Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the NoGold Portal - The first Malaysian business community.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

TenkoFX Crypto The Best Spread 468x60ms

+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 10 of 45
  1. #1
    You'll Never Walk Alone
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    McLaren HQ
    Posts
    15,548
    tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all tennoajak is a name known to all
    My Mood
    Asleep
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like

    [27/10/2009] : Berita Harian | Berita2 Semasa

    EGM Pas diputus esok
    Oleh Nazura Ngah dan Wan Faizal Ismayatim
    [email protected]

    SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri), di sidang media antara Parti Pas dan media, di ibupejabat parti itu, semalam. Bersama beliau, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri. - Foto Supian Ahmad

    Jawatankuasa Pusat bincang isu dibangkitkan Nik Aziz

    KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Pas akan mengadakan muktamar agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinannya seperti dibangkitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan ditentukan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat parti itu, malam esok.

    Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata mesyuarat khas itu dipanggil atas arahan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selepas menerima maklum balas pelbagai peringkat kepemimpinan dan akar umbi berhubung isu dibangkitkan Mursyidul Am Pas itu.

    Beliau berkata, mesyuarat khas yang dijadual diadakan pada jam 8.30 malam di ibu pejabat parti itu di sini, akan menimbang sama ada perlu atau tidak untuk mengadakan EGM.

    "Kita tengok dulu, mesyuarat pada 28 Oktober ini antara pimpinan Pusat dan Pesuruhjaya negeri. Kalau masalah itu selesai di situ dan barangkali mereka kata tidak perlu buat EGM, maka ia akan selesai di situ," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, semalam. Hadir sama, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Jumaat lalu, Nik Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang didakwa bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.

    Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Mustafa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

    Mustafa berkata, mesyuarat khas itu akan dihadiri 45 ahli Jawatankuasa Pas Pusat termasuk Presiden dan Pesuruhjaya Negeri.

    Beliau berkata, Nik Aziz juga diundang atas jemputan khas serta kapasitinya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, tetapi belum dapat mengesahkan sama ada Menteri Besar Kelantan itu akan hadir.

    "Jika Tok Guru tak dapat hadir, saya berpegang kepada laporan akhbar bahawa (Naib Presiden) Salahuddin (Ayub) yang menemui Tok Guru, kelmarin diamanahkan untuk menyampaikan amanat Tok Guru dalam mesyuarat nanti," katanya.

    Mengenai pendirian presiden terhadap EGM, Mustafa berkata, beliau tidak merujuk isu itu kepada Abdul Hadi.

    Sambil menafikan dakwaan parti itu dilanda krisis kepemimpinan, Mustafa berkata, sekiranya EGM perlu dibuat, ia harus mengikut perlembagaan Pas.

    Mengikut Fasal 16(1)(b) Perlembagaan Pas, EGM boleh diadakan beberapa kali dalam setahun jika dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli jawatankuasa kerja atau satu pertiga daripada Pas kawasan.

    Di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, beliau tidak mengharapkan mesyuarat tergempar itu akan membuat ketetapan untuk mengadakan EGM, sebaliknya berbincang mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.

    Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya akan membuat kenyataan bagi menyatakan pendiriannya selepas keputusan mesyuarat itu.
    bitcoin 160x600
    "Saya menyertai Nogold Speakout"

  2. #2
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh




    GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang merelk naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

    Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.

    Kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit menaiki jambatan gantung berkenaan selepas menikmati minum malam di seberang sungai untik balik semula ke khemah mereka.

  3. #3
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    22 murid mangsa jambatan runtuh belum ditemui sehingga pagi ini




    GOPENG: Sehingga pagi ini, 22 pelajar yang dikhuatiri hanyut kerana jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, belum ditemui.

    Gerakan mencari itu membabitkan anggota polis, bomba dan penyelamat, Rela dan penduduk tempatan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini.

    Dalam kejadian 10.30 malam tadi, seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di SK Kuala Dipang, runtuh.


    Kira-kira 20 murid lain dilaporkan terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan.

    Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

    Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

  4. #4
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa




    GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

    Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

    Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.


    "Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

    Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

    Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.
    Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

    "Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

    Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

    Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.
    Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

    Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

    Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

    Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

    Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

    Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

    "Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

    Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

    Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

    Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

    Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

  5. #5
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    5 terbunuh pesawat terhempas di Belarus




    MINSK (Belarus): Sekurang-kurangnya lima maut apabila sebuah pesawat milik Russia terhempas berhampiran ibu negara Belarus, semalam.

    Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Belarus, Sergei Mikinkim, berkata tiga penumpang dan tiga anak kapal berada dalam pesawat ketika terhempas di sebuah kawasan paya.

    Mikinkim berkata, pesawat S-Air, milik sebuah syarikat dari Moscow itu dalam penerbangan persendirian membawa ahli perniagaan.


    Beliau bagaimanapun tidak memberikan jenis pesawat serta punca nahas berkenaan. - AP

  6. #6
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Anak saudara Micheletti terbunuh, kolonel Honduras ditembak




    TEGUCIGALPA (Honduras): Anak saudara lelaki kepada Ketua Umum Honduras, Roberto Micheletti, terbunuh dalam serangan yang mungkin bermotifkan politik, kata pihak berkuasa negara itu, semalam.

    Dalam kejadian berasingan, seorang kolonel ditembak mati, di tengah-tengah ketegangan yang tercetus di negara itu.

    Honduras ketika ini berdepan dengan krisis politik terburuk dalam tempoh sedekad, berikutan penangkapan dan penyingkiran Presiden Manuel Zelaya pada 28 Jun lalu, selepas rancangannya untuk mengubah perlembagaan.


    Polis menemui mayat Enzo Micheletti berhampiran Choloma, 250 kilometer di utara ibu kota negara berkenaan pada Ahad lalu, bersama-sama remaja lain, kata pegawai kehakiman tempatan, Rafael Fletes.

    Beliau berkata, mangsa berusia 25 tahun itu adalah anak kepada abang presiden sementara Honduras, yang dilaporkan hilang Jumaat lalu, dan menambah, tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan politik. - AFP

  7. #7
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Gempa bumi sederhana gegarkan selatan Filipina




    COTABATO (Filipina): Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 skala Richter di selatan Filipina pagi ini menggegarkan negara itu, kata agensi berita Xinhua dengan memetik laporan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

    Gempa yang berlaku pada jam 8.05 pagi tadi itu tercetus di 65 kilometer barat laut pusat gempa, selatan bandar Filipina di General Santos.

    Gegaran itu turut dirasai di bandar lain seperti Davao, Cotabato dan Manila, tetapi tiada kehilangan nyawa atau kerosakan dilaporkan. Amaran tsunami juga tidak dikeluarkan. - Bernama

  8. #8
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jambatan runtuh: Mayat kanak-kanak perempuan India ditemui




    KAMPAR: Sukarelawan kampung, Mohd Zarit Izwan Abd Razak, 19, menemui mayat pertama yang dihanyut air deras selepas jambatan gantung di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi.

    Katanya, beliau menemui mayat itu ketika menyelam di kawasan timbunan sampah kayu di kawasan Kampung Pasir dan terpegang kepala mangsa, sebelum menjerit dan mendapat bantuan daripada rakannya untuk menarik keluar mayat itu.

    Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, mengesahkan mayat kanak-kanak India ditemui jam 8.30 pagi tadi.


    Mayat kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Dina Deve A/P Nathan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mambang, Awan.

    Mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

  9. #9
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Jambatan runtuh: 19 pelajar terselamat, dua masih hilang




    KAMPAR: 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, kata polis Perak.

    Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.

    Selain dua dilaporkan hilang, mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan ditemui jam 8.40 pagi tadi.


    Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha berkata, disahkan satu mayat sudah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.

    Katanya, beliau menafikan 22 pelajar hilang seperti laporan awal selepas pihak penganjur kem salah membuat kiraan pelajar.

  10. #10
    NG Hall of Fame
    Join Date
    Nov 2005
    Location
    hong kong, bangi
    Posts
    5,884
    jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice jahar79 is just really nice
    My Mood
    In Love
    NG Hall of Fame
    Post Thanks / Like
    Muhyiddin tiba di tempat jambatan runtuh




    KAMPAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di tapak perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, sebentar tadi, tempat berlakunya kejadian jambatan gantung runtuh, malam tadi.

    Beliau ketika ini sedang mendengar taklimat berhubung kejadian yang setakat ini tiga murid yang menyertai kem Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan disahkan hilang.

    Dalam kejadian itu, seorang disahkan lemas manakala dua lagi masih hilang.


  11. Trade_on_STP_accounts-ENG_468x60

 
+ Reply to Thread
Page 1 of 5 1 2 3 ... LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts