Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

+ Reply to Thread
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    NG Rookie
    Join Date
    Nov 2008
    Posts
    2,547
    cutepumpkin will become famous soon enough cutepumpkin will become famous soon enough
    My Mood
    Daring
    Post Thanks / Like

    Info & Misteri : Heli Terhempas Di Bekalalan

    Tak tahulah dah ada ke belum tapi kalau lum ada boleh ler jadi satu bahan info bacaan dana kalau dah ada mintak maap lah yer.

    Ini kisah sebenar apa yang telah berlaku pada nahas heli di Bario sekitar tahun 2004

    Julai 2004 satu kejadian nahas heli yang berlaku tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi yang canggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang terdekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya...

    Walaupun helikopter De Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan angkai helikopter tersebut tetapuu satu jentolak /jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat pula dapat dikesan, anehkan...

    Keputusan dibuat akhirnya dengan bantuan Skylab (adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor pakar bidang medical dan dentisry yang berkerja dengan kerajaan, universiti dan private practise) dan dengan gabunga tersebut maka heli tersebut berjaya ditemui.

    Menurut mereka heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang dan dekat dengan Allah sahaja yang mampu membuka tutupan tiu.

    Seperti diduga mereka dapat melihat jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. 7 pengiring Al menunggu diluar dan tidak masuk berunding. Tidak semua ahli Skylab mampu melihat mereka ini hanya mereka merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan firasat hati. Menurut mereka, Jin ini marah serta meminta manusia membayar segala kerosakkan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah2 mereka serta membunuh 37 kaum bangsa jin. Lagipun tujuan asal manusia itu meninjau kawasan pembuatan membina empangan hidro elektrik yang akan memusnahkan bandar perkampungan jin di Bario.

    Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai bersama-sama 5 orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim yang satu-satunya Muslim. Mereka bertolak pada tanggal 12 Julai 2004 Selasa 12.15 tengah hari. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro elektrik baru di Sarawak.

    Baru sahaja 3 minit berlepas, helikopter itu terputus hubungan dengan menara dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 20 minit ke destinasinya. Yang menjadi pertanyaan,mengapa hikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan automatik yang ada fungsi GPS juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya ianya seolah-olah hilang begitu sahaja.

    Menurut sumber selepas bermesyuarat bersama jin2 tersebut untuk mengeluarkan mangsa dan heli berkenaan, jin2 tersebut meminta syarat untuk menebus mangsa. Syaratnya adalah menebus dosa manusia dengan mengeluarkan sedikit wang lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan pada fakir miskin yang tinggal di rumah atas air labuan,

    Jikalau sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barangan tawanan dimulakan. Makhluk jin yang marah itu yang saiiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia. Selepas mereka melakukan jamuan utnuk fakir miskin, beberapa hari selepas itu barulah pasukan penyelamat melihat hanya satu pokok kelihatan dicantas. Jka diikutkan logika, amat sukar untuk manusia biasa mencantas pucuk pokok dan dedaunan bermula bahagian teratas pokok hingga kedahannya yang dibawah apa lagi ditengah-tengah hutan belantara sebegitu. Ia menandakan tempat heli itu jatuh namun masih belum dapat dikesan oleh mata kasar.

    Keesokkannya kelihatan pula dua batang pokok yangdicantas dan dipatahkan jin namun kelibat bangkai heli langsung tidak kelihatan di mana-mana kawasan sekitar petanda itu. Dengan panduan sistem GPS, mereka menuju kekawasan pokok tadi. Aneh sekali kerana kali ini dua batang pokok pula dipatahkan. Mengeiringi helikopter mereka adalah 2 biji lagi helikopter lain tetapi penumpang helikopter utama melihat 2 helikopter itu terlalu kecil,sebesar hujung pena dan seolah-olah menggambarkan mereka berada di alam lain iaitu alam jin. Sesudah itu mereka pulang kerana petunjuk itu belum dibuka sepenuhnya oleh kaum jin. Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum penan iaiatu kaum peribumi telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari bangkai heli tersebut dan bila sampai kekawasan tersebut, dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara kerana metod dukun dengan cara itu dapat mengesan bau mayat namun tiba2 ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan helikopter terpaksa menyelamatkan dukun itu pula.

    Akhirnya dengan kepakaran para ahli Skylab dan para ustaz pencarian mereka berakhir dengan penemuan bangkai heli tersebut tapi apa yang membuatkan mereka yang terjumpa bangkai mayat itu sedih satu ayat tertulis dekta bangkai heli

    *kenapa lama sangat selamatkan kami*..dan ini bermakna ketika itu ada diantara mereka yang masih hidup!


    Menurut sumber, helikopter itu langsung tidak terbakar dan hanya ekornya sahaja yang patah. Jika terhempas digunung dalam keadaan petrolnya penuh sudah pasti heli tersebut terbakar tapi ianya tidak. Pintu heli terbuka lebar dan 2 mayat ditemui di luar heli termasuklah mayat Allahyarham Kapten Shamsudin sementara mayat2 yang lain sukar dikenali kerana sudah reput dan mengalami dekomposisi yang teruk. Mayat kapten Shamsudin sahaja yang mudah dikenali kerana walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput disebelahnya dan disekeliling mayatnya sampah sarap dan kayu kayan seolah-olah disapu bersih. Bila dirujuk kepada seorang ustaz "Itulah petanda kehadiran Jin2 Islam".

    Mereka menceritakan helikopter tersebut terletak elok hanya ekor dan kipasnya sahaja yang telah patah dan pokok2 disekitarnya masih dalam keadaan asal. Seolah heli itu diletakkan disitu dan jin2 yang berkerja mencantas 2 pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas disitu....wallahualam!
    Trade_on_STP_accounts-ENG_160x600
    DaLaM hAti aDa Labu
    "I'm In NOGOLD SPEAKOUT!"

  2. #2
    ellyn85
    Guest
    thanks for the info... tapi,yg sy tau,jin ni takkan mati selagi belum kiamat...
    sebab itu kita xleh nmpk jin... klu nmpk,mesti pengsan... sebab terlalu banyak disekeliling kita... ntahlah...

  3. #3
    NG Ace
    Join Date
    Jul 2008
    Location
    kelana jaya
    Posts
    7,884
    zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold zCk is a splendid one to behold
    My Mood
    Sleepy
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    dah penah baca...

    tp thnks for info..menarik.

  4. #4
    Banned
    Join Date
    May 2009
    Location
    kejiranan
    Posts
    1,761
    carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough carkey88 is a jewel in the rough
    My Mood
    Happy
    Post Thanks / Like
    thankz 4 da info....
    heheehhehe


  5. The Best Spread 468x60ms

 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts