanya yang dijadualkan melawat wilayah yang bergolak itu pada Disember ini bersama dengan rakan sejawatannya Abhisit Vejjajiva selepas Rundingan Tahunan mereka di Bangkok.

    Najib berkata, beberapa bentuk autonomi tertentu boleh menjadi penyelesaian bagi menamatkan keganasan, dan menurutnya kerajaan Thailand boleh menawarkan kebebasan tertentu bagi penduduk di kawasan itu yang dirasakan amat penting buat penduduk tempatan, umpamanya pemilihan pemimpin tempatan, pekerjaan, agama dan pendidikan.

    “Ia adalah keputusan Thailand sendiri untuk menimbangkan sejauh mana autonomi di kawasan itu dapat diberikan, dan Malaysia tidak akan masuk campur dalam perkara itu,” katanya.

    Najib berkata, dalam lawatannya yang dirancang pada Disember ini, beliau akan memberitahu penduduk tempatan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menyokong mana-mana kumpulan ekstremis.

    “Begini, anda tahu yang anda perlu menjadi rakyat Thailand yang baik. Jangan harap Malaysia akan menyokong sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang Thailand. Tindakan anda tindakan bersendirian,” katanya.

    Najib berkata, salah satu daripada isu utama yang turut memberi kesan dalam hubungan dua hala dan perlu diselesaikan segera ialah soal dua kerakyatan, di mana antara 20,000 dan 25,000 penduduk di sekitar kawasan itu dipercayai memiliki kerakyatan Thailand dan juga Malaysia.

    Najib memberitahu Bangkok Post bahawa jalan penyelesaian terhadap keganasan dan ekstremisme boleh dicapai sekiranya kerajaan Thailand dapat berurusan dengan 'kumpulan yang tepat' dan memperakui bahawa ia boleh dan seharusnya menangani masalah yang sebenarnya, yang dialami penduduk tempatan. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Tidak perlu EGM ganti pemimpin: Azizan


    JITRA - Seseorang pemimpin Pas yang tidak disukai boleh diganti tanpa melalui Muktamar Khas (EGM).

    Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, proses penggantian sebaliknya boleh diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat sahaja, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

    "Atas sebab itu, Pas Kedah berpendirian bahawa EGM tidak perlu buat masa ini, dan yang perlu diadakan hanyalah mesyuarat jawatankuasa Pusat," kata Menteri Besar Kedah itu.

    Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah turut menyanggah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa wujudnya perpecahan serius dalam Pas susulan kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu diadakan EGM bagi menyingkir tiga pemimpin kanan parti itu yang dikatakan bermasalah.

    Sebaliknya, kata Azizan, apa yang berlaku hanyalah perbezaan pendapat yang disuarakan oleh beberapa kepimpinan tertinggi parti itu, dan isu itu tidak sedikitpun memecah-belahkan perpaduan dalam Pas.

    “Biasalah dalam parti mana pun, kepimpinan tertinggi menghadapi perbezaan pendapat. Namun kita bukannya berdepan dengan masalah pun, saya pun tidak pasti apa puncanya sehingga timbul kemelut ini, sebab dalam Pas tidak ada masalah pun,” katanya selepas menyempurnakan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri di Institut Pendidikan Guru (IPDA) Kampus Darulaman, semalam.

    Menurutnya, tidak wujud dua kumpulan dalam parti itu seperti yang didakwa, dan berikutan itu, tiada keperluan untuk mengadakan EGM.

    “EGM hanya untuk menyelesaikan isu-isu besar sahaja, tetapi Pas hanya berdepan dengan isu perbezaan pendapat, namun masalah ini tidak sama dengan MCA yang berdepan dengan masalah kepimpinan manakala UMNO pula meminda perlembagaan parti,” katanya.

    Najib dalam satu kenyataan kelmarin berkata, percanggahan dalam Pas semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu, iaitu satu mahu bekerjasama dengan UMNO dan satu kumpulan lagi sebaliknya.

    Azizan berkata, dakwaan wujudnya pihak ketiga yang cuba melaga-lagakan saf kepimpinan parti itu dengan menimbulkan semula isu pemimpin Pas pro-UMNO tidak dapat dipastikan.

    “Saya sendiri tidak pasti sama ada didalangi pihak ketiga atau kemungkinan Tok Guru kecewa dan meluahkan pendapat peribadinya kerana tertekan dengan serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya. Saya tidak menyalahkan Tok Guru dengan tindakannya itu,” katanya.

    Beliau juga meminta semua pihak bersabar dan menunggu keputusan yang akan diambil oleh Ahli Jawatankuasa Pusat yang akan bermesyuarat Rabu ini bagi menyelesaikan isu EGM.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Mesyuarat Khas diharap mampu selesai isu parti: Nik Aziz


    KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Mesyuarat Khas Pas Pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada Muktamar Khas (EGM) diadakan.

    Sambil menyifatkan perubahan dari EGM kepada Mesyuarat Khas itu sengaja dilakukannya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, sama ada EGM ataupun Mesyuarat Khas Pas, ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

    “Saya akan komen lepas mesyuarat. Saya sudah bagi tahu pada dia (Salahuddin) dan benda ni berlaku pada Islam. Dalam Islam peringkat pertama ziarah kubur ini haram, tetapi Nabi kita ubah, ubah tajuk tidak apa, sengaja buat begitu,” katanya ketika ditemui di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden, Salahuddin Ayub semalam yang menjelaskan bahawa Pas tidak akan mengadakan EGM sebaliknya hanya mengadakan Mesyuarat Khas Pas Pusat bagi membincangkan isu parti.

    Salahuddin dilaporkan berkata, saranan mengadakan EGM tidak lagi berbangkit memandangkan Nik Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada Mesyuarat Khas semasa mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz baru-baru ini.

    Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam akhbar ini semalam yang mendakwa beliau adalah 'Tok Guru akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam', Nik Abdul Aziz berkata, Syed Ali harus menyedari siapa yang sebenarnya mengamalkan sifat negatif tersebut.

    "Saya nak kirim salam kepada dia, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini kerana berpunca dari golongan Syed. Semua bapa saudara Nabi adalah Syed. Ini kepala yang melawan Nabi,

    “Jangan kata kepada saya yang membawa perpecahan. Sekarang ni, orang Arab juga pengkhianat termasuk baka Syed, biar dia faham,” katanya.


  10. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts